Monday, October 5, 2015

Dulu masalah UMNO, sekarang masalah negara-Shahbuddin


 | October 5, 2015

Berikutan keengganan Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir meminta penduduk Pekan supaya menolaknya pada PRU kali ini
Shahbudin-Husin_najib_umno_600
PETALING JAYA: Lebih banyak kempen bergerak menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka akan diadakan selepas kejayaan majlis majlis minum petang anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka pada Sabtu.

Meskipun menggunakan istilah datang untuk menghasut, penjelasan panjang lebar dengan lojik yang diberikan Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan sentimen terhadap senario terhadap senario kepimpinan negara.
“Selepas mendengar ucapan dan penerangan Tun Mahathir, khususnya berkaitan 1MDB, wang RM2,600 juta dan keyakinan nilai ringgit serta pasaran saham boleh dipulihkan selepas pengunduran Najib, rata-rata yakin apa yang berlaku sekarang bukan lagi masalah UMNO, tetapi sudah menjadi masalah kepada negara,” tulis Shahbudin Husin di shahbudindotcom.

Meskipun dikenakan bayaran RM80 oleh penganjur, majlis yang diadakan telah mendapat sambutan hangat, apatah lagi kali ini Dr Mahathir berkongsi strategi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Selain pelbagai tekanan yang telah diberikan, kali ini beliau meminta penduduk Pekan supaya tidak mengundi Najib.

Kata Tun Dr Mahathir, perkara itu tidak mustahil kerana pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, Najib menang dengan 241 undi sahaja.

Cara itu dibuat selepas Najib tetap berkeras enggan melepaskan jawatan kerana bimbang dan takut dengan kesilapan yang dilakukan.

“Menurut Tun Mahathir, Najib dianggap zalim kerana memecat, menakutkan serta menukar orang-orang tertentu yang sedang menjalankan tugas menyiasat dirinya.

“Katanya, Najib bukan tidak mahu berundur tetapi takut untuk berundur berikutan bimbang ditangkap jika tiada lagi kuasa dalam tangannya,” kata bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju itu.



Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers