‘Utusan’: Tiada iklan AirAsia sehingga Azran Rani Omar minta maaf
By Md Izwan
Azran dilaporkan mengkritik pendirian editorial akhbar itu menerusi akaun Twitter beliau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 19 Mei — Harga iklan syarikat penerbangan AirAsia lebih
murah daripada iklan-iklan kecil yang lain, kata Awang Selamat dalam
akhbar
Mingguan Malaysia hari ini, serta menggesa ketua pegawai eksekutif anak syarikatnya, AirAsiaX, Azran Osman Rani, meminta maaf.
Awang Selamat dalam ruang kolum tersebut mendakwa harga iklan yang
diberikan kepada AirAsia adalah terlalu murah dan tidak memberikan
sebarang keuntungan kepada
Utusan Malaysia, malah lebih rendah daripada iklan-iklan kecil yang lain.
“Tanpa Air Asia,
Utusan tidak akan hadapi sebarang masalah.
Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada
iklan jamu dan rawatan rambut,” kata Awang Selamat yang dipetik berkata
dalam akhbar tersebut.
“Awang juga tidak mahu mengungkit betapa Utusan telah banyak memberi
bantuan antaranya, dengan tidak menyiarkan banyak perkara negatif
berkaitan AirAsia,” kata Awang Selamat yang dipetik dalam
Utusan Malaysia hari ini.
Dalam ruang itu lagi, Awang Selamat juga membuat perbandingan antara
AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS), yang mana menyifatkan MAS sebagai
memiliki khidmat yang lebih baik dan kental nasionalismenya.
“Kepada yang berbudi kita berbahasa, terutama penerbangan Malaysia
yang servisnya lebih baik dan kental nasionalismenya,” kata Awang
Selamat lagi.
Azran sebelum ini dilaporkan mengkritik pendirian editorial akhbar itu menerusi akaun Twitter beliau.
Beliau dilaporkan meluahkan rasa jengkelnya terhadap isu perkauman yang dimainkan editor akhbar tersebut akhir-akhir ini.
Beliau dilaporkan turut mengkritik Pertubuhan Peribumi Perkasa
Malaysia (Perkasa) sebagai pertubuhan tidak relevan yang menyebabkan
orang Melayu berfikiran sempit.
Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu kemudiaan menyiarkan
kenyataan dari pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar
Azran sebagai “bongkak” dan “lupa diri”.
Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden Perkasa, Datuk Abdul
Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut “angkuh”
kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan
tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia