Tuesday, May 31, 2016

Rupa-rupanya Ridhuan Tee ahli seumur hidup MCA



PATUT KUAT MELALAK , RUPANYA PEMAKAN DEDAK NO WAHID...

Ridhuan Tee


KUALA LUMPUR, 31 MEI: Ridhuan Tee Abdullah penceramah bebas yang dikenali ramai hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan keluar MCA sebagai tanda protes ekoran penentangan berterusan parti berkenaan terhadap hudud.
“Sementara kita tidak terkejut beliau meninggalkan parti yang bagai kapal karam itu, pengakuan bahawa beliau merupakan ahli parti (MCA) seumur hidup amatlah mengejutkan ramai orang,” demikian kata Ahli Jawatankuasa Sosialis Muda DAP (Dapsy) Kebangsaan, Muhammad Shakir Ameer.
Shakir justeru menuntut supaya MCA memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kaum Cina, kerana membenarkan individu yang bersikap ‘ekstremis’ menjadi anggota dalam parti itu.
Beliau turut melahirkan rasa hairan berikutan tiada tindakan yang diambil parti kaum cina terbesar itu terhadap Ridhuan sehingga kini.

Ridhuan, menurut Shakir, mengeluarkan banyak kenyataan berbaur perkauman, termasuk meminta supaya sistem sekolah vernakular dihapuskan kononnya bertujuan untuk memperkuatkan keharmonian antara kaum di negara ini.
“Satu lagi serangan Ridhuan terhadap MCA adalah berkaitan saranannya supaya MCA berterima kasih kepada kaum Melayu atas jawatan kabinet yang diterima.
“Kami tertanya-tanya mengapa MCA tidak pernah mengenakan tindakan terhadapnya ekoran kenyataan rasis, bersifat perpecahan dan anti-nasional itu,” katanya.
Shakir yang juga Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam turut menyifatkan tindakan MCA yang sering menyerang kerjasama DAP dan PAS sebelum ini sebagai bermuka-muka berikutan pengakuan keahlian seumur hidup MCA Ridhuan Tee.

“Mungkin MCA lebih patut jaga tepi kain sendiri sebelum sibuk jaga tepi kain orang lain,” ujarnya. 
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers