MENERIMA KUNJUNGAN WAKIL DUTA MALAYSIA

 











Menerima kunjungan hormat daripada tujuh Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang baharu selepas penerimaan watikah pelantikan daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 4 September 2025 lalu.


Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Dato’ Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan Dato’ Yubazlan Yusof, Duta Besar Malaysia ke Brazil Dato’ Mohammad Ali Selamat, Duta Besar Malaysia ke Jerman Mohamad Razdan Jamil, Duta Besar Malaysia ke Sepanyol Haznah Md. Hashim, dan Duta Besar Malaysia ke Poland Dato’ Azri Mat Yacob.


Dalam pertemuan ini, saya menitipkan amanat penting agar mereka terus memperkukuh hubungan strategik dengan negara-negara tuan rumah. 


Tumpuan utama harus diberikan kepada usaha memacu aktiviti perdagangan dua hala dan menarik pelaburan asing berkualiti tinggi, demi menjamin kemakmuran ekonomi negara kita.


Moga mereka menggalas tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan cemerlang.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja



UGUT ANCAM KENA


 

SPRM AKAN SIASAT


 

KES TIM PRESIDEN PAS


 

TN IBRAHIM BAKAL DIDAKWA?


 

BAKAL DIDAKWA

 


NARATIF PILIHANRAYA AWAL


 

KES KASA


 

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗕 𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗬𝗕 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜


 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔

𝗬𝗕 𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗬𝗕 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜

𝟬𝟵 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱.








Pada 17.11.2022, YB Tuan Ibrahim Tuan Man (yang lebih dikenali sebagai YB Tuan Ibrahim Tuan Man) telah memfailkan satu saman sivil terhadap YB Mohd Rafizi Bin Ramli di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saman sivil tersebut telah didaftarkan dengan no guaman: WA-23CY-54-11/2022.


Saman sivil tersebut adalah berkaitan dengan kenyataan-kenyataan media YB Rafizi di mana YB Rafizi telah membangkitkan beberapa persoalan berkenaan fungsi dan peranan seorang Menteri semasa tempoh kerajaan caretaker selepas Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU-15.


Di antara persoalan yang dibangkitkan oleh YB Rafizi berkenaan terdapat usaha penganugerahan satu projek tebatan banjir Sungai Langat 2 yang bernilai RM2 billion kepada Mangkubumi Sdn Bhd semasa Kerajaan Caretaker oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) semasa YB Tuan Ibrahim bertindak selaku Menteri.


YB Rafizi telah memajukan persoalan-persoalan tersebut melalui kenyataan-kenyataan medianya terdahulu berdasarkan kepada maklumat dan dokumen yang diperolehi oleh beliau daripada sumber yang dipercayai.


Untuk mengelakkan dari perkara ini berpanjangan, atau persoalan yang ditimbulkan oleh YB Rafizi disalahertikan oleh orang awam, atau menimbulkan salah faham terhadap YB Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Rafizi dengan ini bersetuju untuk menurunkan kesemua posting di media sosial di bawah kawalan YB Rafizi yang bersabit dengan perkara ini.


Memandangkan isu berkenaan keterlibatan YB Tuan Ibrahim dalam usaha penganugerahan satu projek tebatan banjir Sungai Langat 2 yang bernilai RM2 billion kepada Mangkubumi Sdn Bhd bukanlah sebenarnya tumpuan kenyataan-kenyataan media YB Rafizi terdahulu, semasa Kerajaan Caretaker oleh KASA, maka keterlibatan YB Tuan Ibrahim dalam usaha penganugerahan projek tersebut tidak lagi berbangkit di antara pihak-pihak. YB Tuan Ibrahim bersetuju untuk menarik balik saman sivil tersebut.


Di atas semangat penyelesaian secara berhemah, YB Tuan Ibrahim dan YB Rafizi secara bersama bersependapat bahawa sebarang perselisihan atau salah faham yang berlaku antara pihak-pihak di dalam tindakan saman ini wajar diketepikan demi kepentingan awam, keharmonian masyarakat serta kestabilan politik dalam negara.


Oleh yang demikian, pihak-pihak dengan ini ingin memaklumkan bahawa perkara tersebut telah diselesaikan secara baik di luar Mahkamah.




PENAKUT NAK HADAP TIME PMQT....SAMA LA DENGAN HADI AWANG...PUKUL CURI BLAH..HADAP LA TANYA APA NAK TANYA.

 Khalid Walidad.



Satu-satunya pengerusi gabungan politik yang

takut nak duduk di kerusi Ketua Pembangkang,

Tan Sri Muhyiddin Yassin.





Bila tiba masa PM Question Time (PMQT) kat

Dewan Rakyat, langsung tak berani berdepan dengan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim. Konon nak jadi pemimpin besar, tapi nak tanya soalan kat Parlimen pun tak berani.


Seteruk-teruk Hadi Awang (memang teruk dan bodoh) pun pernah jadi Ketua Pembangkang. Dato' Seri Dr Wan Azizah pulak bukan sekali, tapi dua kali jadi Ketua Pembangkang. Semua boleh hadap

tanggungjawab, kecuali 'abah' yang dok elak

sana sini.


Yang paling lawak masih berangan nak jadi

Perdana Menteri ke-11. Padahal nak duduk kerusi

pembangkang pun tak boleh terima. Macam

mana nak pimpin negara kalau bayang Anwar pun

dah seram sejuk?


Hakikatnya mudah, kalau takut jadi Ketua

Pembangkang, jangan berangan nak jadi Perdana

Menteri. Rakyat pun dah nampak ini bukan soal

kepimpinan, ini soal ego yang tak boleh terima

realiti.


*Mahyuddin memang seorang penakut; nak berhadapan wartawan pun tak berani, nak buat siaran tv pun melalui rakanan dan bacaan Pdf, nak buka parlimen pun enggan, untuk lebih selamat dia isytiharkan darurat di mana semua keputusan tidak melalui perbentangan dan persetujuan di parlimen, perbelanjaan wang rakyat dibuat sesuka hati ikut anak tekak dia... jilaker!!


#fyp #abahcow #TSMY #penakut t #CalonPM11




SABAR....AMBIL RASUAH MESTI KENA.

 

Jamzuri Ardani


Hari ni tengok posting kawan-kawan PN bersusun bantai KP SPRM. 


Bantai secara berjemaah ... 😅


Ikut korang laa ... asal bahagia!





NASIB PELAKON² KES FITNAH LIWAT 1 (1998).




Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.


Ummi Hafilda Ali: Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.


Azizan Abu Bakar: Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.


Rahim Nor: Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.


Aziz Samsuddin: Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.


Peguam Negara (Mohtar Abdullah) pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!


Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.


Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati. Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar.


- AK AHMAD -


Nasib pelakon² kes Fitnah Liwat I (1998) konspirasi Tun dah terima balasnya..


Bagaimana pula nasib pelakon² kes Fitnah Liwat II (2009) konspirasi Najib ??!


Apa nasib Najib sekarang ?


Allah SWT telah menzahirkan semuanya...




KEH KEH KEH....DEPA KATA KASAQ NGAT MELAWAK.....BUIAN SANUSI KATA..NETIZEN KATA UNTUK HIBURAN RAKYAT



Fendi Apple



WOIIII NATAM MUNG DIN...

 



PM ANWAR TERIMA MENTERI LUXEMBURG

 

Menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Perdagangan Luar Luxembourg, Xavier Bettel di pejabat saya hari ini.









Kami tekadkan usaha untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan dan logistik.


Platform ini juga kami gunakan untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, termasuk peranan dimainkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan situasi di Timur Tengah, khususnya Palestin selain meningkatkan kerjasama erat melalui rangka Kesatuan Eropah demi manfaat kedua-dua negara.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja



KISAH MAKCIK TAK PANDAI BERSYUKUR

 

De De



Kelmarin aku, abg ngan kak pi Mydin nak tebus SARA pakai MyKad. Aku la paling syiok sebab 1st time dapat, walaupun one-off ja. Depa kata aku ni miskin bandara, padahal aku dok kat ulu kampung 😂. Apa pun, aku tetap bersyukur la, rezeki jugak.


Tengah beratur kat kaunter MyKasih, belakang aku ada dua makcik.

Makcik A dok beletiaq:


"La ni bagi pun tak ikhlas… RM100 jaa, mana nak cukup… Anwar tu la, Anwar ni la…"


Makcik B terus potong:


"Hoi, ok la tu! Hang dapat jugak. Bukan RM100 ni jaa, tiap-tiap bulan hang dapat RM200 jugak. STR 500-700 tu tiap fasa hang sapu. Setahun dekat RM5 ribu hang tibai. Pun rasa tak cukup lagi ka? Ni yang sekali ni ja hang nak kalut, sampai lupa nikmat lain tu… haishhh."


Teruih teghenyeh teghising makcik A tadi. Aku belakang ni nak tahan ketawa pun susah. Kadang-kadang kan, yang dapat banyak tu la dok bising lebih, yang sikit ni pulak rasa syukur habih-habih.


Aku nak ja menyampuk kat makcik tu.. "patutnya makcik bersyukur n berterimakasih Tau sebab banyak makcik dapat..saya ni.. hanya sekali ni ja dapat.. entahlah bila lagi nak merasa macam makcik2 dapat..tapi Alhamdulillah saya tetap berterimakasih Dan bersyukur"



WOIIII MUNG DOK PAHANG.


 

CAKAP PANDAI LAGI. BAKAL NAK KENA.

 


Alif Jamil





Lepas kroni elitis mahakaya diburu SPRM , sekarang giliran lebai pulak ambil nombor giliran. 


Dalam diam² ,  satu demi satu pekung mula tersingkap. 


Untuk kes lebai shaolin pulak, satu projek tebatan banjir bernilai RM529 juta dikaitkan dengan surat sokongan seorang bekas menteri yang selalu pakai kopiah dan bercakap soal islam.  


Projek ini dianugerahkan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat yang bernama Mangkubumi Sdn Bhd.


Bukan tender terbuka. Bukan open bidding. 

Tapi rundingan terus. 


Dan ianya disokong oleh seorang bekas menteri yang acapkali berkuliah tentang zuhud, wara’ dan islam. 


Dan yang part paling best sekali, surat sokongan tu ditandatangani seminggu je sebelum Parlimen dibubar pada tahun 2022 dulu.


Tak pelik ke ??


Tak pelik ke masa rakyat sibuk selamatkan keluarga dari banjir, ada pulak pihak sibuk nak selamatkan kontrak?


Harini SPRM dah mula buka kertas siasatan. 

Dan katanya pendakwaan akan dibuat tak lama lagi.


Persoalannya sekarang , jika benar berlaku rasuah dalam projek tebatan banjir ini..  


Berapa juta sebenarnya yang telah dibocorkan ?

Berapa banyak dari jumlah itu yang tak sampai kepada tujuan asal ?

Siapa yang terima ? 

Siapa yang arah? 

Siapa yang tahu tapi diam ?


Dan siapakah 'optimus prime' dalam kes ini ?


Dan kenapa tiada siapa pun dalam parti atau kerajaan ketika itu yang berani bersuara?


Adakah kerana mereka juga berkongsi faedah dari projek tersebut ??


Dalam kes seperti ini, walaupun ia belum terbukti di mahkamah tapi rakyat berhak tahu anggaran kerugian wang awam kerana duit tu sepatutnya digunakan untuk lindungi rakyat bukannya untuk komisen politik atau kroni kontraktor.


Inilah wajah sebenar parti yang selama ini menunggang agama untuk kuasa.


Jangan lupa, RM529 juta ni duit rakyat.

Duit untuk lindungi kampung² dari banjir  bukan untuk tebat nafsu kroni. 


Sebab itu pentingnya Anwar Ibrahim ni perlu dijatuhkan walau dengan apa cara sekalipun. 


Selagi PMX ni tak jatuh , semakin ramai naga yang akan kena jerut.


Semakin banyak kontrak² gelap yang akan terbongkar.



MINTA PDRM, DAN SEMUA YANG TERKAIT KES ZARA.MEMANGGIL DIA SEBAGAI SAKSI. NAMPAK KEBAL SANGAT DAN PALATAO.

 Joker.


Kami Rakyat Malaysia dengan penuh rasa rendah diri dan tanggungjawab menyeru kepada peguam, hakim, pendaftar, acik kantin dan semua yang bertugas di mahkamah untuk memanggil Noor Ramzilaa sebagai saksi dalam kes adik Zara.


Terang lagi bersuluh, beliau lebih mengetahui tentang semua perkara dalam kes ini dan InsyaAllah sekiranya beliau dipanggil, kebenaran akan dapat ditegakkan.





RASUAH....BANYAK YANG TIDUR TAK LENA..KRONI YANG NAK KENA PUN RAMAI


 

MUDAH SAJA..KALAU TENGOK MUKA KOREA KA..JERMAN KA....INFIA KA...CINA SPORE KA...IC LA JADI GALANG GANTI


 

BAGI KERJA SEKOLAH LEBIH SIKIT ...SAHIH TAK SIAP...MARAH..,. MAK AYAH SERANG CIKGU...KIOK

 Ridwan


Lepas tu melalak tanah kita komunis ambik dah....




KESIAN


 

ANWAR KHIANAT MELAYU?


 

HIKMAH KESABARAN

 

Alif Jamil


Pada pandangan peribadi saya lah kan... 






Antara hikmah terbesar dari kesabaran DSAI dalam menempuh ranjau perjuangan yg panjang penuh fitnah, pengkhianatan dan ujian ini ialah Allah sendiri mengangkat “nama Perdana Menteri” itu melekat pada beliau.


Beliau bukan PM-8.

Bukan juga PM-9.


Tetapi beliau diangkat sebagai PM-10 (PMX)..

Ianya menggenapi kesemua bilangan Perdana Menteri yg datang sebelumnya.


Menyebut nama PMX sahaja sudah terasa gah dan bangga sebagai rakyat Malaysia. 


Gelaran PMX itu ada auranya, ada wibawanya dan akan terus kekal sebati dgn beliau sampai bila² pun.


Tak kira berapa penggal beliau mentadbir, beliau tetap Perdana Menteri ke-10 Malaysia. 


Bukan Perdana Menteri baharu, tetapi PMX.


Dan saya sangat berbangga kerana saya sebahagian dari generasi yg dapat merasa kepemimpinan beliau.. 


Oleh itu, selamat memimpin negara ini dengan penuh hikmah dan kejayaan..


PMX.. 


Satu nama yg akan terpahat dalam sejarah Malaysia 🫡🇲🇾




Adakah Azmin agen Madani?



Azmin bukan agen madani. Ini adalah propaganda pasukan Hamzah yang mahu menjatuhkan azmin. Sebab apa? Azmin lah punca kenapa wanita dan pemuda bersatu Tetap sokong Muhyidin sedangkan 120 ketua bahagian yang lain mahu dia ditukar.


Masalahnya ditukar kepada siapa?


Pertembungan Muhyidin dan Hamzah bukanlah perkara baru. Harapan ialah Muhyidin berundur secara terhormat maka pimpinan bawahan (atas perancangan atasan) desak Muhyidin letak jawatan.


Isu dia ada sang penghadang dan penghalang bernama Azmin. Azmin mahu Muhyiddin kekal. Dia tahu kalau hamza naik, maka sukar laluan dia dan pasukan nya menguasai bersatu. Dia berharap dengan "kesetiaan" ini dia mendapat tempat tertinggi di sebelah Muhyiddin dan bakal menjadi pengganti Muhyidin. Masakan tidak! Hanya presiden yang boleh menjadi perdana menteri. Kalau Hamzah naik maka lerai dan berkecai la cita cita nya menjadi presiden dan sekaligus perdana menteri.


Bagi team Hamzah mudah. Team azmin perlu dibuang dan dibendung. Sebab itu team Hamzah memainkan naratif dia agen madani. Kalau tidak dilakukan demikian, maka mana mungkin mereka akan dapat merasa hamzah menjadi presiden dan perdana menteri. Ini di tambah bahawa PRU16 ini Bersatu yakin Perikatan Nasional boleh menang besar, walaupun mungkin bukan majoriti 112.


Perubahan perlu berlaku sekarang. Di peringkat bawahan mereka yakin Madani tidak akan dapat kekal dalam pilihanraya akan datang...peluang menjadi PM buat azmin dan Hamzah semakin dekat dan dapat di rasa... 


Iswardy




SELEPAS 20 TAHUN

 




AKIBAT MENYAKAW

 Mukhlis Addie


Bila sebut soal rasuah, salah guna kuasa dan sakau duit rakyat, janganlah kita cepat nak tutup mata hanya kerana watak itu bekas PM atau ada gelaran panjang berjela. Hakikatnya, kalau duit rakyat beratus juta boleh disorok dalam “safe house”, itu dah cukup jadi bukti betapa parahnya penyakit kerakusan dalam politik negara kita.




Hari ni rakyat disuruh berjimat, disuruh ikat perut, subsidi dipotong sana sini. Tapi dalam masa yang sama, ada pulak segelintir pemimpin politik boleh kumpul duit tunai sampai ratusan juta. Mana datang duit setinggi itu kalau bukan daripada sakau hasil titik peluh rakyat?


Kalau orang kampung curi ayam, esok kena gari. Kalau budak muda rembat motor, terus kena penjara. Tapi bila golongan elit politik sakau duit rakyat, boleh pula “tak cabar” pelucuthakan,  seolah-olah itu perkara biasa.


Inilah realiti pahit. Mael pun tak terkecuali, masuk kategori penyamun berjenama jugak. Yang berbeza cuma, mereka pakai kot, pakai gelaran “Datuk Seri”, duduk dalam pejabat berhawa dingin. Tapi perangai tetap sama... menyamun hak rakyat.


Selagi sistem ni tak dibersihkan, selagi rakyat terus beri muka pada penyamun berwajah politik, selagi itulah negara akan terus dibaham kerakusan golongan yang sepatutnya menjaga kita.



KRONOLOGI SELEWENG HAMPIR SETENGAH BILLION


Faridzul Asyraf Mat Arifin







1 - Maju Holdings (melalui Maju Expressway Sdn Bhd/MEX II Sdn Bhd) dilantik sebagai syarikat konsesi untuk membina lanjutan lebuh raya MEX sepanjang ≈18 km dari Putrajaya ke KLIA, sebagai fasa kedua kepada MEX asal yang dibuka pada Disember 2007   .

.

2 - Sukuk bernilai RM1.3 bilion diterbitkan pada 2016 untuk membiayai projek tersebut   .

.

3 - Projek yang dijangka siap pada Disember 2019 diganggu oleh masalah aliran tunai, menyebabkan pembayaran kupon sukuk gagal sejak 2021. sukuk disuspend oleh CIMB Investment Bank pada akhir 2021  .

.

4 - Hingga 2024, MEX II hanya 89% (yang di claim) siap sementara hanya tersedia kira-kira RM30 juta dalam akaun projek – berbanding RM1.3 bilion yang dikumpul   

.

5 - Walhal kalau tengok, tak nampak bayang pun MEX II ni dibuat. Ternyata duit sukuk diseleweng

.

6 - Sejak Mei 2025, MACC membuka tiga kertas siasatan berkaitan

- Agihan palsu RM360 juta daripada sukuk.

- False claims RM416 juta

- Rasuah berjumlah sekitar RM12 juta yang dipercayai melibatkan pegawai dan pihak berkepentingan  .

.

7 - Pada 1 Mei, beberapa individu — termasuk bekas CEO Maju Holdings — ditahan untuk siasatan dan disambung reman pada 3 Mei   .

.

8 - Aset bernilai puluhan juta dirampas, termasuk jam tangan bernilai RM5 juta, koleksi barangan mewah dan tunai RM34 juta, serta kereta mewah dan minuman keras bernilai RM3 juta  

.

9 - Hari ni Pendakwaan di Mahkamah kepada Tan Sri Abu Sahid Mohamed, pengarah Maju Holdings melibatkan

- 4 Pertudunhan criminal breach of trust (CBT), RM313.1 juta yang dipercayai disalah guna antara Mei 2016 dan Oktober 2019 di akaun bank atas nama syarikat di Bukit Tunku    .

- 13 pertuduhan pengubahan wang haram, RM116.4 juta dipindahkan kepada individu dan syarikat, dan RM22.8 juta dikeluarkan melalui cek antara Mei 2016 dan Ogos 2019 

.

10 - Beliau mengaku tidak bersalah pada semua pertuduhan dan Mahkamah membenarkan ikat jamin RM1.5 juta dengan satu penjamin dan penyitaan pasport; kes disebut semula pada 3 November 2025   .

.

Ini antara kes high profile ni. Entah macam mana boleh tipu duit sukuk mudah sangat

.

MEX 2.0 yang sepatutnya memudahkan kita tak nampak bayang nak siapkannya



UNDILAH KERAJAAN PERPADUAN



 Saya terpanggil untuk mengulas isu yang sedang tular berhubung ucapan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, di Melalap baru-baru ini. Dalam ucapan tersebut beliau ada menyebut “Tidung Islam dan Murut Kafir”, namun segera diperbetulkan oleh Datuk Darell Leiking, dan sejurus selepas itu beliau serta-merta sedar kesilapan lalu terus memohon maaf secara terbuka.




Sebagai seorang yang lama terlibat dalam politik Sabah, saya memahami bahawa perkara seperti ini boleh berlaku secara spontan. Apatah lagi dalam konteks ucapan itu, beliau sedang menjelaskan asal-usul ibunya – kerana ada pihak yang sering melabel beliau sebagai “PTI.” Malangnya, ada yang cuba memutarbelitkan keadaan dan menuduh beliau rasis serta menghina kaum Murut.


Kita mesti jelas di sini perkataan “kafir” adalah istilah agama.


Dalam Islam, kafir bermaksud mereka yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.


Dalam Kristian, kafir atau unbeliever bermaksud mereka yang tidak menerima ajaran Kristus.


Istilah ini bersifat teologi, bukan penghinaan kepada mana-mana etnik. Tetapi apabila dipolitikkan, ia boleh menjadi bahan api yang merosakkan hubungan antara kita di Sabah.


Persoalannya sekarang adakah ini yang kita mahu wariskan kepada generasi Sabah? Adakah kita mahu terus memanaskan keadaan dengan isu agama dan bangsa, sedangkan cabaran sebenar rakyat ialah kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan, infrastruktur dan masa depan ekonomi negeri kita?


Saya khuatir apabila melihat ada cyber-trooper tertentu yang lebih ghairah memainkan isu sensitif ini semata-mata untuk keuntungan politik. Kalau inilah hala tuju politik Sabah, maka kita tidak akan maju, malah semakin mundur dan berpecah.


Sebagai mantan wakil rakyat, saya percaya Sabah hanya akan maju apabila kita berani keluar daripada kepompong politik sempit. Kita perlu berani berfokus kepada ekonomi, pendidikan dan pembangunan rakyat bukan menanam kebencian melalui isu agama dan kaum. No need to speak about race and religion, tidak jauh kita dapat maju kalau terkongkong dengan isu ini.


Saya menyeru kepada mereka yang menggelarkan diri sebagai cyber-trooper kerajaan: Jalankanlah peranan anda dengan bertanggungjawab. Tunjukkan kepada rakyat apakah pencapaian kerajaan selama lima tahun ini. Ceritakan apa masalah yang sudah diselesaikan, dan apa kelemahan yang sedang diperbaiki. Itu yang rakyat mahu tahu.


Pada masa yang sama, saya menyeru cyber-trooper Warisan supaya terus mengingatkan rakyat tentang pencapaian Warisan ketika diberi peluang memimpin dahulu – dan bagaimana kita sudah tidak sabar untuk meneruskan usaha membangunkan Sabah tercinta. Ingatlah, jangan sesekali ikut rentak kotor cybertrooper lawan yang hanya tahu memainkan isu bangsa dan agama. Kita mesti kekal berbeza – fokus kepada agenda membina Sabah, bukan memecahkannya.


Janganlah kita terus terperangkap dengan politik perpecahan. Sabah memerlukan pemimpin yang menyatukan rakyat dan membina negeri ini di atas landasan ekonomi, pendidikan dan kemakmuran bersama.


–––


Mantan YB Moyog,

Jenifer Lasimbang

Monday, 8 September 2025



SANUSI HANYA AMBIL KREDIT ATAS USAHA ORANG LAIN

 


LAHANAT PUNYA LAKNAT

 Iswardy Morni


1. Qunut nazilah adalah doa untuk melakhnat pihak Lawan kerana menindas kita. 





2. Apa akan jadi kalau lakhnat itu tidak benar dan kita hanya menggunakan qunut itu untuk kepentingan diri kita? (seperti mendapat undi dan sokongan)


Maka dalam satu hadis:


Riwayat Abu Dawud, Tirmizi, Ahmad

Daripada Ibn ‘Abbas r.a., Rasulullah ﷺ bersabda:


“Apabila seseorang melaknat sesuatu, maka laknat itu akan naik ke langit, tetapi pintu-pintu langit ditutup darinya. Kemudian ia turun ke bumi, tetapi pintu-pintu bumi ditutup darinya. Lalu ia pergi ke kanan dan kiri, dan apabila ia tidak mendapat tempat (yang sesuai),  maka ia kembali kepada orang yang dilaknat, jika dia berhak menerimanya. Jika tidak, maka ia kembali kepada orang yang MENGUCAPKAN LAKHNAT TADI.”

(Hadis Hasan, diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 4905, Tirmizi no. 1978, Ahmad 1/307)


3. Apakah boleh melakhnat seorang Muslim?


“Melaknat seorang mukmin adalah seperti membunuhnya.” (HR Muslim, no. 110)


Ini cerita lama. Tapi nampaknya kesan dah mula nampak pada yang memainkan lakhnat demi kepentingan diri sendiri.



MAIN HENTAM


 

PECAH AMANAH 313 JUTA.


 

TU DIAAA NOH.. SENGAP BELAKA.


 

KEPALA BAPAK HANG..


 

JOM BANTU DAN NGAKU..


Che Ibrahim


Duit sapa???... Jom kita pakat gi ngaku kalau berani...






KENAPA ANWAR MAHU DIJATUHKAN. INI ANTARA MUKA MUKA YANG MENJADI TUNGGAK KRONI.


Alif Jamil


 Kalau kita betol nak faham kenapa ada pihak yang  begitu terdesak nak jatuhkan Anwar Ibrahim, lihat saja pada berita hari ini..





Ini dia antara nama² besar korporat lama yang pernah kebal dek naungan politik berpuluh tahun, kini sorang demi sorang mula diburu SPRM. 


Selama puluhan tahun, ada segelintir tokoh korporat hidup mewah bergelumang hasil projek² mega, penswastaan dan bailout yg disalut cantik atas nama dasar pembangunan negara. 


Hakikatnya GLC ni dah jadi macam bank bergerak untuk selamatkan kantung kroni. 


MRCB antara jadi contoh paling jelas..


Dari syarikat kecik tiba² melompat jadi gergasi dalam sekelip mata. 


Bukan kerana mereka ada produk yg hebat pon.

Tapi lesen ajaib yg datang dari lubuk kuasa politik. 


Kisah ini bukan soal individu semata², tapi ia lambang kepada era pemusatan kuasa politik lama. 


Era dimana projek mega, konsesi tol, tanah rakyat semuanya jadi lubuk suaka kekayaan segelintir elit puaka. 


Inilah salah satu sebab mengapa Anwar Ibrahim mesti dijatuhkan.. 


Selagi mana Anwar Ibrahim berkuasa , kelompok elitis puaka ini akan kehilangan talian hayat. 


Maknanya mudah, kalau PMX berjaya dijatuhkan, maka status quo lama boleh hidup balik. 


Jika tidak, lebih ramai lagi jerung² lama yang akan hanyut ke darat..