Sunday, November 22, 2015

Musibah Ekonomi dibawah Pengurusan Menteri Kewangan Koro




Perkara yang paling bahaya ialah bila rakyat menerima kemungkaran sebagai suatu kebiasaan. Bila ini terjadi, mereka di desensitise- yakni jadi lali dan menerima keburukan kerajaan Najib sebagai kebaikan. Tidak ada yang menjengkilkan hati dan denyutan nadi rakyat daripada menjusfikasikan kejahatan sebagai sesuatu yang diperlukan.
Kita memerlukan sebuah kerajaan yang baik dan bukan nya sebuah kerajaan yang jahat lagi zalim.  
Sesuatu mesti diperkata sebagai seadanya. Kejahatan mesti sebut kejahatan bukan diselaputi dengan gula dan menyatakan ianya kebaikan. Kerajaan Najib telah menjadi kerajaan yang tidak baik. Bila kita menyatakan perkara yang sebenarnya, bukanlah kita cari peluang untuk hanya mahu balun Najib. 
Para pembesar negara, pemimpin kerajaan akan mempertahankan salah laku kerajaan. Pemberita pengampu akan menjawab isiu2 dengan kelentongan mereka. Sudah sampai masa nya para wartawan dan mereka yang bersemangat pablik, menyuarakan kepincangan. 
Perjanjian golongan wartawan misalnya, jika terdapat adalah sumpah seperti sumpah Hipokratik para doktor,  ialah dengan rakyat jelata. Mereka harus bertanya di pihak mana mereka berada. Dipihak rakyat atau dipihak kerajaan yang menindas? 
Dalam ucapan bajet 2016, saya bangkitkan perihal rasuah. Siapakah yang menjaga aliran RM267billion yang lalu kepada kementerian2? Tugas kita ialah memastikan setiap sen sampai kepada tujuan dan target. Dan setiap entity yang  berbelanja mesti dipertanggungjawabkan. 
Belalai rasuah menjalar keserata lapisan. Rasuah yang berlaku dalam industry beras negara kita yakni melalui pencabulan berian sabsidi beras, baja, AP untuk import beras belum diselesaikan. 
Sabsidi baja RM440 million tahun 2016 akan terus di gunakan oleh pembekal dan disetujui oleh kementerian untuk diberi kepada penanam padi. Mereka akan dibekalkan dengan baja kimia yang akan memusnahkan integrity tanah dan megurangkan produktiiti padi. 
Penanam padi akan terus kekal sebagai golongan termiskin dengan pendapatan RM1500 dikawasan bukan jelapang dan kurang dari RM3000 dikawasan jelapang.  Saya harap semua penanam padi di beri BR1M. 
Kerajaan tidak akan berjaya melaksanakan pendanaan projek2 mereka dalam tahun 2016, kerana kerajaan tidak ada duit. Bajet yang dikemukakan disandarkan kepada andaian2 yang tidak boleh bertahan. Bajet 2016, hanya penuturan janji palsu kepada rakyat. 
Sumbangan dari Petronas menjunam turun. Perkara ini sudah dinyatakan oleh beberapa penulis. Jika harga setong minyak mentah jatuh kurang dari USD46/bbl bagaimana? Hasil jualan minyak turun, hasil komoditi turun- harga sawit, getah turun. 
Pendapatan operasi Malaysia jatuh merudum. Profits from business operations menurun. 
Kemana kerajaan Najib menoleh? Ia menoleh kepada kaedah meng-intensify kutipan cukai. GST adalah kaedah kutipan cukai yang sangat berkesan. Ia mengurangi peluang untuk mereka yang lari dari cukai- cukai dikenakan keatas perlakuaan yang semua tidak boleh elak- iaitu penggunaaan. 
Selagi kita guna barangan dan perkhidmatan, kita bayar cukai GST.
Kita mesti ingat- yang menipu dan enggan bayar cukai akan terus melakukan perkara demikian. Peniaga akan terus tidak membayar cukai. Syarikat NAZA tidak bayar cukai. Demikian juga syarikat2 besar yang lain- semua lari dari bayar cukai. Kerajaan Najib tahu identity mereka, tapi tidak ambil tindakan. 
Cukai GST mengurangkan pendapatan sebenar semua orang- miskin dan kaya walaupun ada zero-rated barangan. Orang yang paling miskin pun, jika tidak makan dan mengguna membayar cukai GST. Tapi GST nya dibayar oleh orang lain.
Jumlah pendududk negara ini 30 juta orang. Jumlah kutipan cukai GST untuk tahun 2016, ialah RM39 billion. Setiap orang, secara purata membayar RM1300 setahun atau RM3.56 sehari atau RM106.80 sebulan.
7.4 juta penerima BR1M akan dapat RM5.9 billion atau RM793/setahun.
Bayar cukai GST RM1300/setahun>dari menerima BR1M RM793/setahun.  Yang bayar GST ialah semua 30 juta manusia di Malaysia, yang menerima BR1m hanya 7.4 juta orang.  Jadi orang miskin jangan ingat mereka tidak bayar GST- bahagian mereka dibayar oleh orang lain. 
Malaysia sebuah ekonomi intermediate- kita beli input dari luar untuk membuat barangan ekspot. bila kos input kita meningkat, ekspot kita perlu dijual pada harga yang lebih tinggi dan menjadikan kita tidak kompetitif.
ada fallacy  atau maklumat palsu diberi kepada rakyat bila kerajaan kata bila Ringgit turun, eksport kita akan lebih laku kerana barangan kita sekarang jadi murah. Ini bergantung semaada penggunaan barangan kita adalah responsif terhadap harga. ia juga bergantung sama ada permintaan untuk barangan kita anjal positif atau tidak.
 Apa jadi jika permintaan untuk hasilan kita tidak kuat dan ianya boleh dibekal oleh negara lain?  Pembeli akan beli dari orang lain dan bukan dari Malaysia. Kejatuhan Ringgit tidak semestinya mengembangkan ekonomi kita.
Ia juga bermakna, kita terpaksan menjual lebih banyak untuk mendapat sesuatu barang dari negara lain. Kita kena bayar lebih untuk membeli alatan, mesyin, jentera, barangan capital atau capital goods. 
Bila nilai Ringgit kita jatuh, kita kena bayar seguni ringgit untuk mendapatkan barangan. Bayangkan di Zimbabwe, kita kena bayar wang ikut timbang berat wang-Harga daging- sekilo Ringgit. Harga kereta- 20 guni ringgit.
Jadi janganlah kita menipu rakyat dengan mengatakan bila nilai wang Ringgit kita jatuh, ekonomi kita akan menjadi baik. Sebagai sebuah negara yang mengimport banyak benda- makanan, alatan, jentera, dan lain2 lagi yang kita tidak hasilkan, kita terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan nya.
Kemudian, apa Najib akan lakukan? Mujur ada GST. GST hanya menyumbang sebanyak RM39 billion setahun. Adakah sumbangan GST menampung lubang yang diujudkan oleh pengurangan pendapatan dari hasil minyak dan komoditi dan eksport kita? 
 Sakmongkol Ak47
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers