KALAU IKUT JASA FIRAUN PUN ADA JASA...MAKSUD PMX TU TENTANG RASUAH...DIA MAKSUDKAN KE FIRAUN...KO PULAK NAK HENTAM SAJA..TAK FAHAM MAKSUD .BM TAK LULUS KE?

 


KITA HANYA MENUNGGU LAMPU HIJAU KUWAIT



 Setelah hampir setahun sejak lawatan kerja Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke Pangkalan Udara Ahmad Al-Jaber di Kuwait, Malaysia masih menantikan kesudahan perolehan pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D Hornet milik Tentera Udara Kuwait yang tidak aktif.







Sejak lawatan DS MENHAN yang menyatakan pihak Kuwait tidak mempunyai sebarang halangan terhadap hasrat Malaysia memperolehi Hornet-Hornet tersebut, Malaysia telahpun menerima kelulusan dari Kongres Amerika Syarikat.


Kelulusan Kongres AS bawah Arms Export Control Act pada bulan Jun itu kini memberikan pihak Malaysia akses kepada dokumentasi dan rekod penyelenggaraan armada Hornet Kuwait. Walaupun tidak aktif (active flight status), Hornet Kuwait mempunyai jam masa penerbangan (flight hours) yang rendah dan terus diselenggara dengan baik.


Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris menyatakan bahawa airframe-airframe itu akan dinilai berdasarkan kebolehhidupan jangka lama (long-term viability), terutamanya dari aspek keperluan penyelenggaraan.


Untuk mengoperasikan F/A-18C/D ini, kebolehhidupan jangka lama (long-term viability) amat penting kerana perolehan ini memerlukan pesawat-pesawat tersebut terus terbang sehingga 2040-an sebagai langkah sementara (stop-gap measure) sebelum TUDM membeli pesawat pejuang generasi ke-5 dan ke atas bagi menggantikan pesawat MiG-29, Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D yang sedia ada.


Jen Muhammad Norazlan turut berkata bahawa pasukan teknikal TUDM bakal dihantar ke Kuwait pada bulan September untuk membuat penilaian tetapi tidak pasti jika telahpun dihantar atau belum.


Sekiranya berjaya, pemindahan Hornet Kuwait ke Malaysia hanya boleh diteruskan sekiranya Tentera Udara Kuwait menerima pesawat baharu mereka, iaitu F/A-18E Super Hornet dan Eurofighter Typhoon. "Saya difahamkan kalau mereka terima empat pesawat baharu, maka empat pesawat (Legacy) boleh diberikan kepada kita. Jika lapan diterima, maka kita juga (TUDM) juga akan terima lapan," menurut PTU.


Penyerahan pesawat F/A-18E Super Hornet baharu Kuwait masih mengalami kelewatan, media melaporkan bahawa Boeing telahpun siapkan 28 buah Super Hornet Kuwait dan menyerahkan jet-jet tersebut ke US Navy pada tahun 2021 sebelum boleh diserahkan kepada Kuwait.

 

Tentera Udara Kuwait mempunyai sebanyak 38 unit F/A-18C/D Hornet, terdiri daripada kira-kira 27 unit F/A-18C (tempat duduk tunggal) dan 6 F/A-18D (dua tempat duduk) yang dilaporkan telah dinaik taraf banyak kali sejak memasuki perkhidmatan. Pada Oktober lalu, sebuah Hornet Tentera Udara Kuwait terhempas, mengorbankan juruterbangnya.


Untuk TUDM, 18 Skuadron mengoperasikan 8 buah F/A-18D Hornet sejak 1997 dan “Sarang Tebuan” kini tinggal 7 buah selepas M45-07 terhempas bulan lalu.


Mengambil kira doktrin Malaysia yang tidak mengamalkan sikap ofensif (offensive), pesawat pejuang TUDM harus ditambah dari aspek kuantiti dan kualiti agar dapat mencegah pencerobohan udara malah mempertahankan ruang udara dari pesawat musuh. Selain mempertahankan kedaulatan ruang udara, kuasa udara TUDM yang jjtu juga mampu memberikan kerajaan Malaysia lebih banyak pengaruh pada peringkat serantau serta antarabangsa.


Di sekitar Malaysia, Singapura bakal menerima Lockheed Martin F-35A/B Lightning II, Thailand menambah Saab Gripen E/F. Selain itu, Indonesia juga akan menerima Dassault Rafale dan juga membuat keputusan untuk memperolehi Kaan Turkish Aerospace Industries sementara masih mengekalkan kerjasama mereka bersama Korea Aerospace Industries dalam projek KF-21. Perolehan Boeing F-15EX Indonesia masih dalam pertimbangan dengan laporan media bahawa J-10 China juga antara pesawat pejuang dipertimbangkan.


Namun demikian, jika tidak mengambil kira Kaan dan KF-21 yang masih di tahap prototaip, hanya F-35A/B yang boleh dikatakan pesawat pejuang generasi ke-5 tulen antara jet-jet di atas, Gripen, Rafale, F-15EX malah Super Hornet diklasifikasikan sebagai jet generasi ke-4 atau maksimum 4.5. 


Rakan-rakan strategik Malaysia seperti Five Power Defence Arrangements (FPDA) di mana 3/5 anggotanya iaitu Singapura, Australia dan United Kingdom mempunyai F-35A/B. 


Apakah pendapat anda?

A)Menambah F/A-18C/D Kuwait ke “Sarang Tebuan” Butterworth


B)Beli “Super Hornet” baharu sekiranya US menyokong untuk “potong queue”


C)Beli pesawat baharu lain sementara platform generasi seterusnya seperti Kaan, KF-21, GCAP terus matang?




SEMOGA HUBUNGAN LEBIH KUKUH

 


Menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Pakistan, Mian Shehbaz Sharif dan delegasi di atas lawatan rasmi beliau ke Malaysia. 












Lawatan ini mencerminkan keakraban hubungan dua hala yang sekian lama terjalin, berasaskan saling menghormati dan kepercayaan antara dua negara bersahabat. 


Ia turut membuka ruang baharu dalam memperkukuh kerjasama strategik merangkumi perdagangan, pelaburan, industri halal, pendidikan dan pertahanan, demi kemakmuran, keamanan serta kesejahteraan rakyat Malaysia dan Pakistan.


🇲🇾🇵🇰


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI




PMX hentak gear baru melalui Pakatan Ekonomi Malaysia & Pakistan.


Alif Jamil





Pandangan saya, langkah PMX menghidupkan semula hubungan dua hala Malaysia~Pakistan ini  sebenarnya satu reset strategik terhadap orientasi ekonomi luar Malaysia yg selama ini terlalu tertumpu pada pasaran tradisional seperti China, Jepun dan US.


Hubungan Malaysia dan Pakistan ni pernah kukuh sekitar era 1970–1990an terutama dalam sektor pertahanan (Malaysian Armed Forces Pakistan Ordnance Factory), pendidikan Islam dan perdagangan tekstil. 


Namun hubungan ini “beku” selepas era globalisasi WTO dan pivot Malaysia ke arah ASEAN~China. 


Jadi, bila PMX sebut mahu pendekatan yg agresif dan berani, itu bermaksud Malaysia kali ini mahu membuka laluan ekonomi nyata terutamanya South cooperation.


Dari perspektif ekonomi geopolitik, Pakistan adalah pintu masuk ke 3 tempat :-


1. Pasaran Asia Tengah melalui Koridor Ekonomi China~Pakistan (CPEC).


2. Pasaran Teluk melalui hubungan rapat Pakistan dengan Arab Saudi dan UAE.


3. Blok OIC baharu yang sedang mencari alternatif kepada dominasi Barat.


Dan dalam pertemuan ini , Shehbaz Sharif menegaskan bahawa peranan kerajaan hanya sediakan landasan, manakala pemacu sebenar ekonomi adalah sektor swasta..


Ini selari sepenuhnya dgn falsafah ekonomi PMX. 


Model yg digerakkan PMX adalah state-facilitated,  dan private~driven economy dimana kerajaan bertindak sebagai pemudah cara dasar manakala sektor swasta menjadi enjin pertumbuhan melalui kolaborasi strategik seperti B2B, JV dan pemindahan teknologi. 


Pendekatan² ini juga sejajar dgn kerangka Ekonomi Madani yg mahu mengurangkan kebergantungan pada dana awam serta memperkukuh keupayaan industri tempatan bersaing di gelanggang global..


Inisiatif ini juga membawa tiga implikasi penting:-


1. Diversifikasi geopolitik

Malaysia dpt kurangkan risiko terlalu bergantung pada pasaran besar tunggal seperti China.


2. Peluang eksport & pelaburan

Malaysia boleh jadikan Pakistan sebagai base ke pasaran Teluk terutama bagi sektor² halal, farmaseutikal, teknologi pertanian dan pendidikan.

 

3. Reputasi diplomatik

Malaysia akan kukuhkan imejnya sebagai bridge builder antara dunia Islam dan blok ekonomi Asia.


Pendekatan PMX menjadi calculated diplomacy yg menjadikan diplomasi sebagai pemangkin perdagangan dan teknologi. 


Dalam konteks dunia multipolar hari ini, langkah PMX menghentak gear melalui pakatan ekonomi Malaysia~Pakistan adalah strategi yg tepat dan berani.




NAK PERCAYA BEKAS PEKERJA KERAJAAN KENA BUANG KERJA KA ATAU PEJUANG BERANI YANG SANGGUP KE SANA... TUUU... PAKTEH AJAK TU GOMO... SAMBUT LA... APA BARANG...

 

Sham Ghaz


Briged 8200 ni bukan kerajaan 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 yang sebut. Bukan juga Menteri Komunikasi 𝗙𝗮𝗵𝗺𝗶 𝗙𝗮𝗱𝘇𝗶𝗹 yang kata. Tapi ia datang dari Hj. 𝗭𝗮𝗶𝗻𝗮𝗹 𝗥𝗮𝘀𝗵𝗶𝗱 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 (𝗭𝗥𝗔), wartawan tersohor di Malaysia.




ZRA tak 𝘮𝘦𝘯𝘵𝘪𝘰𝘯 mana-mana nama pun. Yang disebut hanyalah Israel mempunyai pasukan yang menguasai dunia 𝗺𝘂𝗹𝘁𝗶𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 sama ada dengan cara 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗮𝗿 jadi orang tempatan ataupun 𝘂𝗽𝗮𝗵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻.


Tapi yang pelik kenapa 𝗣𝗮𝗽𝗮𝗴𝗼𝗺𝗼 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸? Ada sesiapa kata dia ahli Briged 8200 ke? Seingat aku tak ada pun. Tapi tiba-tiba dia 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗹𝘂𝗽𝘂𝗿. Paling tak tahan, dia terus kaitkan dengan MADANI.


Reaksi Gomo ni buatkan aku terfikir. Memang betul ke Briged 8200 ni wujud dan Gomo memang antara yang dibayar ke? Orang tua-tua kata, 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗶𝗹𝗶, 𝗱𝗶𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗱𝗮𝘀. Nampaknya Gomo kepedasan tu.


Dan kita pun boleh nampak sendiri bagaimana Gomo 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗮𝗻𝘁𝗶 dengan DS Anwar. Tak putus dia buatkan fitnah jijik termasuklah DS Anwar kena AIDS demi nak 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 di mata dunia.


Suratan atau kebetulan, Zionis juga sangat membenci DS Anwar kerana 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 mengutuk rejim zionis. DS Anwar berani bercakap tentang kekejaman Israel di depan 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮. Dari dulu lagi beliau amat tegas sehingga 𝗬𝗮𝘀𝘀𝗲𝗿 𝗔𝗿𝗮𝗳𝗮𝘁 menggelar beloai sebagai 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻.


Jadi, sama ada ia satu kebetulan atau disengajakan, kerja yang Gomo buat 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹 dan 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶 𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝗮 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹 untuk merosakkan integriti pihak dan individu yang menentang mereka.


Gomo juga beriya nak 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿. 𝗦𝗶𝗸𝗶𝘁 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝙜𝙪𝙮𝙨𝙨𝙨... kata Gomo tak henti-henti. Dan sekiranya DS Anwar turun, yang untung Israel juga. Sebab akan kurangnya seorang pemimpin yang melawan Israel.


Kita pun tahu DS Anwar ni 𝗽𝗲𝗻𝗮𝘂𝗻𝗴 𝗚𝗹𝗼𝗯𝗮𝗹 𝗦𝘂𝗺𝘂𝗱 𝗙𝗼𝘁𝗶𝗹𝗹𝗮. Tak pernah ada pemimpin sebelum ini yang berani seperti beliau. DS Anwar juga telah banyak kali memberikan bantuan bernilai 𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗷𝘂𝘁𝗮.


Malah ketika DS Anwar baru menjawat jawatan PM, antara perkara yang terawal beliau buat adalah 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 mana-mana kapal dari Israel 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗯𝘂𝗵 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. Kibar bendera Israel pun tak boleh.


Berbeza dengan 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 yang terima kunjungan tim kriket Israel manakala 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 izinkan pesawat pengintip Israel terbang di ruang udara Malaysia


Kalau DS Anwar jatuh dan diganti oleh orang PN, dah tentu Israel dapat 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 di negara ini 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶. Ini telah terbukti pada era pra perlantikan DS Anwar sebagai PM.


Aku tak kata Gomo agen Israel atau ahli Briged 8200. Tapi melihatkan reaksi dia berserta dengan kerja-kerja  jahat yang dia buat, kemungkinan tu ada. Kalau aku ni pihak berkuasa pasti aku akan siasat habis-habisan di Gomo ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KEH..KEH..KEH...


De De0

 

Nasib kau lah Burhan Bin Tuhari oii..


Cuba hang tengok kat tempat keja hang tu ada tak staff perempuan yang nama dia "Juliana bt Burhan" 😂





LEBAI PUN TAK PAHAM... MACAMANA WALAUN NAK OAHAM

 

Nik Hasuddin


Dari perkara main-main kita masuk yang sungguh-sungguh





Semalam laporan Ketua Audit Negara ke atas laporan kewangan kerajaan persekutuan dibentangkan di Parlimen.


Seperti tahun-tahun yang lalu saya akan ulas beberapa perkara. Ini akan mengalihkan perhatian dari perkara main-main seperti bolasepak kepada benda sungguh-sungguh ia itu pengurusan kewangan negara.


Perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah terimaan kerajaan persekutuan dalam tahun 2024 yang berjumlah RM 326 bilion adalah lebih tinggi dari RM 315 bilion yang dikutip di dalam tahun 2023. Di dalam masa yang sama perbelanjaan kerajaan yang berjumlah RM 405 bilion di dalam tahun 2024 adalah lebih rendah dari perbelanjaan tahun 2023 yang berjumlah RM 407 bilion.


Prestasi di atas telah mengurangkan defisit perbelanjaan kerajaan kepada RM 79 bilion sahaja di dalam tahun 2024 berbanding jumlah yang lebih besar RM 91 bilion di dalam tahun 2023.


Untuk orang yang tidak tahu maksud defisit, ianya ialah hutang yang kita hantar ke masa hadapan untuk dibayar oleh anak cucu kita. Jika kita panjang umur pula, kita mungkin menaggungnya di dalam bentuk cukai yang tinggi atau perkhidmatan kerajaan yang berkurangan.


Kerajaan berjaya mengurangkan nisbah defisit kepada keluaran dalam kasar negara (perkiraan sama ada kita ni joli atau tidak) dari 5.0% dalam tahun 2023 kepada 4.1% di dalam tahun 2024.


Angka-angka ini telah diaudit. Jadi tak bolehlah kita katakan ianya adalah khayalan semata-mata. Ini perkara sungguh-sungguh.




KONTRAK NEXG 732, BEKAL MYKAD ADALAH SYARIKAT WARISAN ZAMAN BN, PN - JAWAB TULISAN LIM SIAN SEE & MALAYSIANOW


Syam Ghaz









Lim Sian See dan MalaysiaNow cuba main sentimen kononnya KDN bagi projek RM732 juta MyKad kepada kawan Anwar.


Hakikatnya — itu fitnah.


1. KDN tak lulus pun. Semua kontrak lebih RM200 juta diluluskan oleh MOF & Kabinet, bukan oleh kementerian dalam negeri. KDN hanya pengguna akhir (end-user) yang pastikan aspek keselamatan, bukan pemberi tender.


Rujuk: Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1 – Tatacara Perolehan Kerajaan.


2. Projek ini bukan zaman Anwar, tapi warisan sejak BN. 


⁠Datasonic (kini NexG) dah bekal MyKad sejak 2012 — syarikat tempatan, tersenarai di Bursa, dan kekal dipilih oleh setiap kerajaan sebab teknologi, keselamatan dan rekod cemerlang.


3. Kronologi Projek sebenar Datasonic/NexG:


 • 2012 (Najib) – RM180 juta, 10 juta MyKad tambahan.


 • 2016 (Najib) – RM318.75 juta, cip & buku pasport Malaysia.


 • 2020 (Muhyiddin) – ±RM50-100 juta, sambungan kontrak MyKad & cip keselamatan.


 • 2022 (Ismail Sabri–Hamzah) – RM135 juta, lanjutan pasport.


 • 2025 (Anwar–Saifuddin Nasution) – RM732.72 juta (2026–2032), kontrak MyKad baharu merangkumi MyTentera, MyPOCA & Digital ID Nasional — diluluskan oleh MOF & Kabinet, bukan KDN.


4. Kenapa kali ini lebih besar? Kerana skopnya jauh lebih luas:


i. MyKad generasi baharu dengan cip keselamatan tinggi.

ii. MyTentera untuk anggota ATM.

iii. MyPOCA untuk pengawasan pencegahan jenayah.

iv. Integrasi awal dengan sistem Digital ID Nasional dan pengurusan subsidi petrol & bantuan rakyat.


Semua ini adalah sebahagian pelan transformasi identiti digital Malaysia yang akan memudahkan rakyat, mengukuhkan keselamatan dan mengelak kebocoran subsidi.


5. Syarikat tempatan, bukan kroni politik.


NexG Berhad ialah syarikat Malaysia berdaya saing, bukan pro mana-mana parti. Diselia oleh Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan CyberSecurity Malaysia.


Diteruskan kerana kompetensi dan reputasi teknikalnya — bukan sebab kabel politik sejak zaman BN, PH, BN, PN dan sekarang, cuma tukar nama sahaja.


Isu Farhash Wafa hanya melibatkan pemilikan saham dalam MMAG Holdings Berhad, bukan dalam NexG.


NexG memegang ±9.5 % saham MMAG sebagai sebahagian strategi integrasi logistik—tiada kaitan langsung dengan kontrak MyKad. Keseluruhan proses tender dan kelulusan kontrak ini disemak dan diluluskan MOF, bukan individu.


6. Tuduhan Lim Sian See dan MalaysiaNow hanyalah cubaan terdesak untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap kejayaan digitalisasi dan integriti tatakelola Kerajaan Madani di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


KDN tak lulus. Anwar tak pilih.

Ini kesinambungan projek keselamatan negara sejak 2012.


Nilainya besar sebab melibatkan cip baharu, MyTentera, MyPOCA dan integrasi Digital ID — bukan sebab politik, tapi sebab kemajuan negara.


“Fitnah boleh diulang, tapi fakta tetap kekal. MyKad bukan projek individu — ia benteng identiti Malaysia.”


Syam Ghaz 


SENARAI RUJUKAN MENGIKUT KRONOLOGI


2012

 1. Datasonic wins additional RM180m MyKad contract

http://www.theedgemalaysia.com/article/datasonic-wins-additional-rm180m-mykad-contract


2015

2. Datasonic Annual Report 2015

http://www.datasonic.com.my/annualreport2015.pdf


2016

3. Letter of Award for supply of Malaysian passport chips (RM318.75 million)

http://www.insage.com.my/BursaNews/Attachment/202406/20240604/DSONIC-AN20240604A1-3.pdf


2020

4. Datasonic: Prominent Player in National ID and Security Solutions

http://www.midf.com.my/sites/corporate/files/2022-07/Dsonic-Prominent%20Player%20in%20Identity%20and%20Security%20Space-MIDF-200722_2.pdf


2021

5. Datasonic Annual Report 2021

http://www.datasonic.com.my/annualreport2021.pdf


2022

6. Datasonic awarded RM135mil contract extensions for passport solutions

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/01/09/datasonic-awarded-rm135mil-contract-extensions-for-passport-solutions


2023

7. Laporan Audit Khas Sistem Identiti Nasional (2023)

http://www.audit.gov.my/images/pdf/LKAN2023/BAB5_SistemIdentitiNasional.pdf


2024

8. Datasonic secures two-year extension worth RM104.78mil for passport supply

http://www.bernama.com/en/news.php?id=2387423

9. Letter of Award – passport supply (RM104.78 million)

http://www.insage.com.my/BursaNews/Attachment/202408/20240829/NEXG-AN20240829A1-1.pdf


Februari 2025

10. Datasonic Group Berhad officially renamed NexG Berhad

http://www.bursamalaysia.com/bm/about_bursa/media_centre/change-of-name-datasonic-group-berhad-to-nexg-berhad


Mac 2025

11. Farhash Wafa becomes largest shareholder of MMAG Holdings

http://www.theedgemalaysia.com/node/749750

12. NexG increases stake in MMAG Holdings to 9.53%

http://www.insage.com.my/BursaNews/Attachment/202503/20250327/NEXG-AN20250327A2-1.pdf


April 2025

13. Notification of share purchase and cross-holding between NexG & MMAG

http://www.insage.com.my/BursaNews/Attachment/202504/20250407/NEXG-AN20250407A4-1.pdf

14. NexG purchase of MMAG shares (9.53%)

http://www.klsescreener.com/v2/announcements/view/9280779


Julai 2025

15. Datasonic/NexG awarded RM1.73bil passport contract for six years

http://www.theedgemalaysia.com/node/768814


Ogos 2025

16. NexG awarded new MyKad contract worth RM732.72m (2026–2032)

http://www.theedgemalaysia.com/node/772705


Oktober 2025

17. Company linked to Farhash gets RM732 million job to supply MyKads

http://www.malaysianow.com/news/2025/10/06/company-linked-to-farhash-gets-rm732-million-job-to-supply-mykads


Lain-lain dokumen peraturan dan keselamatan

18. Tatacara Perolehan Kerajaan – Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1

http://www.treasury.gov.my/pdf/lain-lain/pp/ppk-2.1.pdf

19. Arahan Perbendaharaan – Perolehan menggunakan sistem ePerolehan (PK 5.1)

http://www.eperolehan.gov.my/documents/10182/100000002257802/PK%2B5.1%2BPEROLEHAN%2BMENGGUNAKAN%2BSISTEM%2BePEROLEHAN%2B%28Kuatkuasa%2Bpindaan%2B30%2BJun%2B2025%29.pdf

20. Recognition of National ID Technology Providers

http://www.cybersecurity.my/en/services_certification





KENAPA AZRI GOMO NI MENGGELABAH ?


 

KESELAMATAN & PEMANTAUAN GAGAL?JAWAPAN MANTAP MENTERI PENGANGKUTAN!

Ramai terkejut Greta tidak cerita tentang dirinya tetapi nasib umat Palestin


 

Ahmad Syakir Norazli

Greta Thunberg dah selamat sampai Greece. Tadi baru berlangsung sidang media pertama setelah meraka sampai. Sambil buat kerja, saya ikuti apa budak Greta ini nak sampaikan sebaik sahaja keluar penjara dan penderaan dari askar negara Israel.


Saya jangka dia akan ceritakanlah detik dan kekejaman yang askar laknat buat pada dia memandangkan sukarelawan yang telah awal dilepaskan semua cerita betapa kejamnya.


didera. Namun sepanjang beberapa minit ruang dia bercakap sedikit pun tak sebut apa penderaan yang dia kena.

“Kami di GSF buat bertujuan untuk cuba melangkah lebih jauh dalam tindakan untuk menangani kegagalan tindakan dari sudut perundangan. Misi ini tidak sepatutnya wujud. Apabila misi seperti ini perlu wujud, ia adalah sesuatau perkara yang memalukan.



“Kita semua beritahu cerita kejahatan meraka terhadap aktivis seperti kami namun itu bukan ceritanya. Cerita yang lebih penting ialah bagaimana genosida terus berlaku hari demi hari dan kerajaan dan pemimpin yang sepatutnya mewakili kami untuk ambil tindakan telah gagal berbuat demikian. Sistem antarabangsa hari ini telah mengkhianati penduduk di P🍉. Kita tidak melihat tindakan yang paling minimum pun dari kerajaan negara kita. Ini satu hal yang memalukan!


“Apa yang lebih penting ialah kita masyarakat dunia lebih cakna dan prihatin benda yang sangat teruk sedang berlaku di sana. Genosida sedang berlaku di hadapan mata kita.


“Inilah cerita yang perlu kita sebut dan ketengahkan. Gz perlu berata dalam perhatian di setiap mata manusia hari ini. Lepaskan mereka daripada kepungan, tekanan serta jenayah perang!


“Kekejaman ini telah dibenarkan oleh pemimpin dan kerajaan kita, media-media kita. Maka tugas kita untuk menamatkan perkara yang mengarut ini!”


Kemudian ada hadirin yang datang laung menggelarkan dia sebagai wira. Terus dia sanggah.


“Tidak! Kami bukan wira (heroes). Apa yang kami buat ini hanya bare minimum (paras minimum)! Tiada orang yang ada kemampuan untuk menjadi hero menyelamatkan rakyat Gz. Apa yang kami buat hanyalah mendengar dan bertindak ketika mana mendengar rakyat di sana meminta tolong supaya semua orang di dunia ini bangkit dan menggunakan sebarang kemampuan yang mereka ada untuk bangkit dan membuat pendirian menentang kekejaman ini!”


Sungguh luar biasa anak ini. Sikit pun tidak hiraukan tubuh badannya. Peribadinya, fokusnya cuma satu, untuk Gz. Dari percakapannya jelas bahawasanya misinya satu, isunya satu.

Manakala orang Islam, yang ada ilmu di Malaysia hari ini fokusnya untuk berbahas lagi bab hukum musafir perempuan tanpa mahram berbanding memperuntukkan juhd, masa dan ilmu mereka dalam membahaskan hukum pemimpin Islam yang cuai mengabaikan nasib umat Islam di sana disembelih, hukum masih bersekongkol menjalin perhubungan perdagangan dengan musuh penjajah dan sebagainya.


 Sungguh memalukan dan menyedihkan keadaan umat Islam hari ini.

Inilah contoh hidup yang kita boleh lihat apabila orang Islam tidak peduli, tidak ambil berat, tidak mahu bersatu bertindak dengan sewajarnya untuk memperjuangkan nasib ummah, maka Allah datangkan kaum lain yang berjuang untuk nasib ummah seperti yang disebut di dalam Al Quran.



Nak peruntukkan duit, masa, jiwa raga, bahkan ilmu hanya untuk membela ummah pun bakhil. Sangat bakhil! Lalu Allah ganti satu kaum lain yang tidak menyerupai kamu yang bakhil.

هَـٰٓأَنتُمْ هَـٰٓؤُلَآءِ تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُ ۖ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِۦ ۚ وَٱللَّهُ ٱلْغَنِىُّ وَأَنتُمُ ٱلْفُقَرَآءُ ۚ وَإِن تَتَوَلَّوْا۟ يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓا۟ أَمْثَـٰلَكُم ٣٨


(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)



Alahai malangnya nasib orang Islam zaman ini!






BANTERAS KRONISME MELIBATKAN PROJEK! PADU DARI YB AHMAD MASLAN!

GSF: Semua 23 Aktivis Malaysia Dijangka Tiba Di KLIA Malam Ini

 


Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi bersama 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dijangka tiba di KLIA1 jam 9.50 malam 7 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kesemua 23 aktivis Sumud Nusantara dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka tiba di tanah air sekitar pukul 9.50 malam ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi turut memohon doa seluruh rakyat Malaysia agar perjalanan pulang delegasi berkenaan dipermudahkan serta selamat tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1).

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terus mendoakan kelancaran urusan kepulangan mereka selepas menyertai misi kemanusiaan di luar negara.

Semalam, Ahmad Farhan dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) Dato’ Dr. Ahmad Sani Araby selamat tiba di Istanbul, Turkiye sebelum segera bergegas menemui 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF.

Difahamkan ahli keluarga aktivis berkenaan akan turut berada di KLIA bagi meraikan ketibaan wira dan wirawati negara yang ditahan di Israel sebelum dikeluarkan dan dibawa ke Istanbul pada 4 Oktober lalu.


Kerajaan Tegas Tanpa Kompromi Banteras Kartel Tipu Bidaan – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan bertulis daripada ahli parlimen Bukit Bintang pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kerajaan mengambil pendirian tegas dengan tidak berkompromi dalam membanteras kewujudan kartel di pelbagai peringkat yang menjejaskan pentadbiran, ekonomi serta pembangunan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, usaha berterusan kini sedang dilaksanakan bagi memperkukuh kawal selia dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan supaya ekosistem persaingan pasaran kekal adil, telus dan berdaya saing.

Menjelaskan demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata, sehingga kini, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sudah mengambil tindakan terhadap 270 syarikat dengan jumlah penalti kewangan keseluruhan sebanyak RM687.4 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha berterusan kini sedang dilaksanakan bagi memperkukuh kawal selia dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan supaya ekosistem persaingan pasaran kekal adil, telus dan berdaya saing. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Selain itu, sebanyak 14 kes kartel bida membabitkan 563 syarikat serta satu kes kartel penetapan harga membabitkan 31 perusahaan sedang disiasat agensi berkenaan. Kerajaan MADANI sentiasa memberi perhatian serius dan tidak akan berkompromi dalam membanteras kewujudan kartel yang mengancam kelancaran pembangunan negara.

“Langkah berterusan kini adalah dengan meningkatkan keberkesanan kawal selia bagi memperkukuh ekosistem persaingan dan mencegah penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran selaras dengan teras tadbir urus baik di bawah Ekonomi MADANI,” katanya.

Beliau menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai sejauh mana urusan pentadbiran dan ekonomi negara dipengaruhi kewujudan kartel di pelbagai peringkat serta langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang diambil kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 di Dewan Rakyat. Foto Bernama

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata antara langkah utama yang diambil termasuklah dengan memperkasakan tindakan penguatkuasaan merentasi pelbagai kementerian dan agensi seperti MyCC, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“MyCC yang ditubuhkan bagi menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 (Akta 712), mempunyai kuasa memulakan siasatan melalui empat kaedah utama iaitu inisiatif sendiri (ex officio), aduan awam, arahan menteri, serta rejim kelonggaran (leniency regime) bagi mendapatkan maklumat daripada pihak terbabit dalam aktiviti antipersaingan.

“Agensi itu juga melaksanakan tujuh kajian pasaran strategik dalam sektor seperti pertanian, pengangkutan dan perkhidmatan bagi mengenal pasti isu persaingan serta mencadangkan dasar yang sesuai untuk memastikan pasaran kekal sihat dan berdaya saing,” katanya.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi menjawab pertanyaan-pertanyaan menteri ketika Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada 19 Ogos 2025. Foto Bernama

Selain MyCC, kerajaan turut memberi jaminan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kebebasan sepenuhnya untuk menyiasat sebarang aduan berkaitan kartel, sekali gus membuktikan iltizam kerajaan dalam membela kepentingan rakyat dan memastikan persaingan pasaran yang adil.

– Oleh Noor Atiqah Sulaiman




PMX DITITAH KE ISTANA NEGARA! TAMPARAN BERAT BUAT PARTI STAR!



Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (MQT) pada sidang Dewan Rakyat tidak dapat diadakan apabila Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dipanggil ke Istana Negara pagi ini. Perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, yang kemudiannya meminta menteri berkaitan supaya mengemukakan usul berkaitan ketiadaan sesi PMQT. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said bangkit mengemukakan usul yang disokong oleh ahli Dewan Rakyat. "Pagi ini kita ada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri, dua soalan telah dikemukakan oleh (Ahli Parlimen) Paya Besar dan juga (Ahli Parlimen) Masjid Tanah. "Namun, saya difahamkan perdana menteri tidak dapat hadir pada pagi ini kerana dititah Majlis Raja-Raja untuk berada di Istana Negara jam 10 pagi ini," kata Johari.






ULASAN PASAL JEBAT.


 

ADA ORANG AJAK DEBAT...JEBAT SAMBUT LAH


 

Himpunan Malaysia Bersama Palestin esok



Susulan daripada kepulangan perserta Global Sumud Flotila (GSF), Himpunan Malaysia Bersama Palestin akan berlangsung esok.


Himpunan ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena Bukit Jalil.


Majlis akan bermula pada pukul 6 petang.


Rakyat Malaysia dijemput menyatukan hati dan suara demi kebenaran dan keadilan untuk Palestin.

Antara lain, hadirin akan berpeluang mendengar perkongsian pengalaman sukarelawan GSF daripada mulut mereka sendiri.

Acara ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi RTM dan platform media sosial.



RUGI JIKA TAK DENGAR UCAPAN WAN MAHUSSIN NI,PANAS,YANG BIDAS PAS & HADI

GSF: Semua Aktivis Malaysia Dijangka Tiba Malam INI

 


Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan CEO MAPIM, Dato’ Dr Ahmad Sani Araby tiba di Istanbul bagi menguruskan keperluan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

ISTANBUL, 6 Okt – Seramai 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sebelum dibebaskan dan selamat dibawa ke Istanbul, Turkiye, kelmarin, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1), malam ini.

Laporan tersebut selari dengan kenyataan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang berada di sini bagi memantau keadaan dan menguruskan perjalanan pulang ke tanah air.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan CEO MAPIM, Dato’ Dr Ahmad Sani Araby tiba di Istanbul bagi menguruskan keperluan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

Pesawat membawa aktivis terbabit dijangka tiba pada jam 9.50 malam dan difahamkan ia diperoleh menerusi perkongsian seorang ahli keluarga kepada sukarelawan yang juga pelakon, Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana.

“Esok, 7 Oktober, Selasa… pejuang-pejuang kita semua akan pulang ke tanah air (dan) dijangka sampai jam 9.50 malam di KLIA1,” katanya dalam hantaran melalui laman TikTok @mnflegacy.

Sebahagian daripada aktivis hadir ketika Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan CEO MAPIM, Dato’ Dr Ahmad Sani Araby tiba di Istanbul bagi menguruskan keperluan mereka yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

Terdahulu, media melaporkan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul menjangka 23 sukarelawan Malaysia berkenaan dapat diterbangkan pulang ke tanah air, seawal-awalnya hari ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Ahmad Amiri Abu Bakar, dipetik berkata semua proses diperlukan bagi membawa mereka pulang, sedang dilaksanakan sebaik mungkin bagi memudahkan urusan berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan dengan aktivis Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) di Istanbul, Turkiye pada 5 Oktober 2025. Foto X Anwar Ibrahim

Kelmarin, Perdana Menteri menerusi panggilan video mengadakan perbualan dengan mereka dan akan mengatur satu himpunan meraikan wira dan wirawati negara pada masa sesuai selepas tiba ke Malaysia.