KENYATAAN TUN M YANG PERLU DIPERBETULKAN


Kenyataan Tun M dalam chedet.com menyatakan, beliau anggap isu video semburit Sandakan itu hanya isu politik dan beliau tidak mahu melayaninya.

Alangkah baiknya jika ini prinsip yang Tun M pegang 20 tahun yang lampau. Namun, Tun M silap rasanya. Kes video semburit ini telah menjadi kes polis dan telah ramai ditahan untuk siasatan. KPN pun sudah jelaskan video ini tulen. Apabila kes telah dibawa ke pihak polis, ini bukan lagi kes politik. Ia sudah jadi kes besar apatah lagi melibatkan beberapa tokoh besar dalam kerajaan serta beberapa Adun yang disiasat.

Apakah kerana ianya melibatkan orang politik, maka kes sebesar ini mahu disembunyikan dan dibiarkan berlalu hanya dianggap isu politik? Di mana janji kita untuk melakukan reformasi dalam kerajaan PH ? Jika hujah Tun M ini diambil kira, ianya amat merbahaya kerana orang-orang politik akan lebih selamat dan bebas untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

Saya harap Majlis Presiden tolong peringatkan Tun M tentang janji kita untuk bertindak adil dan telus dalam mana-mana kes yang melibatkan pimpinan kerajaan. Sebagaimana saranan TPM, Kak Wan agar mana-mana pemimpin yang ada maklumat yang boleh membantu pihak Polis di dalam mengenalpasti dalang yang menyebarkan video ini serta pelaku-pelaku di dalam video tersebut, sila tampil dan bantu pihak Polis, bukan hanya bercakap di luar.

Saya harap kita tidak tersilap di dalam memilih Tun M sebagai PM yang kita yakin beliau akan berpegang dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Lupakan prinsip "undang-undang rimba" dahulukala.

WFAUZDIN NS

No comments: