Nafi ramai ahlinya sertai Amanah, Pas sedia tawan Selayang

Hakikatnya penduduk Selayang dan peniaga sendiri resah dengan pihak yang mengendalikan kutipan dikawasan tersebut..Namun ramai aktivis di kawasan Batu dan Selayang telah berpindah kepada Amanah kerana di Selayang Baru sendiri terdapat sebuah pejabat Parti Amanah yang aktif.

Menafikan ramai ahlinya keluar parti, Pas Selayang memberitahu tidak sampai 10 ahli yang aktif menyertai Amanah kawasan itu.
Mohd Farhan MadzlanMohd Farhan MadzlanKetua Penerangan Pas Kawasan Selayang, Farhan Madzlan berkata, tindakan beberapa ahli partinya yang dianggap bermasalah memilih Amanah juga adalah lebih baik.
"Bahkan hanya seorang dua ahli yang banyak bercakap dan terkenal bermasalah sahaja yang telah meninggalkan Pas dan menyertai Pan (panggilan lazim ahli Pas terhadap Parti Amanah Negara).
"Bagi saya, keluar lebih baik tanpa ada niat untuk menghalau mereka," ujarnya mengulas kenyataan Timbalan Ketua Amanah Selayang, Wan Anwar Wan Ibrahim tentang kira-kira 70 peratus ahli Pas yang aktif di kawasan itu bertindak keluar parti.
Wan Anwar merangkap Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional dalam laporan Malaysia Dateline, 27 Mei lalu memberitahu ramai tenaga dan penggerak strategik dalam Pas Selayang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu telah beralih kepada Amanah sama ada di peringkat pilihan raya, strategi, Wanita mahupun Pemuda.
Mengulas lanjut, Farhan menganggap dakwaan Wan Anwar itu sebagai "mengarut dan tidak berasas" sebaliknya menyarankan peguam berkenaan fokus kepada ahli Amanah sendiri.
"Dia tidak pernah menjadi ahli Pas dan tidak tahu dari mana asal usulnya. Tiba-tiba sibuk cerita tentang parti yang dia pun tidak tahu menahu tentang hal ehwalnya.
"Saya kira lebih baik sibuk tentang ahli partinya dari menyibuk dengan parti orang lain. Rasanya rakyat di Selayang lebih mengetahui fakta dari auta yang diuar-uarkan," tempelaknya dalam satu kenyataan di laman web rasmi, Pas.
Beliau sebaliknya mendakwa keaktifan ahli Pas di seluruh peringkat dari kawasan hingga cawangan terbukti berdasarkan gerak kerja mereka setiap hari mempertahankan kemenangan Pas di Dewan Undangan Negeri (Dun) Taman Templer dan Selayang amnya.
"Ditambah juga dengan penubuhan cawangan-cawangan baru dan pemerkasaan cawangan-cawangan sedia ada bagi persiapan untuk menghadapi PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) nanti.
"Saya rasa Pan ini terlalu 'kemaruk' untuk mempengaruhi pengundi-pengundi dengan dakyah tanpa asas dan bukti. Saya berharap Pan Selayang tumpu kepada kerja anda dari sibuk mencari publisiti murahan yang dusta dan jijik," selar Farhan.
Sehubungan itu, Pas ujarnya lagi, telah bersedia untuk mempertahankan kemenangan parti tersebut di Dun Taman Templer bahkan ke arah menawan Parlimen Selayang dan kawasan Dun lain jika hal itu mendesak kepada mereka untuk melakukannya.
Untuk rekod, N15 Taman Templer disandang Zaidy Abdul Talib merangkap Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani. Pada PRU-13 lalu, Zaidy mendapat majoriti 7,467 undi dalam pertandingan tiga penjuru iaitu calon BN dan bebas.
Sementara itu, P097 Selayang menyaksikan William Leong Jee Keen dari PKR dipilih selama dua penggal berturut-turut. Pada PRU 2008, beliau memperoleh 3,567 undi majoriti sebelum melonjak kepada 17,846 undi majoriti pada PRU 2013.

No comments: