Sunday, September 21, 2014

BOLEH "BLAH" KATA LIDAH PENGARANG

Kalo korang panggil aku "Anwarinas" aku panggil korang "Najibrinas"
Kalau ko panggil kitorang "Geng Ketum" kitorang panggil korang "Geng Pil Kuda'
Kalo korang panggil kitorang parasit kitorang panggil korang "pengkhianat"

Ancaman jelas dan benar melalui ucapan Hadi





Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mahu menjadikan Malaysia negara Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 September, 2014.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mahu menjadikan Malaysia negara Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 September, 2014.Tahniah diucapkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di atas visinya yang jelas dan jujur mengenai pendirian parti Islam pimpinan beliau itu.
Ucapannya semalam sebenarnya berita baik bagi rakyat Malaysia. Sudah terserlah kini, golongan yang dikatakan puritan, atau agamawan, perlu ditolak oleh mereka yang menyangka parti ini bersifat berbilang kaum dan agama.
Ia bukan lagi begitu. Ia sebuah parti Islam yang mahu menjadikan Malaysia negara Islam, diperintah di bawah undang-undang ketat bersifat puritan dan hukuman yang mereka harap dapat menghalang jenayah dan salah laku.Pernah mereka menamakannya negara Islam berkebajikan, tetapi ia hanya samaran bagi apa yang Hadi mahukan selama ini – sebuah negara Islam.
Walaupun beliau berkata PAS tidak boleh dipergunakan oleh sesiapa pun untuk mencapai cita-cita mereka, Hadi tidak terkecuali dari memperalatkan Pakatan Rakyat (PR) bagi cita-citanya sendiri.
Itu tidak dinamakan menepati Islam, tetapi ialah satu cita-cita politik. Hadi merupakan seorang politikus yang menggunakan Islam bagi mewajarkan tindak-tanduknya dan memenuhi kepentingan beliau.
Dari ucapannya, PAS yang dipimpin Hadi berada di garisan sama yang diduduki parti itu pada 2004, ketika sikap “hardline” dan konfrontasi beliau tersungkur di tengah pentadbiran terbuka Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kemenangannya di Terenganu pada 1999 cuma seketika, lebih merupakan reaksi terhadap pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada visi jelas Hadi memperjuangkan negara Islam.
Barisan Alternatif (BA) yang disertai Keadilan, PAS dan DAP tidak bertahan lama kerana kedegilan Hadi mempertahankan pendirian negara Islamnya.
Tetapi parti golongan konservatif itu mampu bertahan dalam arus perdana kerana setelah kehilangan kuasa, ia menjadi sebahagian PR, dan tampak menerima prinsip kerjasama politik sekali lagi pada 2008.
Namun penyakit angkuh dan budaya bodoh sombong kini menjangkiti PAS di bawah Hadi. Wujud satu ancaman yang jelas dan nyata apabila Hadi rasa dia tahu apa yang terbaik untuk Malaysia.
Sehinggakan dia kini percaya dia dapat memaksa agenda puritan ke atas PR dan Malaysia keseluruhannya. Baginya, partinya dan PR perlu tunduk kepada visinya atau pergi jahanam.
Sekurang-kurangnya beliau jujur tentang itu. Begitu juga, rakyat Malaysia perlu jujur tentang apa yang mereka rasa terhadap visinya untuk Malaysia.
Mesej Malaysia terhadap Hadi dan ahli partinya ringkas: boleh belah. – 21 September, 2014.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers