Friday, February 21, 2014

Pengerusi Penaja SGMM ditukar sekolah serta merta

Walau tidak memberi liputan menyeluruh kepada portal Malayisakini,Malayisan insider, malah kurang senang dengan Suara Keadilan...beliau tetap juga ditukarkan.

Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari 
Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari 
 
Penganjuran 'Himpunan222: MansuhPBS' oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) menerima tamparan apabila Pengerusi Penajanya, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari, ditukarkan ke sekolah luar daerah berkuatkuasa serta-merta.Pertukaran sekolah itu dibuat tanpa alasan kukuh.

Mohd. Izzat berkata, tindakan kementerian itu dilihat tidak profesional dalam menangani isu tersebut.
"Perjuangan SGMM adalah semata-mata demi masa depan pelajar-pelajar terutama pelajar Tingkatan 3 yang terkesan dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah disalahertikan oleh kementerian.

"Kita tidak melibatkan mana-mana parti politik dan hanya mahu dasar pendidikan negara memberi manfaat kepada para pelajar telah dianggap sebagai penentang kementerian yang akhirnya dengan sesuka hati membuat keputusan pertukaran sekolah ini," katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.
Beliau dan seorang lagi guru yang merupakan penyokong kuat SGMM telah menerima surat pertukaran sekolah bertarikh 17 Februari lalu.

Mohd. Izzat berkata, langkah terbaru yang dibuat oleh kementerian ini tidak akan mematahkan semangat beliau dan SGMM untuk terus berjuang sehingga PBS dimansuhkan.

"Perjuangan akan tetap diteruskan kerana masa depan generasi akan datang adalah lebih penting berbanding hukuman yang diberikan mereka.


"Tindakan mereka hanya membuka pekung sendiri dan tidak lama lagi kezaliman kementerian akan terdedah juga satu demi satu," ujarnya. - MalaysiaGazette



Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers