SAJA IMBAS KEMBALI KES PILIHANRAYA KECIL BATU TALAM


KINI


Boikot pilihan raya kecil - Ahmad

KUALA LUMPUR 21 Mei - Barisan Nasional (BN) digesa memboikot pilihan raya kecil yang mungkin diadakan lagi pada masa depan jika didapati ia 'diatur' oleh pihak pembangkang dan bukannya disebabkan faktor kematian wakil rakyat atau kerana perintah mahkamah.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, BN perlu berpolitik mengikut caranya tersendiri dan tidak harus terpedaya dengan perangkap pembangkang yang menjadikan siri pilihan raya kecil sebagai medan membina imej mereka.

"Pembangkang menggunakan siri pilihan raya kecil di kawasan yang memang dikuasai oleh mereka sebagai strategi membina imej dan akan mengeksploitasi kemenangan yang sememangnya dijangka menjadi milik mereka bagi melemahkan BN.

"Maka, BN perlu menggunakan pendekatan tidak bertanding sebagai satu strategi agar kita tidak termasuk dalam perangkap mereka selain mengelakkan pembaziran wang rakyat dan masa kerajaan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ketetapan yang diambil oleh BN untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.

Terdahulu Ahmad mengadakan lawatan ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang merupakan sebahagian daripada siri lawatan beliau terhadap semua pengamal media di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, buat masa ini tiada ketetapan sedemikian yang dibuat oleh Majlis Tertinggi BN.

Sehubungan itu, jelasnya, beliau akan mencadangkan perkara tersebut dalam kadar segera.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, jentera penerangan UMNO di semua cawangan di seluruh negara diarahkan sekurang-kurangnya melaksanakan satu aktiviti penerangan setiap bulan.

Langkah itu bertujuan membolehkan 60,000 jentera itu yang sebelum ini 'tidur' berfungsi sebagai badan yang bertanggungjawab menjelaskan dasar dan sumbangan kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Tegasnya, arahan itu perlu dilaksanakan dengan segera memandangkan kerajaan hanya mempunyai masa selama tiga tahun lagi sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Buat permulaan kami memberi arahan supaya semua jentera penerangan melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti sebelum ia ditingkatkan dari semasa ke semasa.

"Jika semua jentera penerangan yang mempunyai kekuatan 60,000 orang ini memainkan peranan masing-masing, UMNO dan BN pada bila-bila masa bersedia untuk mengalahkan pembangkang," jelasnya.

Menurut Ahmad, terdapat 20,000 jentera penerangan di peringkat cawangan parti selain 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri.

Bagi tujuan itu, Ketua Penerangan UMNO itu berkata, beliau akan turun padang ke semua bahagian untuk berjumpa dengan ketua penerangan bahagian dan mengarahkan mereka mengaktifkan jentera masing-masing.

Menurutnya, setakat ini beliau melawat 10 daripada 191 bahagian UMNO serta mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Penerangan UMNO di lima negeri iaitu Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Tambahnya, jika jentera penerangan UMNO gagal bertindak untuk memberikan penerangan dengan efisien kepada akar umbi, bermakna masyarakat tidak dapat melihat sumbangan kerajaan walaupun telah jutaan ringgit dibelanjakan untuk kepentingan rakyat.




DULU



Hishamuddin anggap alasan pembangkang boikot pilihanraya kecil Batu Talam tidak masuk akal




Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan parti PAS dan Parti Keadilan Rakyat memboikot pilihanraya kecil Batu Talam mengunakan alasan beberapa dakwaan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Katanya kalau mereka konsisten dengan pendirian itu tindakan memboikot pilihanraya sepatutnya dilakukan sejak pilihanraya umum dan beberapa pilihanraya kecil lalu.

"Mengapa pilihan raya kecil ini mereka mengambil tindakan tersebut. Itu kena tanya mereka. Jelas ia tidak masuk akal", katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan jentera Pergerakan Pemuda Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Batu Talam di dewan Datuk Seri Adnan Yaakob Felda Tersang 1, Raub petang Sabtu.

Kira-kira 2,000 orang jentera Pemuda BN membanjiri dewan berkenaan bagi mendengar amanat beliau.Dewan berkenaan dari masa ke semasa bergema dengan sorakan mereka sepanjang majlis berkenaan.



Hishamuddin berkata jentera Pemuda BN akan beroperasi seperti biasa tanpa mengambil kira tindakan boikot itu.

Namun begitu katanya Pemuda BN akan menilai keperluan jentera itu selepas hari penamaan calon 16 Januari ini.

Katanya sekiranya parti pembangkang benar-benar tidak letak calon tentang BN dan hanya calon bebas maka sebahagian jentera Pemuda BN akan digerakkan membantu mangsa banjir di Johor.

Beliau menduga pihak pembangkang akan pasang calon bebas menentang BN.

Ketua Pemuda Umno itu tidak yakin pembangkang akan membiarkan BN menang tanpa bertanding.



Sementara itu dalam ucapan yang lantang kepada jentera Pemuda BN, Hishammuddin menegaskan misi mereka adalah memastikan calon BN dengan majoriti besar.

"Tidak kira sama ada parti pembangkang bertanding atau tidak, sama ada mereka berada di belakang calon swasta kita akan tetap berdepan dengan mereka dengan misi jelas memastikan calon BN dengan majoriti besar", katanya.


Hadir sama dimajlis pelancaran itu ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Othman Desa, Ketua Umno Bahagian Raub Datuk Shahiruddin Moin, Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan, Presiden GPMS yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia Datuk Reezal Merican, pemimpin-pemimpin Pemuda Umno negeri dan pemimpin Pemuda parti komponen BN.

BEBERAPA PROGRAM DI DUN PENANTI

Lawatan dan ceramah Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim di penanti akan dimulakan dengan pelancaran Jentera Pilihanrya Pemuda Pakatan Rakyat yang bertempat di Padang Ibu dan disusulin dengan ceramah di lokasi yang sama.

Beberapa ceramah yang di jangka akan dihadiri oleh beberap pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Abdul Hadi Awang, Mohammed Nizar Jamaluddin dan Lim Kit Siang.

Berikut adalah program Anwar selam tiga hari di sana:-

22 Mei 2009, Jumaat,10:45 malam

Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat

Tempat : Padang Ibu, Penanti

Bersama: Anwar Ibrahim, Salahuddin Ayub, Anthony Loke, Shamsul Iskandar dan Mohamad Sabu.

23 Mei 2009, Sabtu

Masa : 9:00 - 12:00 tghari

Tempat : IKBN Berapit

Program : Penamaan Calon

4:30 Ptg

Tempat : Mengkuang Mat Sulong

Program : Majlis Penerangan

7:25 mlm

Tempat : Surau Pondok Penanti

Program : Solat Maghrib/Tazkirah

8:30 mlm

Tempat : Surau Guar Jering/JDM 01

Program : Solat Isya/Tazkirah

9:30 mlm

Tempat : Bukit Berangan

Program : Majlis Penerangan

10:45 mlm

Tempat : Padang Berapit (Berhadapan Rumah Cikgu Ibrahim)

Program : Ceramah Perdana

Bersama : Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin dan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang.

24 Mei 2009, Ahad

10:30 pagi

Tempat : Dewan JKKK Mengkuang Semarak

Program : Sambutan Hari Ibu (Program AMK)

4:30 ptg

Tempat : Bilik Gerakkan Telok Wang

Program : Majlis Mesra bersama penduduk Telok Wang

7:45 mlm

Tempat : Masjid Kg Pelet

Program : Solat Maghrib dan Tazkirah

8:30 mlm

Tempat : Perkampungan Sungai Lembu

Program : Majlis makan malam

9:45 mlm

Tempat : Markas Mengkuang Semarak

Program : Majlis Penerangan

10:45 mlm

Tempat : Padang Taman Guar Perahu

Program : Ceramah Perdana

Bersama : Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang

TIADA ISTILAH REHAT

Tidak ada pengenduran atau pengunduran dalam gerak-kerja dan pendekatan di pilihanran raya kecil Dun Penanti.

Segala-galanya adalah seperti biasa dalam menghadapi mana-mana pilihan raya kecil – siap sedia, full swing.

KEADILAN yang telah masak dengan berbagai helah pilihan raya BN sentiasa berwaspada dan tidak lengah dalam mengamati taktik-taktik minit terakhir BN (last minute BN tactics).

Wanita KEADILAN lebih bertenaga dan anjal dalam menggarap situasi dan melakukan yang patut menurut keperluan tempat dan waktu. Dinamika yang sedemikian amat perlu dalam situasi volatile ketika beraksi dalam pilihan raya kecil seperti Dun Penanti.

Jentera Wanita KEADILAN seluruh Malaysia dari berbagai peringkat akan turun menghadapi berbagai kemungkinan dalam Pilihan Raya kecil kali ini.

Exco Wanita KEADILAN bermesyuarat, kelihatan ketiga dari kiri, Ketua Wanita Pulau Pinang, Norhayati:

Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin bersama Timbalan Ketua Wanita, Rodziah Ismail dan Naib Ketua, Haniza Talha serta Ketua Penerangan, Elizabeth Wong:

16DITAHAN DI SAMBUTAN NYALAAN LILIN DI TERATAI