Wednesday, December 23, 2015

UMNO tak boleh dimaaf, takkan ‘taubat’ selagi rakyat tak hukum



Kesan-Kenaikan-Harga-Barang
SUBANG JAYA 23 DIS: Ahli Jawatankuasa DAP USJ, Nor Miswary Ramli percaya UMNO yang mendominasi pemerintahan negara sejak merdeka, tidak ‘akan bertaubat’ selagi rakyat tidak menghukum parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau percaya tindakan memaafkan parti Melayu terbesar itu hanya memberi ruang kepada pemimpin dan ahli parti itu untuk mengaut kekayaan negara dengan cara salah.
“UMNO tidak akan bertaubat jika tidak dihukum. Memaafkan UMNO adalah memberi tangki oksigen baru kepada penyelam yang mahu menyelam sambil minum air,” katanya
Nor Miswary berkata, UMNO tidak boleh dimaafkan atas kezaliman ke atas rakyat berikutan pengumuman kenaikan pelbagai perkhidmatan yang menyaksikan rakyat menghadapi bebanan kos sara hidup yang tinggi.
“Selepas kenaikan tambang ERL yang tidak munasabah selepas kenaikan kadar tol serta pelbagai kenaikan kemudahan perkhidmatan awam lain, tiada sesiapa pun akan memaafkan UMNO,” katanya.
Beliau berkata, urus tadbir harta awam yang boros dan hutang negara yang kian banyak serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membebankan, tidak boleh dikompromi.
“Hutang negara yang mencecah RM600 billion, hanya kurang 5 peratus sahaja dari kadar siling hutang negara yang dibenarkan, juga menjadi hujah paling ampuh untuk mana-mana rakyat untuk tidak berkompromi dengan UMNO.
“Mereka yang tersepit dengan situasi seperti yang dihadapi anak-anak muda pasti tidak akan menghulur salam kemaafan kepada UMNO. Mereka hanya menunggu Parlimen dibubar untuk menjatuhkan hukum,” katanya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers