PROPAGANDA KAUM DAN AGAMA
GURU MEMANG SENTIASA DITINDAS OLEH MAJIKAN,DAN JUGA IBU BAPA....JANGAN JADI GURU
Aku baca berita seorang guru yang dipanggil Jabatan Integriti (tak silap aku) Kementerian Pendidikan hanya kerana isu beg berat.
((BONGKAR)) DATO KAMAL: ISU BN NAIK BARANG NAIK? KADAR HARGA SEKARANG PA...
((PANAS)) TERKINI DARI DATO KAMAL: ISMAIL SABRI MULA USAHA SINGKIR ZAHID...
Siapa Jaziri, kenapa dia jadi saksi MoU di Expo Dubai 2020?
Oleh NASUHA RAHMAN / December 4, 2021
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin mempersoalkan siapa Pengerusi Bersatu Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian yang dikatakan hadir di Expo 2020 Dubai atas kapasiti peribadi tetapi menjadi saksi majlis tandatangan perjanjian persefahama (MoU).
Hanipa berkata, Jaziri menjadi saksi majlis tandatangan tripartite MoU antara Malaysia’s GDC Fund Management Limited (GDC), World Credit Saving Limiteed (WCS) dan Masco Ventures Limited (MASCO) di Malaysia Pavilion di Exco 2020 Dubai yang sudah tentu majlis yang bersifat rasmi.
“Jika betul Senator Jaziri Pengerusi Bersatu Sarawak ini sekadar hadir atas kepasiti peribadi seperti didakwa, kenapa dia boleh dalam masa yang sama menjadi saksi majlis tandatangan tripartite MoU ini.
“Bagaimanakah individu yang hadir atas kapasiti peribadi boleh dengan senang-senang menjadi saksi majlis tandatangan MoU dalam majlis yang rasmi yang melibatkan urusan rasmi kerajaan?
“Tidakkah ini juga boleh mengundang risiko dari segi perundangan dan juga hubungan diplomatik antara Malaysia dan UAE?
“Mana satu yang nak kena pegang dan percaya ni?
“Yang lawatan peribadi atau yang “diplomatic and political assignment” YB Menteri seperti yang pembantu senator tu beritahu dalam FB dia tu,” soal beliau.
Dalam website malaysiaexpo2020.com turut memaklumkan Jaziri menjadi saksi di majlis tandatangan MoU tersebut.
Terdahulu, Hanipa dalam perbahasannya di Dewan Rakyat semalam mempersoalkan peranan Jaziri yang hadir dan dikatakan berlegar di ekspo berkenaan, seolah-olah menteri ‘de facto’ KASA.
Beliau turut mempersoalkan pihak yang membenarkan Jaziri mewakili Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melawat pavilion negara, seolah-olah beliau mewakili Malaysia.
Salah seorang pegawai yang mengikuti Jaziri memberi gambaran seolah-olah senator ini menjalankan tugas politik dan diplomatik.
Namun, Tuan Ibrahim mengesahkan kehadiran Jaziri yang juga Ketua Bersatu Sarawak itu adalah di atas kapasiti peribadi.
Beliau juga menafikan pembabitan individu tidak berkenaan yang didakwa sebagai rakan kepada Penolong Setiausaha Bahagian Adaptasi Perubahan Iklim di Expo 2020 Dubai.
NAK KIRA LANGGAR ETIKA ? LEMBU RAKYAT PUN DEPA SAPU...TAKAT NAK LOBI LANTIK ANAK...MEMALUKAN KETURUNAN SAHAJA
Pelantikan anak Shahrizat sebagai Pengarah MDEC dipertikai
GEORGE TOWN: Pelantikan Izzana Salleh, anak bekas menteri persekutuan, Shahrizat Abdul Jalil sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) baru-baru ini menimbulkan kebimbangan terhadap isu pelanggaran etika.
Ini kerana, Izzana dilapor dinamakan dalam saman kerajaan untuk mendapatkan semula RM253.6 juta yang dihutang oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata, tidak wajar memberikan jawatan pengarah kepada individu yang dinamakan dalam saman.
Katanya, kes Izzana perlu selesai terlebih dahulu, sebelum dia boleh dilantik memegang sebarang jawatan.
“Sangat salah untuk kerajaan tak tetapkan pendiriannya. Satu cabang kerajaan mendakwanya, manakala satu lagi memberinya jawatan pengarah.
“Kes itu perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kemudian, jika keputusan memihak kepadanya, tiada masalah melantiknya sebagai pengarah.”
Haniff memberi contoh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), badan yang pernah diterajuinya.
Beliau berkata, lembaga pengarah PERDA terdahulu pernah disaman atas dakwaan misfeasans (salah guna kuasa), tetapi apabila kerajaan baharu berkuasa tahun lalu, pengarah sama yang dinamakan dalam saman itu dilantik semula.
Jangan jadi macam ‘pelampau’ PAS, Guan Eng bidas ahli DAP tegur Hannah Yeoh bertudung di masjid
PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP Johor hari ini diselar Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng kerana mengkritik tindakan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh memakai selendang di dalam masjid.
Dr Boo Cheng Hau dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan Yeoh berselendang ketika lawatan ke satu masjid di Kuala Lumpur, minggu lalu.
Susulan itu, Lim menegaskan Yeoh tidak salah apabila memakai selendang ketika memasuki masjid.
“Sama saja bagaimana semua pelawat perlu menutup kepala dengan kain jika mahu memasuki gurdwara,” katanya merujuk kepada rumah ibadat Sikh.
“Menunjukkan hormat di tempat ibadat tidak patut dilihat seperti mengabaikan kepercayaan sendiri.”
Lim berkata, Boo sepatutnya memfokuskan terhadap isu lebih penting seperti kenaikan harga makanan asas.
“Saya lihat kenyataan Boo tiada beza dengan yang dibuat pemimpin PAS ekstremis dan primitif, yang mahu mengawal pakaian wanita.
“Bukan saja tindakannya tidak peka jantina, malah berisiko menggambarkan pemimpin DAP sebagai tidak bertoleransi dan regresif, sama seperti pemimpin PAS yang ekstremis,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, kritikan yang tidak dapat dijustifikasi oleh seorang pemimpin negeri memberi gambaran buruk terhadap keseluruhan DAP.
Sementara itu, Yeoh ketika menjawab kenyataan Boo berkata di Twitter: “Memakai selendang ketika menziarah masjid tidak mengubah bangsa atau agama saya. Sayangi jiran seperti kita sayangi diri sendiri. Lakukan kepada orang lain sebagaimana yang kamu ingin dilakukan kepada kamu. Amen.”
Boo mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Yeoh itu dalam kumpulan sembang WhatsApp pemimpin-pemimpin DAP Johor, lapor Malaysiakini.
FMT telah menghubungi Boo untuk mendapatkan komen.
Adakah Rosmah akan pulang, hadiri mahkamah pada Isnin? soal Pemuda Bersatu
KUALA LUMPUR: Pemuda Bersatu mempersoalkan sama ada Rosmah Mansor akan menghadiri prosiding rayuannya ini Isnin bagi membatalkan perbicaraan kes rasuahnya dan menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama.
Ketua Penerangannya Mohd Ashraf Mustaqim membangkitkan perkara itu dengan mendakwa maklumat diperolehinya menunjukkan Rosmah masih berada di Singapura.
Beliau membangkitkan keraguan itu apabila Rosmah juga gagal pulang sebelum 21 Nov seperti disyaratkan mahkamah.
“Beliau sepatutnya pulang sebelum 21 Nov…dan selepas pulang kena lalui proses kuarantin. Peguam mengatakan beliau akan hadir sesi rayuan di mahkamah Isnin ini.
“Persoalannya adakah beliau sudah ada di Malaysia atau masih lagi ada di Singapura, sebab beliau kena kembalikan pasport 6 Dis dan perlu hadir sesi prosiding rayuan pada hari sama…takkan balik sampai terus boleh ke mahkamah,” katanya kepada pemberita ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk membuat laporan polis.
Katanya, pihaknya membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa membatalkan pasport Rosmah Mansor dan membawanya pulang ke Malaysia kerana gagal hadir di Mahkamah Rayuan dua hari lalu.
“Mahkamah sebelum ini menetapkan memulangkan sementara pasport Rosmah untuk ke Singapura dengan syarat hanya dari 22 Okt hingga 21 Nov, dan pasport wajib dipulangkan ke mahkamah selewat-lewatnya 6 Dis.
“Malangnya, Rosmah gagal hadir perbicaraan kesnya kerana masih berada di luar negara. Terang-terang beliau telah langgar dan hina perintah mahkamah. Ini satu penghinaan terhadap sistem keadilan negara.
“Kita minta polis siasat dan tindakan diambil kalau tidak sistem perundangan negara, sistem kehakiman dan pihak berkuasa akan ditertawa oleh negara luar,” katanya.
Beliau juga mempersoal mengapa Jabatan Peguam Negara tidak membantah apabila Rosmah memohon untuk ke Singapura.
“Kita minta mahkamah layan Rosmah macam kes perbicaraan rakyat biasa yang lain,” katanya.
Kelmarin, Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar sambungan hujahan rayuan Rosmah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid dan menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes itu.
Rosmah sepatutnya balik pada 21 Nov lalu, tetapi peguam Jagjit Singh hanya memaklumkan ketidakhadiran anak guamnya 10 minit sebelum mahkamah bersidang.
Jagjit dilaporkan berkata, anak guamnya masih berada di Singapura. Beliau mengaku ia pelanggaran perintah Mahkamah Tinggi yang dikeluarkan pada 15 Okt lalu, untuk membenarkan isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak itu menemani anaknya bersalin.
SILA TUNGGU GILIRAN.JANGAN LARI KELUAR NEGARA.
‘RULE OF LAW’ SUDAH HANCUR DI BAWAH ISMAIL SABRI – MOHAMAD SABU
Pada suatu ketika dahulu, saya hendak dituduh di mahkamah di atas dakwaan menghadiri perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).
Masa itu saya merupakan Timbalan Presiden PAS, didakwa bersama beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat.
Pada hari berkenaan saya dan keluarga mempunyai urusan perkahwinan anak ke Ipoh, pihak polis memaklumkan bahawa mereka hendak menyerahkan waran untuk hadir ke mahkamah.
Saya telah menyatakan kepada polis bahawa saya bersedia untuk hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan sebaik urusan anak menantu selesai.
Namun sewaktu dalam perjalanan, berhampiran tol juru, pihak polis membuat sekatan jalan raya dan menahan rombongan pengantin.
Saya tidak mahu menyerah diri kerana saya sudah membuat perakuan untuk hadir ke mahkamah keesokan harinya.
Pihak polis bagaimana pun bertegas mahu menahan saya, mereka memecahkan cermin kereta dan menahan saya secara kasar dihadapan rombongan pengantin.
Saya dibawa ke Balai Polis Nibong Tebal dan kemudiannya dibawa ke Kuala Lumpur ditahan di dalam lokap dan dibawa ke mahkamah keesokan harinya.
Hampir dua tahun kes dibicara di mahkamah kerana saya didakwa melawan penjawat awam, tetapi akhirnya saya menang kes tersebut.
Saya nyatakan walaupun saya diperlakukan sedemikian, namun saya memuji ketegasan pihak polis, supaya mereka yang dituduh di mahkamah, perlu hadir apabila mendapat arahan.
Tetapi apabila berlaku kepada Datin Sri Rosmah Mansor, beliau tidak hadir ke mahkamah, bahkan waran tangkap pun tidak ada.
Ini menunjukkan kedaulatan undang-undang (Rule of Law) telah hancur di bawah pemerintahan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dengan sokongan PAS dalam kerajaan.
Rule of Law sudah tiada dan tidak dihormati langsung!
MOHAMAD SABU
Presiden Amanah
KENAPA SAMAN TIDAK DIKLUARKAN TERHADAP ROSMAH ?
Aku dulu kes saman trafik tak pergi mahkamah, datang penguatkuasa di rumah dengan waran tangkap. Nasib baik aku di laut. Ayah aku wakilkan dan selesaikan semua.
ANWAR MEMBERI PANDANGAN TENTANG PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK DAN SOP
Pada sidang media tadi bersama Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak menyentuh beberapa isu termasuk MA63, royalti minyak, tanah adat dan isu-isu rakyat di negeri Sarawak.
Akhirnya varian Omicron masuk melalui pintu Singapura, pemuda ini salahkan kerajaan Ismail Sabri
December 4, 2021
5 Hari lepas waktu Ismail Sabri merasmikan VTL Malaysia-Singapura diwaktu kebimbangan varian Omicron.. aku dah tulis, Kemasukan pertama kes Covid19 di Malaysia bukan dari penerbangan negara China, Tetapi pintu masuk singapura..
Hari ini sah, Kemasukan pertama varian ini melalui penerbangan dan Pintu Masuk Singapura.. Bagaimana aku boleh buat jangkaan tetapi penasihat Kerajaan hari ni gagal ?boleh pulak varian tu Backdated.. Ingatkan saman dan kuarantin jer ada Backdated.. Itulah hebat K@KM hari ni..
Apapun..Masih ingat fitnah dari penyokong PAS dan UMNO.. Kononnnya kita buka pintu pada pelancong China..takda kes pun melibatkan pelancong China.. yang ada warga CHina yg masuk melalui Pintu Singapura…
Hari ni, Kerajaan kekalkan )VTL) buka pintu Masuk Singapura..Jadi hat Penyokong PAS, Penyokong UMNO.. Dan Mufti hat bawa riwayat Majhul Makcik teksi..Bila nak buat riwayat palsu yang baru.. ? Kononnya Allah datangkan Mahaiddin dan Kejatuhan PH demi menyelamatkan Negara..
Ipohmali
MEMILIH PEMIMPIN MESTILAH YANG PUNYAI TEKAD MEMAJUKAN NEGARA
MOPTI NAK CUCI TANGAN KE?
MOHD MUKHLIS
Masa ada pemimpin yang qawwi dan amin hendak buat islah @ reform, awak tuduh dia rakus walaupun nama dia ada dalam perjanjian. Awak suruh orang khianat pada perjanjian siap suruh istikharah lagi. Kini bila Allah tunjuk dahsyatnya akibat daripada khianat perjanjian, awak mau cuci tangan pula.
Penting ke Media PH? Media memang penting. Tapi PH anggap penyokong setia dan sedia menyokong
NORSHIDAH MOHD DAUD
Masa PH jd kerajaan dulu tun yg pastikan media x promote PH secara positif walaupun menterinya dr PH sendiri...yg jd menteri pn kononnya atas integriti x nk tlg penyokong sendiri...dibaginya barua tun si isham rais in charge bahagian yg berkaitan sama dgn bn punya jkom...sudahnya isu perkauman yg dimainkan umpas dibiarkan begitu je...pastu sibuk dok buat cite buruk psl Anwar...bodohnya gobind...
Dh berbuih org
bercakap ttg kepentingan media ph tp pemimpin ph mcm xminat je padahal itu yg
paling utama utk sampai kan maklumat...kalau kerja keras pun x smpi maklumat pd
org ramai xguna jg
Realitinya, telanlah walaupun pahit. Kerja media ni x senang. In fact, aku rasa rangka strategi/cari idea/buat plan lagi mudah dari kerja media. Mana nak cari info, content writing lagi, turun lapangan, jaga media sosial. Cukup susah. Dengan tak dak peruntukan, topup data pun kena hutang/mengemis sana sini. Siapa yang buat kerja media macam aku tahulah keperitan macam mana. That's why Penerangan dengan Komunikasi kena main dan ambil peranan. Jangan hanya tahu syok sendiri dan serah bulat2 pada kami sedangkan hangpa enak2 x buat padia. Jawatan nak, tapi kerja buat, perlaksanaan, strategi tu x dak! Kami yang bawahan ni jugak la tungkus lumus siang malam perang, bekerja. Mana mau kami nak buat semua. Ni baru bab media, blm bab lain lagi!
Wanita KEADILAN hantar 6 nama calon PRN Sarawak
Wanita KEADILAN menghantar 6 nama calon untuk Pilihan Raya Negeri
(PRN) Sarawak.