Sunday, September 7, 2014

KENAPA HADI BERUBAH?

Sesuatu meragukan bila pemimpin pembangkang dapat tempat di waktu perdana TV3, dan beliau tidak bernafas selama 3 minit sewaktu rebah di Turki.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi, menimbulkan persoalan tentang bagaimana dan mengapa ia berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2014.  


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi, menimbulkan persoalan tentang bagaimana dan mengapa ia berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2014. 

 Sangat jarang pemimpin pembangkang dapat muncul dalam berita televisyen di waktu perdana di Malaysia.

Ini kerana RTM terikat sebagai agen penyiaran kerajaan yang lurus bendul dan sempit manakala stesen televisyen swasta TV3 dimiliki oleh syarikat Umno iaitu Media Prima Bhd.

Ahli politik pembangkang yang dialu-alukan oleh akhbar arus perdana juga amat sedikit kerana sebab yang sama.


Jika mana-mana ahli politik pembangkang mendapat 15 minit waktu utama itu, biasanya selepas mereka berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN) atau pandangan mereka merosakkan pakatan mereka sendiri.
  Senarai mereka yang mendapat masa perdana dan di halaman utama akhbar sebelum ini adalah bekas ahli politik PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen PKR Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Mohamed dan Wee Choo Keong.

Jadi apa yang membuatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi?

Adakah akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyokong pendirian beliau mengenai kebuntuan menteri besar Selangor dalam edisi Ahad hari ini? Mesti ada sebab mengapa Hadi menjadi kesayangan media BN.

Lagipun inilah ahli politik yang dicerca di waktu perdana sebelum ini kerana Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan kira-kira 30 tahun yang lalu.

Beliau diserang habis-habisan kerana berusaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam hudud.
Tetapi sekarang, Hadi mendapat ruang masa perdana untuk menjelaskan pendirian beliau mengenai kebuntuan pelantikan menteri besar Selangor.

Dan Utusan Malaysia membuat keputusan pandangan beliau adalah betul: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan calon yang sesuai untuk jawatan tertinggi itu.
Sudah tentu Hadi harus mengambil peluang untuk menjelaskan sikapnya. Ini sebuah negara demokrasi.

Tetapi beliau perlu ingat semua yang disahkan oleh Utusan atau mendapat tempat di waktu perdana berita televisyen biasanya berakhir dengan tentangan daripada rakan mereka sendiri.
Media pro-kerajaan hanya mengambil pendapat anda jika ia menyokong agenda mereka. Dan anda akan digugurkan bak kentang panas apabila anda mengatakan sesuatu yang sukar bagi perjuangan mereka.

Tetapi Hadi sedar semua ini. Beliau bukan budak baru dalam  politik. Melainkan jika beliau fikir boleh mainkan media pro-kerajaan seperti yang dilakukan sekutunya di Selangor, beliau perlu tahu beliau bekerja dengan sekutunya daripada Pakatan Rakyat (PR).

Itu tidak wajar untuk sekutu anda sendiri. Bukan sesuatu yang kita jangka daripada pemimpin parti Islam yang keputusannya berdasarkan kepada tradisi suci Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.
Lagipun, Hadi hanya seorang ahli politik dan seperti kebanyakan mereka, jika tidak semua ahli politik pun, beliau percaya kepentingan yang kekal, bukan kawan yang kekal. – 7 September, 2014.


Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers