CERAMAH AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI

CERAMAH DI CHEROK TO' KUN

TEMPAT GALARI PEJUANG

TARIKH:1 OGOS 2008

PENCERAMAH

YB NURUL IZZAH ANWAR

CIKGU BARD

laporan berita akan muncul

KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG LULUS RM 1 JUTA BAGI BANTUAN SEK AGAMA RAKYAT DI PULAU PINANG



BANDAR PERDA-Dalam satu majlis forum sembahyang hajat perdana dan forum bersama rakyat yang di hadiri oleh Ustz Dr Badrul Amin dan juga YB Fairus Khairuddin merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ,beliau telah menjelaskan beberapa perkara menarik dimana kerajaan negeri telah meluluskan sejak beberapa bulan dulu iaitu:



1.Meluluskan bantuan kepada rakyat miskin dan sederhana di Pulau Pinang dengan subsidi pemotong melalui PBA(pihak berkuas Air) sebanyak RM120 sebulan.
2.Meluluskan bantuan kepada SAR di Pulau Pinang sebanyak RM 1juta

3. menghapuskan miskin tegar dimana 120 individu dikenalpasti dan selama 100 hari pemerintahan telah berjaya menghapuskan sebanyak 4 individu yang miskin tegar dan ada 116 lagi dan dijangka kan akan semuanya dihapuskan menjelang tahun hadapan.

4 Mengumpulkan golongan cerdik pandai untuk dibawa berbincang bersama UPE bagi meningkatkan bantuan kepada golongan miskin meningkatkan pernyertaaan bumiputera dalam bidang ekonomi.




Dalam forum semalam beliau bersama Dr Badrul Amin yang merupakan pensyarah beliau telah menjelaskan betapa fitnah adalah bukan perbuatan orang islam yang beragama kerana fitnah itu lebih berbisa daripada mata pisau. Mereka berdua juga membicarakan tentang betapa pentingnya umat islam mendengar menepis beberapa perkara yang diaggap tidak benar melalui memahami perkara-perkara tertentu tu dengan merujuk kepada orang yang lebih tahu dan memahaminya.



AKAN MEMBUAT LAPORAN BERKAITAN FITNAH KEPADA BELIAU

YB Fairus juga menjelaskan betapa fitnah kepada DSAI juga telah menjalar kepada beliau sejak 3 bulan yang lalu melalui SMS diseluruh negeri dan beliau telah mengetahui indidvidu terbabit dan senarainya telah ada untuk di siasat polis.


"Bukan itu sahaja, malahan terdapat senarai beberapa individu yang bekerja dengan kerajaan negeri dan juga majlis tempatan yang mengamalkan rasuah dan tinggalkan lah perbuatan yang tidak baik ini, dan saya akan mengambil tindakan tidak lama lagi,senarai panjang individu yang menabur fitnah dan rasuah ini ada pada saya" demikian jelas YB Fairus lagi.