Saturday, June 28, 2014

'Saya tak akan letak jawatan walaupun kalah

'Saya tak akan letak jawatan walaupun kalah


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tidak ada keperluan untuk beliau meletakkan jawatan walaupun jika beliau kalah dalam pemilihan jawatan timbalan presiden PKR.

Ini ekoran kekalahannya sebagai ketua cabang PKR Kuala Selangor, tetapi beliau sedang mencabar keputusan tersebut.

Katanya, tidak ada klausa yang mengatakan jika gagal dalam pemilihan parti, "anda perlu meletakkan jawatan sebagai menteri Besar".

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Indah, Pelabuhan Klang hari ini, Khalid berkata, tidak kira apa jua keputusannya, beliau masih ADUN Pelabuhan Klang yang merupakan satu-satunya prasyarat pelantikannya sebagai menteri besar.

Khalid berkata sebarang pertimbangan mengenai kedudukannya sebagai menteri besar akan berdasarkan kepada kemampuannya untuk mentadbir negeri itu.

Ditanya jika sama ada keputusan pemilihan PKR baru-baru ini menunjukkan kerjaya politiknya akan berakhir, Khalid berkata "Tak apa".

"Kerjaya atau tidak, saya akan meneruskan usaha saya sehingga tanggungjawab saya sebagai ADUN, menteri bsar dan juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak berakhir," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengulangi bahawa beliau akan berusaha untuk menyelesaikan dakwaan "kecacatan" dalam pemilihan PKR Kuala Selangor di mana beliau tewas.- mkini
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers