Friday, September 19, 2014

ISTANA BELUM PUTUSKAN SIAPA MENTERI BESAR SELANGOR

Hakikatnya belum siapa yang mendapat surat lantikan. Istana masih lagi memikirkan dan sedang menemuduga calon calon yang akan dilantik menjadi Menteri Besar. Esok mungkin akan ada YB dari parti lain pula yang akan di panggil mengadap ke Istana untuk di temuduga....ianya masih"fluid".Macamana Istana nak lantik nama yang tidak dicalonkan? Bagaimana Istana nak ketepikan sahaja sosok yang mendapat majoriti sokongan? dan ianya mungkin tidak pernah pula Istana melakukan yang demikian untuk melantik nama yang tidak dicadangkan?   

SELASA YANG MENDEBARKAN....



Ini kenyataan dari MSO. Jika dari MSO berkemungkinan ianya dari PAS, sebab maklumat dari MSO kebanyakkan dari mulut orang PAS.



Bakal MB sudah dipanggil menghadap Sultan

BERITA TENGAH MALAM                                                                           

Bakal MB Selangor baru yang dijadulkan akan mengangkat sumpah memegang jawatan pada 23 September 2014 (Selesa) khabarnya sudah menghadap Sultan Selangor untuk diinterview semalam. Berdasarkan maklumat ini Adun berkenaan berada dalam senarai teratas daripada dua nama lain.

Hal ini disahkan sendiri kepada saya oleh orang rapat Adun berkenaan. Bagaimana pun tidak elok kalau disebut namanya dan biarlah ianya diumumkan sendiri oleh Sultan Selangor.

Sekali lagi ditegaskan tidak kira siapa yang akan dilantik menjadi MB menggantikan Abdul Khalid Ibrahim, semua pihak kena menerimanya demi kesejahtraan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. [wm.kl.12:22 am 19/09/14]


PEMUDA PAS MAHU PAS TOLAK JIKA DITAWARKAN JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR

Ini pendirian pemuda PAS yang paling rasional. Namun ini harapan yang banyak pihak mahukan agar PAS tidak terlibat dalam soal menteri besar Selangor tersebut. Namun Presiden dan Mustaffa Ali yang menjadikan krisis ini panjang. Jika ditanya sesiapa pun ahli penyokong Pakatan , mereka bimbang isu ini akan menjadikan Paatan berpecah.

Kenapa kerana hanya seorang individu yang telah dipecatkeahliannya dari parti PKR, tetapi dipelawa masuk menyertai parti komponenlainnya hanya kerana untuk menghaang pemecatan Khalid? ini yang orang pertikaikan. Kenapa gabongan lain tidak ikut campur isu MB Kedah , Isu pemecatan Hassan Ali ? Sebab menghormati pendirian dan hak partimasing masing. Ini yang orangpertikaikan.


Bukti PAS Ingin Jawatan MB Selangor.., Ini Buktinya..

Seorang perwakilan Pemuda PAS dicemuh apabila beliau dengan penuh semangat menyeru kepimpinan tertinggi parti menolak jawatan menteri besar Selangor sekiranya Sultan Selangor memilih pemimpin daripada PAS bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Insiden itu mencetuskan kekecohan petang ini apabila perwakilan dan pemerhati muktamar bangun dan menjerit "boo" kepada Mohd Sany Hamzah dan mengarahkannya berhenti berucap.


"Jika benar Sultan Selangor lantik menteri besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Pemuda ingin menyarankan supaya kita tolak jawatan itu.

"Setuju semua? Sebab itu janji kita," katanya semasa membahaskan ucapan dasar presiden pada hari kedua Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini.

"Setia kita dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Sebab itu saya nak sebut, kalau mahu ambil kerusi menteri besar, tunggu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kita sapu 20 kerusi di Selangor, kita jadi menteri besar," katanya dan mencetuskan kekecohan apabila disambut dengan "boo" oleh mereka yang hadir.

Sany bagaimanapun tenang menerima bantahan dan berkata ia adalah pendirian sayap Pemuda PAS bersama PR.

"Tak apa, saya tidak ada masalah, itu pendirian Pemuda yang kita janji dan sepakati bersama dalam Pakatan," katanya. 


SHAH ALAM - Pas akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan komponennya sekiranya calon daripada parti itu dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, ujar Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Perbincangan itu penting kerana Pas telah memilih untuk memberi komitmen bersama dalam Pakatan Rakyat.

“Jadi apa-apa pun kita akan berbincang dahulu sebelum membuat kata putus,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Terdahulu, Pas dilapor mencadangkan tiga nama ahlinya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk diteliti sebagai pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Angin bertiup kencang mengatakan, senarai nama yang dicalonkan Pas adalah anggota Exco Selangor dari parti itu iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi.

Kemudian muncul pula laporan yang menyebut hanya seorang ahli Pas iaitu Iskandar yang dicalonkan parti itu manakala dua lagi nama ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan 


Ini pula kenyataan Mahathir sewaktu beliau memegang jawatan dalam kerajaan dahulu.Beliau menyatakan bahawa tidak ada sesiapa yang beranimembantahnya . Itu maksud Mahathir . Malah beliau pernah melondeh istana diketika beliau ingin menentang dan mengubah pihak  istana agar boleh didakwa dibawah akta kesalahan jika sabit dalam jenayah


Hanya satu nama, tiada siapa pernah pertikaikan saya, kata Dr Mahathir

Pakatan Rakyat (PR) bukan entiti tunggal, disebabkan itu ia perlu menghantar nama calon menteri besar lebih daripada satu kepada sultan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata dirinya boleh menghantar satu nama saja kerana Barisan Nasional (BN) merupakan gabungan parti yang berdaftar dan tidak ada siapa pernah membantah keputusannya.

"Saya pilih (calon menteri besar) berdasarkan sokongan popular dan tiada siapa yang tidak puas hati, maka tidak perlu saya bagi lebih daripada satu nama," katanya mengulas tentang pertikaian jumlah nama yang perlu dihantar ke istana mengikut konvensyen.


Dalam krisis menteri besar Selangor yang masih belum selesai sekarang, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amalan menghantar satu nama dipraktikkan sejak zaman pemerintahan BN pada 1957.

Dr Mahathir juga berkata sebelum ini, menjadi amalan biasa semasa beliau mentadbir negara, dengan mengemukakan hanya satu nama kepada Sultan.

Semalam, istana dalam kenyataannya menegur PKR buat kali kedua kerana mempertikaikan titah Sultan supaya mengemukakan lebih satu nama calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers