Keengganan Kelantan warta tanah adat Orang Asli seperti pembersihan etnik


Dr Siti Mariah MahmudDr Siti Mariah Mahmud
Keengganan kerajaan negeri Kelantan mewartakan tanah adat untuk Orang Asli sama seperti merancang pembersihan etnik kaum itu dalam jangka masa panjang.
Ketua Angkatan Wanita Parti Amanah (Awan) Nasional, Dr Siti Mariah Mahmud berkata hutan yang mencukupi adalah prasyarat untuk survival hidup kaum berkenaan.
"Tanpa kawasan hutan yang diwartakan secara sah akan mengakibatkan pencerobohan berterusan sehingga Orang Asli.Tidak ada keupayaan untuk meneruskan kehidupan," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen Awan Nasional kali pertama di sebuah hotel di Selayang semalam.
Sebelum ini Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata kerajaan negeri tidak akan menghentikan selama-lamanya aktiviti pembalakan melibatkan tanah Orang Asli atas sebab salah faham kumpulan penduduk tertentu yang tinggal di kawasan Hulu Kelantan.
Beliau berkata jika aktiviti pembalakan dihentikan, ia akan menjejaskan sumber hasil kerajaan negeri dan merencatkan faedah yang dinikmati rakyat.
Menyentuh pergerakam sayap wanita Amanah, beliau mahu konsep peduli dijiwai oleh setiap anggota organisasi itu.
"Rasa peduli memang datang secara semulajadi bagi setiap wanita, namun darjah dan bidang kepedulian adalah berbeza antara satu sama lain.
"Kita perlu nemahami semua ini dan memanfaatkan persamaan dan perbezaan supaya setiap anggota masyarakat boleh kita dekati dan membantu mereka," katanya.
Pada majlis itu pihak Awan Nasional melancarkan program kutipan derma bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Kaedah penjualan tabung derma untuk dimiliki oleh ahli untuk menderma secara berterusan kepada parti.
Pelancaran tabung derma berkenaan disempurnakan oleh Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus.

No comments: