Wardah terbuka dari akar umbi..
Assalammualaikum dan Salam sejahtera buat Saudara
..
1- Saya dan keseluruhan keluarga Parti Keadilan Rakyat
senantiasa mendoakan kesejahteraan dan di permudahkan segala urusan saudara
Rafizi berserta dengan keluarga agar di kurniakan limpah rahmad perlindungan
yang Maha Esa hendak-NYA..
2- Maaf di pinta jika penulisan ini sedikit menganggu urusan
harian maupun tugasan saudara..
3- Bukan lah niat saya untuk menganggu saudara sekeluarga, saya
sedar dan hormat setia keputusan saudara ketika mengumumkan ketidaklibatan
saudara ke kancah politik Malaysia lagi..
4- Namun begitu, ketika saya terjumpa foto saudara bersama
semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang lalu saya terpanggil
untuk membuat penulisan ini..
5- Di dalam foto yang nampak biasa ini, jelas kelihatan sosok
tubuh Saudara bersalaman bersama
. Namun begitu, apabila saya teliti secara terperinci, jelas
kelihatan di sebalik foto ini terpampang bahasa tubuh yang tidak dapat di
gambarkan dengan kata-kata..
6- Pada pengamatan saya jelas apabila saudara bersalaman dengan
Anwar, kelihatan Anwar menyambut salam saudara dengan kuat beserta dengan
pautan genggaman lembut di lengan saudara dengan penuh senyuman bangga seolah
seorang bapa yang bangga melihat kejayaan anak nya..
7- Turut sama di lihat Kak Wan memandang penuh gembira dengan
membiarkan adegan luahan bahasa tubuh Anwar terhadap saudara, mungkin itu tanda
hormat dan terima kasih Anwar terhadap saudara yang tidak dapat di luah dengan
kata-kata..
8- Saudara, perjuangan dan pengorbanan saudara di dalam PKR
tidak dapat di sangkal oleh mana-mana pihak sekali pun..
8- Namun begitu, keputusan saudara untuk tidak lagi berkecimpung
di dalam politik negara sedikit sebanyak memberi kesan dan memeranjatkan semua..
9- Bukan lah saya katakan saudara telah tersilap dalam membuat
keputusan demi percaturan masa depan saudara, namun saya cuba memahami
pengertian kenapa dan mengapa saudara di lihat sedikit kecewa di dalam
percaturan politik negara..
10- Jika di imbas semula, sebenarnya terlalu banyak pesanan dan
nasihat berguna dari saudara dalam membantu memperkuatkan dan memperkasakan
parti PKR selama ini dan tekaan serta saranan saudara di dalam perangkaan
politik di lihat tepat mengenai sasaran..
11- Jika di lihat sejarah politik dunia dimana apabila
pertembungan idealogi antara seorang demokratik dan seorang fahaman autokratik,
ia turut melihatkan banyak pengorbanan dan perjuangan yang memakan masa yang
lama, namun berakhir dengan kemenangan..
12- Jika di lihat sejarah demokrat, Nelson Mandela, merupakan
seorang sahabat baik Anwar sendiri, menentang Diktator P. W Botha memakan masa
sehingga 50 tahun dan akhirnya, Nelson Mandela berjaya menjadi Presiden Afrika
Selatan..
13- Almarhum Imam Ayatollah Khomeini berjuang selama 35 tahun
sehinggakan terpaksa lari meninggalkan tanah air, dan tinggal sementara di
Perancis kerana mendapat ancaman bunuh oleh rejim diktator Shah juga akhirnya
berjaya mendapat Mandat sebagai Presiden Iran..
14- Benigno / Corazon Aquino juga seorang demokrat yang pernah
mendapat ancaman bunuh dan tinggal di Amerika Syarikat, berjuang menentang
Presiden Ferdinand Marcus selama 25 tahun, akhirnya mati di bunuh sekembalinya
beliau ke tanah air sendiri, Filippine. Namun akhirnya kerajaan Marcus tumbang
apabila Balu mendiang iaitu Corazon Aquino memenangi mandat Presiden..
15- Sejarah politik menceritakan dalam memperjuangkan dan
menuntut kemenangan yang Agung bukan lah satu perkara yang mudah, perlu banyak
tuntutan perubahan sedari dasar sehingga ke peringkat pimpinan, perlu banyak
pengorbanan sehingga ke penghujung keringat sekali pun..
16- Saya juga membayangkan naratif perjalanan Anwar, seusia muda
memperjuangkan nasib rakyat membela hak rakyat, sehinggakan diri beliau
bertahun terpenjara, anak dan isteri di cerca semenjak sekian lama, namun apa
kan daya hati telah bulat membuat tekad dan membuat keputusan.. Nasib rakyat
harus di pertahankan, perjuangan yang telah di mulakan harus di teruskan..
17- Benar, kadang apabila duduk di pucuk pimpinan banyak perkara
perlu di lakukan perubahan, namun apa kan daya Anwar dengan perjuangan sekian
lama, jika suaranya keras dan lantang, beliau di tekan, di ugut serta di fitnah
serta beliau di penjara..
18- Apabila bersifat tegas, tiada tolak ansur, maka sesetengah
akar umbi melabel beliau sebagai pembengis dan gila kuasa..
19- Jika saudara meletakkan diri saudara di tempat Anwar, apakah
yang perlu saudara lakukan??..dengan tubuh yang telah di mamah usia, adakah
perlu di penjara lagi, anak cucu kian besar, apakah perlu terus terbuang, di
ancam serta menerima ugutan lagi??..
20- Saya memperlihatkan dahulu, jika Anwar masih muda, tubuh nya
jalan penuh bergaya, suaranya memekik segenap corong negara, semangat nya
membanjiri segenap lapisan kota raya..
21- Namun begitu, pejuangan tetap perlu di teruskan, dan dunia
menuntut perubahan besar, hanya semangat Anwar menjadi pemangkin anak muda
sebagai pelapis baru agar demokrasi terus bergema..
22- Insya Allah jika di panjangkan usia, negara akan berdepan
pilihanraya tidak lama lagi, segala persiapan dan strategi tetap akan di susun
sempurna, anak muda, wanita dan semua peringkat masih akan turun ke lapangan
untuk melakukan perubahan.
23- Andai di takdir Parti Keadilan Rakyat mendapat mandat maka
perubahan demi perubahan bakal berlaku, namun masih lagi memerlukan idea dan
nafas baru kerana,
"Menuntut kemenangan itu bukan lah mudah, namun mengekalkan
lebih sukar lagi".
24- Saudara, hari ini saya melihat saudara sedang berbahagia
bersama keluarga, dan perniagaan semakin berkembang maju, namun terdetik di
fikirkan, apakah jaminan jika setelah pilihanraya, kerajaan sedia ada ini masih
kekal, dengan berpaksi segala penipuan dan pembohongan, apakah nasib masa depan
negara di masa akan datang, apakah nasib generasi akan datang, anak dan cucu
kita nanti??..
25- Saudara Rafizi, saya percaya setiap manusia di lahirkan
untuk penuhi tanggung jawab dunia. Seorang akauntan itu mendapat kebijaksanaan
adalah untuk memikul amanah menjaga angka, seorang peguam di kurniakan kepandaian,
agar bisa menuntut keadilan yang saksama. Saya percaya kita semua di lahirkan
ke dunia bukan sekadar suka-suka..
26- Saudara, sepanjang penglibatan saudara ke dalam kancah
politik, saudara mempunyai cara tersendiri dalam menawan hati masyarakat, Sehingga
kini, apabila saya turun ke lapangan berjumpa masyarakat, Indian, Chinese dan
bangsa apa pun, di mulut mereka tidak lekang masih memuji saudara, kepandaian
dan kebijaksanaan saudara..
27- Saudara, ketika saudara mengumumkan persaraan saudara, ramai
menjadi kelu dan tidak mampu berkata apa-apa, seolah anak yang di tinggal kan
bapa tanpa sebarang sebarang pesan, namun begitu penghormatan kami terhadap
pendirian dan prinsip saudara perlu kami hormati lebih dari itu..
28- Kini saya boleh berlapang dada, andai penulisan saya ini
dapat di baca oleh saudara, dan besar lah juga harapan saya agar saudara
kembali semula ke arena politik negara, lalu
"Ayuh Kita Bina Semula Negara"..
29- Tapi, jika saudara kekal keputusan dan tekad untuk tidak
turut serta, saya masih penghormatan kami terhadap pendirian saudara tidak
luntur sama sekali, ini kerana pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
saudara, terserah segala keputusan dan kami perlu terus kekal mempertahankan
prinsip dan segala apa yang kita pernah perjuangkan dahulu, perjuangan prinsip
Keadilan untuk semua..
30- Jatuh atau bangun kami tetap di sini, bersama perjuangan
yang telah di semat, kerna kemenangan yang hakiki bukan di nilai di dalam dunia
ini nanti, persoalan dan pertanyaan perlu di jawab di depan Yang Maha Adil
nanti..
- Ahli Parti Keadilan Rakyat Negeri Melaka -
Mohd Hasni Izuwan
Mohd Nazmi Shah
Nor Azlan Mukadis
Cc :
Ketua Cabang Hang Tuah Jaya