Wednesday, February 18, 2015

Apa Yang Shafee Tak Puas Hati Lagi Sampai Nak Bersumpah Di Mekah Bagai...

INGAT SYAFEE....INI KEJADIAN YANG ALLAH DAH TUNJUKKAN....BAGAIMANA MOKHTAR DUGONG( GELARAN PADA MASA ITU) YANG MEMANG TERKENAL DENGAN SIKAP DEGILNYA SAMA SEPERTI ANDA
 
 
 
Ni saya dapat dari FB. Selamat membaca.

Cumanya ada penambahan satu lagi.

Khairuddin Abu Hasan yang menjadi aktor utama dalam buku 50 Dalil sekarang di dapati bankrupsi walaupun telah bernikah dgn pelakon Ummi Aida.

Khabarnya apartment mewah beliau juga terpaksa dilelong.

Sila  lihat imej di bawah



NASIB PELAKON KES LIWAT 1 (1998).

Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.

Ummi Hafilda Ali: Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.

Azizan Abu Bakar: Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.

Rahim Nor: Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.

Aziz Samsuddin: Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.

Peguam Negara (Mohtar Abdullah) pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati. Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar.


 APA YANG KHAIRY DAN SYAFEE TAK PUAS HATI TERHADAP DSAI



Kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan tidak habis-habis menghadirkan cerita pelik dan ganjil buat kita semua. 

Jika semasa perbicaraan dulu, sudah banyak cerita pelik dan ganjil ini didedahkan kepada umum, disiarkan dalam media dan menjadi perbualan ramai, kini ia berterusan lagi walaupun episod mahkamah telah pun berakhir dan Anwar sudah berada dalam penjara.

Setelah Anwar disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan serta dihukum penjara selama lima tahun, adalah perkara biasa jika pihak yang tertuduh merasa tidak puas hati dengan hukuman yahg dijatuhkan itu.

Sebab itu, tiada yang hairannya jika Anwar terus menyatakan sabitan kepadanya adalah bermotifkan politik dan bertujuan membunuh karier politiknya. Tidak pelik juga jika ahli keluarga Anwar bersama penyokongnya terus meluahkan simpati dan mengadakan pelbagai demo bagi membantah hukuman itu.

Tiada yang ganjil dan luar biasa juga jika peguambela Anwar terus bercakap menyatakan rasa tidak puas hati dengannya.

Ia boleh dikatakan normal dan biasa bilamana pihak yang kalah terus bersuara dan menuntut keadilan.

Tetapi tentulah pelik, ganjil dan luar biasa bila pihak yang menang terus menerus bercakap cuba meyakinkan orangramai mengenai keputusan yang telah dibuat oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan itu.

Inilah yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim ini. Setelah beliau didapati bersalah dan kini sedang menghuni Penjara Sungai Buloh, ketua pasukan pendakwaraya, Shafee Abdullah ternampak begitu sibuk bercakap di sana sini mengenai perbicaraan dan hukuman yang telah diterima oleh Ketua Pembangkang itu.

Beliau bukan saja bercakap dengan banyak media mengenai perbicaraan dan hukuman yang diterima Anwar, malah tidak habis-habis menyatakan keyakinannya bahawa Anwar memang bersalah dan sah meliwat Saiful.

Di suatu ketika itu, Shafee yang lebih dikenal sebagai peguam UMNO juga menyatakan beliau sanggup bersumpah di Mekah untuk membuktikan keyakinannya bahawa Anwar tetap bersalah.

Tidakkah perbuataan Shafee ini pelik, ganjil dan luar biasa? Apa tujuannya beliau bercakap sedemikian rupa sedangkan beliau adalah pihak yang menang?  Bukankah Anwar sudah dijatuhkan bersalah dan menerima hukuman?

Pihak yang menang sepatutnya bergembira dan meraikan kemenangan, bukannya bersungut tidak henti-henti?

Kenapa tak habis-habis bercakap secara terbuka cuba meyakinkan rakyat sedangkan beliau adalah ketua pasukan pendakwaraya ketika perbicaraan saja dan bukannya ahli politik?

Adakah Shafee sendiri tidak yakin dan ragu-ragu dengan keputusan mahkamah itu? Atau beliau sedang didatangkan Tuhan dengan perasaan bersalah dalam hatinya ketika ini?

Tidak cukup dengan bercakap melalui media, pada 17 Februari ini ( Selasa), Shafee  juga turut  hadir memperkatakan mengenai perbicaraan dan hukuman yang diterima Anwar itu dalam sebuah majlis dialog anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein atau AKHI yang dipunyai oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Barangkali ada benarnya saranan bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman agar khidmat Shafee sebagai timbalan pendakwaraya dalam kes perbicaraan Anwar segera ditamatkan agar beliau berhenti bercakap mengenai kes yang sudah pun berakhir itu.

Kata Abu Talib lagi, kes Anwar ini tidak seharusnya terus mendapat komen lanjut, sebaliknya tindakan itu seperti mengesahkan lagi dakwaan pelbagai pihak bahawa ianya berunsur dan bermotifkan politik.

Apakah dengan membawa Shafee hadir dalam program anjurannya itu,  Khairy Jamaluddin juga mahu orangramai terus melihat kes Anwar ini dari segi politik?

Dengan bersetuju hadir di program anjuran AKHI yang dinaungi oleh sebuah entiti politik, tidak mustahil juga jika selepas ini Shafee  akan turut bersetuju hadir dalam banyak program lain anjuran UMNO bahagian dan cawangan di seluruh negara untuk bercakap dan mewajarkan hukuman yang telah dijatuhkan kepada Anwar itu. 

Nampaknya NGO Tibai dan "Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim" yang sudah pun dibubarkan sehari selepas Ketua Pembangkang itu didapati bersalah atas alasan tiada keperluan lagi meneruskannya, sudah pun ada bakal penggantinya iaitu Shafee Abdullah, seorang peguam terkenal yang disebut-sebut ramai sebagai bakal  Peguam Negara selepas ini.

Berada di luar atau di dalam penjara, Anwar terus menghantui ramai orang dengan aura dan pengaruhnya. (SH 16/02/2015)

Biasanya hanya pihak yang kalah terus bercakap, tapi Shafee walaupun menang terus sibuk juga bersungut...



Makluman mengenai program anjuran AKHI ini sudah tersebar sejak beberapa hari lalu...

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers