Tuesday, June 5, 2018

Hati-hati dengan fitnah berita palsu cetus ketegangan


Walaupun pilihan raya sudah selesai, parti pemerintah sudah bertukar, Perdana Menteri dan jemaah kabinet sudah pun masuk kerja, namun propaganda keji dan fitnah bertujuan mencetus kekeliruan dan sentimen kaum agama masih berlaku – tak ubah seperti musim kempen pilihan raya lepas.
Pihak pembangkang nampaknya belum menyerah kalah apabila satu demi satu fitnah jahat dilemparkan ke atas kerajaan persekutuan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Motif propaganda jahat ini jelas bertujuan melaga-lagakan pemimpin kerajaan dengan Yang Di Pertuan Agong serta kemarahan rakyat kononnya kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu.
Terbaru, tular di media sosial kononnya Menteri Kewangan Lim Guan Eng ‘menyanggah’ Yang Di Pertuan Agong berhubung isu pelantikan Peguam Negara yang baru.
Fitnah itu menggunakan grafik kononnya laporan Astro Awani yang memetik laporan Bernama dengan tajuk berita: Agong tiada hak tolak nama Peguam Negara PH.
Sehubungan itu, Astro Awani telah mengeluarkan penafian menyanggah laporan tersebut.
“Satu berita dengan tajuk Agong tiada hak tolak nama Peguam Negara PH ditularkan dengan meletakkan logo Astro AWANI sebagai menerbitkan laporan tersebut adalah TIDAK BENAR.
“Laporan yang turut memaparkan gambar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu dipercayai mula tersebar HARI INI.
“Sehubungan itu, Astro AWANI meminta agar orang ramai agar tidak mempercayai sumber yang tidak benar ini.
“Segala kandungan berita yang dilaporkan boleh terus dirujuk di laman web utama kami,www.astroawani.com.” lapor Astro Awani. 
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers