Wednesday, January 8, 2014

Pemimpin Wanita Umno Selangor untung ‘atas angin’ RM13 juta

Pemimpin Wanita Umno Selangor untung ‘atas angin’ RM13 juta

rafizi_HQPETALING JAYA 8 JAN: Pemimpin Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Raja Abdullah mendapat untung atas angin RM13 juta berikutan pambatalan kontrak pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli

Menurut Rafizi, kontrak Awan Megah Sdn Bhd bagi membina Puspahanas telah lama lupus, sekaligus menjadikannya batal dan memberi keuntungan RM13 juta melalui deposit kerajaan.
“Dengan terbatalnya perjanjian diantara Boustead, Astacanggih dan Awan Megah, bermakna wang deposit yang telah dibayar kepada Awan Megah sebanyak RM13 juta hangus begitu sahaja,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Sebelum ini Awan Megah Sdn Bhd milik Raja Ropiah menandatangani perjanjian jual beli dengan Boustead Holdings Berhad melalui anak syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd yang dikuasai peniaga permadani, Deepak Jaikishan.

Rafizi yang juga pemegang saham Boustead berkata, projek Puspahanas sebelum ini dianugerahkan kepada Awan Megah memerlukan bon tanah sebagai jaminan kerja (performance bond) kepada kerajaan.
Namun, syarat perjanjian (conditons precedent) diantara Awan Megah dan Boustead yang ditandatangani pada 27 Disember 2012 gagal dipatuhi.

Kandungan syarat ialah perjanjian penswastaan baru pembinaan Puspahanas, persetujuan kerajaan Selangor memindah hakmilik tanah dan pembatalan perjanjian dengan Guppy Unip.
Kata Rafizi, Menteri Pertahanan dalam jawapannya di Parlimen pada 2 Oktober 2013 mengesahkan perjanjian baru masih belum dimuktamadkan.

“Bon tanah baru masih belum diserahkan oleh Awan Megah Sdn Bhd,” kata Rafizi.
Justeru beliau akan menulis secara rasmi kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit projek Puspahanas dan pengurusan Boustead untuk mengesahkan status berkenaan.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers