Jika Khalid kalah, barangkali kedudukannya sebagai menteri besar akan tergugat.

PETALING
JAYA: Penyertaan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
menentang suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertandingan Presiden
PKR tidak mengejutkan. Ini adalah kerana beliau standby jika Anwar tidak
boleh bertanding kerana hukuman penjara yang dijalaninya.
Justru itu apabila Pendaftar Pertubuhan mengesahkan Anwar tidak boleh
bertanding, maka Wan Azizah secara automatik menjadi Presiden PKR
menang tanpa bertanding.
Oleh itu kemungkinan Wan Azizah menang tanpa bertanding adalah lebih besar daripada beliau melawan suaminya sendiri.
Dalam pertandingan ini, nampaknya jawatan Timbalan Presiden PKR yang
menjadi perhatian kerana lima calon telah mengesahkan untuk menentang
ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.
Mereka ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; ahli
parlimen Batu, Tian Chua; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution
Ismail dan dua calon yang tidak dikenali, Datuk K Rama dan Ganusegaran.
Mampukah Azmin mengekalkan kerusinya? Dapatkah Khalid menundukkan
musuh politiknya itu? Azmin dan Khalid tidak ngam memang sudah diketahui
umum. Maka pertandingan di antara Azmin dan Khalid Ini adalah
pertandingan kalah mati.
Mungkin cabaran Khalid yang lebih kuat daripada Tian Chua dan
Saifudin kerana sebagai Menteri Besar, beliau boleh menjanjikan sesuatu
kepada para penyokongnya. Jika pertandingan berlaku di antara dua
penjuru, Khalid mungkin dapat mengatasi undi Azmin tetapi apabila
berlaku pertandingan enam penjuru ini maka undi akan berpecah dan ia
menguntungkan Azmin.
Wan Azizah dikatakan lebih memihak kepada Khalid Ibrahim manakala
Anwar pula dikatakan lebih memihak kepada Azmin. Jika Azmin menang, ini
bermakna percubaan Khalid yang berjawatan gagal menundukkan Azmin yang
tiada jawatan. Barangkali undi simpati yang dapat dipungut oleh Azmin
apabila beliau dipecat dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS daripada
Khalid.
Jika Khalid kalah, apakah Khalid akan kekal sebagai menteri besar?
Barangkali dengan kekalahan Khalid nanti, Anwar ada alasan untuk
menyingkirkan Khalid daripada jawatan menteri besar kerana perwakilan
tidak mahu beliau kekal di situ.
Sebaliknya jika Khalid menang, kedudukannya sebagai menteri besar tidak akan tergugat.
13 calon pula merebut kerusi naib presiden iaitu Fuziah Salleh,N
Surendran,Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Mustafa Kamal Ayub, Baru
Bian, Mansor Osman, Suresh Kumar,Elizabeth Wong, Dr Shamugan,
Sresram, Mohd Yahya Shaari dan Lee Chin Cheh.
Pertandingan Naib Presiden juga menarik kerana ramai yang bertanding.
Yang disebut-sebut akan menang ialah Fuziah salleh, N Surendran, Rafizi
Ramli dan Nurul Izzah Anwar. Keempat-empat calon ini lebih menonjol
daripada 13 calon.
Pendek kata pertandingan PKR kali Ini agak menarik walaupun ada yang
menganggap perlawanan Anwar dengan Wan Azizah sebagai gimik politik
semata-mata. Selagi ada Anwar, selahi itu peranan PKR dalam Pakatan
Rakyat masih kuat. Andainya PKR tanpa Anwar, PKR tidak akan menonjol
seperti DAP dan PAS lagi.