MENGAPA AKTA 355 SANGAT SENSASI??






 Che Ibrahim


Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 ( Pindaan 1984 dan 1989) hanya ada 3 seksyen @ 3-4 muka surat sahaja (3 helai kertas temasuk muka depan).


Seksyen 1 menyatakan pemakaian Akta yang terpakai di seluruh Malaysia. 


Seksyen 2 menyatakan bidangkuasa Mahkamah Syariah, iaitu:


Perenggan (I) berkaitan dengan kesalahan kesalahan terhadap rukun rukun agama Islam oleh orang orang yang menganut agama tersebut seperti yang termaktub butirannya dalam Senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan,


Perenggan (II) berkaitan kuasa hukuman yang dibenarkan ialah denda tidak melebihi rm5000, penjara tidak melebihi tempoh 3 tahun, sebat tidak melebihi 6 kali atau gabungan kepada hukuman hukuman tersebut. 


Seksyen 3 berkenaan pengecualian kesalahan hukum syarak sebelum Akta ini dikuatkuasa. 


Maknanya jika pun berlaku pindaan kepada Akta 355 ini, ianya sekadar berkaitan jumlah hukuman seperti yang disebut dalam perenggan (ii), Seksyen 2, iaitu denda rm5000, penjara 3 tahun dan sebat 6 kali kepada suatu jumlah hukuman baru yang lebih relevan. 


Isunya mengapa perkara yang semudah dan sekecil itu menjadi begitu sensasi dalam polemik yang berpanjangan??



Antara komen yang terdapat di FB: bila nilai ringgit jatuh

 

Antara komen yang terdapat di FB:


1. Yang bising2 ringgit jatuh tu, mereka beli nasi lemak dengan dollar AS ke?

2. Yang kalut ringgit jatuh tu, simpanan mereka di bank ada berapa juta?

3. Yang bising2 tu belanja kat pasar dan pasaraya guna USD ke?


Maka benarlah kata Imam Shafie - aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tapi aku pasti kalah bila berdepan dengan satu orang yang jahil (bodoh).



APA JADI DENGAN NIK ELIN- HATI HATI PUAK KHAWARIJ.





Che Ibrahim


Dulu kafirkan UMNO kerana dikatakan tolak hudud.

Kemudian ugut Kak Wan untuk di tanam di jirat (kubor cina) kalau tak sokong ruu 355.


Kini Nik Elin pula jadi sasaran takfir kerana mencabar beberapa seksyen dalam EKJS (I) 2019.


Politik apakah ini??




KES SURAU- WALAUN MEMANG SUKA SERBU...TAK BACA MAKLUMAT DAH.


 

TEAM MAKAN SAGON JA NI


 

DIA CAKAP NO 1. MASA JADI KERAJAAN DIA PUNYA UKASAN LAIN.



 

KEADAAN RINGGIT TAK MENCERMINKAN KELEMAHAN EKONOMI. MUDAH CERITA, LIHAT BAGAIMANA PEKERJA MALAYSIA KE SPORE MENDAPAT BANYAK UNTUNG.ITU BAB UNTUNG. JOM DENGAR ....


 

RINGGIT LEMAH BERBANDING DOLAR AS KERANA BNM DAN PMX


Adrian Lim Chee An.



BNM dan PMX punya pasal lah, Ringgit semakin lemah berbanding Dolar AS.

Korang tahu tak, zaman Covid/PKP sehingga ke sekarang, kadar kenaikan faedah Amerika Syarikat (Federal Interest Rate) adalah lebih cepat dan lebih tinggi berbanding Malaysia (OPR)?

AS: Daripada 0.05% -> 5.25/5.50% (kenaikan 5.20/5.45%)
Malaysia: 1.75% -> 3.00% (kenaikan 1.25%)

So, korang rasa pelabur asing nak letak duit kat mana?

A. AS yg menjana keuntungan 5.20%/5.45%
B. Malaysia yg menjana keuntungan 3.00%

Of course lah kat negara AS yg menjana keuntungan 5.25/5.50%.

Sebab saya sebut Federal Interest Rate dan OPR ini ialah kerana kebanyakan orang yang bukan pelabur, tidak faham bahawa Federal Interest Rate dan OPR ialah penanda aras atau benchmark untuk semua bank-bank komersil dalam urusan pendepositan dan peminjaman.

Federal Interest Rate dan OPR tidak hanya memberi kesan kepada peminjam. Ianya juga memberi kesan kepada pelabur dan pendeposit.

OPR rendah, peminjam nikmati pembayaran balik lebih rendah, tetapi pulangan pelabur juga rendah.
OPR tinggi, peminjam terbeban dengan pembayaran balik lebih tinggi, tetapi pulangan pelabur juga tinggi.

Ini kerana sistem kewangan seluruh dunia ialah berdasarkan konsep “pelabur letak duit kat bank dan bank meminjamkan duit tersebut kepada peminjam”.

Kat Malaysia sekalipun, Maybank ke, CIMB ke, Public Bank ke, Hong Leong ke, RHB ke, apa-apa bank pun, mereka tak boleh “cetak wang sesuka hati” seperti yang pernah dicadangkan oleh seorang Ahli Parlimen di Kelantan.

Jumlah wang yang boleh dipinjamkan oleh bank kepada peminjam untuk membeli kereta / rumah / berniaga adalah terikat kepada jumlah wang yang disimpan oleh para pendeposit dalam bank terbabit. 

Berbalik kepada kenapa ini salah BNM dan PMX.

Ini salah BNM dan PMX kerana enggan menaikkan OPR ke paras yang lebih tinggi seperti AS.

Dengan tidak menaikkan OPR ke paras yang lebih tinggi, para pelabur melihat ini sebagai tandanya keuntungan mereka tidak lagi berkembang.

So, mereka bawa duit mereka daripada negara yg memberi pulangan 3.00%, ke negara lain seperti AS yg memberi pulangan 5.25/5.50%.

Saya faham kenapa BNM dan PMX enggan menaikkan OPR pada kadar yang lebih cepat dan tinggi.

Mereka tidak mahu terlalu membebankan rakyat kat bawah.

Akan tetapi, rakyat kat bawah yang sedang menikmati kenaikan yang tidak terlalu membebankan sekarang, ramai yang tidak reti bersyukur dan menyerang kerajaan pula kerana Dolar AS semakin menguat berbanding Ringgit Malaysia.

Jadi situasi “oxymoronic” ini telah muncul. Kerajaan bela rakyat miskin kat bawah sehingga pelabur kaya raya bawa duit mereka ke negara lain.

Selepas itu, rakyat kat bawah yang menikmati kenaikan OPR yang tidak terlalu tinggi seperti kat AS, menyerang balik kerajaan yang sedang membela mereka.

Kalau saya PMX, dah awal saya pro-menaikkan OPR. Biarlah para pelabur kaya raya membawa kembali wang mereka untuk disimpan kat Malaysia dan menjana keuntungan. Dengan itu, Ringgit akan kembali menguat berbanding Dolar AS.

Walaun yg meminjam daripada bank yang menerima deposit para pelabur bagaimana pula? Lantaklah depa. Kerajaan bela mereka kah tekan mereka, sama je walaun akan terus mengkritik kerajaan.


4.80 PUN KALUT DAH...KALAU AKU PEGANG DOLLAR..HAPPY JA AKU...


 

SEBAB DIA SUKA TROLL DAN HINA ORANG.....PADAN MUKA MUNG...



MINDA WALAUN




 Masa polemik tuduhan palsu 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵 ni aku cuma baca je. Malas nak komen lebih. Sebab apa? Sebab aku tahu 𝗱𝗶𝗮 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻.


𝙆𝙚𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙣𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 terserlah ketika isu qunut Nazilah di beberapa buah sekolah dulu. Kalau bukan walaun pun, aku nampak minda dia 𝗺𝗶𝗻𝗱𝗮 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻.


Aku bukan peminat Dr. Rozaimi. Tapi aku suka cara dia jelaskan isu. Cuma kalau bab politik, Dr. Rozaimi acap kali juga 𝗴𝗼𝗽𝗼𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗻.


Tapi bila baca apa yang Fadhli Salleh ni tulis tentang Dr. Rozaimi, aku sangat tak bersetuju. Terutama soal Dr. Rozaimi sombong dengan PhDnya.


Lama aku follow Dr. Rozaimi. Memang ada kala dia 𝘱𝘰𝘺𝘰 sedikit tapi kalau nak kata sombong, tak pernah lagi aku tengok dia begitu.


Kalau bercerita pengalamannya ketika belajar, itu tak boleh lagi nak dikatakan sombong. Pada aku 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗜𝗱𝗿𝘂𝘀 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗼𝗺𝗯𝗼𝗻𝗴.


Sebab perbuatan sombong ni membesarkan diri dan ikuti dengan memperlekehkan orang lain. 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗲𝗸𝗲𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴? 


Malah samakan orang dengan haiwan pun dia pernah buat. Cakap bodoh tu tak terkiralah. Begitu baru boleh dikatakan bersikap sombong.


Malahan 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝗼𝗺𝗯𝗼𝗻𝗴 𝗷𝘂𝗴𝗮. Sebab walaupun dah ditegur bahawa fakta yang dibawanya salah, tapi masih berkeras.


Orang yang tegur pula dikatakan nak 𝙗𝙚𝙠𝙖𝙥. Ini bukan pertama kali Fadhli bersikap begini. Ketika 𝗶𝘀𝘂 𝗾𝘂𝗻𝘂𝘁 𝗡𝗮𝘇𝗶𝗹𝗮𝗵 pun begitu juga. Degil.


Syukurlah Fadhli dah bersara awal. Kalau masih lagi mengajar, 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗺𝘂𝗿𝗶𝗱𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗱𝗲𝗴𝗶𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗼𝗺𝗯𝗼𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 mempertahankan 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵.


Satu lagi, Fadhli jadi begini kerana marah 𝘂𝘀𝘁𝗮𝘇 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝘂𝗷𝗮𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗸𝘂𝘁𝘂𝗸. Inilah jadinya bila wala tak bertempat. Sebab itu aku kata dia walaun.


Bila yang dia suka kena kritik, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮, 𝗱𝗶𝗮 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻. Sikap begini penghalang manusia berubah.


Nak bela Azhar Idrus, silakan. Macam ada walaun kata  𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝘁𝘂 𝘁𝗮𝘄𝗮𝗱𝗵𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝘁𝘂 𝗱𝗶𝗮 𝗯𝘂𝗮𝘁-𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗲𝗿𝗶 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗔𝗿𝗮𝗯 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗿𝗶.


Boleh. Tak ada masalah. Tapi tak perlu sampai korek kesalahan orang hingga 𝗺𝗲𝗻𝗷𝘂𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Buat apa nak cipta dosa?


Sampaikan orang lain yang berucap, orang lain pula 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻. Nampak tak cerdik la kalau perangai macam tu.


Azhar Idrus tu manusia. Jauh daripada sempurna. Tak perlu sampai mendewakan dia dan buat 𝘀𝗲𝗼𝗹𝗮𝗵-𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗮 𝗺𝗮𝗸𝘀𝘂𝗺. Jangan begitu.


Terima saja kenyataan. Dia tak pandai berbahasa arab pun tak membatalkan ilmu yang dia miliki. Cuma kita harap dia 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗰𝗲𝗹𝘂𝗽𝗮𝗿 𝗹𝗮𝗴𝗶 sebab dia sendiri pun banyak kekurangannya. Tu je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


APA KATA PERHIMPUNAN AGUNG KHAS BERSATU 2 MAC INI PINDA SEKALI SYARAT KELAYAKAN CABAR PRESIDEN?


Sudah sah Bersatu akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 2 Mac ini bagi meminda perlembagaannya.


Perlembagaan yang bakal dipinda itu ialah untuk mengetatkan lagi peraturan bagi menghalang ahli parti itu memberi sokongan kepada parti lawan sebagaimana dilakukan enam Ahli Parlimennya sebelum ini.


Dalam akta lompat parti, kedudukan seseorang sebagai Ahli Parlimen hanya akan tergugur jika beralih menyertai parti lain dan seterusnya perlu diadakan suatu pilihan raya kecil semula.


Tetapi, kedudukan sebagai Ahli Parlimen tidak tergugur jika hanya mengumumkan sokongan kepada pihak lain tanpa mengumumkan keluar parti.


Berikutan tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu memberi sokongan terbuka kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim demi mendapatkan peruntukan untuk pembangunan bagi kawasan Parlimen masing-masing, Bersatu mendapati wujud keperluan meminda perlembagaannya dan untuk mengelakkan lebih ramai menderhaki kesetiaan demi memperolehi ganjaran.


Beberapa parti lain sebenarnya telah lebih dulu meminda perlembagaan masing-masing kerana menyedari wujud kelompangan dalam akta lompat parti yang sedang dikuatkuasakan.


Namun demikian, dalam Bersatu sekarang, bukan isu enam Ahli Parlimen yang mengalihkan sokongan itu saja yang menjadi topik hangat.


Turut menjadi perbualan ialah pemilihan parti yang dijangka pada Jun ini di mana syarat kelayakan untuk sesiapa bertanding jawatan tertinggi parti mestilah pernah memegang jawatan dalam MPT selama dua penggal.


Bersatu diluluskan pendaftarannya pada 2017 dan pemilihan pertama pada 2020 yang lalu.


Pemilihan pada Jun 2024 ini adalah pemilihan kali yang kedua bagi Bersatu.


Dalam hal berkaitan, meskipun Mahiaddin Md Yasin telah mengumumkan ingin mengekalkan jawatan Presiden Bersatu sepenggal lagi dan Hamzah Zainuddin yang dikehendaki ramai untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti bagi memberi wajah baru kepada parti turut menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu, tetapi di sebalik wujud desakan berterusan agar Ketua Pembangkang itu bertanding juga melawan Mahiaddin, hambatan di depannya ialah syarat kelayakan bertanding yang tidak memihak kepadanya.


Hamzah menyertai Bersatu pada 2019 dan dilantik sebagai Setiausaha Agung pada Mac 2020.


Ini bermakna, beliau belum cukup syarat dua penggal berada dalam MPT atau Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan secara automatik tiada kelayakan untuk bertanding melawan Mahiaddin.


Pun begitu, sebagai tanda sokongan yang diperolehinya untuk menerajui Bersatu, pejabat beliau yang disebut sebagai “White House”, selain sentiasa dikunjungi ramai ahli dan pimpinan parti setiap hari, di situ turut menjadi medan perbualan untuk menyokong dan memastikannya menjadi Presiden Bersatu menggantikan Mahiaddin.


Mereka secara umumnya menyatakan Bersatu tidak mungkin memperolehi keputusan lebih baik dalam PRU16 akan datang jika parti terus diterajui Mahiaddin, lantaran imejnya sebagai Perdana Menteri yang gagal sebelum ini masih kuat melekat di hati majoriti rakyat.


Hanya dengan berubah pucuk pimpinan dan Hamzah dirasakan paling sesuai, barulah diyakini ada sinar baru boleh muncul di hujung terowong.


Maka, senang cerita, terlanjur Bersatu akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 2 Mac ini, selain untuk meminda perlembagaan bagi mengetatkan peraturan berkaitan lompat parti, apa kata dipinda sekali syarat kelayakan bertanding jawatan Presiden itu?


Syarat itu bukan saja dilihat tidak demokratik dalam konteks Bersatu sebagai parti yang baru kali kedua mengadakan pemilihan, tetapi juga merupakan halangan yang nyata untuk “move on” bersama harapan yang mungkin lebih baik mampu diperolehi pada PRU16 akan datang.


Selain itu, dengan menghapuskan syarat kelayakan dua penggal berada dalam MPT itu juga dengan sendirinya meletakkan Mahiaddin sebagai pemimpin sejati – tidak macam jawatan Presiden UMNO – yang menang hanya kerana dilindungi oleh sesuatu peraturan atau ketetapan.


Jadilah pemimpin yang berani dilawan dan sedia dicabar pada bila-bila masa, bahkan secara moralnya, menang bertanding melalui perlawanan jauh lebih bernilai berbanding menang secara tidak bertanding kerana orang lain dikenakan sekatan.


Lagi pula, takkan Mahiaddin nak menang sebagai Presiden melalui “cara betina” begitu?


Soal sama ada Hamzah benar-benar akan bertanding atau tidak, itu haruslah dijadikan persoalan kedua, yang penting ruang untuk bertanding itu biarlah sentiasa terbuka. ShahbudinHusin 19/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/19/apa-kata-perhimpunan-agung-khas-bersatu-2-mac-ini-pinda-sekali-syarat-kelayakan-cabar-presiden.html



APA CERITA PENGUMPULAN SEJUTA TANDATANGAN UMNO UNTUK BEBASKAN NAJIB?


Mesyuarat MT UMNO pada 4 Februari lalu memutuskan untuk mengumpul sejuta tandatangan daripada ahli parti itu di seluruh negara untuk dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong dalam kadar sesegera mungkin bagi tujuan pembebasan Najib Razak.


Tujuan pengumpulan sejuta tandatangan itu adalah untuk merayu kepada Agong agar Lembaga Pengampunan dapat memberi pengampunan penuh, berbanding hanya pengurangan hukuman yang diputuskan lembaga tersebut pada 29 Januari lalu.


Arahan awal kepada UMNO Bahagian-Bahagian ialah mereka dikehendaki mendapatkan tandatangan daripada ahli di setiap cawangan di seluruh negara yang mana tandatangan itu perlu dikembalikan semula ke pejabat UMNO Bahagian selewat-lewatnya pada 9 Februari.


Selepas itu, UMNO Bahagian akan menghantar tandatangan yang sudah dikumpul itu ke Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur.


Tetapi, hari ini sudah 20 Februari, apa cerita lanjut tentang tandatangan yang dikumpul?


Kenapa diam membuta macam tak ada khabar berita?


Sudah dapatkah sejuta tandatangan itu?


Kalau sudah cukup sejuta tandatangan yang dikumpul, kenapa tidak diumumkan dan bila lagi nak dipersembahkan ke Istana Negara?


Jika belum cukup sejuta pula, sudah berapa jumlah tandatangan yang diperolehi setakat ini?


Tetapi ada satu bahagian UMNO yang jumlah cawangannya hampir 100, namun difahamkan tak sampai separuh daripada jumlah cawangan yang berjaya mengembalikan borang-borang yang sudah ditandatangani ke pejabat UMNO Bahagian.


Apa cerita ni?


Bagaimana agaknya dengan UMNO bahagian-bahagian yang lain, sudahkah pihak cawangan berjaya mengumpul tandatangan dan mengembalikan ke pejabat UMNO Bahagian masing-masing?


Ishh…ishh…ishh…rasa-rasa macam kena drama je Najib untuk kesekian kalinya lagi? – ShahbudinHusin 20/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/20/apa-cerita-pengumpulan-sejuta-tandatangan-untuk-bebaskan-najib.html



ANWAR TAK PATUT MENGELAK DARIPADA MENJAWAB ISU KEJATUHAN NILAI RINGGIT


Ketika ditanya media pagi tadi mengenai kejatuhan nilai ringgit yang terus merudum, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim dilihat mengelak untuk memberikan jawapan.


Sebaliknya, beliau berkata, Gabenor Bank Negara, Abdul Rasheed Abdul Ghaffour akan menjawabnya.


“(Mengenai prestasi) ringgit, Gabenor (Abdul Rasheed) ada di sini. Dia dah janji nak jawab,” kata Anwar ringkas.


Video berkaitan ada di sini – https://vt.tiktok.com/ZSFMk1JQb/


Setakat jam 9 pagi tadi, mata wang tempatan merekodkan prestasi makin melemah dengan ringgit berkurangan kepada 4.787/7930 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.785/7890 semasa ditutup pada Isnin.


Sebagai Perdana Menteri dan merangkap pula Menteri Kewangan, apa lagi pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia suatu ketika dahulu, tindakan Anwar mengelak pertanyaan media berkaitan kejatuhan nilai ringgit agak sedikit mengecewakan.


Walaupun alasannya adalah Gabenor Bank Negara sudah berjanji akan memberi penjelasan, tetapi sebagai ketua kerajaan, beliau mempunyai tanggungjawab moral untuk menjelaskannya kepada rakyat.


Lagi pun, berbanding penjelasan Gabenor Bank Negara, jawapan daripada seorang Perdana Menteri tentulah lebih bernilai tinggi dan dinanti-nanti.


Lebih-lebih kerana sosok bernama Anwar itu seorang yang hebat tutur bicara dan pidatonya, maka pastilah butir-butir mutiara yang keluar daripada mulutnya mengenai kejatuhan nilai ringgit juga amat ditunggu-tunggu.


Lebih penting daripada segala-galanya, isu kejatuhan nilai ringgit juga sering dijadikan bahan untuk memperlekeh, menghentam dan merendah-rendahkan kerajaan ketika Anwar menjadi Ketua Pembangkang sebelum ini.


Setiap kali berlaku kejatuhan nilai ringgit, setiap kali itu jugalah kerajaan yang memerintah sering dipersalahkan.


Bahkan, dalam sebuah ucapan yang mana videonya kini bertebaran di media sosial, Anwar sendiri pernah mengungkapkan bahawa kejatuhan nilai ringgit ketika itu adalah disebabkan pemimpin yang mengetuai kerajaan tidak pandai mengurus negara.


Untuk itu, tentulah menarik untuk diketahui jawapan Anwar mengenai sebab-sebab kejatuhan nilai ringgit sekarang ini.


Maka – sekali lagi ditekankan – memang tidak patut Anwar bertindak mengelak daripada menjawab dan menjelaskan kepada rakyat berkaitan kejatuhan nilai ringgit yang berlaku ketika ini.


Beliau tidak harus mengelak dan lari daripada berdepan realiti.


Selain itu, perbuatan mengelak itu bukan saja boleh menyebabkan rakyat biasa hilang keyakinan terhadap kemampuannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, malah dibimbangi akan membuatkan penyokong beliau sendiri mulai berbelah-bahagi terhadapnya.


Apa pun alasannya, Anwar tidak harus mengelak daripada menuturkan bicaranya dalam isu jatuhnya ringgit ini.


Akhirnya apa yang amat-amat diharapkan, moga ini adalah kali terakhir kita melihat Anwar mengelak daripada menjawab pertanyaan media, terutamanya bila ditanya tentang jatuhnya nilai ringgit kita. – ShahbudinHusin 20/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/20/anwar-tak-patut-mengelak-daripada-menjawab-tentang-kejatuhan-ringgit.html



KRONOLOGI MENYAMUN DEMI AGAMA...




 Bila duit berkepuk- kepuk depan mata terus jadi buta angka.


Salah satu fitnah akhir zaman, diuji dengan duit.


Semoga menjadi peringatan untuk diri saya juga.



WOIII...BANYAK NYE RETA....


 

MACAMANA DAPAT PHd TAK TAU KA KO NI . SOQANG LAGI DI KEPALA BATAS...PERKATAAN INGGERIS MUDAH PUN MERACAU...CAKAP TAK ADA FAKTA...LAIN KALI CARI FAKTA DULU


 

KELUAR SEMUA DARI BERSATU. BIAR PAS LAWAN SENDIRIAN. JOIN DENGAN SAPA PUN TAK BOLEH SEBAB SIKAP MEREKKA SAJA YANG BETUL.


 

KAKI PEMBOHONG. PUNYA TERUK

 
 

TIPU ATAS NAMA AGAMA


 

41 ORANG BANGRAP SETIAP HARI

 

Secara purata, 41 orang rakyat Malaysia diistiharkan sebagai muflis setiap hari. Bilangan ini antara yang paling tinggi di Asia. 



Jabatan Insolvensi Malaysia: Terdapat banyak sekatan yang dikenakan ke atas muflis/bankrap seperti sekatan keluar negara, menjalankan perniagaan dan keperluan untuk menyumbang ke dalam estet kebankrapan tanpa gagal untuk faedah pemiutang-pemiutang. Bankrap juga perlu menyerahkan segala hartanya termasuk rumah dan kenderaan. Di samping itu, tiada pelepasan automatik dipraktiskan di negara ini. Bankrap hanya boleh dilepaskan dari kebankrapan oleh Mahkamah atau KPI tetapi ianya tertakluk kepada sebarang bantahan daripada pihak pemiutang


Like page Rafizi Ramli untuk info seterusnya



TAK ADA SALAH ,JANGAN TAKUT SPRM

 

Betul ke 𝗦𝗣𝗥𝗠 bertindak atas arahan PMX? Betul ke dakwaan SPRM hanya 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗮𝘀𝗶 untuk menjatuhkan musuh PMX?


Senang macam ni la. Ingat tak sebelum PRU dulu, ada konflik besar antara 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 dan 𝗦𝗣𝗥𝗠 hinggakan pejabat 𝗜𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗱𝗶𝗴𝗲𝗹𝗲𝗱𝗮𝗵?


Tapi apa dakwaan yang dikenakan ke atas Rafizi? Tak ada, kan? Sebab apa? Sebab memang Rafizi 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵.


Kesimpulannya mudah. 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗽𝘂𝗻 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴, tapi kalau memang tak ada sebarang kesalahan dilakukan, 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻. Betul tak?


Jadi sama ada atas arahan atau tidak, bila didakwa itu bermakna 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮. Mudah je nak faham. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MUNGKINKAH KITA SEDANG MENUJU KEARAH DWI SISTEM UNDANG UNDANG??

 

MUNGKINKAH KITA SEDANG MENUJU KEARAH DWI SISTEM UNDANG UNDANG??


Che Ibrahim


Hari ini banyak suara suara mahu  Mahkamah Syariah dimartabatkan setaraf dengan Mahkamah Sivil. Pemerkasaan Mahkamah Syariah tidak akan mencapai nawaitunya selagi Mahkamah Syariah tidak diberi kuasa setaraf Mahkamah Sivil. 


Perkataan "syariah" dibelakang perkataan mahkamah menjadi pemacu untuk meletakkan mahkamah syariah mengikut kehendak hukum syarak. Mahkamah Sivil dianggap mahkamah sekular kerana tidak ada perkataan "syariah" bersamannya. 


Isunya sekarang adakah kita mahu menjadikan Malaysia sebuah negara yang menggunapakai dwi sistem undang undang?...Syariah/Islamic Law dan Common Law. Jika dalam pendidikan, kita ada sekolah aliran Islam/agama dan sekolah sekular, dalam ekonomi kita ada sistem perbankan Islam dan konvensional, begitu juga dalam muamalah terutama dalam sektor perlindungan insurance, maka adakah atas semangat ini kita mahu terapkan dwi sistem dalam perundangan???


Saya berpandangan sebuah negara tidak wajar ada dua mahkamah keadilan yang beramal dengan dwi sistem undang undang - undang undang Islam Dan common law.


Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah perlu diperkasakan mengikut fungsi penubuhannya yang termaktub dalam perlembagaan. Jika pun kita mahu beramal dengan "syariah law" terutama bagi kesalahan hudud dan qisas, kita tidak perlu memindahkan bidangkuasa jenayah ini ke Mahkamah Syariah. 


Kita boleh beramal dengan "Islamic law," dengan meminda Kanun Kesiksaan dan akta akta jenayah lain dengan memasukkan hukuman bagi kesalahan kesalahan tersebut mengikut syariah Islam. Kita boleh meminda Akta Keterangan, Akta Tatacara Jenayah, Tatacara Mal/sivil dll mengikut kehendak syariah.


Maknanya kita tidak perlu menaiktaraf Mahkamah Syariah sebagai mahkamah keadilan untuk membicarakan kes kes jenayah setaraf dengan mahkamah sivil. Kita tidak perlu meminda Perlembagaan untuk memberi kuasa jenayah yang lebih tinggi kepada Mahkamah Syariah, tetapi kita boleh melaksanakan "syariah Islam" @ undang undang syariah secara menyeluruh dengan mengislamisasikan undang undang dan sistem kehakiman yang telah sedia ada. Mahkamah Syariah kekal sebagai Mahkamah Keluarga Islam.



WALAUN. SILA BACA DAN FAHAM . NANTI KOMEN BIAR BETUL

 



Assalamualaikum dan selamat pagi..


Mulakan pagi anda dengan senyuman dan semangat untuk negara..


Sedikit perkongsian dengan cukai.....


Bagi yang ikhlas nak paham... ini pemahaman ringkas.... GST vs SST. 


Bagi sesiapa yg masih tak faham antara perbezaan cukai GST 6% (Cukai Era Najib) vs SST 10%(Cukai sedia ada). Ini adalah satu penerangan yang ringkas & mudah :-

---------


GST - Goods & Service tax


1)Cukai dikenakan kepada pengilang 6%

2)Pengilang jual kepada pemborong 6%

3)Pemborong kepada peruncit 6%

4)Peruncit kepada pembeli 6%


😱6% x 4 Peringkat

🤔Bermakna Pengguna bayar berganda sebanyak 24%.

----------


SST - Sales & Service Tax

.

SST cukai hanya dikenakan kepada pengilang / restaurant2 besar, tempat2 exclusive tertentu sahaja. Cukai ini khas utk peniaga dan cukai perkhidmatan.

----------


masih tidak faham antara perbezaan GST vs SST❓❓❓ teruskan bacaan⬇️

.

❇️GST ditanggung oleh semua lapisan masyarakat..Miskin/ Sederhana & KAYA.


❇️SST tu bukanlah dikenakan pada semua lapisan, boleh buat pilihan.


Nak mudah fahami lagi ❓❓Contoh:


"GST" barang berharga Rm10 kita kena byr Rm10.60.


"SST" semula harga barang Rm10 kita tetap byr Rm10 sahaja.


Faham??? Nak Faham.... faham laaaa

Kalau hati tuh cinta GST sangat.... takyah baca teruskan jadi hamba murahan pengkhianat negara!


Kredit : Syed Mahathir



TEMPOH LAKU PASSPORT 10 TAHUN



 Membuka ruang lebih banyak kemasukkan pelancong, Jabatan Imigresen Malaysia dalam proses melakukan kajian terperinci melanjutkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun berbanding lima tahun.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, tempoh laku pasport  10 tahunini  sudah diamalkan dalam kalangan negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura dan begitu juga dengan negara Itali, Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat.



NAFI BODO. SAPA PUN BOLEH

 



Nafi 𝘣𝘰𝘥𝘰 𝘨𝘪𝘵𝘶 𝘫𝘦? Mana cukup! Kurang-kurang kena tunjuk bukti. Tunjuklah akaun 𝗠𝘂𝗱𝗮 untuk buktikan 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗱𝘂𝗶𝘁 daripada 𝗗𝗮𝗶𝗺 𝗭𝗮𝗶𝗻𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻. Baru betul. Kalau setakat nafi, Pakistan jual karpet pun boleh. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PH TEMERLOH BERTEMU SESSI SOALJAWAB








 Program Sembang Santai Pemuda Perpaduan Temerloh bersama YB Senator Hasbie Muda  julung kali diadakan pada tahun ini. Program ini dianjurkan secara bersama oleh pimpinan  pemuda sayap parti perpaduan yang terdiri daripada AMANAH, UMNO, PKR & DAP.


Sesi sembang santai ini amat bermakna kerana ianya memberi peluang kepada  pemuda Perpaduan Temerloh bertanya soalan dan isu semasa dalam negara kepada YB Senator Hasbie Muda. Kesepakatan pimpinan Perpaduan Temerloh menjayakan program ini serta iltizam secara bersama pimpinan perpaduan bagi memberi khidmat kepada masyarakat Temerloh serta mempersiapkan jentera pemuda perpaduan temerloh bagi menghadapi PRU - 16.


Turut hadir Azizul Shah Mohd Noor  Ketua AMANAH Kawasan, Dato' Ridzuan Hazimin, Ketua UMNO Bahagian, YB Woo Chee Wan, Adun Mentakab,Mr Mahesh, KC PKR serta pimpinan Kawasan.


#perpaduantemerloh

#binabersama

#pedulitemerloh

#MalaysiaMADANI



𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡 𝗟𝗘𝗧𝗜𝗛 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨𝗧 𝗔𝗬𝗔𝗤



MESKIPUN Parlimen Sungai Petani mempunyai MAJORITI pengundi PH-BN, secara keseluruhanya walaun & untit PNjahat KHAWARIJ mendominasikan jumlah PNduduk di Kedah.


Kalau pengundi PH-BN merungut tentang masalah ayaq di Kedah, itu WAJAR dan patut. Tapi kalau walaun & untit bersuara bab masalah ayaq di Kedah memg padan muka.


PRN yg lalu kita dah kempen yg Kerajaan Persekutuan akan lebih mudah membantu selesaikan isu bekalan ayaq di negeri Kedah jika kerajaan negeri selari dan TIDAK mencetuskan penghinaan serta perbalahan dengan kerajaan persekutuan.


Malangnya ramai pengundi di Kedah jadi walaun & untit lalu memangkah PA$ PERTIKAIAN Nasional juga. Projek LRA telah diketahui tidak akan siap dalam masa terdekat kerajan "DELAY". Saya sudah beri amaran akan kelewatan ini dlm artikel-ertikel saya sebelum PRN. Tapi Rakyat Kedah tak percaya, nasiblah..kah kah.


𝗦𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗮 "𝗱𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮" 𝘂𝗻 & 𝘁𝗶𝘁 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗣𝗥𝗨𝟭𝟲 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟳 𝗯𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶, 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸𝗻𝘆𝗮 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗹𝗲 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗮𝗶𝗿 𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻. 𝗧𝗮𝗸𝗽𝗲, 𝗻𝗮𝗸 𝗮𝗶𝗿 𝗸𝗲 𝗜𝘀𝗹𝗲𝘆?


- Zus Din 

20022024

#SOSMApas 

#PASKhawarij

***************

“𝗞𝗮𝗺𝗶 𝗱𝗮𝗵 𝗹𝗲𝘁𝗶𝗵”, 𝗽𝗲𝗻𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗻𝗶 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗯𝗮𝗿 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝘀𝗮 𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝘁 𝗮𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀

SITI NUR ZAWANI

February 18, 2024

30 keluarga dari Kampung Batu Hampar, Merbok, Sungai Petani sudah tidak dapat menahan sabar berikutan masalah bekalan air dihadapi mereka semakin kritikal sejak sebulan lalu.


Mereka mendakwa, masalah itu berlaku sejak beberapa tahun lalu, namun semakin meruncing pada awal Januari lepas.


“Kami sudah letih angkat air selain terpaksa keluarkan wang sendiri untuk membeli air bersih untuk minum dan memasak,” demikian luahan penduduk di kampung itu seperti dilapor Kosmo! hari ini.


Seorang penduduk, Sharipah Rohani Syed Mohamad, 62, berkata, penduduk mulai rasa penat kerana masalah itu menjejaskan urusan harian mereka sehingga terpaksa mengerah kudrat dan membazir masa me­ngangkut air dari luar.


“Memang ada air dibekalkan pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) dua hari sekali, tetapi ia tidak mencukupi terutama bagi kegunaan ramai seperti keluarga besar saya seramai enam orang.


“Tambahan bekalan air itu tidak sesuai untuk diminum dan kegunaan memasak menyebabkan kami perlu membeli air bersih dan berhabis duit sebanyak RM120 sebulan,” katanya.


Lapor portal itu lagi, seorang penduduk, Zainurdin Mansor, 48, pula meluahkan, dia tinggal dengan ibu bapa, isteri dan dua anak menyebabkan mereka memerlukan bekalan air yang banyak.


“Kebanyakan penduduk kampung mengangkut air dari rumah saudara yang terletak jauh dari kampung kerana kalau nak mengharapkan bekalan air yang dihantar SADA memang tidak mencukupi.


“Ketiadaan air paip sejak awal Januari lalu menyebabkan kami hidup tertekan kerana perlu menjelaskan bil dan pada waktu sama terpaksa membeli air bersih untuk diminum,” ujarnya.


Seorang suri rumah, Suhailimaton Hazami, 40, pula berkata, keadaan cuaca panas melampau sekarang menyebabkan keperluan bekalan air yang dihantar SADA perlu ditambah kekerapannya.


“Saya ada empat anak berumur antara enam hingga 17 tahun dan keadaan cuaca yang panas sekarang menyebabkan kami memerlukan air yang ba­nyak.


“Saya letih kerana perlu mengeluarkan modal untuk ­minyak kereta dan motosikal bagi mengangkut air dari rumah saudara di Merbok, selain membeli air bersih untuk diminum,” tambahnya.


News link : https://harapandaily.com/2024/02/18/kami-dah-letih-penduduk-sungai-petani-hilang-sabar-terpaksa-angkut-air-sejak-bulan-lepas/


KAH KAH KAH..KAU TAHU KA MENTERI OENERANGAN. SWMASA PMX DUSUK DALAM PENJARA...ERIKA KEWARTAWAN TAK PAKAI PUN...PERJUANGAN PROBONONA LAH MEMBEBASKAN PMX...BERPADA PADA MEMBODEK.

 

MSO


SETUJU DENGAN KADIR JASIN


Mnteri Komuniskasi Fahmi Fadhil hari ini megumumkan kad etika wartartawan yang menggariuskan lapan perkara. Memberi reaksi kepada pengumuman kod etika wartawan itu wartawan veteran Kadir A Jasin menganggap ia kod etika wartawan baru tidak perlu. 


Kata Kadir sudah 40 tahun dia jadi warta tanpa kod etika, manakala menteri penerangan pula pergi silih ganti. 


Meneliti beberapa perkara dalam kod etika berkenaan, saya juga berpendapat sama seperti Kadir. Ia tidak pun menambah kualiti kewrtawanan dan menambah nilai pemberitaaan. 


Apa yang digaris dalam kod etika hanya mengulang apa yang sudah sedia ada atau dijadikan peraturan kepada badan pertubuhan atau syarikat berita. Saya rasa bagi wartawan "rasmi" professional sudah pun lama maklum dan mengamalkan etika berkenaan. 


Apa yang sedang dihadapi kerajaan hari ini ialah bagaimana hendak mendisiplinkan para wartawan yang dilahir di luar professional kewartawan yang sedia ada. Kod etika tidak perlu kepada wartawan bertauliah tetapi perlu ditekanan kepada wartawan medsos. 


Jadi kod etika wartawan diumumkan Fahmi itu tidak lebih dari menambah air dalam kolam tempat itik berenang yang sudah sedia dengan air mencukupi. Trims.



Ringgit jatuh ekonomi merudum?

 








Ringgit jatuh ekonomi merudum?


Ada orang baca ekonomi dengan melihat nilai ringgit ketimbang USD.


Ada baca pada kedudukan pasaran saham. Pasaran saham sedang melebih 1500 mata, lebih awal dari jangkaan. Alhamdulillah. 


Ahli ekonomi  akan lihat angka-angka atau petunjuk ekonomi secara menyeluruh.


Antaranya pelaburan yang masuk(FDI-17.1billion), kadar inflasi(1.6%), kadar penganggguran(3.3%)  daya saing(27), eksport dan pertumbuhan ekonomi setiap suku tahun.


Alhamdulillah, baru-baru ini LHDN telah berjaya mengutip hasil tertinggi dalam sejarah sebanyak RM183.3 billion. Begitu juga Jabatan Kastam, mengutip RM55.1 billion, juga tertinggi dalam sejarah. Boleh lah kerajaan tambah lagi elaun E-Madani. Belum lagi pendapatan khas dari Petronas dll.


Berkenaan ringgit, BNM setakat ini kekal dengan OPR 3.0 dan tidak mencampuri secara langsung kedudukan ringgit,  seperti menggunakan rizab negara (USD113.5 billion) untuk membeli ringgit seperti yang dibuat oleh negara lain seperti Singapura. 


Ini kerana soal 'kejatuhan' ringgit berkait rapat dengan pengukuhan dolar itu sendiri. BNM optimis yang ringgit akan naik pada tahun ini sejajar dengan perkembangan ekonomi yang baik.


Sektor pelancong yang rancak juga telah menyebabkan ekonomi hiliran mendapat manfaat yang besar. Peluang pekerjaan juga terbuka luas.


Kesan kenaikan harga barang adalah minima dibandingkan dengan peluang menjana pendapatan. Yang penting rajin.


Kerancakan ekonomi turut dirasai oleh para  kontraktor sesuai dengan jumlah pelaburan masuk yang diluluskan. Projek kerajaan dan swasta menjadi emas kepada para kontraktor. 


Untuk mereka yang sedang gembira melihat ringgit jatuh ketimbang USD...esok anda beli sarapan masih guna ringgit yang sama.🤩


Sila kongsi untuk kefahaman rakyat. 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka

#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



BERBEKALKAN JENAMA AGAMA, TAK PAYAH BAYAR CUKAI

 

Jamzuri Ardani


Ada satu video sorang YB Ustaz dari Pulau Pinang bgtau dalam ceramah ada syarikat besar "sekupang pun tak bayar cukai". Dia tak bgtau syarikat apa tapi saya tau.


'Syarikat' itu adalah sebuah tadika milik parti berjenama agama ... ada ratusan ribu pelajar, jualan buku teks dan uniform tadika pun mencecah jutaan ringgit, yuran bulanan pun lebih kurang sama dengan tadika lain, tapi gaji guru kecil, kwsp tak bayar.


Tiada lesen perniagaan. So, tak bayar lesen perniagaan. Tak bayar yuran pendaftaran SSM. Tak bayar cukai pendapatan perniagaan. Tak bayar cukai SST. 


Bak kata YB Ustaz tu "cukai sekupang pun tak bayaq" 😅😅😅


Anehnya ... kerajaan benarkan ia terus beroperasi selama berpuluh tahun sebab ramai kakitangan awam dan penguatkuasa tak berani ambil tindakan ... semua takut masuk melaka 😂😂😂



PENGAT TAIK

 

Menitik Malam. 




Bila tengok gambar orang dikiri itu jumpa Anwar teringat pengkisahannya tentang cerita Anwar tidak kenal najisnya sendiri sampai terpijak. Trims.

ADAKAH SYSTEM PADU BOCOR


Pendakwah 


 Pada hari Selasa, 19 Februari 2024, jam 9.09 malam, ROOTK1T memaklumkan yang mereka berjaya mengakses sistem PADU yang baru. (new PADU system).


Saya tak pasti ni sistem PADU yang mana, PADU ekonomi ke, PADU pelajaran ke atau PADU LPPSA. Kita tunggu lah esok pagi untuk melibat data yang mereka nak bocorkan itu.