Saturday, June 4, 2016

Mastura jadi 'kambing hitam' BN untuk menangkan Pas, dakwa rebel Umno


Pilihan Raya Kecil Kuala KangsarPilihan Raya Kecil Kuala Kangsar
BN mempunyai strategi untuk 'tidak menang' pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar kerana akan memberikan laluan kepada Pas untuk menang dalam pertandingan tiga penjuru 18 Jun ini.
Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa, strategi itu dilakukan untuk menarik undi orang Melayu  agar diberi kepada Pas ekoran calon BN Datin Mastura Mohd Yazid bukanlah calon popular dalam Umno.
"Umno sengaja meletakkan calon tidak popular dari Umno untuk bertanding walaupun mendapat tentangan ahli Umno dan pemimpin di Kuala Kangsar.
Kamarulazman Habibur RahmanKamarulazman Habibur Rahman"Saya nak tanya Umno adakah ini salah satu daripada cara Umno untuk mengorbankan semangat Umno demi kesepakatan kerjasama Umno dan Pas.
"Adakah ini strategi menunjukkan bahawa perpaduan antara Pas-Umno  dalam politik sedang berlaku apabila Umno sanggup letak calon tidak popular yang menimbulkan kemarahan pemimpin dan ahli parti di negeri ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Kamarul Azman berkata, dengan strategi meletakkan Mastura, membuka ruang kemenangan Pas di Kuala Kangsar dan BN akan menang di Sungai Besar.
"Macam ada satu kesepakatan untuk menentukan bahawa Pas akan menang di Kuala Kangsar dan BN di Sungai besar. Itu yang kami nampak sebenarnya.
"Ahli dan pemimpun  Umno sebenarnya ramai yang kecewa. Mereka tidak puas hati seakan hari ini Umno ketandusan pemimpin sehingga perlu mengenengahkan calon yang masih dalam edah untuk bertanding.
"Ini semata-mata kerjasama Umno-Pas kali ini Umno sanggup mengalah," ujarnya.
Sementara itu bekas Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman  dilapor turut meramalkan BN berdepan kesukaran untuk memenangi PRK Kuala Kangsar kerana kegagalan memilih calon yang sesuai.
Jelas Hamidah, pergerakan dan penglibatan calon BN pasti terbatas sepanjang kempen berlangsung kerana masih dalam tempoh edah ekoran kematian suaminya Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lalu.
Sebelum itu Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail turut mengumumkam di media sosial akan bertanding sebagai calon bebas kerana kecewa dengan keputusan BN memilih Mastura sebagai calon.
Mastura, 55, graduan undang-undang daripada Lincoln's Inn United Kingdom dan pernah bertugas sebagai peguam.
Ibu kepada empat orang anak ini ialah AJK Umno Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga.
Meskipun tidak menyandang sebarang jawatan rasmi namun ramai mengetahui Datin Mastura ialah penasihat dan teman setia arwah suaminya sebagai wakil rakyat di Bukit Chandan dan seterusnya mewakili Parlimen Kuala Kangsar.
Pada 18 Jun ini Mastura akan berhadapan dengan calon Pas Dr Najihatulsaleha Ahmad dan Dr Ahmad Termizi Ramli calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers