LAGI BAKAL KLUSTER MAHKAMAH
Patutlah kerengga lari... Sarang dah nak kena usik rupanya. Takut lettew... Guane boh?
Raja Gelap II
.
KEH KEH..TU LA ORANG HINA...TAPI TERBUKTI
Tengku Zafrul declare PMX adalah jurujual terbaik negara, 133 billion pelaburan di lulus hanya dalam tempoh 6 bulan tahun ini, pecah rekod tahun-tahun sebelum ni. Tahap ini ka PM hopeless yang abah hampa sakau mahiaddin gelarkan?? Tahap ni ka yang 'segelintir' Rakyat kata x buat apa keja pun??
#PMXBest
KEH..KEH...DIA GAGALIS
Ada walaun yang kata Mahiaddin hilang jawatan PM sebab tak mahu tunduk kepada tekanan untuk bebaskan OKT.
Wow... Yakinnya kamu!
Zaman Mahiaddin dulu lebih banyak kes yang diberi DNAA. Tak salah aku lebih 70 kes. Paling hebat kes Musa Aman.
Aku ingat masa tu heboh cerita Musa Aman nak cabar keabsahan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal daripada Warisan. Masa tengah hangat isu tu, kes Musa Aman tiba-tiba dapat DNAA.
Aku ingat dapat DNAA tu lagi menjadi la dia. Tapi rupanya dia terus tarik diri dari politik. Tak pelik ke? Lebih pelik, yang sokong dia masa tu terus beralih sokongan ke PN. Tinggalkan politik tu harga yang perlu dibayar untuk dapat DNAA ke?
Aku tak fikir Zahid minta DNAA waktu BN bersama PN dulu. Sebab kalau Zahid minta DNAA masa tu, mungkin dia pun kena bersara dari politik juga dan Zahid tak mahu berbuat begitu.
Kalau begitu, kenapa Mahiaddin hilang jawatan?
Kalau ingat, PN asalnya bukanlah kerjasama antara parti. Ia sebenarnya sokongan MP secara individu yang tandatangan SD menyokong Mahiaddin. PN ditubuhkan selepas kerajaan terbentuk dan UMNO pun tak pernah join PN.
Jadi Mahiaddin tak pernah dapat sokongan penuh dari BN terutamanya UMNO. Sebab itu Mahiaddin takut nak ke parlimen. Sebab kalau buat undi tak percaya, besar kemungkinan dia akan kalah.
Dalam masa yang sama, Mahiaddin tak hormati hirarki UMNO. Tengok kepada lantikan kabinet oleh Mahiaddin. Nama pemimpin UMNO yang dipilih entah siapa-siapa entah. Sampai Adham Baba pun boleh jadi Menteri Kesihatan. Bayangkan la.
Jadi Mahiaddin memang ada masalah sejak dari mula dengan pimpinan UMNO. Cara untuk dia kekal berkuasa adalah dengan menutup parlimen. Dia sanggup isytihar darurat untuk itu.
Tapi berapa lama? Sampai akhirnya YDP Agong pun lahirkan rasa tak setuju. Mahiaddin tahu dia akan jatuh kalau parlimen dibuka. Sebab itu dia undur diri tapi dengan beberapa syarat.
Tentang syarat tu, boleh rujuk video yang Mukhriz Mahathir buat sebelum PRU15 dulu. Macam mana Mahiaddin deal untuk dapatkan separuh peruntukan PM dan seluruh peruntukan TPM masa Ismail jadi PM. Sampai sekarang Mahiaddin mahupun Ismail tak pernah nafikan video Mukhriz tu.
Jadi Mahiaddin hilang jawatan bukanlah sebab dia tak tunduk kepada desakan Zahid. Bahkan aku rasa Zahid pun tak pernah minta kesnya DNAA.
Mahiaddin sebenarnya hilang jawatan PM sebab penipuannya tentang sokongan yang dia dapat dari SD dah semakin terbongkar. Sama ada dia turun sendiri, ataupun dia dijatuhkan di parlimen. Itu je.
Sedangkan hakikat, masa Mahiaddin jadi PM lebih banyak kes berprofail tinggal yang dah dikurniakan DNAA. Walaun tak payah la nak pusing cerita. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Bangunkan semula industri gula elak kebergantungan import - Dr Azman
Oleh: Abdullah Zaid
Strategi Kerajaan Perpaduan untuk membangunkan semula industri tebu bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap gula mentah import yang berada pada tahap 100 peratus pada ketika ini wajar dipuji.
Menurut Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Azman Ismail selain isu beras, masalah kekurangan gula juga perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.
Jelasnya, faktor pandemik dan perubahan iklim dunia serta perang Rusia-Ukraine menjadi punca kenaikan harga makanan dunia yang meningkat secara mendadak. Oleh itu, katanya, kerajaan perlu mengurangkan kebergantungan kepada import.
"Saya difahamkan ada strategi dari segi meningkatkan (pengeluaran) gula tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kita kepada gula import.
"Seperti beras, faktor kekurangan gula berlaku akibat iklim, pandemik dan perang di timur Eropah. Cumanya isu gula tidak seteruk masalah beras yang mempunyai permintaan tinggi oleh pengguna," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Sebagai rekod, Malaysia bergantung sepenuhnya kepada gula import daripada Brazil apabila kerajaan merestui penutupan ladang tebu di Chuping, Perlis pada 2012 yang membekalkan tebu kepada kilang gula di negeri itu sejak puluhan tahun lamanya.
Tindakan tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja lebih bagi memenuhi permintaan negara.
Justeru itu, pada 14 Mac lalu, Kementerian Ekonomi bercadang untuk membangunkan semula industri penanaman dan pemprosesan tebu bagi memenuhi permintaan domestik.
Dalam pada itu, Dr Azman juga mencadangkan agar kerajaan tidak bergantung kepada industri gula semata-mata. Sebaliknya mengembangkan lagi kepada tanaman alternatif gula seperti tumbuhan stevia yang boleh hidup subur dalam iklim tropika di Malaysia.
Katanya, produk stevia pada waktu ini banyak digunakan rakyat dan ianya baik untuk kesihatan.
"Penggunaan
stevia serta lain-lain pemanis umumnya adalah lebih sihat berbanding
gula," kata Dr Azman lagi.
Pelantikan dua wanita sebagai Peguam Cara Negara pengiktirafan membanggakan
Pelantikan dua peguam kanan wanita sebagai Peguam Cara dan Peguam Cara Negara II yang baharu membanggakan golongan wanita di negara ini.
Wanita KEADILAN Pusat menyifatkan pelantikan tersebut satu pengiktirafan kepada keupayaan wanita dalam bidang undang undang selepas pelantikan Ketua Hakim Negara sebelum ini yang juga seorang wanita.
Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin, pelantikan Datuk Almalena Sharmila Johan (gambar atas, kiri) yang dilantik sebagai Peguam Cara Negara dan Datuk Suzana Atan (gambar atas, kanan) sebagai Peguam Cara Negara II yang baharu, berkuatkuasa 2 Oktober 2023 amat mengujakan sayap Wanita KEADILAN.
"Pelantikan mereka ini memperlihatkan satu lagi pencapaian gemilang kaum wanita dalam sistem perundangan negara, setelah Tun Tengku Maimun Tuan Mat memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara sejak Mei 2019 lalu.
"Pelantikan dua wanita hebat yang menduduki jawatan tertinggi di Jabatan Peguam Negara adalah sangat dibanggakan serta menyuntikan semangat kepada wanita lain untuk turut melakar sejarah gemilang dalam kerjaya masing-masing.
"Ini juga membuktikan kemampuan kaum wanita di negara ini untuk diberi amanah menjawat jawatan penting sangat diyakini serta diiktiraf kredibiliti mereka," katanya dalam kenyataan.
Sayap wanita yang dipimpin Ketua Wanita KEADILAN, Fahdlina Sidek itu juga berharap dengan pelantikan tersebut akan memberi lebih rangsangan kepada wanita-wanita bekerjaya lain untuk terus berusaha mencapai kedudukan tertinggi dalam karier masing-masing.
"Bagi Wanita KEADILAN kedua-dua wanita berkenaan amat berkelayakan memegang jawatan yang diumumkan itu berdasarkan prestasi dan rekod kerja yang cemerlang selama ini di Jabatan Peguam Negara," kata Noraini lagi.
Semalam, Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh mengumumkan pelantikan Almalena Sharmila dan Suzana ke jawatan masing masing selaras dengan Arahan Pertukaran Pegawai Undang-Undang Bilangan 107 dan 108 Tahun 2023.
Almalena, yang sebelum ini merupakan Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara dilantik sebagai Peguam Cara yang baharu bagi menggantikan Datuk Ahmad Terrirudin yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Peguam Negara pada 6 September 2023.
Antara peranan penting Almalena di Jabatan Peguam Negara sebelum ini ialah bersama-sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mempertahankan kepentingan negara dalam isu tuntutan Kumpulan Sulu di Mahkamah Antarabangsa di Madrid, Sepanyol.
Almalena juga terkenal sebagai penggubal yang sangat teliti dan kemas dalam menjalankan tugas berkaitan penggubalan undang-undang.
Pelantikan Suzana sebagai Peguam Cara II pula bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Almalena Sharmila.
Beliau adalah Peguam Kanan Persekutuan yang banyak mengendalikan kes-kes sivil, petisyen pilihanraya dan namanya juga tercatat dalam hampir semua kes berkaitan mempertahankan kerajaan.
Justeru, kata Noraini, Wanita KEADILAN mengucapkan selamat berkhidmat kepada Almalena Sharmila dan Suzana. Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus menjalankan tugas dengan cemerlang serta mengharumkan nama negara.
Reformasi: Izuan seru kembalikan semula peranan anak muda
Oleh: Abdullah Zaid
Gelombang dan semangat Reformasi yang bermula sejak tahun 1998 dihidupkan melalui penglibatan anak muda bagi mengangkat suara dan aspirasi rakyat.
Justeru, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Mohd Izuan Ahmad Kasim menyeru agar pemerkasaan sayap pemuda parti itu diberi ruang seluas-luasnya bagi melahirkan kepemimpin masa hadapan.
"Kita harus mengembalikan Pengerak Belia Selangor (PEBS) atau dipanggil PEBT (Pengerak Belia Tempatan) dikembalikan semula dan AMK diberikan peluang untuk memimpin dan mengerak Reformasi,” katanya dalam Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Reformasi, malam tadi.
Jelas Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara itu, samangat anak muda ketika era Reformasi yang menghidupkan gelombang kebangkitan sehingga ada di antara mereka yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu semarakkan sekali lagi dalam usaha memperkuat Kerajaan Madani ketika ini.
"Uniknya Reformasi ketika itu, peranan anak muda bukan sahaja melalui bantahan jalanan tetapi platform siri wacana dan penulisan juga dibuat bagi memastikan Reformasi difahami semua golongan.
"Sehingga anak muda yang menjadi agen pencerahan dan ada yang ditahan di bawah Akta ISA," ujarnya.
Tambahnya, kewujudan gerakan Reformasi bagi membawa agenda perubahan seperti Kumpulan Jalan Telawi, Jingga 13 dan Akademik Pak Sako telah melahirkan pemimpin yang menerajui pucuk pentadbiran pada masa kini.
"Kumpulan Jalan Telawi yang telah melahirkan ramai pimpinan termasuk Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shaari) dan Najwan Halimi (ADUN Kota Anggerik).
"Saya juga lahir dari IKD (Institut Kajian Dasar), ramai kawan saya telah melompat kerana terkeluar dari landasan Reformasi tetapi saya memilih untuk kekal kerana ini adalah parti keramat parti masa depan," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Izuan berharap agar ruang liku membawa agenda Reformasi selama 25 tahun itu akan menjadi penguat dan motivasi buat generasi masa depan.
"Semoga apa yang telah kita lalui menjadi panduan kepada kita semua anak muda yang bertanggungjawab bawa anak muda jauh ke hadapan," ujarnya.