Saturday, November 14, 2015

KENANG JASA DUA ADUN INI


AMANAH hanya melukut di tepi gantang sahaja. Balaslah jasa Hasnul dan Saari yang telah menyelamatkan kerajaan PR Selangor

Amboi bijak sangatlah Timbalan Ketua Pemuda AMK tuduh Pemuda AMANAH 'Kurang Bijak'

Dia hanya nampak Azmin sorang sahaja yang bijak??

Dia patut menyedari betapa Khalid Ibrahim lebih bijak dan berani daripada Azmin tau! 

Khalid senang-senang sahaja memecat lima ADUN PKR dan DAP sewaktu krisis MB Selangor dahulu.

  Dan lupakah Azmin bagaimana Hj Hadi menghina WAWI? 

Apakah Azmin lupa segala tindakan PAS yang berulang kali telah menikam belakang Pakatan Rakyat (PR) hingga akhirnya membawa maut kepada PR.

  Pakatan Harapan (PH) yang terdiri dari DAP, PKR dan AMANAH adalah sebagai pengganti PR.Tetapi kenapa AMANAH, satu daripada komponen PH hanya melukut di tepi gantang sahaja?

   Apakah tidak cukup untuk mengenang dan membalas jasa mereka yang telah menggagalkan rancangan menubuhkan Kerajaan UG di Selangor? 

Adun Morib, Hasnul Kamarudin (kiri) dan Adun Klang, Saari Sungip (kanan) , dua orang ahli PAS yang kini telah bersama AMANAH melakukan harakiri dengan menandatangani surat akujanji (SD) menyokong perlantikan WAWI sebagai MB Selangor yang sekali gus telah menggagalkan konspirasi PAS dan Umno berUG di Selangor.

 Apakah tidak cukup besar pengorbanan dua manusia ini yang terpaksa melalui penghinaan yang getir apabila Hj Hadi telah melemparkan gelaran dan tuduhan keji 'Broker' dan 'Barua' kepada mereka?

 Mereka terbuang kerana digantung selama setahun dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti Islam itu semata-mata dianggap sebagai pengkhianat kepada PAS, waima mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

  Sewaktu Muktamar PAS ke-54 di Ipoh pada 2008 lalu telah mengambil keputusan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Maka langkah itulah yang mendorong Hasnul dan Saari menyatakan sokongan kepada WAWI.
  
Namun sebaliknya, Empat orang exco PAS yang terus menyokong Khalid Ibrahim yang tidak berparti itu telah dianggap sebagai penyelamat kerajaan PR Selangor...ada akai ker?

    Hasnul dan Saari sepatutnya dilantik sebagai exco Selangor kerana mereka berdua inilah penyelamat sebenar kerajaan PR Selangor. 



OLEH:   AL HUSSEYN   
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers