Sunday, May 24, 2015

Anwar: Selesaikan isu GST, 1MDB sebelum RMK 11

Anwar: Selesaikan isu GST, 1MDB sebelum RMK 11


KUALA LUMPUR 21 MEI- Pejuang rakyat, Saudara Anwar Ibrahim menyeru kerajaan supaya menyelesaikan masalah rakyat terlebih dahulu sebelum mengemukakan Rancangan Malaysia ke 11.

Dalam kenyataan media ringkas, Anwar berkata kerajaan perlu menyelesaikan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyebabkan negara menanggung kerugian.

IMG_3625 

“Tumpuan kita sekarang harus ke arah memperjuangkan hak rakyat dengan membantah kenaikan harga barang terutama melalui pelaksanaan GST yang kian mendera rakyat miskin,”

“Kebocoran dan kerugian akibat pengurusan lemah dan penyelewengan 1MDB perlu ditangani segera. Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan Kementerian Kewangan perlu memberikan penjelasan kepada rakyat,” kata Anwar.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika beliau hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadapi perbicaraan dalam kes saman fitnah terhadap ahli perniagaan, Datuk S Nalakaruppan.

Hari ini merupakan hari ke 101 Anwar dipenjara di Penjara Sungai Buloh atas pendakwaan Fitnah 2 yang disifatkan sebagai konspirasi tertinggi bagi mengakhiri kariernya sebagai ahli politik pembangkang.

Dalam pada itu, Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangannya, termasuk Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang hadir di hadapan Penjara Sungai Buloh sempena 100 hari beliau dipenjara malam tadi.

“InsyaAllah, saya akan terus istiqamah dengan perjuangan menegakkan keadilan,” katanya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers