Tuesday, August 5, 2014

VIDEO INSIDE: PAS DALAM SERBA SALAH...

 

 

Khalid Samad: Penjelasan Zuhdi calar imej PAS


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berpendapat penjelasan demi penjelasan Dr Ahmad Zuhdi Marzuki tentang mesej kumpulan WhatsApp ahli jawatankuasa PAS Pusat yang bocor, memburukkan keadaan dan memberi nama buruk kepada PAS.

Menurutnya, Zuhdi terlalu sibuk mempertahankan dirinya sehingga memberikan gambaran bahawa "lakaran senario" yang disebutnya itu seolah-olah datang dari PAS.

Ia sekaligus memburukkan nama PAS di mata orang ramai, kata Khalid.

"Imej PAS tercalar dan orang bukan Islam akan hilang kepercayaan pada PAS.

"Dia terlalu sibuk mempertahankan dirinya, mencuci tangan dan secara tak langsung memburukkan nama PAS.

"Senario lakaran Zuhdi adalah imaginasinya sendiri tanpa ada campur tangan dari mana-mana ahli WhatsApp group," kata Khalid Samad (kiri).

Menurutnya, penjelasan Zuhdi yang mendakwa lakaran senario PAS meninggalkan Pakatan Rakyat itu seolah-olah memberikan gambaran ia datang dari AJK PAS pusat.

Sedangkan tegas Khalid, tiada seorang pun selain Zuhdi daripada 47 orang dalam kumpulan WhatsApp itu bersetuju dengan lakaran senario Zuhdi.

"Dia tak kata (pandangan itu dari) dalam WhatsApp group tapi dia kata dari dalam PAS.

"Tapi kenapa dia bagi impression (tanggapan) begitu (datang dari AJK PAS Pusat)?" kata Khalid dalam satu sidang media hari ini.


 PAS sukar jika p'raya baru di S'gor

MP Shah Alam, Khalid Samad menjangkakan PAS Selangor akan berada dalam "keadaan sukar" sekiranya pilihan raya negeri terpakasa diadakan untuk menyelesaikan kemelut menteri besar Selangor.

Beliau menjangkakan demikian kerana PAS dilihat menyokong agar Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar – satu pendirian yang turut dikongsi Umno.

"Bacaan saya memang sukar khususnya bagi PAS kerana pada masa itu kita akan dilihat bersama Tan Sri Khalid dan Umno.

"Pada masa itu, memang susah buat PAS," katanya.

Seorang MP DAP pada akhir bulan lalu meramalkan bahawa PAS mungkin akan hanya berjaya menguasai tiga hingga lapan kerusi DUN, berbanding 15 yang dimenangi dalam pilihan raya umum ke-13.

Ia berdasarkan kiraan bahawa PAS kehilangan antara 15 hingga 25 peratus sokongan bukan Melayu, kata Tony Pua.

Malah, dalam keadaan paling baik sekalipun, PAS mungkin kehilangan tujuh daripada 15 kerusi – jika ia berjaya mengekalkan sokongan pengundi Melayu dan juga jika sokongan bukan Melayu hanya berkurangan sebanya 15 peratus.

Katanya, beliau antara lainnya menjangkakan PAS hilang sokongan di Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras.

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers