Saturday, March 14, 2015

“Jangan hanya jadi pemerhati, libatkan diri dan lakukan perubahan”

rafizi_ramli

SUBANG,  MAC: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan agar rakyat Malaysia tidak sekadar menjadi pemerhati terhadap isu-isu ketirisan, rasuah dan salahguna kuasa yang berlaku di negara ini, sebaliknya melibatkan diri secara langsung untuk melakukan perubahan.

“Antara pesanan yang paling saya ingat ketika di sekolah dahulu ialah, jangan sekadar menjadi pemerhati. Jangan hanya tengok.

“Dalam hidup ini kita kena terlibat (melakukan perubahan). Kadang-kala kita salah. Salah tak mengapa. Kena ambil pendirian.

“Dan kita kena cakap pada kawan-kawan, (bahawa) kamu takkan melakukan apa-apa perubahan dengan hanya menangis,” kata Rafizi dalam ‘Ceramah Isu Semasa’ di Dewan MPSJ semalam.

Jpeg 

Kira-kira 600 hadirin memenuhi Dewan MPSJ sempena program ‘Ceramah Isu Semasa’ anjuran DAP Subang Jaya.

Tambah Naib Presiden PKR itu, rakyat Malaysia perlu bangun, menyatakan pendirian dan melibatkan diri melalui cara masing-masing bagi menyebarkan maklumat dan pendedahan bermula dari lingkungan paling hampir.

Beliau turut memberikan contoh pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada semua golongan, sedangkan prinsip percukaian adalah bagi membela golongan tertindas melalui sistem perkongsian dan pengagihan.

“Apa prinsip moral tentang cukai? Percukaian adalah bagi mengangkat (kehidupan) orang-orang paling miskin.

“Tetapi GST ini terbalik. Orang-orang kaya yang jumlahnya 10 peratus ini pula yang akan ‘ditaja’ oleh 90 peratus yang lain. Apa akan jadi kepada mereka (orang miskin)? kata Rafizi.

“Dalam masa tiga minggu dari sekarang, Najib akan melaksanakan GST. Orang ramai pasti akan terasa kesannya mulai 1 April nantii.

“Ketika saya buat laporan polis tentang 1MDB, peliknya, saya pula yang ditahan,” kata Rafizi disambut ketawa hadirin.

Rafizi yang mengumumkan aset dan hutangnya kepada umum minggu ini, turut mencabar Perdana Menteri dan kabinet untuk melakukan perkara sama.

“Najib kena umumkan hartanya seperti mana yang saya lakukan. Kita ada hak untuk bertanya. Jika tidak, kita boleh nyatakan bahawa harta itu (dari sumber) haram.

“Sekarang ini UMNO dalam keadaan paling lemah. UMNO telah rosak sehingga ke terasnya. Siapa ada banyak wang, maka dia yang mengawal UMNO.

“Kalau Najib tak tumbang (kerana banyak wang), UMNO-BN yang akan tumbang,” kata Rafizi. – 


Roketkini.com


Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers