INI NAK CARI KRONI LA CARANYA

Perwakilan seru kementerian terima surat sokongan ketua bahagian Umno



Perwakilan Umno menggesa agar kerajaan menarik balik semula pekeliling dikeluarkan pada 2010 yang membatalkan surat sokongan daripada individu berpengaruh bagi melancarkan lagi urusan parti semasa Perhimpunan Agung Umno ke-68. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 November, 2014.Perwakilan Umno menggesa agar kerajaan menarik balik semula pekeliling dikeluarkan pada 2010 yang membatalkan surat sokongan daripada individu berpengaruh bagi melancarkan lagi urusan parti semasa Perhimpunan Agung Umno ke-68. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 November, 2014.Surat sokongan daripada ketua bahagian Umno perlu diiktiraf untuk pelbagai urusan kerajaan kerana pemimpin berkenaan banyak berjasa membantu perjuangan parti, kata wakil Umno Wilayah Persekutuan Datuk Zurainah Musa.
Zurainah berkata, tandatangan ketua bahagian bukan saja perlu diiktiraf menjelang pilihan raya tetapi untuk mendapat sokongan bagi rakyat mendapat bantuan kerajaan.
“Jika ketua bahagian mengenali kontraktor dan mengeluarkan surat sokongan, apa salahnya kementerian mengiktiraf surat itu dengan tandatangan ketua bahagian?

“Tidak menjadi kesalahan. Sudah pasti tandatangan ketua bahagian bukan saja diperlukan menjelang tiga atau empat tahun sekali tetapi lebih daripada itu,” katanya dalam menyokong usul kewangan semasa Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini. "Ia perlu lebih bernilai. Tak salah kalau ketua bahagian beri surat sokongan dan kementerian wajib melihat pada surat sokongan ketua-ketua bahagian. Kena lakukan sekarang," katanya.
Zurainah turut bersetuju dengan cadangan yang dilontarkan supaya kerajaan menarik balik semula pekeliling dikeluarkan pada 2010 yang membatalkan surat sokongan daripada individu berpengaruh.
Semalam, perwakilan Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin juga menyatakan gesaan sama memandangkan Umno selaku parti pemerintah perlu mengawal pentadbiran kerajaan.
"Langkah ini bagi menyakinkan orang Melayu yang Umno adalah satu-satunya entiti yang boleh menjaga kepentingan mereka," katanya.
Zahidi yang juga ahli Parlimen Padang Besar turut menggesa supaya sistem surat sokongan dikembalikan semula. – 28 November, 2014.

Comments 0
The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perwakilan-seru-kementerian-terima-surat-sokongan-ketua-bahagian-umno#sthash.2PXGRbKp.dpuf

No comments: