Pas pernah bagi apa pada rakyat Msia?jangan kata rakyat Msia,rakyat negeri Pas pernah dapat apa???60 sen, tu sebab negeri Pas semua ghuyub..KEH..KEH..KEH...KIOK.
SANUSI NAIK 5 SEN 1 METER PADU WOIII...WALAUN...JOM DEMO...PADAN MUKA HANGPA.
Zainuddin Omar
Bukan naik 5 sen sahaja tetapi 5 sen untuk 1 meter padu. Walaun jangan terpedaya.
Kalau pakai 1000 meter padu sebulan naiklah bil RM50 dari biasa.
Anwar turunkan minyak petrol 6 sen se liter kepada RM1.99 korang bising.
Adan uke sekarang Sanusi naikkan tarif air 5 sen untuk 1 meter padu. Ahaks.
“Saya ulang, jika saya naik PM harini, esok minyak TURUN”
Sham Ghaz
Akhirnya PMX Anwar Ibrahim kotakan janjinya. Minyak turun sungguh!
▪️Minyak turun - 6sen (kerajaan subsidi 51 sen)
▪️Kadar Tol tak naik - nol
▪️Tarif Elektrik turun - 14%
▪️Program Jualan Rahmah - tambah RM300 juta lagi (dari RM300 juta)
▪️Cuti peristiwa - 15 September 2025 sempena hari Malaysia 16 September 2025.
▪️RM100 bagi setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas
Syam Ghaz
REFORM
https://www.facebook.com/share/p/1PuGz9oomm/?mibextid=wwXIfr
Babai Shopee Pay Later, babai Atome, babai JCL. Babai semua..
Mohd Minul Faizi
Dewan Rakyat semalam sah meluluskan satu rang undang-undang RUU Kredit Pengguna 2025 yang akan ubah cara rakyat Malaysia pinjam duit dan beli barang secara ansuran.
Balik semula ke zaman nak meminjam perlu layak.
Sekarang ni budak sekolah pun boleh pinjam. Giler apa..
Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 (RUUKP) bertahun dirangka oleh Bank Negara Malaysia akhirnya lulus pada 21 Julai 2025.
Kalau korang pengguna Shopee PayLater, Atome, JCL Credit, Chailease dan seangkatan, anda patut tahu apa yang bakal berubah.
📌 Apa Sebenarnya RUU Kredit Pengguna Ni?
RUUKP ni undang-undang pertama di Malaysia yang secara rasmi:
✅ Kawal selia semua bentuk pinjaman pengguna termasuk Buy Now Pay Later (BNPL), kredit komuniti dan pelan ansuran.
✅ Wajibkan semua pemberi kredit (termasuk Shopee Pay Later & Atome) untuk patuh kepada standard baru.
✅ Lindungi pengguna daripada caj tersembunyi, interest tak munasabah, dan ugutan pemungut hutang.
✅ Tubuhkan Lembaga Kredit Pengguna Malaysia – satu badan khas untuk pantau semua pemain industri.
Apa Yang Buat RUU Ni Gempak?
1. Standard Baru Untuk Semua Kredit
Lepas ni semua syarikat BNPL & kredit pengguna wajib :
Tunjuk maklumat pinjaman dengan jelas & telus,
Nilai dulu kelayakan peminjam sebelum luluskan pinjaman. Tak boleh suka2 lulus,
Dilarang guna taktik ugut atau gangguan semasa kutip hutang
2. Akhirnya BNPL Ada Undang-Undang Sendiri
Selama ni BNPL macam Shopee PayLater, Atome, SPayLater semua tidak dikawal selia dengan jelas.
Lepas RUUKP lulus → semua terpaksa daftar & patuh pada peraturan rasmi.
3. Tak Boleh Lagi ‘Main Sedut’ je duit gaji rakyat marhaen.
Ramai antara kita terjebak dengan hutang sebab ansuran kecil tapi banyak ni la, terutama sekali student & org muda. Yg selok dengan gaya hidup konon nya.
Jadi RUU ni akan pastikan ada limit kelayakan & keupayaan membayar dulu supaya tak jadi lubuk hutang. Tak layak tak payah berangan nak berhutang.
Apa manfaat dia yg kita boleh dapat?
1. Zaman pinjam duit tak tentu hala dah tamat. Kirang tak boleh dah suka2 tekan buy, tekan purchase kalau duit takde dalam poket. Tak lain nak jaga kita jugak.
2. Kalau nak bagi pinjam, kena ikut undang2.
3. Nak beli barang secara ansuran? Kena lebih berwaspada sebab tak semua platform akan terus survive lepas RUU ni dikuatkuasa.
4. Peminjam ada lebih perlindungan undang-undang sekarang.
5. Malaysia mula serius lindungi pengguna dalam ekosistem kewangan alternatif.
RUU Kredit Pengguna ni adalah amaran rasmi untuk semua pemain kredit yang suka ambil kesempatan.
Dewan Rakyat done, lepas ni masuk Dewan Negara, hujung tahun insyaallah diwartakan, sistem pinjaman pengguna di Malaysia akan berubah untuk selama-lamanya.
So ya...
Bye-bye Shopee Pay Later, bye-bye Atome. Sumpah menda ni untuk kebaikan semua termasuk peminjam.
Ada tak setuju silakan bahas.
KENYATAAN TEGAS MAHASISWA TOLAK HIMPUAN "TURUN ANWAR"
Sewaktu era Himpunan BERSIH dahulu, tak pernah pun penganjur perlu hantar surat rasmi kepada mahasiswa ajak turun padang. Dulu, mahasiswa hadir secara sukarela atas kesedaran sendiri, atas prinsip, walaupun risiko digantung belajar atau dibuang universiti sentiasa menghantui mereka.
Tapi zaman berubah. Hari ini mahasiswa bebas bersuara, malah PMX sendiri arah universiti agar tidak ambil tindakan pada pelajar yang hadir himpunan. Tapi yang lucunya...
Kini penganjur dari pihak pembangkang (PN) terpaksa hantar surat jemputan rasmi kepada pelajar universiti. 😂 Terdesak sungguh sampai perlu ‘menjemput’ ke himpunan. Namun yang lebih memalukan, pelajar-pelajar kita dengan matang dan berprinsip membalas semula surat jemputan dengan PENOLAKAN TEGAS. 😅👏
MPP UUM, MPP USIM Dan MPP USM sudah nyatakan dengan jelas pendirian mereka:
❌ Tidak mahu terlibat dengan himpunan berunsur provokasi dan partisan
✅ Mahu mahasiswa jadi pencorak solusi, bukan pemarak konflik
📚 Fokus pada akademik dan kesejahteraan negara
Ini bukti bahawa mahasiswa zaman kini tidak mudah diperalat. Mereka cerdas, matang, dan tahu beza antara agenda politik sempit dengan tanggungjawab sebenar sebagai pewaris masa depan negara. 💪🇲🇾
#MahasiswaBermaruah
#MahasiswaMalaysia
#MPP_UUM #MPP_USM #MPP_USIM
#MalaysiaMADANI
#TurunAnwar? #KamiNaikkanMaruahMahasiswa
"Minyak Turun, Tapi Jiwa Terbakar": Peniaga T-Shirt Rugi Besar, Marah Pada PMX
ISWARDY Morni
"Minyak Turun, Tapi Jiwa Terbakar": Peniaga T-Shirt Rugi Besar, Marah Pada PMX
KUALA LUMPUR, 23 Julai – Seorang peniaga t-shirt dari Kelantan meluahkan rasa kecewa dan marah selepas terpaksa melupuskan hampir 1,000 helai baju bertulis 'TURUN MINYAK!' menjelang perhimpunan yang dijadualkan pada 26 Julai ini.
Ini susulan pengumuman kerajaan bahawa harga minyak akan diturunkan lebih awal daripada jangkaan.
> "Lain kali umumlah lepas demo. Bukan sebelum! Saya ni cari makan dengan jual baju. Kos cetak dah keluar, deposit kedai Ah Huat pun baru bayar separuh!" ujar beliau sambil membetulkan bendera PAS di bahunya.
Difahamkan, beliau telah turun dari Kelantan ke ibu negara dengan harapan menjual t-shirt bertema protes itu, namun segalanya musnah selepas pengumuman mengejut oleh Perdana Menteri.
"Kos minyak tak cover, kos cetak rugi, kos emosi pun terjejas!" tambahnya dengan nada sinis.
Peniaga itu juga mempertikai masa pengumuman kerajaan yang menurutnya seolah-olah "mematikan semangat rakyat untuk turun ke jalan".
> "Bila harga minyak turun sebelum demo, siapa nak beli baju protes? Ini strategi bijak atau sabotaj peniaga kecil macam kami?"
Peniaga tersebut turut menggesa agar ada pampasan untuk peniaga mikro yang terkesan akibat keputusan kerajaan yang diumum secara mendadak.
PENETAPAN 1.99 BERMAKNA NEGARA MALAYSIA PALING MURAH MINYAK
PUTRAJAYA – Dengan penetapan harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter, Malaysia bakal mencatatkan antara harga petrol paling rendah di dunia. Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam satu ucapan bersejarah hari ini, sekaligus menzahirkan iltizam Kerajaan MADANI untuk menunaikan janji kepada rakyat.
Langkah ini bukan sahaja melegakan jutaan pengguna, malah membuktikan bahawa janji pilihan raya bukan sekadar retorik, tetapi suatu komitmen yang ditunaikan.
Harga petrol yang lebih rendah ini dijangka memberi manfaat langsung kepada lebih 30 juta rakyat, termasuk belia, pekerja gig, dan penduduk luar bandar. Ia juga bakal membantu menstabilkan harga barang dan kos pengangkutan secara menyeluruh.
Dalam keadaan global yang masih berdepan ketidaktentuan ekonomi, keputusan ini meletakkan Malaysia sebagai negara yang berani mendahulukan rakyat. Sekali lagi, kerajaan MADANI membuktikan ia bukan sekadar slogan — tetapi dasar yang benar-benar berpaksikan kebajikan rakyat.
#MADANIBekerja
#reform
JKOM DAN JENTERA KERAJAAN HARUS BEKERJA KERAS MEMBANTU PMX. JIKA TIDAK, KERAJAAN INI AKAN MUSNAH SAMA MACAM KERAJAAN PAK LAH DAN NAJIB.
Hamdan Taha
Jentera kerajaan terutama setia politik PMX wajib berusaha keras memperbaiki keadaan sekarang ke atas kebencian rakyat pada PMX sebabnya PM nak umum perkara baik pun jadi bahan lawak dan kejian rakyat di media sosial...jcom dan kementerian yang sepatutnya berfungsi tapi menteri nampaknya juga jadi bahan lawak kepada masyarakat, jika saya PMX saya kan serangkan jaga penerangan ini pada UMNO baru lah jentera umno turut sama mempertahankan kerajaan dan tidak bersifat berdiam...
Ini 100 peratus keadaan Najib tahun 2015 sehingga tahun 2018 sampai sekarang, apa juga kebaikan Najib dan Kerajaan masa itu jadi bahan jenaka rakyat dan bahan kutukan rakyat..
Begitu yang berlaku pada Anwar Ibrahim sekarang, kesian juga saya melihat keadaan beliau, dan sayangnya parti dan pimpinan parti tidak berbuat apa apa atau buat tapu tak ada kesan. Setiausaha politik pula sama lebih teruk jadi bahan lawak dan dia pun lebih seronok melayan bini muda dan kumpul harta selagi boleh. Bekas politik pulak adalah tokoh yang sama seperti Jlow pada Najib....
Di zaman najib baik menteri atau sahabat rapat, pegawai kerajaan dan adik beradik berjumpa najib untuk bagi tahu pri hal Jlow dan pandangan masyarakat, Dato Najib sangat tidak senang dan marah sehingga teligga dia merah, pada hal ramai telah bagi nasihat dan dia buat tak tahu atas nasihat tersebut... Akhirnya dia duduk dalam penjara kerana Jlow
Pak Lah masa tu jika orang sebut tentang KJ dan team dia Pak Lah juga marah dan tidak mahu menerima bahawa KJ ada masalah pada keadaan politik semasa... Akhirnya KJ dan tingkat 4 di jadikan isu pilihanraya dan selangor, kedah dan perak jatuh... Buat pertama kali BN tak dapat 2/3...
Sekarang zaman Madani pula, Bekas Setiausaha politik beliau, Setiausaha politik beliau, anak beliau sedang di jadikan bahan politik, dan saya percaya menjelang pilihanraya semua yang anak anak anwar, keluarga anwar, kerja setiausaha politik beliau, dan paling dasyat apa yang bekas setiausaha politik beliau ada akan di dedahkan oleh banyak pihak dan akan di ambik kesempatan oleh Tun Dr M dan pembangkang...ada juga yang sampaikan pada pmx kelakuan pegawai dan bekas setiausaha politik yang kumpul harta, mabuk setiap malam, semua ni sampai pada PMX tapi sikap PMX sama macam sikap Najib pada Jlow... Tanda tanda telah di utakan hati untuk menerima maklumat
Sekarang ni dunia serba serbi maklumat dengan mudah boleh kita dapat, syarikat apa yang geng geng pmx terlibat semua akan bocor kerana bukan semua pegawai kerajaan suka kerajaan madani, dan maklumat akan cepat bocor lagi pulak pegawai pegawai PM tak reti langsung jaga mulut dan salah laku... Cepat je tersebar... Sekarang lebih bahaya lagi musuh dalam parti pun ramai... Mereka tau banyak perkara...
Bayangkan PMX nak umum perkara baik rakyat cemuh macam tu je dan tak ambik kisah pun mereka perkara yang bagi saya ada juga kebaikannya.... Ini bahaya..
NAK HARAP ZAMAN 33 BULAN.....KWSP JADI CAGARAN. HARGA BARANG DAN TELOQ AYAM TAK ADA...TU PUN KO NAK CAKAP.KIOK
“Jika kamu bersyukur, Aku akan tambah nikmat. Tetapi jika kamu kufur, azab-Ku amat pedih.” Surah Ibrahim : 7
"Tidak bersyukur kepada Allah, orang yang tidak bersyukur kepada manusia."
Riwayat: Abu Daud (4811), al-Tirmizi (1954) — Hadis Hasan Sahih
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENDEDAHKAN KETIRISAN RM48.78 BILLION. ZAMAN SIAPA? BACA SAMPAI HABIS,
PUTRAJAYA, 21 Julai 2025 – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2025 mendedahkan wujud kelemahan tadbir urus dan ketidakpatuhan dalam pelbagai projek dan program kerajaan bernilai RM48.78 bilion. Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, berkata (angka tersebut adalah nilai projek yang diaudit, bukan jumlah wang yang hilang), seperti yang sering diputarbelit di media sosial*.
Komponen Utama Terlibat:
1. Kementerian Kewangan (MOF) & agensi berkaitan – Kelemahan dalam kaedah perolehan Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih (Pre-Q) yang didapati lambat, kurang telus dan berisiko dimanipulasi.
2. FELCRA Berhad (2022–2024) – Pajakan 4 ladang kelapa sawit bernilai RM241.76 juta dilaksanakan tanpa dokumentasi lengkap dan penilaian risiko*.
3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) – Subsidi minyak masak gagal disasarkan kepada penerima sebenar, dengan kuota tidak diagih dengan cekap.
4. Tentera Darat Malaysia (2020–2023) – Kontrak kenderaan perisai Gempita bernilai RM7.8 bilion mengalami kelewatan, dengan penalti berjumlah RM162.75 juta hanya dituntut lewat.
5. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Tiga tender bernilai RM58.45 juta tidak mengikuti prosedur yang ditetapkan.
Tindakan & Pulangan Wang
*Jabatan Audit Negara berjaya membantu kerajaan mendapatkan semula RM157.73 juta hasil tindakan susulan, termasuk penalti, cukai, dan bayaran kelewatan*.
Sebanyak 22 cadangan pembetulan telah diberikan kepada kementerian dan agensi terlibat.
PROJEK BERLAKU SEJAK ZAMAN PN & BN
Audit ini merangkumi tempoh 2020 hingga 2024, melibatkan tiga pentadbiran kerajaan:*
Zaman PN (Muhyiddin Yassin, 2020–2021) – Beberapa kontrak pertahanan dan subsidi bermula.*
Zaman BN (Ismail Sabri, 2021–2022) – Projek FELCRA dan kesinambungan kontrak lain.*
Kerajaan Perpaduan (PMX Anwar Ibrahim, 2022–kini) – Membenarkan laporan ini dibentang, menuntut semula penalti dan memperketat undang-undang audit.
Siapa Sebenarnya Bersalah??
Ketua Audit Negara menegaskan bahawa isu ini berpunca daripada kelemahan sistem perolehan, pengurusan kontrak dan pengawasan agensi, bukannya satu pentadbiran semata-mata*.
Yang patut dipersoalkan: Kementerian/agensi pelaksana, lembaga pengarah, kontraktor dan pihak yang cuai*.
Yang tidak wajar disalahkan: PMX dan kerajaan sekarang, kerana mereka bertindak membetulkan kesilapan lama serta memperkenalkan pindaan Akta Audit 1957 untuk memperkuat pengawasan.*
KESIMPULANNYA
RM48.78 bilion bukanlah wang yang lesap, tetapi nilai keseluruhan projek yang diaudit. PMX melalui kerajaan perpaduan mengambil langkah untuk memulihkan kelemahan dan menuntut semula dana rakyat yang tertunggak.
#MalaysiaMadani ❤💙
GESAAN "TURUN ANWAR" ADALAH SATU GERAKAN MENENTANG KETENTUAN ALLAH
Che Ibrahim
Ayaq tak dak, pekerjaan kena cari tempat orang, kemudahan kurang, projek saru apa pun tak jalan... Rasa bagus ka guane?
Kerajaan Madani yang ada hari ini bukan kerajaan pilihan rakyat. Rakyat telah menolak semua parti dalam PRU 15/2022 sehingga tidak ada satu parti pun baik PH, BN atau PN, apalagi GTA yang semuanya hilang wang pertaruhan boleh tubuh kerajaan.
Sebaliknya kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan pilihan Allah, Allah yang takdirkan kerajaan madani ini dibentuk atas nama perpaduan antara parti parti.
Wpun pada peringkat awal sepatutnya PH dan PN membentuk kerajaan sebagaimana saranan awal YDPA, namun Allah takdirkan saranan itu tidak bersambut, tidak menjadi, mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Oleh itu gesaan "Turun Anwar" adalah satu percubaan untuk menolak ketentuan Allah, seolah olah mereka tidak reda dengan apa yang Allah takdirkan.
Mereka lebih cenderung mengikut kecenderungan politik mereka sendiri berbanding akur kepada ketetapan Allah, mereka sebenarnya sedang menentang takdir Allah. Mereka bukan sahaja menolak titah YDPA, bahkan mereka menolak qada qadar Allah.
INTIPATI PENGGUMUMAN PM ANWAR
Nora Jamilah PKR LAHAD DATU
Inti pati pengumuman penghargaan kepada rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim | 23 Julai 2025
👉Setiap warganegara berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad di bawah SARA
👉Kadar Gaji Minimum RM1,700 berkuat kuasa sepenuhnya 1 Ogos ini
👉Rakyat Malaysia akan menikmati harga subsidi RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter apabila subsidi diperkenalkan, yang bakal memanfaatkan sekitar 18 juta pengguna
👉15 September diumumkan sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Sambutan Hari Malaysia tahun ini
👉KKM akan percepat pengisian 4,352 jawatan termasuk doktor kontrak di seluruh negara menjelang akhir 2025
👉Pertumbuhan KDNK suku pertama tahun ini catat pertumbuhan 4.4 peratus dan berdasarkan unjuran awal, suku kedua bakal mencecah 4.5 peratus
👉Kerajaan akan luncurkan Sejahtera MADANI, bantu miskin tegar dan miskin melalui usaha sama Kerajaan dan sektor korporat
👉Harga Lantai Belian Padi ditingkatkan kepada RM1,500
👉Malaysia catat pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM384 bilion pada 2024, meningkat 17 peratus berbanding 2023 dan pencapaian ini diunjur terus melonjak pada 2025
👉Peruntukan STR dan SARA 2025 dinaikkan kepada RM15 bilion, bantuan tunai pertama dalam sejarah untuk semua rakyat dewasa
👉Kenaikan kadar tol 10 lebuh raya utama ditangguhkan, kerajaan akan tanggung kos lebih RM500 juta
👉Penyasaran subsidi petrol RON95 kekal akan dilaksanakan dengan perincian diumum akhir September 2025, namun kerajaan beri jaminan rakyat tidak akan terjejas
👉Sebanyak 85 peratus pengguna domestik nikmati penurunan bil elektrik Julai 2025 bagi penggunaan yang sama berbanding separuh pertama 2025 iaitu sehingga 14 peratus
#TerimaKasihPMX
#KekalAnwar
WALAUN PUN CONFIUS.. BAGI AMBIL UNDI JANGAN... JANGAN BAGI... PUAK NI KHAWARIZ YANG TAK AKAN KENANG JASA BAIK
Ramli Jidin
Tangan kanan ambil bantuan, tangan kiri suruh PMX turun, mulut kejap puji, kejap hina. Rakyat “confuse” dengan perangai mereka.
Namun, walaun terus bertakbir!
INDONESIA TAK BOLEH LAGI SEKAT IPHONE? DEAL BARU DENGAN TRUMP UBAH SEGALANYA!
Nazri Hamdan
Dulu Indonesia pernah buat kejutan bila sekat kemasukan iPhone 16 sebab Apple tak ikut syarat tempatan berkaitan local content, termasuk R&D, pelaburan atau pengeluaran dalam negara.
Waktu tu, syarat minimum yang ditetapkan ialah 35 peratus elemen tempatan untuk semua peranti 4G dan 5G. Apple masa tu pun terpaksa buka Apple Developer Academy di Surabaya dan Jakarta untuk lepas syarat tu.
Tapi dalam perjanjian tarif baru dengan Trump, Indonesia setuju buka hampir semua halangan pasaran kepada produk Amerika termasuk produk teknologi dan elektronik.
Dengan perjanjian baru ni, Indonesia janji buang 99 peratus halangan tarif dan sekatan ke atas produk industri dan teknologi dari US. Kalau diikutkan, iPhone dah tak boleh kena sekat macam dulu kecuali ada isu keselamatan negara.
Tambah pula, Indonesia juga setuju nak terima standard keselamatan US tanpa perlu buat pemeriksaan pra-penghantaran. Secara tak langsung, ini akan mudahkan produk macam iPhone 16 masuk terus ke pasaran Indonesia tanpa tapisan ketat macam sebelum ni.
Kalau tengok data, jualan iPhone di Indonesia memang makin meningkat. Pada 2023 sahaja, dianggarkan lebih sejuta unit iPhone terjual walaupun harga jauh lebih mahal berbanding pesaing dari China.
Apple tahu pasaran Indonesia penting sebab ada lebih 200 juta pengguna dengan golongan muda makin ramai beralih kepada jenama premium.
Jadi bila Trump dapat tekan Indonesia untuk longgarkan syarat, ia sangat menguntungkan Apple dan produk US lain yang dulu terhalang sebab dasar perlindungan.
Persoalan sekarang, adakah Indonesia masih boleh kawal produk luar demi lindungi industri tempatan? Realitinya makin sukar.
Bila dah tandatangan perjanjian tarif, kalau tiba-tiba sekat balik iPhone dengan alasan R&D atau local content, Indonesia boleh kena tuduh langgar perjanjian dan mungkin dikenakan semula tarif 32 peratus atau lebih.
Jadi dalam situasi baru ni, kebebasan Indonesia nak “pilih-pilih” produk luar dah makin terbatas. Nak jaga kepentingan negara, mereka kena main ikut undang-undang yang lebih berpihak kepada Amerika.
PENGUMUMAN: PENGHARGAAN UNTUK RAKYAT
Saya tak pasti apa Kerajaan akan umum sebagai penghargaan untuk rakyat sekejap lagi.
Ada banyak spekulasi mungkin bagi tunai, mungkin turunkan harga minyak, mansuhkan itu ini.
Tapi kita kena berpijak pada bumi yang nyata.
Dalam keadaan Kerajaan hendak memastikan kedudukan fiskal berdaya tahan, sudah pasti apa jua keputusan Kerajaan untuk memberi penghargaan kepada rakyat perlu mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan.
Ada yang cakap Kerajaan terbitkan hutang RM5 bilion baru-baru ini semata-mata untuk umumkan penghargaan kepada rakyat harini sedangkan penambahan hutang tersebut memang dah ada dalam Auction Calendar hutang Kerajaan sejak penghujung tahun lepas dan hanya kebetulan Kerajaan nak umumkan penghargaan tersebut.
Malah tiap-tiap bulan pun memang dah ada dalam jadual Kerajaan akan terbitkan hutang baru sama ada untuk bayar hutang lama atau untuk tampung perbelanjaan pembangunan dan defisit.
Pun begitu, sebenarnya, kedudukan kewangan Kerajaan juga menunjukkan kemajuan dari segi peningkatan hasil di mana hasil Kerajaan bagi 5 bulan pertama tahun ini (2025) lebih tinggi daripada 5 bulan pertama tahun lepas (2024):
HASIL KERAJAAN:
Jan - Mei 2024: RM118.5 bilion
Jan - Mei 2025: RM124.8 bilion
PENINGKATAN: RM6.3 bilion
Hasil meningkat manakala perbelanjaan Kerajaan pula menurun:
PERBELANJAAN KERAJAAN
Jan - Mei 2024: RM164.5 bilion
Jan - Mei 2025: RM158.5 bilion
PENURUNAN: RM6.0 bilion
Ini menjadikan defisit Kerajaan juga menurun:
DEFISIT KERAJAAN
Jan - Mei 2024: RM46.0 bilion
Jan - Mei 2025: RM33.8 bilion
PENURUNAN: RM12.2 bilion
Jadi kedudukan kewangan Kerajaan mempunyai ruang untuk bagi apa jua jenis bantuan penghargaan kepada rakyat kerana Kerajaan ada tambahan hasil dan perbelanjaan serta defisit juga menurun.
Cuma bantuan penghargaan tersebut pastilah akan di dalam ruang lingkup yang logik mengikut kemampuan kewangan Kerajaan yang saya sebut di atas.
Jangan harapkan benda-benda tak masuk akal seperti PTPTN dimansuhkan, tol-tol dihapuskan dan sebagainya.
Apapun, Kerajaan tak perlu berhutang untuk bagi bantuan kepada rakyat kerana mengikut undang-undang pun Kerajaan hanya boleh meminjam untuk membiayai perbelanjaan pembangunan (DE) dan bantuan sosial adalah di bawah kategori perbelanjaan mengurus (OE) yang mesti dibiayai melalui hasil.
Ada tambahan hasil RM6.3 bilion, perbelanjaan dengan defisit pun berkurang. Kalau nak belanja sikit untuk mengurangkan beban rakyat, apa masalahnya? 😀
KENA CING
Kitorang PH ni cerdik. Kami tak undi PAS pun, jadi kami tak meratip tuntut PAS laksana RUU355 — yang dulu jadi modal kempen untuk bodohkan pengikut dia.
Tebuk atap berlaku, jadi kerajaan 33 bulan. Janji RUU355 tah ke mana. Kena kencing, diam tak kata apa. Masa kempen PRU14, PAS janji juga nak hapus PTPTN. Dah jadi kerajaan 33 bulan, takde pun hapus.
Yang peliknya, bila PH jadi kerajaan, tiba-tiba mereka pulak ratip, "Bila nak hapuskan PTPTN?" Eh, pelik tak?
Pastu meratip pulak janji PRU12 tahun 2008 — masa tu Pakatan Rakyat, PAS sepentas dengan kami kempen harga minyak RM1.50. Menang hari ni, esok minyak dari RM1.85 turun jadi RM1.50. Tapi lepas undi, BN yang menang. Anwar jadi PM ke? Tak pun. So, yang korang tuntut janji PRU12 tahun 2008 tu kenapa sekarang zaman PRU15 tahun 2023 baru nak bising?
> "Pada tahun 2023, harga runcit petrol RON97, RON95, dan diesel di Malaysia kekal tidak berubah dari 6 hingga 22 November 2023 pada paras RM3.47, RM2.05, dan RM2.15 seliter masing-masing. Kerajaan mengekalkan harga siling untuk RON95 dan diesel meskipun harga pasaran sebenar telah melebihi paras tersebut."
RM2.15 seliter tu pun kerajaan tanggung subsidi, nak turun jadi RM1.50? Masa kempen tu harga minyak pun dah RM1.75–RM1.80 seliter. Tapi sebab Anwar tak jadi PM masa tu, memang tak dapat la dia nak tunai janji.
Tapi puak walaunbodo ni... tak undi PH pun, tapi sibuk tuntut itu ini. Masa PAS jadi kerajaan 33 bulan tu senyap menikus. Siap masa tu Tg Zafrul potong duit royalti minyak ke Terengganu & Kelantan, pun takde bunyi. Diam membisu.
Bila PH-BN teruskan dasar royalti yang PN buat dulu, elok pulak puak-puak ni melalak tuntut balik royalti. Aneh kan?
Esok, 26 haribulan, depa nak kempen ulang-ulang benda sama atas jalan raya. Mintak Anwar turun. Tapi bila Anwar dengan berani cabar dalam parlimen, ajak buat undi tak percaya — takde sekor MP pun berani sahut. Kata nak tukar PM? Parlimen la tempat yang betul, bukan atas jalanraya. Nak tukar, tunggu PRU16, kempen lah elok-elok.
Nak tukar PM buat apa kalau kerajaan hari ni dah anti rasuah? Tiap minggu ada berita tangkapan. Kalau yang kena cekup tu kebetulan geng sakau, patutnya korang suka — sebab pencuri negara tengah kena kutip. Tapi korang pulak berdemo nak selamatkan kaki sakau?
Apakebendaaaa... 🤦♂️
ManToba Ori aktivis Blogger
Penulis blog dulu dulu
RISDA DAN TINDAKAN TERHADAP PEKERJA.
Saiful Izaham Ramli
Selesai Pertemuan & Dialog dengan 56 keluarga bekas2 pekerja & waris² bekas2 pekerja ladang getah di penempatan pekerja-pekerja Risda di Risda Tg Genting, Sintok, Kedah, yang sedang berhadapan dengan kes tindakan mahkamah oleh pihak Risda di Mahkamah Majistret Jitra, untuk mengusir mereka keluar dari kediaman mereka.
Pada tahun 2001, sewaktu menerima notis pemberhentian kerja secara bertulis dari pihak Risda, selain diberikan pampasan pemberhentian, mereka juga telah dibenarkan untuk terus menetap di kediaman mereka hari ini sehinggalah diberikan penempatan baru yg lebih kekal oleh pihak Risda.
Namun hari ini, pihak Pengurusan baru Risda, tanpa mengambilkira janji2 mereka sendiri yg dibuat secara bertulis pada tahun 2001, telah memulakan tindakan mahkamah terhadap bekas pekerja2 mereka sendiri.Fakta2 lain berkenaan kes ini, yg tidak didedahkan oleh pihak Risda, selaku Plaintiff dalam kes ini, insyaAllah akan didedahkan sepenuhnya di Mahkamah...
InsyaAllah, bersama2 teman2 di Kedah, saya akan mewakili 56 keluarga ini untuk mendapatkan semula hak2 mereka yg dinafikan. Moga segala urusan dipermudahkan...
Wallahualam
ALIF SHUKRI BELI JET PERIBADI
Bukan kaleng-kaleng mempunyai jet peribadi.
Saya semak dengan ChatGPT kos penyelenggaraan sebulan Learjet 60.
Kos Pemilikan Learjet 60 (Tahunan, Anggaran)
• Penyelenggaraan tahunan: RM1.5 – RM3 juta
• Fuel (Jet A): ± RM6,000 sejam penerbangan
• Crew (juruterbang + co-pilot): RM30,000 – RM60,000 sebulan
• Hangar & parking: RM8,000 – RM20,000 sebulan (lokasi penting)
⸻
🔍 Ringkasan:
• Learjet 60 secondhand boleh dibeli dari serendah RM6 juta bagi unit lama, dan sehingga RM18–19 juta bagi unit akhir keluaran (2007) dalam kondisi baik.
• Jet ini masih popular di kalangan pemilik jet peribadi Asia kerana ia laju, berkuasa, dan boleh terbang jauh (4,000+ km) dengan selesa.
ALLAH BAYAR SECARA TUNAI...
Kisah ini kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri..
Satu hari saya pergi ke sebuah Rumah Orang Tua-Tua. Saya dapat bantuan sejumlah wang daripada seorang sahabat meminta saya beli dan sampaikan barangan keperluan tersebut kepada orang miskin.
Jadi saya pun belilah kain pelekat, kain batik, beli roti dan macam-macamlah saya beli, saya pun pergilah Rumah Orang Tua-Tua, tak payah sebutlah di mana.
Sampai saja kereta saya di perkarangan Rumah Orang Tua-Tua, tiba-tiba ada seorang perempuan tua berlari dari asrama orang tua-tua tu mai dekat saya.
"Yea..yea.. Anak aku datang, anak aku datang, seronoknya anak aku datang.."
Saya tak kenai dia siapa, dia mai peluk saya, dia cium saya.
Orang tua tu kata..
"Nak.. Kenapa tinggal mak kat sini nak, mak nak balikkkkkk.. Mak rindu dekat rumah.."
Saya waktu tu.. Ya Allah.. Saya kata..
"Makcik..'
Saya pegang saya tengok muka dia, dia kata..
"Sampai hati hang tak mengaku aku ni mak hang.."
Saya boleh bayang perasan waktu tu dia rindu sangat pada anak dia, saya berlakon depan dia, saya kata..
"Mak.. Maafkan saya mak ye.."
Saya pegang tangan dia saya bawa pi duduk atas kerusi, saya ambik roti saya suap ke mulut dia.
Cuba bayangkan hati ibu yang rindu kepada anak ini bila kita ambik roti kita suap kat mulut dia, apa perasaan dia? Apa perasan kita?
Semasa saya menyuap roti, air mata dia meleleh-leleh, dia pegang tangan saya, _Subhana Allah_.. Saya dapat rasa bagaimana perasaan rindunya kepada anak dia.
Bila saya nak balik dia pegang kaki saya dia kata..
"Nak.. Jangan tinggai mak nak, mak nak balik, mak nak balik.."
Akhirnya saya minta kebenaran dengan pihak pengawasan di situ. Check-check tengok rupanya dia ada anak 5 orang. Anak dia yang sulung bergelar Tan Sri, orang memang kaya, orang ada nama, hebat orangnya.
Saya waktu tu nak balik, dia pegang baju saya dan dia kata nak ikut saya balik, saya kata takpa lah, jomlah jomlah.. Saya isi borang apa patut semua.. Ringkaskan cerita, saya minta pelepasan untuk bawa balik selama 5 hari saja.
Bila balik rumah saya, Sembayang Subuh saya jadi Imam dia sembahyang di belakang, saya baca doa, saya tengok air mata dia jatuh. Lepas tu saya pi salam dia, saya cium tangan dia dan saya kata..
"Mak.. Maafkan saya mak yeee.."
Waktu tu saya tak dak mak dah, tapi saya bayang ini ibu saya, sebab dia rindukan pada anak-anak dia.
Duduk hari ketiga di rumah saya, waktu Sembayang Isyak, selesai doa saya nak pi salam dengan dia, tetiba dia lapik tangan dia dengan kain tudung, baru dia salam.
Saya kata..
"Mak.. Kenapa mak lapik tangan, dua hari dah mak salam, mak tak lapik tangan dengan saya. Kenapa hari ni mak lapik tangan?"
Dia kata..
"Ustaz.. Kau bukan anak saya ustaz ye.."_
SubhanAllah. Tiba-tiba dia sebut nama saya "Ustaz". Saya kata..
"Kenapa mak panggil saya ustaz? Saya anak mak.."
Dia kata..
"Bukan.. Kalau anak saya dia tak akan buat macam tu, kalau anak saya dia tak akan jadi imam saya, kalau anak saya dia tak akan suap saya makan.."
Bayangkan sahabat-sahabat perasaan seorang ibu ini, tiba-tiba saja dia menangis, saya pun pegang dia, saya peluk dia, saya pun menangis, saya kata..
"Mak.. Walaupun mak bukan mak saya tapi saya sayangkan mak sebagai ibu saya sendiri..".
Saya pegang tangan ibu ini.. Walaupun dia bukan mak saya tapi saya tahu hati dia rindu sangat dekat anak dia, waktu tu saya pandang wajahnya, saya kata..
"Mak.. Walaupun ibu sebenar saya telah meninggal dunia, tapi mak boleh ganti tempat ibu saya, mak duduklah di sini..".
Waktu nak makan saya suapkan nasi ke mulut dia, dia muntahkan balik makan dari mulut dia,
saya tanya..
"Kenapa mak?"
Tiba-tiba saya tengok air muka dia pucat, saya angkat dia, panggil ambulan hantar dia ke hospital.
Waktu dia di hospital, saya ambik kepala dia saya ribakan mak ini, dia pegang tangan saya dia kata..
"Ustaz.. Kalau saya mati, tolong jangan bagi tahu sorang pun anak saya, kalau anak saya tahu saya mati, jangan bagi tahu di mana kubur saya, kalau dia tahu di mana kubur saya jangan izinkan dia pegang batu nisan..".
Saya pegang dia saya kata..
"Mak.. Jangan cakap mcm tu mak..".
Isteri saya menangis di sebelah, anak saya menangis di sebelah pegang dia. Kami pegang dia..
"Mak.. Jangan cakap mcm tu mak, jangan mak.."
Dia geleng kepala rupa-rupanya itulah saat penghujung hayat dia, akhirnya dia pun meninggal di atas ribaan saya di hospital.
Dia meninggal dalam pelukan saya, saya doakan Makcik Hajjah khalijah ini rohnya mudah-mudahan bersama _Salafusoleh_.
Sahabat-sahabatku, sesiapa yang masih ada mak tolonglah taat pada mak, jangan derhaka pada mak kita, jangan tinggal dia di Rumah Orang Tua, mak kita sakit kita jaga dia, picit kepala mak kita..
Sahabat-sahabat cuba tanya mak kita..
_"Seksa dak mak mengandungkan saya dulu? Seksa dak mak melahirkan saya dulu?"_.
Tanya mak kita sahabat-sahabat sekalian.. Kalau kita tanya sudah tentu air mata mak kita akan jatuh, sebab tu sahabat-sahabat suapkanlah makanan pada mak kita..
Sahabat-sahabat semua.. Selepas daripada kematian makcik ini, sampailah berita kepada anaknya yang sulong, anak dia terus telefon saya..
Apa anaknya kata pada saya..
"I akan bawa you ke makhamah, I akan saman you sebab you bawa keluar mak I dari Rumah Orang Tua-Tua"..
3 tahun dia letak mak dia di Rumah Orang Tua-Tua, dia tak pergi tengok, sebab tu mak dia rindu tak boleh beza saya dan anaknya..
Akhirnya saya tunggu, tunggu punya tunggu tidak ada saman hampir setahun lebih. Saya pergi ceramah di Masjid di Gombak, selesai saya ceramah datang seorang lelaki peluk saya.
Menangis dalam masjid, orang dalam masjid hairan, sebab apa ni, saya tanya pada dia..
"Pasai pa ni? Ada masalah apa ni..?"
Dia berkata dalam keadaan menangis..
"Ustaz.. Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya ustaz? Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya?"..
Saya kata..
"Kenapa hari ni baru tanya kubur mak kamu?"
Dia kata..
"Tolonglah ustaz.. Saya nak jumpa mak saya ustaz, sayalah orang yang bergelar Tan Sri yang nak saman ustaz hari tu.. Saya sekarang ni papa kedana ustaz, isteri saya mati kemalangan, rumah banglo saya bank dah tarik, kereta mewah saya semua bank dah tarik, tinggal satu ja, kereta kancil.."_.
Saya berkata..
"Saya boleh tunjuk kubur mak kamu, tapi dengan satu syarat, kamu jangan pegang batu nisan mak kamu..".
Sampai saja di tanah perkuburan, tak sempat saya nak turun, dia turun dulu, saya tengok depan mata saya sendiri dia jatuh tersungkur tangan dia menjadi hitam, mulut dia tarik sebelah yang tadi pada awalnya, tangan dan mulutnya elok sambil memanggil-manggil..
"Ibu.. Ibuuu... Ibuuuu..".
Tiba-tiba saya angkat dia tak jauh dari kubur ibunya belum sampai lagi ke kubur ibunya, dia dah hembuskan nafas terakhir berhampiran kubur ibunya..
Allahuakbarrrrrrrrrrrrr...
Mengucap panjang saya.. Allah SWT tunjuk di atas dunia lagi balasan anak yang derhaka pada ibu dan ayah.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran di luar sana, ambillah iktibar dari kisah di atas.
"Dan apabila mata ibumu sudah tertutup maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah, iaitu doa seorang ibu"
gambar hiasan
Klau btol sygkn mak korang. Tolong share kisah ini .
DARUL GAY KO NIM.
Sham Ghaz
“Pesta Gay” mereka ingat polis takda bukti.
Skali Ketua Polis Kelantan keluarkan press release baru jap tadi siap semua bukti.
“Serbuan dilakukan 1 pagi, 20 orang lelaki yang berada dalam rumah berkenaan dan mereka mengaku merupakan Komuniti gay”
18 daripada 20 tu Ic 03, 1 dari Perak dan 1 dari Terengganu.
Un terduduk dan checkmate terus!
https://www.sinarharian.com.my/article/739904/berita/semasa/perjumpaan-gay-tiada-penglibatan-ngo-klinik-kesihatan-atau-kkm-ndash-ketua-polis-kelantan
Baca: https://www.kosmo.com.my/2025/07/23/polis-ada-bukti-perjumpaan-gay-di-banglo-tidak-libatkan-ngo-kkm/










































