Friday, October 16, 2015

PKR Johor yakin lebih banyak pemimpin Umno akan hijrah



PKR Johor yakin lebih banyak pemimpin Umno akan hijrah

PKR Johor yakin lebih banyak pemimpin Umno akan hijrah


Selepas bekas timbalan menteri pendidikan tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan penyertaannya semalam, PKR Johor pula mendedahkan lebih ramai pemimpin Umno bakal menyertai mereka, lapor akhbar Sinar Harian.

Pengerusi PKR Johor Hassan Karim mendakwa parti itu kini sedang dalam usaha “merisik” beberapa tokoh Umno.

“Ada beberapa pemimpin yang kita sedang risik, namun setakat ini ia masih belum dimuktamadkan.

“Kita akan umumkan nanti apabila sampai waktu,” katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut.

Pada masa sama, beliau mengalu-alukan penyertaan Saifuddin dan berkata PKR Johor akan mengatur beberapa program negeri melibatkan kehadiran bekas pemimpin Umno itu untuk bertemu dengan penyokong dan pengundi tempatan.

Semalam, Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan penyertaan Saifuddin.

Ketika berada dalam kerajaan, Saifuddin yang pernah memegang jawatan timbalan menteri pengajian tinggi itu begitu lantang mengkritik permasalahan pendidikan seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, selain membuka ruang kebebasan kepada mahasiswa.

Beliau pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno dan merupakan timbalan ketua bahagian Temerloh sejak 2009.

Beliau juga pernah menjadi ahli Parlimen Temerloh selepas menang pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebelum tewas kepada Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan pada 2013.
Saifuddin sebelum ini menerima surat tunjuk sebab hanya kerana menghadiri pelancaran Pakatan Harapan.

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers