KO JALANKAN DAN URUSKAN SENDIRI JE LAH...KIOK.
Mukhlis Eddie
Ambik balik lerr ..ko run sendiri je lah sekolah hospital tu semua ...
Ni lah keje depa ...x reti jana ekonomi...tapi dok cari akai nak cekau duit mudah...
Undi lagi puak² pas ni...
MENGAPA SADAM TANAM PESAWAT
Ketika Amerika Syarikat menyerang Iraq pada tahun 2003, tentera A.S menemui puluhan pesawat tempur yang tertanam di dalam pasir berhampiran lapangan terbang yang masih elok.
Di Pangkalan Udara al-Taqqadum, tentera Amerika menarik keluar sejumlah jet pejuang MiG-25 Foxbat dan jet penyerang Su-25 Frogfoot dari timbunan pasir.
Pesawat-pesawat itu walaupun tanpa sayap berada dalam keadaan yang agak baik.
Persoalannya, mengapa Saddam sengaja menanam aset tenteranya sendiri?
Jawapannya berakar pada kesedaran Saddam tentang ketidakmampuan Tentera Udara Iraq (IAF) menentang teknologi Amerika.
Walaupun IAF mampu bersaing dengan Iran semasa Perang Iran-Iraq, Saddam sedar bahawa pesawat-pesawatnya akan 'diperkotak katikkan' oleh jet-jet canggih A.S. seperti F-22 Raptor.
Beliau juga mempunyai pengalaman pahit semasa Perang Teluk pertama, di mana juruterbang Iraq terbang melarikan diri ke Iran untuk mengelakkan kemusnahan, dan pesawat-pesawat itu tidak pernah dikembalikan.
Kerana mahu menyelamatkan aset udaranya dan mencegah mereka daripada musnah atau melarikan diri, Saddam mengeluarkan arahan untuk melucutkan dan menanam jet-jet pejuang paling canggihnya di dalam pasir berhampiran pangkalan udara seperti al-Taqqadum dan al-Asad.
Saddam berharap dengan menanam pesawat-pesawat itu, beliau dapat menghalang kemusnahan jet-jet tersebut.
Beliau percaya bahawa selepas serangan A.S. berakhir dan beliau kekal berkuasa, pesawat-pesawat itu boleh digali semula dan digunakan untuk menggentarkan musuh serta jiran-jiran serantaunya.
Ironinya taktik "menanam untuk menyelamatkan" ini adalah keputusan yang baik untuk pesawat-pesawat itu sendiri, tetapi bencana bagi Saddam.
Apa sahaja pesawat yang tidak tertanam segera dimusnahkan oleh Tentera Udara A.S. semasa pencerobohan, manakala Saddam Hussein sendiri akhirnya terpaksa "bersembunyi di bawah tanah" sebelum ditangkap.
JKOM GAGAL
RAFIZI Ramli
Saya ditanya tentang fungsi dan keberkesanan J-KOM dalam menyampaikan maklumat.
Satu benda yang orang jarang nampak:
Masalah kita bukan bermula dengan J-KOM. J-KOM cuma simptom.
Sejak wujud internet & media sosial, hampir semua kerajaan gagal mencari formula komunikasi yang betul:
Bagaimana nak terangkan dasar dengan jelas, tanpa belanja ratus juta duit rakyat untuk “naratif”.
Sebab tu saya selalu jawab bila orang tanya, “Kenapa YB tak selalu keluar TV, tak banyak dalam surat khabar?”
Jawapan dia mudah: saya tak nak bayar.
Ramai yang tak tahu, setiap kali ada Menteri yang muka dia muncul selalu di TV & media, itu biasanya bukan “coverage percuma”.
Ada bajet, dan yang bayar, akhirnya, ialah rakyat. Dari zaman Najib sampai Ismail Sabri.
Setiap kali kerajaan nak umum program, bajet pengiklanan boleh cecah berjuta-juta.
Influencer 2 minit cakap depan kamera pun boleh sampai puluh ribu.
Saya pilih jalan lain:
1. Saya duduk depan iPhone, rakam sendiri, edit sendiri.
2. Tak ada lighting crew, tak ada 7–8 orang ikut belakang.
Yang penting ialah tak membazirkan duit rakyat.
Sebab itu saya kata, J-KOM RM16 juta cuma cebisan kecil daripada masalah lebih besar:
Cara kerajaan berkomunikasi masih bersandar pada model lama: beli iklan, beli ruang, beli perhatian.
Kalau kita betul-betul nak jaga wang rakyat, kita kena berani rombak sistem, bukan sekadar tukar nama jabatan.
Tonton ulasan isu J-KOM di video ini:
https://youtu.be/iDuWZjxKTgM?si=lTWpvfCgj8r2aBy2
TAHANAN KERJA BAWAH PERINTAH AM BAB D
Che Ibrahim
Mana mana penjawat awam yang didapati telah melakukan satu salahlaku atau pelanggaran tatatertib yang serius boleh dikenakan perintah Tahan Kerja selama tempoh tidak melebihi 60 hari bagi tujuan siasatan. Dalam tempoh tersebut penjawat awam itu hendaklah dibayar gaji penuh.
Apabila Pihak Berkuasa Tatatertib telah memulakan satu prosiding tatatertib ke atas pegawai itu, dia hendaklah ditahan kerja dengan dibayar separuh gaji sehingga kes tatatertibnya selesai.
Seorang pegawai juga boleh dikenakan perintah Tahan Kerja dengan dibayar separuh gaji apabila apa apa prosiding jenayah telah dikenakan ke atas pegawai itu di mana mana mahkamah.
Maknanya seorang pegawai tidak boleh ditahan kerja kecuali satu prosiding tatatertib atau pertuduhan jenayah ke atasnya telah dimulakan.
Setakat yang saya faham, pegawai berkenaan hanya digantung tugas, bukan gantung kerja. Maknanya dia "direhatkan" dari kerja kerja rutinnya.
LAPORAN MENGENAI RASUAH
Menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKmR) yang diketuai Pengerusinya, Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah dan mendengar pembentangan Laporan Tahunan mereka buat kali pertama.
Laporan ini merangkumi penelitian serta pemeriksaan anggota JKmR terhadap Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tahun 2021 hingga 2024.
Ia membolehkan JKmR mengenal pasti trend dan perkembangan semasa terkait usaha pencegahan rasuah dan cabaran yang dihadapi SPRM.
Saya akan mengemukakan Laporan Tahunan ini kepada Mesyuarat Jemaah Menteri, di samping membincangkannya secara mendalam bersama pengurusan SPRM.
Komitmen Kerajaan MADANI terhadap ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik tidak pernah berganjak. Setiap syor dan dapatan dalam laporan ini akan diteliti dengan serius agar reformasi institusi terus diperkukuh, ketirisan dibendung, dan keyakinan rakyat diperteguh.
Insya-Allah, kita akan memastikan usaha membina negara yang bebas rasuah dan berintegriti tinggi terus menjadi keutamaan tertinggi.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
LIHAT PERANGAI MUSIBAT PAS . MASA ADA KUASA OK DAH LENGKAP..BILA TAK DA KUASA..DIA KATA TAK LENGKAP.KIOK.
Che Ibrahim
Ambo ingat hukum syarak jah boleh berubah dengan berubahnya zaman/situasi.
Rupa rupanya undang undang pun dilihat berubah bila berubah situasi... Dulu masa ada kuasa/jadi menteri dilihat lengkap, sekarang jadi tak lengkap bila dah hilang kuasa.
Pulak dahhh....
Ketika kempen, Zahid Hamidi kata BN terbuka bekerjasama dengan siapa saja, kecuali GRS.
Tetapi, bila GRS dah menang, cepat2 pula BN umum sokong Hajiji sebagai Ketua Menteri, walaupun GRS sudah pun cukup majoriti.
Lepas tu, siap dah hantar nama untuk jawatan menteri dan timbalan menteri.
Adoiii, maruah letak kat mana depa ni?
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA MIC, SELEPAS INI MCA JUGA HARUS BERANI TINGGALKAN BN
1 December 2025
MIC disahkan telah mengemukakan permohonan untuk menyertai PN.
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengesahkan telah menerima permohonan MIC itu dan akan membawanya kepada mesyuarat PN tidak lagi.
Berikutan permohonan MIC itu dan situasi politik negara pula tidak menyebelahi kerajaan ketika ini, adalah dijangkakan PN tidak akan melengah-lengahkan kemasukan parti komponen BN itu.
Sejujurnya, keputusan MIC untuk menyertai PN adalah pilihan yang tepat demi suvival parti berkenaan.
Apabila MIC masuk sebagai anggota PN, ia dengan sendirinya membuatkan tiada lagi parti berkaitan kaum India dalam BN.
Dengan itu, tiada sebab lagi untuk pengundi India memberi undi mereka kepada BN pada PRU16 akan datang.
Di dalam PH juga tiada parti khusus untuk membela kaum India kerana yang ada hanyalah PKR dan DAP yang merupakan parti pelbagai kaum.
Dengan status pelbagai kaum, pembelaan kepada kaum India tidak mungkin dapat dilakukan secara khusus.
Ertinya, baik di dalam BN mahu pun, tiada parti khusus untuk kaum India selepas tindakan MIC itu.
Sebaliknya, di dalam PN selain sudah ada MIPP yang merupakan parti kaum India, kemasukan MIC ke dalam gabungan itu akan menambah-kukuhkan lagi asas pembelaan kepada komuniti tersebut.
Di waktu yang sama, PN juga mempunyai kerjasama longgar dengan dua lagi parti kaum India iaitu Urimai pimpinan Dr P Ramasamy dan MAP atau Parti Kemajuan Malaysia yang diterajui P Waytha Moorthy.
Dengan empat parti kaum India ada bersama PN, ini bermakna pembelaan terhadap komuniti berkenaan mampu dilakukan dengan lebih berkesan lagi.
Yang penting, semua parti berkenaan mesti bersepakat dan bersatu hati dalam memastikan PN disokong semaksimum mungkin oleh pengung-pengundi India.
Jika itu dapat dilakukan, ia bukan saja mampu menyerlahkan kekuatan PN, bahkan berupaya merampas beberapa kerusi yang sekarang ini dimenangi oleh BN atau PH.
Kerusi Parlimen Bagan Datuk yang dipegang Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi misalnya, beliau menang di kawasan itu hanya dengan majoriti 348 undi, tetapi jumlah pengundi Indianya berjumlah 22 peratus.
Dengan semua parti India bersatu hati mengumpulkan sokongan kepada PN, Bagan Datuk barangkali senang-senang boleh ditawan.
Selain itu, berikutan penolakan pengundi Cina dalam PRN Sabah yang jelas menolak DAP, ini seharusnya membuatkan MCA juga harus keluar meninggalkan BN.
Hanya dengan keluar BN dan terpisah daripada kerajaan saja yang boleh memungkinkan MCA mampu merebut sokongan daripada pengundi-pengundi Cina.
Lagi pula dengan bersama PN yang disokong kuat oleh pengundi Melayu, MCA dan MIC lebih berkemungkinan mampu memenangi banyak kerusi pilihan raya seperti mana ketika era BN gemilang sebelum ini.
Tidak dapat disangkal lagi kemampuan MCA dan MIC menang banyak kerusi sebelum ini adalah kerana UMNO ketika itu masih disokong oleh pengundi Melayu.
Hari ini, selain UMNO semakin tidak disokong oleh pengundi Melayu, yang bererti tiada guna lagi MIC dan MCA kekal bersama BN, hanya bersama PN saja dua parti tersebut boleh berpeluang bertanding banyak kerusi.
Kekal bersama BN dan BN pula bersama PH, yang dapat banyak kerusi hanya DAP.
Maka, di samping diucapkan syabas dan tahniah kepada MIC kerana berani mengorak langkah menuju perubahan, MCA juga tidak harus berlengah lagi berbuat demikian. – ShahbudinHusin 01Dsember2025.
https://shahbudindotcom.net/2025/12/syabas-dan-tahniah-kepada-mic-selepas-ini-mca-juga-mesti-berani-tinggalkan-bn/
KENAPA LAH MP DSN DUN GANU BANYAK YANG KURANG CERDIK ?
Dia ni nak kena dengan Felda. Nantikan
Duk main keng gini tak kemana pun.
Jika main keng gini contoh pusat buat keng juga
molek duit baiki pantai tu pusat ambik bagi ke Felda utk bayar ke Tganu, utk baiki pantai Tganu cari pitis sendiri. Apa macam kan?
Itu belum lagi bab dana persekutuan RM1.2 Billion ke Tganu
Keng vs keng jadi lembu. Bice molek la.
KEH KEH KEH.
Norshidah Md Daud
Kenali Wisata Rohingya Part 1...
Mengikut screenshot dari post Wisata Rohingya ni, PMX tau Sam punya deal belakang dgn team Tei
Tp tu la manusia kan, sempat lg dia perli pihak lain dlm isu mintak projek RTM, seolah2 makan rasuah dari cina tu dosa kecik je 😏
Ape la sgt takat dosa mintak tukar USD, buat suit, reno & beli perabot 🙄
Balik pd ayat awal, PMX tau
Tp kes surat sokongan projek, PMX pertahankan Sam walau bg amaran keras
Alih2 isu Tei ni PMX redha Sam letak jawatan
Korang leh nampak x sape palatao kt sini?
INGAT MUDAH UNTUK MENGKAJINDATA.TIDAK JIKA ANDA TAK TAU.
Iswardy Morni
Orang nak jadi Timbalan Presiden, kau pun nak jadi timbalan presiden. Bila pengundi cina lari, eh.. Terkejut?
Pengerusi MPN Sabah merangkap Timbalan menteri takkan takde data di bayar juta juta dengan agensi pengkaji? Benda ni basic.
Rafizi Ramli dah sebut 6 bulan yg lalu dalam jelajah HIRUK. Takkan terkejut lagi?
Orang buat data, kau kata ada data. Data apa yang kau ada?
JOM ANALISIS KEKALAHAN.
Norman Daud
Saya malas nak sebut perkara ni.. tapi kadang kadang geram juga tengok penyokong PN duk main sentimen macam PH kalah paling teruk di sabah semalam
Realitinya, PN merupakan parti arus perdana yang paling banyak kehilangan deposit berbanding PH dan BN.
Berikut ialah gambaran sebenar berdasarkan angka rasmi:
PN bertanding 41 kerusi, tetapi 36 calon hilang deposit. Itu bermakna kira-kira 88% calon PN gagal dapat undi minimum 12.5%. Dari sudut asas sokongan, ini ialah tamparan paling besar kerana ia menunjukkan bukan sekadar kalah, tetapi ditolak hampir sepenuhnya di kebanyakan kawasan.
PH pula bertanding 22 kerusi dan hanya 2 calon hilang deposit sekitar 9% sahaja. Walaupun PH kalah hampir semua kerusi yang mereka tandingi, sokongan asas pengundi masih wujud. Majoriti besar calon PH tetap mencapai undi yang cukup untuk selamatkan deposit. Ini beza besar dengan PN.
BN pula meletakkan 45 calon, dan 12 calon hilang deposit sekitar 27%. BN memang mengalami penolakan signifikan, tetapi angka mereka masih jauh lebih baik berbanding PN.
Untuk gambaran keseluruhan:
– PN: 36/41 hilang deposit (~88%)
– PH: 2/22 hilang deposit (~9%)
– BN: 12/45 hilang deposit (~27%)
Di sinilah titik pentingnya, dari sudut sokongan minimum pun, PN berada di tahap paling lemah antara parti-parti utama.
Jadi bila ada yang cuba putar cerita seolah-olah PH kalah paling teruk, angka-angka ini membetulkan naratif tersebut. PH memang kalah kerusi, tetapi masih ada asas sokongan.
Yang benar-benar menerima tamparan paling keras dalam PRN kali ini dari sudut kehilangan deposit dan penolakan pengundi adalah PN sendiri.
Itu fakta yang tidak boleh dipusing.


















