Sunday, October 25, 2015

Potong bajet IPT, kualiti graduan rendah!

Potong bajet IPT, kualiti graduan rendah!

Potong bajet IPT, kualiti graduan rendah!


Universiti awam Malaysia akan menerima dana lebih rendah tahun depan di bawah Bajet 2016, kurang RM1.4 bilion berbanding sebelumnya, membangkitkan persoalan sama ada matlamat kerajaan melahirkan universiti bertaraf dunia dapat direalisasikan.

Pemotongan dalam sektor itu juga menimbulkan kebimbangan yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan dinaikkan, kata ahli Parlimen PKR Sim Tze Tzin.

Beliau dan ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johari berkata, 19 daripada 20 IPTA akan menghadapi pemotongan bajet pada tahun hadapan.

Universiti Malaya (UM) merupakan IPTA yang menerima paling banyak potongan dalam pembiayaan iaitu sebanyak 27.3% atau RM175 juta.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaya Terengganu (UMT) akan mendapat potongan peruntukan sebanyak lebih 20%, menurut kedua-dua wakil rakyat itu, selepas menganalisis Bajet 2016 dan penyata perbelanjaan persekutuan yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Bajet bagi 11 IPTA lain akan dikurangkan antara 10% dan 20%, manakala 4 lagi akan kekurangan sehingga 10% daripada bajet mereka sebelum ini.

Pemotongan bajet bagi universiti itu dibuat di tengah-tengah pengurangan peruntukan bagi Kementerian Pendidikan Tinggi, daripada RM15.78 bilion pada 2015 kepada RM13.37 bilion bagi 2016, kata mereka.

Zairil berkata langkah itu juga diambil ketika Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh mendakwa universiti Malaysia berada di landasan yang betul ke arah menjadi “kelas dunia”.

“Dengan universiti terkemuka menghadapi belanjawan mereka dikurangkan sehingga 27%, bagaimana hendak merealisasikan cita-cita mempunyai universiti bertaraf dunia?” soal jurucakap pendidikan, sains dan teknologi Parlimen DAP itu.

Beliau berkata, penambahbaikan kepada universiti akan memerlukan lebih banyak pelaburan bagi meningkatkan kualiti fakulti akademik dan membangunkan program dan geran penyelidikan yang lebih baik serta menaik taraf kemudahan infrastruktur dan pelajar.

Dalam satu kenyataan berasingan, Sim berkata, pemotongan “drastik” bajet itu mungkin akan menyebabkan universiti menaikkan yurannya sebanyak 20%, yang memberi kesan kepada 534,569 pelajar.

Beliau memberi amaran yang pemotongan bajet untuk universiti akan lebih menghakis sokongan pelajar terhadap Barisan Nasional (BN), sambil menambah, parti pemerintah itu hanya menerima 46% sokongan daripada pengundi yang berumur 21 hingga 25 tahun ketika ini.

“PKR menentang sebarang pemotongan bajet universiti kerana ia adalah tanggungjawab negara dan ia juga merupakan pelaburan yang bijak,” kata pengarah strategi PKR itu.

“Menurut kajian Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), pelaburan dalam pendidikan tinggi akan membawa pulangan yang besar kepada kerajaan.

“Secara purata, bagi setiap ringgit yang kerajaan laburkan dalam pendidikan tinggi, ia akan menerima RM6 sebagai balasan melalui cukai,” kata Sim.

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers