PART 2: ISU AIR, MANA MB KEDAH? JAWAPAN KEPADA "OTAK SEMPIT", ZAMAN MUKH...
((PANAS)) MB KEDAH BUAT HAL LAGI: ISU "TOKONG" MAHFUZ "BALUN" MB KEDAH T...
Ku Li ramal nilai ringgit RM5.50 banding USD1 menjelang akhir tahun
NAMPAKNYA IDEA MERAPU LAGI DARI PAK LEBAI
Semenjak sekelambu dengan UMNO,
Sajak : Letak Jawatan Menteri
Sajak : Letak Jawatan Menteri
Saya
menunggu semua menteri
meletak
jawatan
untuk
PRU15
sebab
semua menteri tidak layak
sebagai
MP pun atau senator
patut
berundur menarik diri
kerana
kita perlukan
orang
yang tidak korup
sebagai
pemimpin berintegriti
bersih,
beramanah, cekap
tidak
kira bangsa
bukan
hanya Melayu Islam
yang
ramai rasuah
menyeleweng
dan kurang solat
anak
haram dan seksual
dan
segala yang tidak baik
untuk
Malaysia berkembang
advanced,
maju dan moden
di
tahun-tahun mendatang.
Biar
bukan parti
dengan
calun sendiri
lebih
baik dari berparti
dengan
rakyat seakan
menurut
perintah dan mengikut
apa saja
cakap pemimpin
tanpa
berfikir mendalam
sedangkan
kita ketinggalan
dengan
negara jiran
masih
menyokong membabi buta
untuk
sesuap nasi
dari
perut berlapar
baik undi
parti korup
asalkan
senang didunia
yang
sementara.
Fudzail
Ku Li ramal nilai ringgit RM5.50 banding USD1 menjelang akhir tahun
PETALING JAYA: Kerajaan perlu memberi sepenuh perhatian kepada pembaikan tukaran asing atau berdepan penyusutan ringgit kepada RM5.50 berbanding USD1 menjelang akhir tahun, kata bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau yang juga ahli Parlimen Gua Musang berkata, kemerosotan nilai ringgit memberi kesan yang sangat besar kepada rakyat negara ini.
“Sekarang ini pun, dua hari lalu ringgit kita sudah turun kepada RM4.40 berbanding USD1 dan ini akan menjadi lebih teruk.
“Kalau terus jatuh kita tak boleh beli apa-apa. Dah tak ada nilai. Sebagai contoh, kalau nilai ringgit kita jatuh kepada lima sen misalnya apa yang boleh kita beli? Ini masalah sebenarnya,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Tengku Razaleigh berkata, rakyat ketika ini perlu mengamalkan sikap berjimat cermat dan berhati-hati.
“Saya tak nak ugut atau menakutkan sesiapa, keadaan ini akan berlaku. Kita hanya ada dua bulan bekalan makanan, padahal penduduk kita lebih ramai berbanding Singapura yang ada bekalan hingga enam tahun.
“Kalau kita tak ambil tindakan segera kita akan berhadapan dengan masalah. Bukan sahaja masalah ekonomi tetapi masalah sosial dan macam saya sebut tadilah keadaan akan jadi huru-hara serta demonstrasi terutama sekali oleh orang bukan berada,” katanya.
Sebelum ini, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera dan menyelaraskan usaha untuk menangani krisis makanan.
SEGERAKAN SIDANG KHAS PARLIMEN BAHAS RUU ANTI LOMPAT PARTI
Segerakan sidang khas parlimen bahas RUU Anti Lompat parti
Pakatan Harapan (PH) menuntut janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk segera membahaskan Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat parti yang dibayang akan dibuat secara Sidang Khas Parlimen sebelum sesi Parlimen Julai 2022.
Menurut Majlis Presiden PH, sidang khas perlu diadakan memandangkan perkembangan terkini kes berpindah parti yang masih wujud dan mengancam sistem demokrasi Malaysia sekiranya berterusan.
“Majlis Presiden PH menggesa agar Perdana Menteri mengadakan Sidang Khas Parlimen sesegera mungkin bagi membahaskan RUU Anti Lompat Parti.
“Sebelum ini beliau telah beberapa kali memberikan komitmen untuk membahaskan RUU tersebut, maka janji itu harus ditunaikan,” kata kenyataan itu.
RUU Anti Lompat parti juga semalam ditimbulkan oleh pemimpin Umno apabila Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin berpindah ke Parti Bangsa Malaysia yang mengurangkan jumlah majoriti tipis kerajaan PM Ismail Sabri.
Selain itu, Majlis Presiden berkata, Sidang Khas Parlimen itu juga boleh membincangkan masalah kos sara hidup rakyat yang melambung tinggi dan masalah korupsi membabitkan Kementerian Kesihatan yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Sidang Khas Parlimen boleh turut membincangkan permasalahan dihadapi rakyat ketika ini antaranya kos sara hidup dan inflasi.
“Juga harus dibincangkan mengenai pendedahan SPRM yang mengesan beberapa pembelian untuk sektor perkhidmatan kesihatan negara ketika pandemik Covid-19 melanda, terpalit dengan rasuah,” katanya.
Justeru, Majlis Presiden menggesa Perdana Menteri untuk bertindak secepat mungkin bagi membolehkan kesemua perkara tersebut dibahaskan.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau dan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook.
BELA LEMBU LAGI BAIK
BOB KELANANG
LEMBU lagi kan bole di bela dalam kondo... apa la sangat lima (5) ekor ayam... Lagi pun, Hadi bole jer bela se-parti lembu...Ikan... bole bela dalam akuarium...KOH KOH KOH... good idea!!
KISAH NRW - HUSAM MUSA
Siri Bekalan Air Bersih kali ini menampilkan seorang Pakar NRW dari Australia, Mr Martin Shaw, yang pernah terlibat dengan satu projek nrw di kel satu ketika dulu.NRW adalah singkatan dari Non Revenue Water, yang bermaksud air tidak berhasil, yang bermula dari loji sehingga ke pengguna.NRW di Kelantan adalah 52% adalah antara yang tertinggi di negara. Mengapa terjadi demikian?Bersama kami dalam membincangkan hal ini. Sila isi maklumat
Ismail Sabri, Tun Mahathir Bertemu Di Tokyo #MGFlash
PETUALANG ROMPAK DANA RAKYAT PERLU DIAMBIL TINDAKAN, TEGAS ANWAR IBRAHIM
Damage at Sri Lankan ex-PM Rajapaksa's official residence following unre...
Sumbangan RM13 juta untuk masjid dan sekolah tahfiz? Wow...
Sumbangan RM13 juta untuk masjid dan sekolah tahfiz? Wow...
Masjid mana yang dapat? Apa canggihnya masjid tu sebab sumbangan RM13 juta tu besar tu. Mesti canggih jadinya.
Sekolah tahfiz mana dapat bantuan? Berapa ramai murid sekolah tahfiz tu? Ke sumbangan tu kongsi dengan banyak sekolah tahfiz?
Tapi kenapa masih ada sekolah tahfiz yang minta sedekah? Zahid kena lantik pegawai untuk pastikan tiada sekolah tahfiz tertinggal.
RM13 juta lebih besar agaknya daripada peruntukan kerajaan. Aku tak ingat berapa peruntukan kerajaan untuk sekolah tahfiz.
Di Malaysia ni senang. Bila buat jahat, pergi umrah atau bantu masjid/sekolah tahfiz. Auto nampak suci. Huntong la... Guane boh?
Raja Gelap