Monday, July 7, 2014

Usul Khalid Dipecat Sudah Diputus 15 Januari Lalu – Abdullah Sani


Posted on Monday, July 07 @ 09:00:00 MYT 

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Analisis Isu Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mendedahkan bahawa usul pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sudah diputus dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PKR sejak 15 Januari lagi.
“Pada 15 Januari lalu dah bermula satu usul untuk Khalid dipecat, ditukar ganti.


“Semua ahli Majlis Tertinggi PKR hadir iaitu Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden, saya, Shuhaimi Shafiei, Shamsul Iskandar, Rafizi Ramli, Amiruddin Shaari, Xavier Jayakumar dan ramai lagi.
“Khusus untuk isu Khalid. Sebulat suara tanpa bantahan dari Majlis Kepimpinan Tertinggi. Namun Khalid tidak hadirkan diri, mesyuarat parti mana beliau datang,” katanya ketika dihubungi Antarapos, semalam sebagai mengulas penafian Khalid wujud usaha menggugurkannya dari jawatan Menteri Besar dan perbincangan seumpama itu.

Pada Jumaat lalu, akhbar The New Straits Times melaporkan kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang mendakwa keputusan Khalid digugurkan sebagai Menteri Besar telah diputuskan pada mesyuarat majlis tertinggi parti itu pada 15 Jan sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk pilihan raya Kajang pada bulan Mac.

Lantaran itu, Abdullah Sani berkata sudah tiba masanya untuk Khalid sedar diri dan tidak lagi dibuai khayalan kononnya masih mendapat sokongan dari rakyat.

“Beliau kata parti tidak kekal, yang kekal adalah kerajaan. Itu nampak orang tak cerdik politik. Tanpa parti mana datangnya kerajaan? Tanpa kerajaan mana datangnya parti?

“Apabila rakyat mengharap parti itu memerintah dan menjadi kerajaan, rakyat memilih seseorang itu berdasarkan parti yang diwakilinya. Tanpa parti siapa kamu? Jangan sombong dengan parti, jangan kata jangan letak jawatan. Letak jawatan memang hak kamu (Khalid), tapi pemecatan adalah hak parti dan komponen,” tegasnya.

Abdullah Sani juga membidas pendapat sesetengah pihak bahawa Khalid ‘selesa’ sebagai Menteri Besar atas sokongan pihak istana.


“Saya tidak setuju, sedangkan sebagaimana saya tahu istana akan menerima apa sahaja cadangan yang dibuat untuk kebaikan kerajaan. Istana memahami, apabila pihak istana dicadangkan untuk ditukar, mereka akan tukar. Tidak timbul masalah setuju atau tidak,” katanya lagi.



Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers