π™ˆπ™π˜Ώπ˜Ό π™Žπ™π˜Ώπ˜Όπ™ƒ π™ˆπ™π™‡π˜Ό π˜Ώπ™„π™‹π™€π™π™†π™π˜Ώπ˜ΌBersama Dato' Lokman Noor Bin Adam (Pengarah Ko...

[gempak] “MUSUH ALLAH” TIADA AKIDAH! DS MAT SABU SEKOLAHKAN ULAR’MAK!

Mahfuz Naik Angin Kenyataan Ustaz Zainul Asri? Ini Pesanan Mahfuz Kepada...

Kenapa PN Terdesak Sangat Nak Jadi Kerajaan?

TERBAIK‼️RAFIZI MEMANG GENIUS, SOALAN PADU BROTHER NI DIBALAS DENGAN JAW...

MUNGGUNAKAN GAMBAR MUFTI PERLIS DAN SAMA KAN NEGARA DENGAN PALESTINE ADALAH PERBUATAN FITNAH YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB DEMI POLITIK

 



Aku dapat gambar screenshot ni dari messenger. Aku cuba nak lihat posting asal tapi kena mohon join group ni dulu. So aku tak dapat tengoklah.

 

Kalau benar, lihatlah kejahatan puak penunggang agama ini mainkan isu. Pelbagai cara mereka hasut rakyat hingga fitnah yang melampau seperti ini.

 

Menyamakan Malaysia seperti Palestin adalah satu perbuatan yang sangat tak bertanggung jawab dan salah di sisi undang-undang kerana menimbulkan kegentaran awam.

 

Nampaknya puak ini, perlembagaan negara pun tak dihormati lagi. Demi kuasa, mereka tak peduli lagi soal kebenaran. Apa lagi soal keselamatan negara.

 

Tempat syaitan sebegini bukan dalam masyarakat tapi sepatutnya di dalam penjara. Kalau mereka ni berada dalam masyarakat, maka masyar itu akan menjadi rosak. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 


BANYAK KALI DAH KENA MOHONG DENGAN SANUSI NI

  


Inilah modus operandi parti penunggang agama... Pancing orang datang program agama... Salawat kejap lepas tu amik kau ceramah politik sampai habis

 



LEBAI NI HARI TU TUDUH KERAJAAN PAKSA BUDAK U HADIR PROGRAM ANWAR- SEKALI BUDAK U SEKOLAHKAN DIA....


Bila hakak kata ni program tunggang agama utk politik walaun koyak dan marah.. Tapi korang dengor la sendiri doa yg dia sampaikan tu.. Kemain lagi sebut PAS la, undi la.. Phui la.. 😎😏

 



BAGI LA DIA BERSAMA ATOK DIA TU

 


Muda nak perjuangkan politik tulen, kata Saddiq. Tapi budak mentah ni, apa sangat yang dia tahu tentang politik? Dia sendiri masih bertatih lagi dah nak berlagak jadi sifu.

 

Ibarat orang yang mengaku sedang berpuasa tapi mulut bau rokok. Begitulah keadaannya bila Saddiq nafikan Muda ada kaitan dengan Mahathir. Bodoh la siapa yang percaya.

 

Bukan rahsia bagaimana Saddiq biadap terhadap DS Anwar dalam mempertahankan Mahathir yang mungkir janji. Saddiq memang tak pernah sokong DS Anwar.

 

Kehadiran Muda bukanlah untuk menarik golongan Muda sebaliknya untuk ganggu sokongan rakyat terhadap PH dengan timbulkan bibit perpecahan dalam PH.

 

Sebab itu kalau Muda bertanding solo dalam PRN nanti, jangan beri walaupun satu undi. Sokong Muda bererti memberi peluang kepada Mahathir. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 





GURU KERAJAAN TIPU GUNA LETTERHEAD JABATAN PEGUAM NEGARA.



Khairiah Razali ini penjawat awam bertugas sebagai ustazah di SK TAMAN PUTRA PERDANA, Memburukkan kerajaan dan perdana menteri.

Minta sangat untuk di SISPAA kan.

Bukan sahaja memburukkan kerajaan tetapi salah guna letterhead jabtan peguam negara dan mengaku Doktor untuk meyakinkan mangsa .

Gugel khairiah razali untuk cerita lengkap.

Ada hati nk ganti YB RARA

 




PROGRAM SELAWAT DI KEDAH DAN ULAMAK JAHAT

Muda gagal tarik pengundi, sukar beri peluang sekali lagi dalam PRN




 Kenyataan Presiden Muda, Syed Saddiq Abdul Rahman bahawa parti itu akan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini merupakan sikap yang tidak wajar ditunjukkan sebagai sekutu Pakatan Harapan (PH) sejak 2022 lalu.


Menurut Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor, Faezuddin Puad, kepimpinan Muda tidak seharusnya cepat melatah apabila kemungkinan tidak mendapat kerusi dalam PRN kerana terbukti parti itu gagal menarik sokongan pengundi sejak PRN Melaka pada 2021 lalu.


"Muda gagal tarik sokongan orang muda dalam PRN Johor, PRN Melaka dan PRU 15 sebelum ini. Buktinya mereka kalah semua kerusi kecuali kerusi selamat DUN Puteri Wangsa dan Muar. Dua kerusi ini asalnya milik PH sebelum diberikan kepada Muda.


"Prestasi yang teruk ini mungkin jadi sebab Muda tak diberi peluang bertanding PRN 6 negeri.


"Muda patut cermin muka dan kena sedar diri," katanya dalam satu kenyataan.


Sikap Muda yang berkhianat dan terus bertanding di DUN Larkin biar pun tidak diberikan kerusi tersebut dalam PRN Johor 2022 juga, kata Faezuddin masih belum dilupakan oleh KEADILAN.


Sebaliknya, kata beliau, Muda bukannya mahu memperbaiki prestasi sokongan tetapi cuba pula untuk menjadi jaguh dalam isu pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) biar pun Kerajaan Perpaduan memberi jaminan sedang menyiasat perkara itu di samping menyiapkan kapal berkenaan.


Terbaharu, katanya, tindakan PMX bergurau dengan anak muda pula dijadikan isu oleh pemimpin Muda, seolah olah ianya satu kesalahan besar.


"Kalau nak ungkit macam-macam keluar, saya kira pimpinan PH dah banyak berlapang dada dan beri ruang. Tapi budi baik pemimpin PH ini dibalas begini, ibarat kacang lupakan kulit.


"Banyak tindakan Muda menjejaskan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan. Kalau perangai seperti ini, jika dihumban keluar sekalipun tidak akan merugikan Kerajaan Perpaduan," sinisnya.


Bagi Faezuddin, sekiranya Muda ingin bertanding solo dan menjadi saingan kepada PH atau Kerajaan Perpaduan maka medan pertarungan terbuka untuk parti itu membuktikan sokongan rakyat kepada mereka.

Label lawan politik musuh Allah: Zainul Asri perlu tarik balik kenyataan - AMK


 Pendakwah bebas yang juga ahli politik Pas Ustaz Zainul Asri tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan memohon diselamatkan negeri Kedah daripada 'musuh Allah' dalam Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 24 Jun lalu.


Menurut Ustaz Ashraf Hadi (gambar, atas) dari Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan Malaysia, ucapan yang dibuat oleh Zainul Asri "…moga-moga Allah SWT mempertahankan negeri ini daripada dijatuhkan oleh musuh-musuh Allah SWT…" amat tidak bertepatan dalam konteks politik pilihanraya di Malaysia.


"Ustaz Zainul Asri tidak sepatutnya mengungkapkan pihak yang berbeza dengan pendirian politik dengan beliau sebagai musuh-musuh Allah. Hal ini kerana dalam konteks Malaysia pihak yang berbeza ideologi politik juga adalah orang Islam yang beriman kepada Allah SWT.


"Politik kepartian adalah bersifat al-ijtihadi, sehubungan itu amatlah tidak wajar menyatakan pihak yang berbeza pendirian politik dengan kumpulan yang disokong merupakan musuh Allah, seolah-olah pihak tersebut menolak kebenaran Islam yang syumul.


"Implikasi daripada kenyataan ini hanya menyebabkan bibit-bibit budaya takfiri akan tumbuh dalam pemikiran masyarakat awam. Walhal, budaya mengkafirkan orang yang tidak sefahaman dengan pendirian politik diri sendiri sangat berbahaya dan tidak sesuai diamalkan dalam memupuk keharmonian masyarakat di negara ini," kata Ashraf dalam satu kenyataan.


Beliau berharap Zainul Asri selepas ini berhati-hati dalam melontarkan kata kata dan menyampaikan mesej politik kedamaian berbanding politik kebencian di dalam ucapannya.


Justeru, untuk tidak melebarkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, Ashraf berkata Zainul Asri perlu menraik balik kenyataan yang telah dikeluarkan kelmarin.


"Kami memohon agar Ustaz Zainul Asri menarik balik kenyataan tersebut," katanya lagi.


Ashraf juga memetik ayat al Quran Surah al-Ahzab (ayat 70-71) mengenai perkataan benar yang dituntut kepada umat Islam supaya berjaya di dunia dan akhirat.


SANUSI AKHIRNYA BERKAWAN DENGAN ORANG YANG MENJATUHKAN USTAZ AZIZAN YANG DIAKUI GURUNYA.


 

WALAU BERJAYA JADIKAN KERAJAAN PERPADUAN HILANG MAJORITI DUA PERTIGA, MUDA TAK MUNGKIN BERJAYA DALAM CUBAAN SOLO DI PRN NANTI

 

Dengan keputusan Muda untuk bertanding solo pada PRN akan datang ini, secara langsung ia bermakna parti tersebut tidak lagi menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Secara tidak langsung pula bererti Muda sudah menarik balik permohonan atau penantian tiada jawapan untuk terus menyertai PH.

Muda bukan saja bergerak solo dalam PRN yang akan disertainya nanti, malah mulai sekarang juga dikira solo dalam kedudukan politik negara.

Dalam erti kata lain, selain sudah memisahkan diri daripada PH, Muda juga, sekurang-kurangnya buat masa ini, turut tidak bersama dengan PN.

Untuk akan datang, tidak mustahil Muda akhirnya akan bersama PN yang merupakan blok pembangkang utama kerana jika terus bergerak sendirian, mereka tentu sedar ia tidak akan membawa mereka ke mana-mana.

Sudah banyak contoh parti yang bergerak solo tidak mampu menang apa-apa kerusi akhirnya.

Kerusi Parlimen dan Dun yang dimenangi Muda sebelum ini pun adalah atas sokongan dan kerjasama yang diberikan PH kepada parti tersebut.

Berikutan keputusan dan kedudukan Muda ketika ini, kesan paling awal daripadanya ialah kerajaan perpaduan diterajui Anwar sudah hilang majoriti dua pertiga yang dimilikinya.

Selama ini kerajaan perpaduan mendapat sokongan sejumlah 148 Ahli Parlimen iaitu genap dua pertiga daripada jumlah 222 Ahli Parlimen keseluruhannya, termasuk satu kerusi daripada Muda yang dipegang oleh Syed Saddiq di Muar, Johor.

Kini, sokongan kepada kerajaan perpaduan hanya tinggal 147 Ahli Parlimen saja lagi.

Tiada lagi majoriti dua pertiga yang dimiliki kerajaan perpaduan ini sebagai simbol kebanggaan serta kekuatannya.

Daripada sudut yang lain, sebagaimana namanya Muda, parti itu juga sebetulnya masih dikira muda daripada segi kekuatan sokongan daripada kalangan pengundi.

Tumpuan parti itu semata-mata pengundi muda, manakala pengundi fua dan pertengahan usia barangkali lebih tertarik kepada parti-parti lain yang sudah sedia kukuh nama dan jenamanya.

Dengan itu, tambahan lagi bergerak solo, ia memang sukar menjanjikan apa-apa kemenangan buat Muda dalam PRN yang akan disertainya nanti.

Cuma, dengan masuk bertanding di kerusi-kerusi kritikal yang berlaku pertembungan sengit antara PH/BN dengan PN, Muda sekadar mampu menyumbang kepada perpecahan undi semata-mata.

Tetapi, perpecahan undi itu belum tentu merugikan PH/BN serta belum tentu juga menguntungkan PN.

Yang pasti, Muda tidak mungkin beroleh sebarang keuntungan melalui penyertaan solonya itu.

Harus diakui, senario dan pilihan pengundi negara kita masih sukar dipisahkan daripada memilih dua blok utama – kerajaan atau pembangkang dan sama ada PH/BN atau PN.

Tambahan lagi, Muda hanya memutuskan bertanding beberapa kerusi di negeri terfentu saja pada PRN akan datang ini.

Gambaran daripadanya bermakna Muda tidak berhasrat menubuhkan kerajaan sendiri melalui penyertaannya dalam PRN kali ini.

Maka, siapa mahu mengundi mereka dan untuk apa pengundi memberi undi kepada Muda?

Nasib paling hampir yang dijangka menimpa Muda pada PRN enam negeri nanti ialah ia akan mengulangi malang Pejuang dan GTA yang hilang deposit semua kerusi ditandinginya lantaran bertanding solo pada PRU15 lalu. – ShahbudinHusin 27/06/2023.

5