INI PENDEDAHAN SEBENAR URUSAN RCI...MEREKA PAS DSN BERSATU UMNO ADS SEBAGAI PEMBUAT DASAR DSN SETUJU RCI...MENTERI AGAMA MASA TU DERIS SAGON.

 


KEH KEH..MUDAH NA KEMPEN MASUK SURGA.


 

PAS KALAU NAK NAFI BUAT LAPORAN POLIS DSN SAMAN T. ZAFRUL. MUDAH JA.


 

ZAMAN 33 BULAN, MESTI LA ADA SEKALI. T.ZAFRUL ADA..OOOOWWHH KENA KE PAS DIA NAFI PKLAK..


 

KENA SIASAT NI...MANA BOLEH BIARKAN KEDSULATAN NEGARA DICEROBOHI..


 

KIOK

 




Che Ibrahim


Allah memang suruh cegah mungkar samada dengan kuasa, nasihat atau paling kurang tegur dalam hati. 


Masalahnya mengapa dalam banyak benda benda mungkar, Judi dan arak yang menjadi sasaran??? 


Mengapa tidak berani mati untuk cegah fitnah, suka maki hamun, suka menghina, suka berbohong yang juga haram dalam Islam?





PANDANGAN WALAUN PARTI JALANG ...

 





Che Ibrahim


Semua orang Islam dijanjikan syurga, manakala semua orang bukan Islam dijanjikan neraka, itulah janji Allah. 


Walaubagaimana pun, ada orang Islam perlu ke neraka terlebih dahulu kerana dosa dosanya mengatasi amalan baiknya. 


Bangsa, puak, apalagi parti politik hanya perkiraan dunia. Allah tidak menilai apa bangsa, puak atau parti kamu, yang dinilai di sisi Allah hanyalah Iman dan amalan kamu.





SELEPAS MAHA...KITA TANGKAP PULA PENGURUSAN FELDA....JANGAN DOK SELESA SANGAT LA KALAU MAKAN RESHUAH.

 























Alhamdulillah pagi tadi bersama keluarga besar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta para pesawah, petani, peladang, nelayan dan pengusaha di MAHA 2026.


Sambutan luar biasa terhadap MAHA membuktikan bahawa pertanian kekal sebagai tonggak penting negara. Tatkala dunia berbicara tentang kecerdasan buatan, transformasi digital dan peralihan tenaga, kita mesti berani menggapai di langit, namun tetap mengakar ke bumi.


Peningkatan eksport nanas dan berkembangnya pengeluaran bawang tempatan membuktikan kejayaan penggunaan teknologi dalam memacu hasil pertanian negara. Justeru, Kerajaan MADANI akan terus memberi keutamaan kepada sektor pertanian, termasuk dalam Belanjawan Negara akan datang.


Dengan potensi yang begitu besar, saya tidak teragak-agak untuk menyokong penambahan peruntukan yang memberi manfaat langsung kepada warga tani. Namun, setiap ringgit wang rakyat mesti diurus dengan cermat dan penuh amanah.


Tatakelola tidak hanya melibatkan orang atasan. Apabila berlaku kebocoran, ketirisan atau salah guna kuasa, yang akhirnya terdera dan menanggung derita adalah petani, pesawah dan nelayan. Kerana itu saya tekad untuk meneruskan usaha membersihkan negara daripada segala kecurangan.


FELDA misalnya menjadi peringatan yang jelas. Institusi yang kita banggakan sebagai antara perusahaan perladangan terbesar dunia kini memerlukan hampir RM1 bilion setahun daripada Kerajaan untuk menanggung hutang akibat kelemahan pengurusan dan penyelewengan terdahulu. Saya tidak sanggup membebankan hutang ini di atas bahu para peneroka yang telah meredah belantara dan membanting tulang, sedangkan mereka bukan punca kerugian tersebut.


Amanah dan pertanggungjawaban inilah yang mesti diteruskan selepas MAHA 2026 melabuhkan tirai. Setiap pelaburan, urus niaga dan kesepakatan yang dicapai harus disusuli dengan tindakan agar manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat. 


Terima kasih kepada semua yang menjayakan edisi membanggakan dalam sejarah penganjuran MAHA ini.


#MalaysiaMADANI 

#YakinMADANI




Ooooo..MAKNA KATA DULU BUKAN MENTERI DARI ORANG ISLAM. BARU AKU PAHAM...

 


Che Ibrahim


Owww maknanya menteri menteri agama sebelum ini bukan dari kalangan orang Islam la? 






Jamil Khir rakan sepengajian ambo, 

Idris Ahmad sama sama dengan ambo kena tatatertib bawah AUKU, sekali dengan Dato Saifudin Nasution, arwah ust Lofti Othman, Md Zulaimi Kazin dll. 

Kebetulan pula mertua menteri agama skrg, arwah tok gawa Haron sahabat ambo juga. 


YB Dato Dr Mujahid tak payah cerita la muga dia anak Tuan Haji Yusoff Rawa, mantan Presiden/YDP Pas.


Apa la agama mereka???





Soalan : "Su-30MKM kan 18 buah ? Kenapa tidak pernah nampak Su-30MKM terbang sekali 18 buah ?"








Jawapannya ialah TIDAK MUNGKIN kita akan jumpa Su-30MKM terbang sekali 18 buah, kerana semua sudah ada tugas timeline masing-masing, jadual bertugas, air patrol, eksesais dan yang masuk service selenggara.


Jadi kalau Malaysia mempunyai 42 buah Sukhoi pun kita tidak akan jumpa kesemua 42 buah terbang bersama. Maksud semua Airforce didunia pun akan begini juga...


Ini benda yang ramai tak faham, dia ingat ada 18 buah = 18 buah boleh terbang serentak.


Realitinya - rotation dan aircraft availability.


Untuk TUDM 👉 


1. Memang ada 18 buah Su-30MKM sahaja. Itu fleet No.11 Skuadron di Gong Kedak. Masuk servis 2007-2009. 


2. Kenapa tak pernah terbang 18 sekali ?Sebab konsep "Rate of Availability". Dalam mana-mana Air Force di dunia, dalam satu-satu masa nisbah pesawat yang serviceable untuk flight operation tu biasanya 60-70% je. Bukan Malaysia je, US Air Force pun sama.


Pecahannya macam ni 👉 


* Ada yang tengah 10-Year SLEP / Major Service di ATSC Gong Kedak. Satu pesawat masuk hangar berbulan-bulan.


* Ada yang tengah scheduled maintenance - lepas terbang berapa jam, kena check.


* Ada yang tengah standby QRA / Air Patrol di Labuan, Butterworth, Gong Kedak. Tak boleh gerak semua.


* Ada yang deploy eksesais - macam Eksesais Ababil 2021 tu di Labuan & Kota Belud, Udara Shakti dengan India, Pitch Black di Australia (CONTOH) 


* Ada yang tunggu spare di ground.


Kalau ada 42 buah pun, kita takkan nampak 42 terbang serentak. Lagi besar fleet, lagi berselerak.


3. Pasal formation paling besar ?


Setakat yang direkodkan, paling banyak formation Su-30MKM sekali terbang masa Hari Kemerdekaan / LIMA dalam 11-12 buah. Itu pun dah kira elephant walk paling besar dah. Lepas flight tu baki akan sambung tugas balik. 


Jadi kesimpulannya semua jet ada timeline tugas masing-masing - Hornet, Sukhoi, Hawk semua sama.


Begitulah yer

Oleh Salman Al Farisy


Photo credit to owner


#uniformsoriginal

#salmanalfarisy

#aviationnavalarmour

#UOCG





TOBAT LAH MAKCIK..TUA DAH...JANGAN DOK BUAT KERJA TUHAN TAK SOH CAKAP GITU


 

SESUATU YANG AMAT MENARIK. BAWA 30 ROMNONGAM..LAST KENA TAPAW. PADAN MUKA HANGPA...PMX BAGI BANYAK JAWATAN DALAM KERAJAAN PUN TAK BERSYUKUR LAGI


 

KALAU JADI DI NEGERI LAIN, BUKAN PENANG SAJA LA...SAHIH WALAUN PARTI JALANG NI BUAT TELAHAN BAGAI


 

Hadi bohong, kedutaan Amerika nafi bantu Pas jatuhkan kerajaan

 


Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada Pas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berdepan penafian terus daripada Kedutaan AS di Kuala Lumpur.

Kedutaan AS menegaskan negara itu tidak pernah berusaha menentukan kepimpinan politik Malaysia, sehari selepas dakwaan berkenaan dibuat Abdul Hadi ketika ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-72 di Kota Bharu.

Kuasa Usaha Kedutaan AS di Kuala Lumpur, David H Gamble Jr berkata, sebarang dakwaan bahawa Washington cuba menentukan siapa yang memimpin Malaysia adalah tidak benar.

“Amerika Syarikat tidak pernah berusaha untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia. Sebarang dakwaan sebaliknya adalah palsu.”

Penafian itu muncul selepas Abdul Hadi mendakwa wakil AS pernah menawarkan bantuan kepada Pas untuk menjatuhkan kerajaan BN ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Dalam ucapan tersebut, Abdul Hadi berkata perkara itu berlaku ketika lawatan bekas Presiden AS Barack Obama ke Malaysia, ketika Pas masih menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat. Beberapa pemimpin Pas, termasuk Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, didakwa menghadiri pertemuan di Kedutaan AS.

Menurut Abdul Hadi, wakil AS ketika itu dikatakan mahu berbincang mengenai kemungkinan menjatuhkan kerajaan dan mengambil alih pentadbiran negara, malah didakwa sanggup memberikan bantuan kepada Pas.

Abdul Hadi turut mendakwa beliau kemudian bertemu Duta AS bersama Datuk Mustafa Ali dan ditanya mengenai calon Perdana Menteri yang akan dicadangkan Pas sekiranya berlaku perubahan kerajaan.

Bagaimanapun, sebahagian daripada dakwaan itu turut mendapat penjelasan daripada Takiyuddin yang mengesahkan bahawa wakil Pas pernah bertemu pihak Kedutaan AS dan pernah ditanya sama ada Pas mempunyai rancangan untuk menjatuhkan kerajaan BN ketika itu.

Takiyuddin bagaimanapun berkata Pas tidak memberikan sebarang keputusan berhubung perkara itu dan menegaskan parti tersebut tidak mengharapkan campur tangan kuasa asing dalam politik Malaysia.

Perbezaan ketara kini terletak pada kandungan dan maksud sebenar pertemuan tersebut Pas mendakwa wujud tawaran bantuan untuk menjatuhkan kerajaan, manakala Kedutaan AS menolak dakwaan bahawa Washington pernah cuba menentukan kepimpinan politik Malaysia.

Setakat ini, dakwaan Abdul Hadi mengenai tawaran tersebut tidak dapat disahkan secara bebas, manakala Kedutaan AS memberikan penafian rasmi terhadap dakwaan campur tangan dalam menentukan kepimpinan politik Malaysia.

Penafian Washington itu menjadikan pendedahan Abdul Hadi berhubung dakwaan campur tangan AS kini berdepan persoalan besar: adakah ia benar-benar tawaran untuk menjatuhkan kerajaan seperti yang didakwa, atau sekadar pertemuan diplomatik yang ditafsirkan secara berbeza oleh pihak terbabit?





HEBAT ..PATUT DULU ADA YANG NGAKU RAPAT DENGAN CIA


Mohd Shah Rim


 Hadi ni nak tunjuk dia paling hebat, pasal tu tax dan taxi pun tak boleh beza

Ingat kan DAP yang Amerika jumpa nAk jatuhkan kerajaan BN ?






PAK AJI EDDY DAN PA$ SUNGGUH MENGKEMALUANKAN




 Zusdin Kembali



PAK AJI EDDY DAN PA$ SUNGGUH MENGKEMALUANKAN

~Tuduhan bodoh dan tiga suku terpaksa dijawap secara diplomatik oleh AS
Amerika Syarikat menjawap tuduhan Pak Aji Eddy PA$ dgn tegas bahawa mereka TIDAK campurtangan dlm pemilihan pemimpin Politik Malaysia. Sungguh memgkemaluankan.
Rakyat boleh nampak kebodohan PA$ mencari masalah dgn negara asing terutama kuasa besar dlm isu yg TIDAK sepatutnya. Ini BUKTI PA$ BONGOK dan TAK tahu apa2 pasal hubungan dua hala antara negara. HamPA$.
Lebai PA$ TERLALU TOLOL utk jadi Kerajaan hanya mengharapkan ehsan UMNO BN angkat mereka ke kedudukan itu. Dulu pun lebai dpt jadi Menteri kerana kejahatan UMNO tumbangkan Kerajaan PH 1.0. Nak harap PA$ menang PRU utk jadi Kerajaan, memang payah la. Dulu pun melekap di bontot UMNO dan Bersatu.
Jika PA$ BERTENGGEK lagi di bahu UMNO BN utk berkuasa pasca PRU16, Rakyat perlu bersedia melalui zaman gelap buat sementara waktu. Ini semua salah Anwar Ibrahim PKR-DAP PH yg melanggar Idealisme REFORMASI, BERKKMPROMI dgn PENYAMUN, MAFIA Korporat, perasuah RM9.5 juta sehingga Rakyat hilg percaya. TRUST DEFICIT.
PRU17 Rakyat perlu TOLAK TOTAL UMPA$ atau BN-PN parti DINOSAUR yg sering memperbodohkan Rakyat. Lambat lagi Rakyat nak MERDEKAKAN diri dari DINOSAUR PH, BN dan PN. Lalui lah proses itu dgn sabar.
InsyaAllah.
-Zus Din
06 September 2026
#BERSAMA
See less








YUUU DIAAAAA


Mohd Shah Rim


Apa saja kata tuhan Hadi, dia sokong, nasib baik semakin ramai umat Islam bersama sama memerangi khawarij PAS

Dimana saja aku masuk semua komen komen menghentam PAS



Hubungan Anwar-Zahid rengang: Zahid terkena jerat PAS dan Pemuda Umno? (Pendedahan)


 

DATO NAZRI RESPON PEMUDA PAS LULUS USUL SEMUA KERUSI MENANG KEKAL DITANDINGI CALON PARTI


 

"BERANI AKUI KESILAPAN, JANGAN LARI LAGI" ! KJ RESPON ZAHID ?


 

Saya lebih percaya perkataan orang kafir ini

 

Ab Shukur Azhar









Bekalan makanan tak boleh terus bergantung pada luar, sektor agro perlu lebih berani berubah

 



Bekalan makanan tak boleh terus bergantung pada luar, sektor agro perlu lebih berani berubah

FITO BERITA: Majlis Perasmian Konvensyen MAHA 2026 yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang YBhg. Dato’ Wira Haji Mahfuz Haji Omar di Dewan Mesmera, Hotel Everly, Putrajaya. 5hb September 2026 (Sabtu)

Pemodenan sektor agromakanan negara tidak boleh bergantung kepada penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan Internet Kebendaan (IoT) semata-mata, sebaliknya perlu disertai perubahan mentaliti dalam kalangan pengusaha pertanian.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perubahan pemikiran penting bagi memastikan sektor berkenaan mampu berkembang lebih kukuh serta menjamin bekalan makanan negara dalam menghadapi ketidaktentuan global.

“Kita kalau ada alat-alat moden, IoT, AI, tapi kalau mental tidak berubah, tidak berani menceburkan diri dan tidak berani berusaha untuk meningkatkan keupayaan kita, maka AI dan IoT tidak dapat mengubah keadaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen MAHA 2026 di Dewan Mesmera, Hotel Everly, Putrajaya, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Dato’ Wira Haji Mahfuz Haji Omar serta kepimpinan tertinggi jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Menurut Mohamad, penyertaan kira-kira 200 peserta yang mewakili pengusaha agromakanan dari seluruh negara menunjukkan komitmen bersama untuk memodenkan sektor tersebut demi masa depan keterjaminan makanan negara.

Dalam pada itu, beliau mengakui tahap sara diri (SSR) beras negara yang masih berada di bawah 60 peratus perlu diberi perhatian serius, dengan usaha perlu dipertingkatkan bagi mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus.

Katanya, beras merupakan makanan ruji utama rakyat dan tahap kebergantungan yang terlalu tinggi kepada sumber luar boleh mendedahkan negara kepada tekanan sekiranya berlaku gangguan bekalan.

Mohamad berkata, perubahan iklim, ketidaktentuan geopolitik global serta peningkatan kos input pertanian turut menuntut sektor agromakanan beralih daripada kaedah berintensifkan buruh kepada pendekatan dipacu teknologi.

Sehubungan itu, Konvensyen MAHA 2026 mengangkat tema “Pemodenan Pertanian Demi Keterjaminan Makanan” bagi memperkukuh usaha membawa sektor pertanian negara ke tahap lebih moden, produktif dan berdaya tahan.

Turut hadir Pengerusi LKIM Ybhg Muhamad Faiz Fadzil, Pengerusi KADA Tuan Haj. Khalid Samad, Muhammad Faris Pengurus Besar NAFAS, Ketua Sekretariat MAHA, Datuk Wira Dr Mohd Hanif Hassan; Ketua Pengarah LPP, Amir Matamin; ketua jabatan dan agensi serta pegawai kanan peringkat Persekutuan dan negeri.



Kerjasama dengan Umno, Pas jadi lebih dominan – Pensyarah

 




Kerjasama antara Pas dan Umno pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berpotensi menjadikan Pas lebih dominan dalam politik negara, khususnya di negeri yang kini menjadi kubu kuat parti itu.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, keadaan itu boleh berlaku sekiranya Pas kekal dengan pendirian untuk mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang sedang disandangnya.

Menurutnya, penegasan Pas berhubung perkara itu membuka episod baharu mengenai kemungkinan kerjasama antara Pas dan Umno menjelang PRU16.

“Pas telah menegaskan dengan tuntas akan mempertahankan semua kerusi DUN dan Parlimen yang sedang disandang. Penegasan ini akan membuka episod baru kebarangkalian kerjasama Pas-Umno menuju PRU16 nanti.”

Yusri berkata, Terengganu boleh dijadikan contoh bagaimana kerjasama tersebut berpotensi memberikan kelebihan besar kepada Pas dari segi pembahagian kerusi.

Menurutnya, jika Pas bertegas mempertahankan semua kerusi yang dimenanginya, hanya satu kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN berbaki untuk ditandingi Umno sekiranya kerjasama itu dimeterai.

Bagaimanapun, katanya, kerusi-kerusi berkenaan kini disandang Bersatu, sekali gus menjadikan rundingan pembahagian kerusi lebih rumit sekiranya berlaku perubahan jajaran politik dalam Perikatan Nasional (PN).

“Sudah tentu Wawasan akan bermatian menuntut dan mempertahankan kerusi tersebut, kerana pada Wawasan merekalah pewaris pusaka Bersatu dalam PN.”

Yusri berkata, sekiranya kerusi terbabit akhirnya dibahagikan sama rata, Umno Terengganu berpotensi bertanding hanya sekitar tiga kerusi pada PRU16.

“Inilah senario awal yang boleh difahami.”

Menurutnya, situasi itu menunjukkan kerjasama Pas-Umno mungkin tidak menghasilkan pembahagian kuasa yang seimbang, sebaliknya berpotensi mengukuhkan lagi dominasi Pas di beberapa negeri.

“Dengan kata lain, kerjasama tersebut akan memberi kelebihan besar kepada Pas di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis, serta mengorak penguasaan di Pahang, Selangor dan Perak.”

Dalam masa sama, beliau menjangkakan Umno masih mampu mengekalkan penguasaannya di beberapa negeri termasuk Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Umno pula akan kekal penguasaan di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.”

Yusri berkata, perkembangan itu menunjukkan persoalan utama sekiranya kerjasama Pas-Umno berlaku bukan hanya mengenai kesediaan kedua-dua parti untuk bekerjasama, tetapi siapa yang bakal mendapat keuntungan terbesar daripada pembahagian kerusi pada PRU16




Siasat Dakwaan Abdul Hadi Tawaran Negara Asing Jatuhkan Kerajaan

 


RSN Rayer, berkata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mesti menjelaskan mengapa pertemuan pada 2014 yang didakwa itu tidak dilaporkan serta-merta kepada pihak kerajaan.

KUALA LUMPUR, 5 Sep – Pihak berkuasa digesa menjalankan siasatan terhadap dakwaan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bahawa negara kuasa asing pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan kerajaan, menurut hantaran di media sosial seorang ahli parlimen hari ini.

“Orang ramai berhak mengetahui apa yang dibincangkan dan sama ada wakil satu kerajaan asing ada terlibat dalam sebarang cubaan untuk ‘mempengaruhi, mengugat kestabilan atau memudah cara menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipilih secara sah’, kata RSN Rayer, yang juga Ahli Parlimen Jelutong dari DAP.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan Hadi itu benar, ia merupakan perkara melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara. “Apa yang lebih membimbangkan ialah kegagalan nyata untuk melaporkan pertemuan yang didakwa sedemikian kepada pihak berkuasa Malaysia,” katanya.

Kenyataan media RSN Rayer yang disiarkan di Facebook pada 5 September 2026.

Rayer berkata, Pas tidak boleh menuntut ketelusan dan kebertanggungjawaban daripada pihak lain, sedangkan mereka sendiri berdiam diri berhubung dakwaan sedemikian rupa yang melibatkan kerajaan asing.

Awal hari ini, Abdul Hadi mendakwa menerima tawaran untuk menjatuhkan kerajaan dalam pertemuan di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pada 2014, ketika lawatan Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia.

Rayer berkata: “Hadi mesti menjelaskan mengapa perkara ini tidak dilaporkan serta-merta kepada perdana menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, polis atau agensi keselamatan negara berkaitan. Mengapa Pas berdiam diri sampai ke saat ini? Ia merupakan isu keselamatan negara dan bukannya sesuatu untuk dibanggakan di muktamar.”

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia bermula 26 April 2014.

Sewaktu berucap di Muktamar Pas hari ini, Abdul Hadi berkata, beberapa pemimpin Pas, termasuk Takiyuddin Hassan dan Ahmad Samsuri Mokhtar, dijemput ke pertemuan di Kedutaan AS. Beliau mendakwa pihak AS ‘bersedia membantu menumbangkan kerajaan’, namun dua pemimpin Pas tersebut dikatakan tidak terpengaruh.