TEMPELAKAN PADU MAHFUZ KEPADA PAS
Tepat, kemas dan mantap ulasan dan jawaban balas Mahfuz Omar kepada kenyataan presiden Pas Tok Dor Hadi yang mengatkaan Umno telah mensucikan Dap dengan (UMDAP). Mahfuz memberi tamsilan tindakan Tok Dor itu seperti kuali mengatakan kawah yang hitam.
Ini kerana ujar Mahfuz sebelum Umno mensucikan Dap, ia terlebih dahulu telah disucikan sesuci-sucinya oleh Pas. Maknanya Umno mendakap Dap selepas ia dilunyai oleh Pas.
Sebelum Umno berbaik dengan Dap, Pas terlebih dahulu bermuafakat dengan Dap, selama lapan tahun dalam Pakatan Rakyat dan sebelumnya lagi.
Sebagai bekas pemimpin Pas, Mahfuz tahu akan hubungan Pas dengan Dap. Irama dan bunyi kencing Tok Dor pun dia arif.
Jadi menurut Mahfuz, penghinaan Tok Dor kepada Umno kerana berbaik-baik dengan Dap itu sebagai meludah ke langit, atau seperti menggaru punggung yang memakai kain carik saja.
Justeru boleh disifatkan kerjasama Umno dengn Dap menerusi kerajaan Perpaduan kini adalah sebagai menurut sirrah Tok Dor dan Pas itu sendiri.
Mahfuz menempelak Pas itu dalam podcats bersama Dr Ismail malam tadi. Dalam podcats itu juga Mahfuz menyatakan betapa jijik dan busuknya cara Pas mainkan isu untuk menang pilihan raya Ayer Kuning lalu sampai menjadi babi dan tahi babi sebagai modal.
Bagi Mahfuz dan Dr Ismail cara Pas kutip isu itu adalah politik yang busuk, lebih busuk daripada tahi babi yang najis itu. Trims.
SAMSURI BERANGAN LAGI.
Betul la telahan aku Samsuri ni 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗳𝗶𝗹𝗲𝗺 𝗛𝗼𝗹𝗹𝘆𝘄𝗼𝗼𝗱. Tiba-tiba 𝙏𝙧𝙖𝙣𝙨𝙛𝙤𝙧𝙢𝙚𝙧𝙨 pulak yang disebutnya.
Motif? Entah. Tapi kalau tengok 𝘲𝘶𝘰𝘵𝘦 yang dia sebut, macam nak 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗮𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻 atau peringatan pada pihak yang mengkritiknya.
𝘠𝘰𝘶 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘯𝘰 𝘪𝘥𝘦𝘢 𝘸𝘩𝘢𝘵 𝘐'𝘮 𝘤𝘢𝘱𝘢𝘣𝘭𝘦 𝘰𝘧... (Kamu tak tahu apa yang aku boleh lakukan).
𝘞𝘦𝘭𝘭 𝘚𝘢𝘮, 𝘢𝘧𝘵𝘦𝘳 𝘢𝘯𝘦-𝘢𝘯𝘥-𝘢-𝘩𝘢𝘭𝘧 𝘵𝘦𝘳𝘮, 𝘸𝘦 𝘥𝘦𝘧𝘪𝘯𝘪𝘵𝘦𝘭𝘺 𝘬𝘯𝘰𝘸 𝘸𝘩𝘢𝘵 𝘺𝘰𝘶'𝘳𝘦 𝘤𝘢𝘱𝘢𝘣𝘭𝘦 𝘰𝘧... 𝙉𝙤𝙩𝙝𝙞𝙣𝙜! Dari 2018 hingga la sekarang, apa kejayaan kerajaan pimpinan Samsuri ni 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗸𝗮𝗻?
Ekonomi tak berkembang, kalau pun tak menguncup. Peluang pekerjaan pun 𝘁𝘂𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗛. Jalan runtuh akibat hakisan pantai pun 𝘁𝗮𝗶𝗰𝗵𝗶 ke kerajaan Pusat. Hebat ke begitu?
Ada tak ada pun kerajaan Samsuri adalah menambah jumlah kakitangan awam negeri 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗴𝗮𝗻𝗱𝗮. Pandai tambah kakitangan tapi bonus 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁.
𝗔𝗺𝗶𝗿𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗶 dilantik menjadi 𝗠𝗕 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 lebih kurang sama waktu dengan Samsuri. Tapi tengok apa pencapaian MB Amir. Itu negeri yang 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗲𝗵𝘀𝗮𝗻 tu!
Paling kelakar, perintah Terengganu pun 𝗵𝘂𝗿𝘂-𝗵𝗮𝗿𝗮, ada hati 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠𝗫𝗜. Boleh bayang macamana jahanam negara dia kerjakan kalau dia jadi PM?
Post Samsuri ni bukan apa. Untuk walaun rasa 𝘣𝘦𝘴𝘵 je. Sedangkan dia sendiri tahu, dia tak mampu tadbir negeri. Mujurlah walaun jarang guna otak. Kalau tidak, dah lama kena tendang dah dia ni. Guane boh?
Raja Gelap II
.
KESIAN MUHYIDDIN. AKIBAT SUKA MENGEJWK...DIA TERIMA SEMUANYA KEMBALI
𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 tanya 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗯𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂?
𝘖𝘬. 𝘞𝘢𝘵𝘤𝘩 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘴𝘱𝘢𝘤𝘦.
Mahiaddin ni selalu apa yang dia cakap jadi terbalik. Contohnya dia kata 𝗣𝗔𝗦 - 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗔𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗲𝘀𝗮𝘁. 𝘓𝘢𝘴𝘵 𝘭𝘢𝘴𝘵 PAS juga jadi tempat di 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝘂𝘁.
Atau lagi satu, dia 𝗲𝗷𝗲𝗸 DS Anwar "𝗣𝗠 𝘁𝗲𝗽𝗶 𝘄𝗼𝗶!" Tapi akhirnya 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 yang PM tepi sekarang. Senang cerita Mahiaddin ni macam 𝘀𝘂𝘄𝗲𝘆 la.
Ni dia tanya bila UMNO nak bubar. Kalau ikut sejarah, ada kemungkinan 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 yang akan 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗯𝗮𝗿 dan ahlinya berbondong-bondong 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗨𝗠𝗡𝗢.
Aku kekal 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗨𝗠𝗡𝗢. Tapi seronok kalau dapat tengok 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 macam Bersatu terkubur dan dikuburkan.
InsyaAllah masanya dah makin hampir. Sejarah pasti berulang. 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 bakal ikut jejak 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 46. Bila Mahiaddin dah cakap macam ni, keyakinan aku jadi semakin tinggi. Guane boh?
Raja Gelap II
.
DIA BUKAN MANUSIA. TAPI SUATU HARI PEMBALASAN PASTI TIBA.
Aku ternampak video mamat ni X tadi. Masih 𝗹𝗮𝗴𝗮𝗸 𝗲𝗴𝗼 terangkan dia 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗮𝗳 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗣𝗡 tapi sebab tuduhan yang dikenakan adalah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵.
Aku tak dengar habis sebab rasa macam 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 kalau dengar dia punya sembang.
Cuma gelihati tengok dia berlagak. Katanya dia 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗮𝗳 walau sesiapa pun yang saman dia. Tapi isunya bukan minta maaf.
Isunya, dia kalah saman fitnah. Sama ada dia minta maaf atau dia bayar saman, hakikatnya 𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Bermakna dia seorang 𝗽𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Seorang 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂!
Tapi muka penipu macam ni la yang walaun walaun jadikan rujukan. Dah terbukti 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗱𝘂𝗮 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗯𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗶 dia ni raja fitnah. Tapi walaun boleh percaya lagi.
Siap ada yang panggil 𝙨𝙞𝙧! Tapi apa nak pelik, orang macam 𝗥𝗮𝘇𝗺𝗮𝗻 pun walaun panggil ustaz. Macam tu sekali hinanya jadi walaun ni. Guane boh?
Raja Gelap II
.
PESEMBAHAN KEBUDAYAAN SEMPENA LAWATAN PRESIDEN KOSOVO
Usai urusan rasmi, kami menghadiri majlis jamuan tengah hari di Kompleks Seri Perdana diserikan dengan persembahan tarian serta kebudayaan yang memukau, memperlihatkan kekayaan warisan seni dan kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Sesi santai ini bukan sahaja menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan, tetapi turut menjadi wadah memperkenalkan keindahan identiti kebangsaan kepada delegasi antarabangsa.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Presint 8 (3) yang tampil penuh semangat patriotik ketika menyambut delegasi jelas menggambarkan semangat muhibah dan keterbukaan rakyat Malaysia dalam menerima kunjungan tetamu dari luar negara.
Mudah-mudahan, hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan Kosovo akan terus diperkasa demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama, membawa manfaat yang berpanjangan kepada rakyat kedua-dua negara.
//
After our official engagements came to a close, we gathered for a heartfelt luncheon at the Seri Perdana Complex, where we were treated to enchanting traditional dances and cultural performances. These vibrant displays celebrated the rich artistic heritage and cultural diversity that Malaysians hold dear.
This warm and welcoming gathering not only allowed us to strengthen our connections but also provided a meaningful opportunity to share the beauty of our national identity with the international delegation.
The atmosphere was truly uplifted by the enthusiastic participation of students from Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Presint 8 (3). Their spirited efforts in welcoming the delegation beautifully illustrated the genuine warmth and hospitality that Malaysians extend to visitors from around the world.
We sincerely hope that the strong bonds between Malaysia and Kosovo will continue to flourish, bringing lasting prosperity and well-being to both nations and their people for years to come.
🇲🇾🤝🇽🇰
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
PM Anwar Salur Sumbangan Kepada Kanak-Kanak Menghidap Sakit Jantung

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan sebagai tanda keprihatinan Perdana Menteri terhadap ujian yang dilalui keluarga berkenaan. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi
KUANTAN, 21 Apr – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban kos rawatan seorang kanak-kanak berusia dua tahun Ayyash Waseem Mohd Fuad, yang menghidapi masalah jantung sejak lahir.
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, kepada bapa kanak-kanak tersebut Mohd Fuad Abd Malek sewaktu menziarahi keluarga berkenaan di Indera Mahkota 2, di sini pada Jumaat.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Farhan berkata sumbangan itu merupakan tanda keprihatinan Perdana Menteri terhadap ujian yang perlu dilalui keluarga berkenaan.
“Semoga bantuan kecil ini dapat meringankan beban dan semoga anak ini terus kuat melawan ujian kesihatan yang dihadapinya,” katanya dalam hantaran yang turut dikongsikan oleh Perdana Menteri.

Ahmad Farhan berkata Mohd Fuad mengusahakan tanaman bunga kantan untuk menampung kos rawatan Ayyash Waseem yang mencecah RM600 sebulan, selain keperluan dua lagi anaknya yang masih bersekolah.
“Saya turut difahamkan baru-baru ini Ayyash telah selesai menjalani prosedur pembedahan melibatkan jantungnya. Insya-Allah, satu lagi pembedahan dijadualkan ketika anak ini berusia lima tahun nanti,” katanya.
Komitmen Kerajaan MADANI Pergiat Usaha Sokong Anak Seni Tempatan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Datuk M Nasir di pejabatnya di Putrajaya, pada 2 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 3 Mei – Usaha terus dipergiat bagi menyokong anak-anak seni tempatan agar mereka mampu menghasilkan karya yang terbaik dan bermutu tinggi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelas Perdana Menteri, komitmen Kerajaan MADANI itu antara yang dibincangkan semasa pertemuan dengan seniman Datuk M Nasir di pejabatnya di Putrajaya, pada Jumaat.

“Semalam saya terima kunjungan seniman ulung Datuk M Nasir di Putrajaya. Dalam pertemuan ini kami bicara soal industri kreatif, seni dan budaya tempatan,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Perdana Menteri berkata, beliau juga menitipkan pesanan kepada M Nasir agar dapat terus kreatif berkarya dalam industri muzik tanah air.

M Nasir atau nama sebenarnya Mohd Nasir Mohamed, 67, yang sinonim dengan karya-karya berintelektual dan berunsur ketuhanan, dianggap antara tokoh paling berpengaruh dalam perkembangan muzik dan seni kreatif Malaysia.
Selain sebagai penyanyi dan komposer, beliau turut dikenali sebagai pelakon, penulis lirik dan pengarah seni yang banyak menyumbang kepada pengukuhan identiti budaya dalam dunia hiburan tempatan.
Perluasan Program SARA Terima Reaksi Positif Rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berkata perluasan kategori barangan itu menjadikan kategori barangan berdaftar di bawah SARA meningkat kepada 14.
KUALA LUMPUR, 3 Mei – Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang kini diperluas kepada 14 jenis kategori barangan daripada 10 sebelum ini, selari dengan kenaikan kadar tahunan, menerima reaksi positif kerana mampu menangani isu kos sara hidup terutama di kawasan luar bandar.
Kini barangan seperti pencuci pinggan mangkuk, sabun dan pencuci pakaian telah dimasukkan dalam senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA di premis yang mempamerkan logo MyKasih di seluruh negara.
Penambahan kategori ini sudah pastinya melegakan majoriti rakyat kerana ia membolehkan mereka merancang perbelanjaan bulanan secara bijak berdasakan keperluan isi rumah masing-masing.
Menurut seorang penerima, Alis Abdullah, beliau amat menghargai bantuan yang disalurkan kerajaan bermula Januari tahun ini.

”Selama ini bila saya ke kedai membeli barangan keperluan asas, tiada bantuan khusus seperti SARA disalurkan namun kini alhamdulillah dengan bantuan daripada kerajaan, sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kewangan bulanan,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berkata perluasan kategori barangan itu menjadikan kategori barangan berdaftar di bawah SARA meningkat kepada 14.
Barangan lain yang dibenarkan sebelum ini termasuk pelbagai barangan makanan asas, kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan terus menambah baik pelaksanaan program SARA dari semasa ke semasa demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan sama memaklumkan lebih 3.9 juta penerima SARA mula menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas dari kedai yang berdaftar sepanjang April lalu.
Menurut kenyataan itu, sambutan sangat menggalakkan apabila 72 peratus daripada jumlah 5.4 juta penerima SARA mula berbelanja menggunakan MyKad dalam bulan pertama pengkreditan SARA.
Dalam kenyataan itu turut memaklumkan penerima SARA telah ditingkatkan daripada 700,000 kepada 5.4 juta mulai April.
Ini berikutan kadar bantuan SARA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk tahun 2025 berbanding RM1,200 pada tahun 2024. Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025.
Mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan sehingga hujung tahun ini.
Pada masa sama, bilangan kedai runcit dan pasar raya berdaftar di bawah SARA juga telah mencecah lebih 3,700 buah di seluruh negara berbanding 700 tahun lepas dan bilangan kedai runcit akan terus ditambah bagi memastikan terdapat kedai SARA yang berdekatan dengan tempat tinggal penerima.
WOIIIIIIII KERAJAANG GANUNG.....KAMI DAH BAGI 32-0 PUNG INI YANG KAMI DAPAT....DOK PAHANG KAMI NEH...
Pengusaha kebun kelapa didakwa ditindas kerajaan Terengganu, Exco Pas
didesak beri penjelasan
SITI NUR ZAWANIMay 3, 2025
Exco Pertanian Terengganu, Dr Azman Ibrahim didesak untuk memberi
penjelasan berhubung dakwaan tanah kebun kelapa pandan di Tebing Tembah, Dungun
yang diusahakan 96 orang penduduk tempatan lebih 19 tahun, bakal diambil untuk
projek perumahan.
Difahamkan, tanah tersebut telah diiktiraf kerajaan negeri sebagai
projek berpotensi yang menjadi antara sumber pengeluaran makanan berasaskan
kelapa untuk rakyat negeri.
Pengerusi Biro Tani Nasional AMANAH, Zamir Ghazali berkata, kebenaran
penggunaan tanah daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) kepada para
pengusaha telah diberikan untuk jangka masa 25 tahun.
Atas sebab itu kata beliau, tindakan ingin menebang tanaman sebelum
tamat tempoh tersebut adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap penduduk di
situ.
“Biro Tani AMANAH Nasional mendesak agar Dr Azman Ibrahim segera tampil
memberikan penjelasan tuntas. Jangan hanya berdiam diri seolah-olah ini bukan
urusan beliau.
“Sedangkan beliaulah yang pernah hadir ke ladang ini dan memberi
pengiktirafan serta dorongan kepada para petani untuk terus mengusahakan
tanaman kelapa pandan secara kelompok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zamir menegaskan, jika Exco Pertanian gagal mempertahan hak dan usaha
penanam kelapa ini, malah membiarkan kemusnahan berlaku tanpa sebarang
tindakan, maka adalah wajar beliau meletakkan jawatan sebagai Exco Negeri.
Dalam Pelan PITAS 2030, sasaran utama kerajaan negeri Terengganu ialah
menjadi hub pengeluaran makanan berasaskan pertanian. Kelapa adalah antara
subjek pemajuan bagi tujuan tersebut.
Hala tuju itu kata Zamir, kelihatan canggung dengan keputusan yang
memangsakan 96 pengusaha tanaman kelapa dan ini menjadi tanggungjawab Exco
Pertanian negeri untuk pertahankan agenda kerajaan negeri sendiri.
“Biro Tani AMANAH Nasional menyeru agar kerajaan negeri mempertimbangkan
kembali tindakan merampas tanah ini.
“Jika benar kerajaan mahu membangunkan perumahan, terdapat pilihan yang
lebih rasional seperti Bandar Baharu Durian Mentangau yang jauh lebih luas dan
sesuai dengan jarak sekitar 15 minit sahaja dari Tebing Tembah.
“Mengapa harus memilih tanah yang sudah subur dan produktif, melainkan
ada niat tersembunyi?,” ujarnya lagi.
Rafizi tenang ulas isu semasa di Facebook di sebalik dakwaan letak jawatan
SITI NUR ZAWANIMay 3, 2025
Laporan sebuah portal media yang mendakwa Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli
ingin melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR menjadi tanda tanya
ramai.
Rafizi yang juga Menteri Ekonomi ketika ini telah memohon cuti selama
beberapa hari.
Keputusan beliau bercuti sebaik selepas tamat pemilihan parti membuatkan
ramai percaya bahawa permohonannya bercuti berkait dengan pemilihan PKR
baru-baru ini.
Namun di sebalik spekulasi yang sedang diperkatakan, hantaran Facebook
Rafizi Ramli yang sepertinya sudah kembali bekerja mencuri perhatian ramai.
Beliau mengulas isu semasa berkaitan dengan kempen Pas-PN yang
menyalahkan Kerajaan Persekutuan kononnya menganaktirikan negeri-negeri di
bawah pentadbiran pembangkang.
Video terbaru beliau dengan cepat mendapat ribuan komen dan reaksi yang
antaranya membangkitkan soal kesahihan hasrat peletakan jawatannya dan isu
cuti.
Sebelum ini Perdana Menteri berkata permohonan cuti Rafizi adalah
perkara biasa bagi seorang pekerja dan beliau juga sedang mencari masa yang
sesuai untuk bercuti.
DS RAFIZI RAMLI MELETAK JAWATAN ATAU BERCUTI PENDEDAHAN PANAS DARI BRO ...
PAYAH HAMZAH NAK JADI PM...TAK BERAPA CERDIK..AURA PUN YELLEK.
Hamdan Taha
Saya terpandang di ruang Shabudin Shahbudin Husin sahabat saya bicara Hamzah Zainudin dengan Bekas Menteri sekejap zaman Pak Lah saya tak berapa ingat nama dia tu tapi orang kelantan
Orang kelantan tu bersama Hamzah Zainudin dan di mulakan awal awal lagi menyebut Hamzah adalah calun menanti sebagaj Pedana Menteri walaupun ucapan balas dia menolak kerana katanya dia Timbalan Presiden parti sahaja dah tentu calun PM ni Presiden dia tapi senyum Hamzah tu kita tau dia suka soalah dan pertanyaan bekas menteri dari Kelantan tersebut...
Saya memang percaya Hamzah dan Azmin berkongsi Mimpi yang sama dan bekerja kearah yang sama ke situ iaitu nak jadi PM ke 11 dan bukan kesalahan pun mereka layak kerana Hamzah adalah Ahli Parlimen, dan itu sebab dia rindu umno kerana dia tahu nak jadi PM atau berkuasa semula dia perlukan Umno dan dia tak pun malu nak sebut perkatakan itu sentiasa dan kerap, Pas akan setuju jika Hamzah dapat Umno dan berkuasa semula...
Hamzah dan Azmin pun tau Muhidden ni ada nyawa nyawa ikan Tuna je kot nyawa ikan keli atau haruan susah sikit mereka nak berangan... Tapi ini ikan Tuna cepat matinya... Begitu juga Hadi, semua kita ni manusia mana maunya hidup sampai ratusan tahun... DR M yang hidup lama tu pun dah tak boleh buat apa dah... Boleh tengok je itu je yg mampu...
Tapi sejarah Hamzah dan Zahid Hamidi ni panjang kisah mereka dari tahun 90 lagi mereka ni tak pernah sepakat, ketika Zahid di lantik jadi Ketua Pemuda Perak Hamzah tak suka dan sokong, ketika Zahid bertanding Ketua Pemuda dia sokong isa samad....tak pernah jumpa persamaan.... Jadi selagi Zahid Presiden Umno payah lah sikit buat Hamzah Zainudin nak dapat kerjasama Umno...
NAK BERJUANG BEBASKAN NAJIB – PATUT PERGILAH KE RUMAH PM, BUKAN PERGI PENJARA KAJANG!!
3 May 2025
Berita Harian semalam melaporkan bahawa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata, membela nasib Najib Razak akan terus menjadi tunjang perjuangan UMNO.
Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, beliau akan terus memperjuangkan dan membela nasib bekas Perdana Menteri itu yang kini menjalani hukuman penjara.
Ahmad Zahid berkata, usaha memastikan Najib mendapat keadilan sewajarnya, termasuk diberi kebenaran menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan dalam rumah dianggap sebagai tunjang perjuangan UMNO masa kini.
Ahmad Zahid berkata, usaha ke arah itu antaranya ialah beliau bersama Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Megat Zulkarnain Omardin telah mengunjungi Najib di Penjara Kajang pada Selasa lalu.
“Kita terus diuji Allah SWT dengan pelbagai ujian antaranya yang paling besar ialah apabila mantan Presiden UMNO (Najib) masih lagi berada di belakang tabir besi… ini turut menjadi tunjang perjuangan kita.
“Selasa lalu, saya dengan Khaled Nordin dan Megat Zulkarnain bertemu dengan Bossku (Najib) di Kajang.
“Kalau ada yang mengatakan UMNO khususnya saya ini tidak memperjuangkan nasib Najib yang dianiayai dengan sistem keadilan yang tidak memihak kepada beliau, maka saksi hidup ialah Megat Zulkarnain.
“Mereka saksi hidup yang boleh mengesahkan kita tidak akan pernah meninggalkan Najib berseorangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan dalam Bahagian Bagan Datuk semalam.
Saya tak tahu sama ada nak ketawa atau nak menangis membaca berita ini.
Menurut kata Ahmad Zahid, beliau sentiasa memperjuangkan nasib Najib dan akan terus berbuat demikian.
Contoh komitmen ke arah itu kononnya ialah dengan beliau mengunjungi Najib di Penjara Kajang bersama salah seorang Naib Presiden UMNO dan Pengerusi UMNO Selangor pada Selasa lalu.
Wahai Presiden UMNO yang dikasihi, jika betul-betul nak memperjuangkan nasib Najib, sepatutnya pergilah ke rumah Perdana Menteri untuk merayu atau mendesak agar bekas Perdana Menteri itu dibebaskan.
Meskipun masih ada kes mahkamah sedang berjalan, tetapi Najib sudah diberi kebenaran ditahan di rumah melalui titah adendum Agong ke-16.
Selain itu, dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan sebelum ini, Istana Pahang sendiri telah mengeluarkan sepucuk surat yang mengesahkan kewujudan titah adendum tersebut.
Inilah yang patut diperjuangkannya.
Kalau tak jalan dengan merayu, desaklah Perdana Menteri agar melaksanakan titah adendum itu tanpa banyak karenah lagi.
Bukankah UMNO/BN ada 30 kerusi Parlimen yang boleh dijadikan hujah untuk merayu dan membuat desakan?
Kalau rasa-rasa tak konfiden pergi sendirian, bawalah rombongan MT UMNO untuk berbuat demikian.
Pergi ke Penjara Kajang berjumpa Najib untuk apa?
Pergi ke Penjara Kajang bukan dapat mengubah apa-apa, paling tidak sekadar berbual dan bercakap-cakap saja.
Tetapi, jika merayu atau mendesak dengan pergi ke rumah Perdana Menteri, mungkin cahaya di hujung terowong dapat kelihatan.
Soalnya, setelah lebih dua tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri, pernahkah Ahmad Zahid pergi ke rumah Perdana Menteri, khusus untuk menyampaikan hasrat agar Najib dibebaskan?
Kalau tak pernah, tak usahlah sembang kononnya membebaskan Najib adalah tunjang perjuangan UMNO? – ShahbudinHusin 03Mei2025.
https://shahbudindotcom.net/2025/05/nak-berjuang-bebaskan-najib-patut-pergilah-ke-rumah-pm-bukan-pergi-penjara-kajang/
Ini sebabnya Ketua Dewan Ulama Pas anggap hebatnya MB Kedah kuat nyanyi
HarapandailyMay , 2025
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Senator Datuk Ahmad Yahya menyifatkan Menteri
Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang kerap menyanyi dan
berkaraoke sebagai orang yang “hebat”.
Beliau mengaitkan kesukaan Sanusi berkaraoke di media sosial itu dengan
pendekatan dakwah.
“… tetapi di sana ada lagi sasaran-sasaran dakwah yang perlu kita dekati
mereka.
“Mereka ini tidak hadir kuliah-kuliah ilmu. Mereka ini takkan hadir
majlis-majlis selawat tapi mungkin mereka berada di padang-padang bola, stadium
dan di media sosial yang begitu luas.
“Jadi, macam mana nak ambil (perhatian) ni?” katanya dalam sedutan
rakaman video yang tular.
Walau bagaimanapun, Ahmad mengakui terdapat pihak yang kurang selesa
melihatkan Sanusi berkaroke sehingga tengah malam.
“Mungkin apa yang dilakukan Datuk
Seri MB (Sanusi), satu sudut kita rasa kurang selesa.
“Mungkin ada anggap begitu, tak sesuai tapi satu perkara yang hebat
setiap kali Datuk Seri MB kita ni ‘live karaoke ke menyanyi ke, akan ada isteri
MB di sebelah. Itu kebiasaan.
“Saya dapat mengesahkannya. Cuma bila kita tengok dalam media sosial tu,
tak nampak (isteri MB Kedah), yang nama dua sajalah,” kata Ahmad lagi.
Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN)
umum dikenali gemar menyanyi termasuk menyanyi secara langsung di TikTok dengan
alasan bukan menjadi suatu kesalahan selagi tidak menyalahi perundangan atau
agama.
Malah, dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri
Besar di Seri Mentaloon lalu, Sanusi dilihat gigih menyanyikan lagu “Lamunan
Terhenti” bersama Aris Ariwatan.

























