Saturday, March 12, 2016

Malaysia perlu alternatif baru ekonomi, jangan terlalu bergantung dengan minyak


yeo bee yin is
PETALING JAYA, 12 MAC: Sudah tiba masanya kerajaan mengurangkan kebergantungan ekonomi negara terhadap sumber minyak mentah dan mencari sumber alternatif baru untuk menampung keperluan negara, selain langkah berjimat-cermat dalam setiap perbelanjaannya.
“Malaysia harus bingkas daripada kemelut ekonomi yang melanda sebelum ia memusnahkan negara kita,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama, Yeo Bee Yin.
Menurutnya, tempoh kejatuhan harga minyak mentah pada masa ini sewajarnya menjadi waktu yang tepat untuk menyedarkan Putrajaya bagi menggerakkan ekonomi negara lebih daripada sekadar penghasilan minyak.
Lebih membimbangkan, ujar beliau, dengan jangkaan harga minyak rendah secara berpanjangan, Petronas mungkin terpaksa menggunakan simpanannya untuk membayar dividen kepada Putrajaya bagi menampung keperluan kerajaan.
“Pada tahun 2008, kejatuhan ekonomi turut diikuti lonjakan harga minyak, yang memberi faedah dan keuntungan kepada Petronas. Justeru, ia mampu membantu ekonomi negara di tengah-tengah kejutan ekonomi itu. Tapi sekarang ini keadaan sudah berbeza,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kepada laporan media 29 Februari 2016 tentang Petronas mengalami penyusutan keuntungan sebanyak 56 peratus, iaitu RM21 bilion pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 dengan penguncupan harga minyak mentah sehingga 75 peratus sepanjang 18 bulan lalu daripada USD110 setong kepada USD35 setong saat ini.
“Paling mustahak, berapakah jumlah yang mampu ditampung Petronas sebelum ia sendiri tidak dapat menampung kedudukannya?” soalnya.
Bee Yin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat Sosialis Muda DAP (DAPSY) berkata, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengambil alih pentadbiran kerajaan bermula 2009, sebanyak RM426 bilion telah dipungut sejak 2009 sehingga 2014 daripada Petronas dalam bentuk dividen, cukai, tunai dan duti eksport.
Katanya, kerajaan telah mengutip sekitar 50 peratus atau RM426 bilion daripada jumlah terkumpul sumbangan Petronas kepada Putrajaya sejak ia ditubuhkan pada 1974 sehingga 2014 iaitu sebanyak RM881 bilion.
“Namun, bagaimanakah sumbangan minyak ini diterjemahkan kepada faedah-faedah nyata kepada orang awam? Apa yang dapat kita lihat sekarang ialah belanjawan buncit Putrajaya sedangkan rakyat Malaysia sedang sengsara akibat cukai tambahan dan pemotongan subsidi melampau dalam semua segi,” ujar beliau.
Katanya, Laporan Tahunan Petronas menyatakan RM74 bilion telah dipungut pada tahun 2009, RM57.6 bilion bagi tahun 2010, RM65.7 bilion pada 2011, RM80 bilion pada 2012, RM73.4 bilion pada 2013 dan RM75.3 bilion pada tahun 2014. – Roketkini.com
 jadual story bee yin

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers