Tuesday, August 19, 2014

Pakatan Sedia "Tambahan 13 Perakuan Sokong" Wan Azizah




SHAH ALAM: Pakatan Rakyat (PR) sedang menyediakan tambahan 13 perakuan sokongan yang dibuat oleh wakil rakyat PAS bagi menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor Selangor yang baharu.

Pakatan telah sebulat suara mengisytiharkan bahawa mereka mahu Dr Wan Azizah menggantikan penyandang Tan Sri Khalid Ibrahim.

Setakat ini, 15 Adun DAP, 13 Adun PKR dan dua Adun PAS telah menyatakan sokongan mereka. 

Bendahari Agung PKR William Leong (foto) berkata kesemua 43 perakuan sokongan itu akan dikemukakan kepada istana Selangor setelah keberangkatan pulang Sultan Sharafuddin Idris Shah dari luar negara.
Pada Isnin, Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda menitahkan supaya Khalid menunggu sehingga baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi berhubung permohonan untuk menghadap Sultan Sharafuddin yang berada di luar negara bagi menjelaskan situasi dan perkembangan semasa politik di Selangor serta kedudukan beliau sebagai menteri besar.

Leong berkata keadaan itu tidak patut dibiarkan berlarutan sehingga November apabila Dewan Undangan Negeri bersidang kembali.

Katanya, Pakatan akan mengikuti formula yang telah diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan seperti mana krisis menteri besar di Perak, di mana sidang DUN tidak dipanggil untuk menggantikan menteri besar.

Dalam krisis itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin digulingkan apabila Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti dari wakil rakyat di negeri.

Leong berkata, jika apa yang dilaksanakan di Perak mahu diikuti Selangor, Sultan perlu memanggil Khalid untuk memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

Seorang bekas anggota exco Selangor berkata Khalid telah menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah berikutan tekanan yang diberikan kepadanya.

Beliau berkata Khalid telah kehilangan banyak sokongan dan simpati selepas dia menyingkirkan   ahli exco DAP dan PKR. 

"Itu adalah titik peralihan dalam keseluruhan isu ini," dakwa beliau.

Seorang lagi anggota exco, Rodziah Ismail, meletak jawatan minggu lalu apabila beliau kembali dari Bangkok.

Empat ahli exco PAS, Iskandar Samad, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Hairi, kekal dalam kerajaan negeri, seperti mana yang diarahkan kepimpinan parti mereka. #sumber
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers