Sunday, May 8, 2016

Di sebalik PRN Sarawak, Ilham Centre buktikan mereka sangat berwibawa




Ilham Centre kini menjadi pusat kajian yang dipercayai, PRN Sarawak menambahkan kewibawaan mereka.Ilham Centre kini menjadi pusat kajian yang dipercayai, PRN Sarawak menambahkan kewibawaan mereka.Ilham Centre, sebuah firma kajian bebas terus meningkatkan namanya apabila ramalan yang mereka buat tentang pilihan raya Sarawak hampir 100% tepat.
Beberapa jam sebelum pengundian bermula, Ilham sudah membuat ramalanbahawa Barisan Nasional (BN) akan menang besar dalam pilihan raya ini dengan DAP mempunyai enam kerusi selesa dan empat kerusi berpotensi.
PKR pula diramalkan mempunyai dua kerusi selesa (Krian dan Batu Lintang) dan dua kerusi berpotensi menang iaitu Telang Usan dan Ba'kelalan.
PAS dan Amanah pula diramalkan akan gagal memenangi sebarang kerusi.
Keputusan yang diumumkan oleh SPR membuktikan ramalan awal Ilham Centre berdasarkan kajian mereka ini benar apabila BN mendapat 72 dari 82 kerusi yang dipertandingkan, DAP mendapat tujuh kerusi berbanding 12 dalam pilihan raya lalu manakala PKR mendapat tiga kerusi.
Dalam ramalan awalnya yang disiarkan oleh Malaysia Dateline pagi semalam, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar meramalkan, DAP selesa di enam kerusi iaitu  Padungan, Bukit Assek, Pelawan, Dudong, Pending dan Kota Sentosa.
Beliau juga meramalkan, DAP berpotensi menang di Meradong, Senadin, Bawang Assan dan Batu Kitang.   PKR pula diramalkan selesa di Kerian dan Batu Lintang dan berpotensi menang di Telang Usan dan Ba'kelalan.
Dalam ulasannya, 10 jam sebelum mengundi, Hisomuddin meramalkan, TeamAdenan bakal memberikan hasil yang lumayan untuk Barisan Nasional (BN) walaupun momentum mereka sedikit terganggu dengan tragedi yang melanda sebuah helikopter VIP.
Hisomuddin BakarHisomuddin Bakar"TeamAdenan cukup popular untuk dikalahkan dalam pilihan raya ini dan mereka terlalu dominan," kata Hisomuddin kepada Malaysia Dateline.
Beliau menjangka, DAP terpaksa berjuang keras di hari pembuangan undi hari ini untuk mengekal bilangan 12 kerusinya manakala PKR pula terpaksa berusaha keras untuk mempertahankan 3 kerusinya.
Sebagai sebuah parti baru, Parti Amanah Negara (Amanah) pula sekurang-kurangnya berjaya memperkenalkan diri mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak ke 11 kali ini sahaja walaupun sukar untuk menang ekoran populariti yang dimiliki oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Saten, ulas Hisomuddin.
Selain membuat kajian lapangan, Pengerusi Eksekutif Ilham, Hisomuddin Bakar (gambar)turut menjadi penal tetap dalam Astro Awani bagi membuat analisis segera dalam banyak kali pilihan raya.
Ilham Centre mula membuat kajian pilihan raya bermula pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada tahun 2008 ketika calon PAS, Mohamad Abdul Wahid Endut menang dalam pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum 2008 itu.
Telahan beliau PAS akan menang dengan angkanya tepat sekali.
Selepas itu, Ilham juga membuat kajian tentang pilihan raya Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Permatang Pauh, Kuala Selangor dan lain-lain lagi yang menunjukkan kajian mereka hampir tepat kalau tidak tepat 100% pun.
Ilham yang dimiliki dan diuruskan oleh sekumpulan anak muda lepasan Universiti Malaya (UM) bukan sahaja membuat kajian politik dan pilihan raya tetapi juga menerbitkan buku-buku yang berkaitan dengan politik dengan jenama Ilham Books.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers