Wednesday, July 4, 2018

SIAPA PEMIMPIN UMNO SUDI BERI SOKONGAN KEPADA NAJIB DI MAHKAMAH HARI INI ?



Bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang ditahan petang tadi kediamannya di Taman Duta dijangka akan didakwa di mahkamah pagi  pagi ini.

Beliau yang dibawa terus ke pejabat SPRM di Putrajaya sejurus penahanannya, dipercayai akan bermalam di lokap agensi pencegahan rasuah itu pada malam tadi .

Di mahkamah nanti, Najib dijangka akan dihadapkan dengan 10 pertuduhan berhubung rasuah, pecah amanah sebagai penjawat awam dan berkaitan akta pencegahan penggubahan wang haram.

Peguam Negara, Tommy Thomas sendiri dipercayai akan mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Najib itu.

Pendakwaan terhadap Najib ini merupakan kes yang pertama di negara kita di mana seorang bekas Perdana Menteri diheret ke mahkamah berhubung kesalahan jenayah yang segala-galanya berpunca daripada skandal 1MDB.

Ia berikutan beliau yang mengetuai UMNO dan BN dalam pilihanraya 9 Mei lalu gagal mempertahankan kekuasaannya dan ditumbangkan oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan.

Berikutan kekalahan itu, Najib kemudian meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN. 

Kedua-dua jawatan itu kini dipegang oleh Zahid Hamidi yang baru-baru ini berjaya menewaskan Khairy Jamaluddin dan juga Tengku Razaleigh Hamzah.

Persoalan kini, apakah UMNO dan para pemimpinnya akan bersama-sama Najib di mahkamah esok atau bakal menjarakkan diri?

Siapakah yang sedia hadir di mahkamah esok?

Adakah Zahid Hamidi, Mohamad Hassan, Naib-Naib Presiden dan barisan Ahli Majlis Tertinggi UMNO akan hadir mengiringi dan memberi sokongan moral kepada Najib?

Adakah para pemimpin UMNO yang selama ini kuat mempertahan dan membela Najib seperti Salleh Said Keruak, Abdul Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Nazri Aziz dan beberapa yang lain akan sudi hadir sama?

Adakah Ketua-Ketua UMNO bahagian yang pernah menerima wang atau diberikan jawatan oleh Najib sedia menampakkan wajah mereka?

Atau adakah baru esok Najib akan  mengetahui siapa kawan sebenar dan siapa kawan hanya di waktu senangnya saja? (ShahbudinHusin 03/07/2018)
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers