0 0 0 1

Amanah terbuka kepada semua dengan bersyarat

 | December 5, 2015
Perlembagaan parti itu menetapkan kriteria sesiapa sahaja yang menghayati dan memahami prinsip-pinsip agama Islam akan diterima
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menerima sesiapa sahaja untuk menjadi ahli dan memegang jawatan tinggi dalam parti dengan bersyarat.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkifli Ahmad berkata, perlembagaan parti itu menetapkan kriteria sesiapa sahaja yang menghayati dan memahami prinsip-pinsip agama Islam akan diterima.
“Seseorang itu mesti memahami mendalami pemahaman tentang agama,” katanya ketika ditemui pada Forum Islam dalam Perlembagaan Demokrasi.
Katanya berdasarkan peruntukan itu, isu agama dan bangsa tidak timbul kerana keahlian akan dibuat berdasarkan kriteria.
Jelasnya, kaedah itu sejajar dengan pendekatan yang dibuat Rasulullah SAW sewaktu Baginda mentadbir Madinah di mana konsep “Ummatul Wahidah” dilaksanakan.
Melalui pendekatan itu, katanya, keadilan telah dapat ditegakkan.
Mengulas mengenai sambutan daripada bukan Islam berhubung tawaran keanggotaan yang dibuka Amanah, Dr Dzul berkata ia masih terlalu awal.
“Setakat ini saya tidak tahu, benda ini baru dan first time im saying this,” katanya ketika ditanya berhubung soalan itu.

No comments: