Friday, October 16, 2015

Kenaikan tol: ‘Rakyat didahulukan’ atau dirompak dahulu?



Kenaikan tol: 'Rakyat didahulukan' atau dirompak dahulu?

Kenaikan tol: ‘Rakyat didahulukan’ atau dirompak dahulu?


“Kerajaan langsung tidak berprihatin. Mereka nak jerut leher kita ke?” tanya seorang penjual sayur bernama Ah Choy di pasar pagi Kepong Baru, Kuala Lumpur.

Beliau marah kerana pentadbiran PM Najib menaikan kadar tol ketika rakyat sedang bergelut dengan kenaikan harga minyak dan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan sejak 1 April lalu.
Seramai 15 orang yang ditemubual Suara pakatan daily di pasar pagi itu menyatakan kemarahan terhadap kerajaan yang dianggap tiada hala tuju sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Jangan mimpi kita boleh dapat pendapatan yang tinggi pada tahun 2020. Sekarang pun, negara kita sudah mengundur ke belakang. Kos sara hidup melambung naik mendadak dan kerajaan tidak peduli,” kata seorang penjual ikan bernama Wong, 75 tahun.

Wong memberi contoh harga bihun 400 gram dari Thailand sudah naik dari RM2.30 hingga ke RM2.50 sebungkus kesan kemerosotan nilai ringgit. Katanya, banyak lagi bahan makanan import yang naik harga akibat kelemahan ekonomi negara.

Tambah beliau, kenaikan tol akan menyumbang kepada kenaikan harga sayuran, ikan, daging, buah-buahan dan lain-lain barangan runcit kerana ia perlu diangkut menggunakan lori atau van yang melalui lebuh raya bertol.

Rata-rata rakyat berpendapat pemberian BR1M yang ditambah sehingga RM950 tidak memberikan apa-apa perbezaan kepada warga marhaen akibat perlaksanaan GST dan kenaikan tol.
Mereka menyoal: Adakah kerajaan sudah lupakan cogan kata ‘Rakyat Didahulukan’? Atau cogan kata tersebut hanya akan diuar-uarkan menjelang pilihan raya sahaja?


Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers