“PAS For All” relevan jika profesional, ulama seimbang

“PAS For All” relevan jika profesional, ulama seimbang

“PAS For All” relevan jika profesional, ulama seimbang

“PAS For All” relevan jika profesional, ulama seimbang

 

 LAWATI SUARA PAKATAN DAILY


Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata slogan “PAS For All” hanya kekal relevan sekiranya pemimpin yang menang alam Muktamar Pemilihan Jun nanti terdiri daripada campuran muka baru, ulama dan profesional.

Katanya, Muktamar PAS ke – 61 yang bakal berlangsung 4 hingga 6 Jun di Kuala Selangor nanti seharusnya memfokus kepada perancangan strategi memusnahkan BN, bukannya memusnahkan Pakatan Rakyat.

“Strategi kita harus fokus bagaimana untuk membenamkan BN-Umno dan tidak perlu terlalu fikir masalah perbezaan pendapat dalam parti,” tegas Nizar.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, perbezaan pendapat dalam parti perlu diraikan bagi memberi harapan baru kepada perubahan PAS untuk meneruskan perjuangan yang berlandaskan syariat Islam.

“Ahli pimpinan parti perlulah lebih profesional dalam menangani sesuatu isu dan tidak mengeluarkan kenyataan mengapi-ngapikan mana-mana pihak yang bakal mengundang perbalahan sesama ahli parti.

“Kemelut yang melanda PAS ketika ini adalah disebabkan salah faham segelintir ahli PAS yang beranggapan bahawa kritikan pandangan tersebut seolah-olah ingin menjatuhkan Presiden dan Barisan Pimpinan sedia ada,” katanya.

Beliau berharap perbezaan dapat diselenggara dengan berhikmah bagi mengekalkan persefahaman yang lebih akrab seterusnya menguatkan Pakatan bagi memudahkan PAS dan rakan kompenan parti yang lain untuk melangkah menuju Putrajaya .

Forum yang bermula pada jam 9 malam itu berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor (KLSCAH) turut dihadiri Calon Presiden PAS ,Ustaz Ahmad Awang dan Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Taib.


No comments: