Hadi tidak bijak sokong Khalid

Hadi tidak bijak sokong Khalid

Presiden PAS Abdul Hadi Awang buat pertama kali dipersoalkan kebijaksanaannya secara meluas oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Sokongan tanpa syarat yang diberikan kepada MB Selangor Khalid Ibrahim memperlihatkan Hadi tidak lagi wajar memimpin PAS.

Hadi telah melanggar semangat kerjasama Pakatan dengan mencampuri urusan PKR dalam melantik Menteri Besar Selangor.

Keputusan menukar Khalid dengan Dr Wan Azizah seminggu sebelum Aidilfitri lalu bukanlah dibuat secara membuta tuli oleh PKR. Mesyuarat dipanggil selepas Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mengeluarkan kenyataan rasmi PAS tidak akan menuntut kerusi MB yang diberi kepada PKR dan PAS akan memberi laluan buat PKR menyelesaikan kemelut pertukaran MB.

Situasinya sama ketika berlaku kemelut dalaman PAS pada 2012 lalu, apabila exco Kedah enggan mengangkat sumpah menyambung jawatan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan MB Azizan Razak. PKR tidak campurtangan dalam isu itu dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyinggung kepimpinan Azizan, apatah lagi mencadangkan sesuatu sebagaimana yang dilakukan PAS di Selangor.

Penyokong Pakatan mempertikaikan kenyataan PAS dan Hadi sendiri untuk memberi peluang kepada Khalid berkuasa dan memperbaiki kelemahannya. Setelah Hadi memberi sokongan membuta tuli tanpa syarat apakah Khalid akan berubah selepas ini?

Sewajarnya Hadi memberi sokongan bersyarat. PAS Selangor sendiri sebelum ini pernah menyerahkan komplen lebih 60 perkara terhadap pentadbiran Khalid. Sekiranya Hadi bijak beliau akan menekan Khalid agar bersetuju menyelesaikan semua komplen PAS Selangor itu sebagai pertukaran sokongan.

Sokongan tanpa syarat memperlihatkan PAS terlalu lemah. Ataupun mungkin dirasuah? Sebab seseorang ahli politik di hujung tanduk seperti Khalid tidak akan menolak apa sahaja syarat selagi mana PAS menyokongnya untuk berkuasa di Selangor.

Layakkan PAS terus dipimpin oleh Hadi selepas kemelut ini? Pemimpin PAS perlu berfikir untuk mencabar kepimpinan Hadi dalam pertandingan dalaman parti atau mengusulkan undi tidak percaya kepada kepimpinan beliau. Hadi dalam memberi sokongan kepada Khalid persis sebagaimana Khalid memberi tandatangan kepada projek Langat 2, tidak meletakkan syarat ketat dan jelas menguntungkan kerajaan Umno BN di peringkat persekutuan.



Tidak mungkin perjuangan panjang ahli PAS; pengorbanan wang ringgit, titik peluh, dipukul FRU, dipenjara, dihina dan dimaki berakhir dengan satu perkataan mudah: Hadi sokong Khalid, Khalid sokong Umno BN.


No comments: