BERTEMU NAIB PRESIDEN INDONESIA DI SARAWAK










 Sebaik tiba di Kuching, Sarawak petang ini saya terus menerima kunjungan dari tetamu istimewa yakni Naib Presiden Indonesia, Bapak Prof. Dr (Hc). K. H. Ma’ruf Amin.


Ruang ini merupakan peluang untuk kami mengukuhkan tekad dan muafakat antara dua negara serumpun serta berbincang terkait pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama antara soal pelaburan, perdagangan dan tenaga kerja Indonesia.


Kami juga senada untuk memastikan isu berbangkit melibatkan kedua-dua negara dapat diselesaikan sesegera mungkin.


Bapak Ma’ruf Amin turut menyentuh isu Palestin di mana beliau memaklumkan mengenai Hospital Indonesia di Gaza yang terpaksa di kosongkan akibat diserang rejim Zionis Israel.


Saya juga maklumkan telah memberi kenyataan tegas terkait isu Palestin bersama Bapak Presiden Jokowi di hadapan Presiden Joe Biden sewaktu menghadiri sidang APEC 2023 di San Francisco.


Dalam pertemuan ini Bapak Ma’ruf Amin turut memuji Kerajaan MADANI yang kini bertambah kukuh dan stabil seraya berharap Malaysia dan Indonesia dapat bergerak sederap pada masa mendatang.


Mendoakan agar hubungan kedua-dua negara terus mekar sekali gus membawa manfaat kepada rakyat keseluruhannya, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI




KALAU TAK SALAH BUAT APA BAYAR DENDA

 








Untuk mempertahankan kemungkaran di negeri mereka, mereka kata ini adalah kebudayaan dan program agama budha.


Cis..sejak bila budaya siam begitu dan sejak bila ajaran agama budha begitu?


Kononnya negeri mereka meraikan kepelbagaian dan memupuk keharmonian pelbagai kaum.


Walhal sekali lihat kita tahu, ini bukan tarian kebudayaan. Ini adalah tarian seksi  melampau.


Ini melanggar Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan. 


Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 yang melarang persembahan oleh wanita di atas pentas, yang ditonton kaum lelaki.


Ada juga mendakwa ianya telah berlangsung sejak zaman TGNA. Ini fitnah, saya yakin tidak pernah berlaku.


Sekarang kita nilaikan sendiri sikap mereka. Bukan sahaja tak berani mengaku salah, malah tidak berani menolak konsert yang terang-terang mencolok mata.


Hati siapa mereka sedang jaga sekarang?



KAU TIRU MAHATHIR- ADA LAGI YANG SOKONG DIA WALAU DIA MAKI MACAM MACAM.




 Tak payah mintak maaf. Don't worry. Orang Melayu ok je. Tengok Mahathir tu. Berapa kali dia mengata Melayu? Malas la, haprak la. Tau tau sampai ke hari ni ada lagi Melayu sokong dia. Lepas ni ko cakap je pasal nak bela Melayu dan Islam, berdedai sokong ko nanti. Apa ada hal. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KOMEN MAKI HAMUN..BUKTI DAH DIBERI KENAPA WALAUN KATA TU SEMUA SIAM. BANYAK SUNGGUH KAPIAQ TEMPAT HANGPA PI TENGOK KONSERT.NOOHHHH

 




Mohd Fairul Al Qasas


Ada orang siap tag saya lagi nak minta saya komen program ratu cantik ni.


Bila buka komen, macam-macam komen maki kerajaan ada. Boleh baca sendiri.


Saya pun tak tahu dan tak sokong program ni.tapi dengan sedikit carian, saya dapati program ni dah lama...sejak 2015.


Semasa PASPN memerintah pun tahun 2021, program ini berlangsung.


Dan sekarang tahun 2023 pun ada dan menurut laporan berita mereka adalah peserta luar negara.


Ratu cantik ni memang program seksi. Yang pertama orang Islam tak boleh sertailah.


Tapi ratu cantik ni satu bentuk pertandingan,  dia adalah kaedah dia sendiri. Sama seperti gimnastik. 


Yang penting kita tak terlibat ni jangan nak tengok lah.


Oh nanti mesti ada komen tadi bising pasal konsert siam di Kelantan. 


Ok baik, konsert siam tu, pertamanya melanggar Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan sendiri.


Sedangkan konsert Coldplay dan ratu cantik ni tidak melanggar peraturan di KL.


Awak buat undang-undang,  lepas tu awak tak ikut, kita ingatkan awak marah?


Kedua konsert siam tersebut kelihatan seperti seksi melampau,  sedangkan sifat konsert, peraturan bukan begitu, beza dengan pertandingan ratu cantik, bina badan atau gimnastik dan renang, memang begitu pakaiannya. 


Ketiga, konsert siam yang sepatutnya khusus untuk bukan Islam, tetapi TIADA kawalan sehingga orang Islam turut masuk. Ini diakui exco Kelantan sendiri.


Jadi kepada un sekalian, betulkan tempat anda dulu dan jangan berlagak suci dengan segala perkara yang berlaku di zaman pemerintahan anda.



HHHMMMMM- RATU CANTIK KONONNYA NAK KENAKAN KERAJAAN

 






Mohd Faieul Al- Qasas



Ada orang siap tag saya lagi nak minta saya komen program ratu cantik ni.

Bila buka komen, macam-macam komen maki kerajaan ada. Boleh baca sendiri.

Saya pun tak tahu dan tak sokong program ni.tapi dengan sedikit carian, saya dapati program ni dah lama...sejak 2015.

Semasa PASPN memerintah pun tahun 2021, program ini berlangsung.

Dan sekarang tahun 2023 pun ada dan menurut laporan berita mereka adalah peserta luar negara.

Ratu cantik ni memang program seksi. Yang pertama orang Islam tak boleh sertailah.

Tapi ratu cantik ni satu bentuk pertandingan,  dia adalah kaedah dia sendiri. Sama seperti gimnastik. 

Yang penting kita tak terlibat ni jangan nak tengok lah.

Oh nanti mesti ada komen tadi bising pasal konsert siam di Kelantan. 

Ok baik, konsert siam tu, pertamanya melanggar Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan sendiri.

Sedangkan konsert Coldplay dan ratu cantik ni tidak melanggar peraturan di KL.

Awak buat undang-undang,  lepas tu awak tak ikut, kita ingatkan awak marah?

Kedua konsert siam tersebut kelihatan seperti seksi melampau,  sedangkan sifat konsert, peraturan bukan begitu, beza dengan pertandingan ratu cantik, bina badan atau gimnastik dan renang, memang begitu pakaiannya. 

Ketiga, konsert siam yang sepatutnya khusus untuk bukan Islam, tetapi TIADA kawalan sehingga orang Islam turut masuk. Ini diakui exco Kelantan sendiri.

Jadi kepada un sekalian, betulkan tempat anda dulu dan jangan berlagak suci dengan segala perkara yang berlaku di zaman pemerintahan anda.



PERLANTIKAN. JKMR JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH






 Pada petang ini, saya berkesempatan untuk menyampaikan watikah pelantikan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Sesi 2023-2026 di Parlimen Malaysia.


Bagi sesi kali ini, Yang Di-Pertua Dewan Negara YB Senator Tan Sri Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah dilantik selaku Pengerusi JKMR. 


JKMR Sesi 2023-2026 turut dianggotai  empat Ahli Dewan Rakyat iaitu Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah; Mohd Shafizan Kepli;  Lo Su Fui dan Young Syefura binti Othman.


Insya-Allah, moga-moga tanggungjawab besar yang diamanahkan ini dapat digalas dengan penuh adil, tawaduk dan saksama. 


Pelantikan ini antara lain ternyata adalah manifestasi Kerajaan Madani untuk terus beriltizam dengan segala usaha dan kudrat untuk membanteras gejala rasuah di negara tercinta ini. 


Intiha penerimaan watikah ini, didoakan segala usaha murni kita ini mendapat keberkatan dari-Nya. 


Saya percaya Ahli JKMR Sesi 2023-2026 akan terus istiqamah dan beroleh hikmah untuk melaksanakan tugas memerangi gelaja yang kian membarah. 


#MalaysiaMADANI



KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA


Tangkapan Dua Individu Berhubung Hantaran Menghina Yang di-Pertuan Agong dan Mengugut Perdana Menteri Malaysia.




PENDANG NGAN PEDU- NOH HAIHHHH- LOQ SETAQ .....KAMI MAI ...KEPALA PENUH KAKI KETAQ


 

DENGAR APA BUKIT GANTANG CAKAP


 

RAFIZI SEKOLAHKAN UN. SEBAB WALAUN BAB PERATUS BAGAI TAK FAHAM


 

LEBAI UCAP MACAM MACAM, TAPI TAK GUNA , DOA CELAKA BALIK PADA LEBAI NI. KEPALA BAPAK HANG. KEPALA BAPAK BUKAN MAKI TUAN TUAN TAPI PUJIAN.


 

UNDILAH BN- WAKIL RAKYAT SEPENUH MASA. BUKAN SINGAH SINGGAH


 

Kerajaan siap siaga hadapi monsun timur laut, banjir


 

Kerajaan pada waktu ini bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh yang dibawa monsun timur laut dan kemungkinan banjir di banyak kawasan rendah.


Hal itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) dalam sesi tanya jawan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi ini.


Menurut beliau, kerajaan telah mengenal pasti lebih 5,000 kawasan hot spot banjir dan telah bersiap siaga dengan melakukan senggaraan ke atas sungai, kolam takungan banjir dan mengaktifkan bilik kawalan operasi, pusat amaran dan ramalan banjir yang beroperasi 24 jam .


Begitu juga, katanya, persediaan pam bergerak di semua lokasi, menaik taraf stesen siren amaran banjir dan stesen kamera web.


"Persiapan tindak bencana melibatkan 66,169 pegawai dan anggota pelbagai cabang agensi kerajaan. Sokongan tambahan 25,440 unit pelbagai aset termasuk ATM, PDRM, JBPM, APM, Rela dan aset darat, air dan udara.


"Langkah yang dilaksanakan segera ialah pusat pemindahan sementara mengaktifkan 8,481, ini untuk mengelakkan kelam kabut keadaan bila banjir berlaku. Persediaan dimulakan sekarang biar pun kawasan belum parah.


"Persiapan menempatkan 1.6 juta mangsa melibatkan 5,000 lebih sekolah, 2,400, 572 masjid dan 389 pusat komuniti.


"Peruntukan awal pula RM240 juta. RM100 juta telah dibelanjakan untuk senggaraan sungai seperti telah disebutkan tadi," katanya.





Bantuan banjir: Kelantan diberi keutamaan


 Kelantan diberi keutamaan dalam pengagihan bantuan banjir.



Meskipun berstatus negeri pembangkang namun Kerajaan Madani, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetap mengambil kira kesukaran hidup penduduk negeri itu berhadapan musim tengkujuh kali ini.



"Beberapa pandangan termasuk kadar bantuan telah mengambil kira pandangan semua negeri.



"Satu jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan Timbalan PM 1 (telah dibentuk). Kelantan memang diberi keutamaan memandangkan kesan banjir jauh lebih parah di Kelantan. Sebahagian kita boleh tekan di sini, termasuk (projek) lembangan sungai bersepadu, Sungai Kelantan Fasa 2 dan Rancangan Tebatan Banjir Kota Bharu, mungkin dimukakan sebulan ini.



"Pertemuan dengan PM Thaliand semalam, pihak Thailand beri jaminan siap EIA (laporan alam sekitar) untuk bahagian Thailand Sungai Golok ke Rantau Panjang (maka projek dimulakan).



"Ini bukan melibatkan jambatan tetapi lembangan sungai untuk kurangkan banjir.



"Menyenyuh bantuan pula, melibatkan bantuan nelayan dan pekebun kecil diluluskan. Saya mengira pandangan YB (Rantau Panjang) bahawa ada kesan yang lain itu, dalam peruntukan," katanya menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Datuk Siti Zailah Yusoff (Pas-Rantau Panjang) di Dewan Rakyat sesi pagi.



PM turut menegaskan bahawa beliau akan memastikan jentera kerajaan di daerah dan negeri menyediakan ganti rugi munasabah bagi mangsa banjir.


WAHAB ALAMI KEMURUNGAN MELAMPAU, TANGGUH DULU BERI KETERANGAN – PEGUAM


 Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani mengalami kemurungan dan sedang mendapatkan rawatan, menurut peguamnya.

Faizal Rahman berkata, keadaan ini menyebabkan anak guamnya terpaksa menjadualkan semula pertemuannya dengan polis untuk memberikan keterangan.

Polis sepatutnya merakam keterangan Wahab semalam, berhubung video tidak senonoh didakwa memaparkan Wahab dan bekas ketua pengarah J-Kom Agus Yusoff.

Bagaimanapun, janji temu itu terpaksa dibatalkan kerana Wahab mengalami kemurungan melampau, kata Faizal.

“Pada asalnya, tarikh (Wahab memberi keterangan) ditetapkan semalam (Ahad) tetapi atas faktor kesihatan, beliau tidak dapat (berbuat demikian.

“Wahab mengalami kemurungan melampau dan sedang mendapatkan rawatan,” kata Faizal.

“Saya telah berikan komitmen kepada pihak polis (bahawa) dalam minggu ini Wahab akan berikan keterangan.”

Terdahulu, Berita Harian melaporkan pihak polis tidak dapat menghubungi Wahab dan telefon bimbitnya dimatikan, memetik Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Menjawab dakwaan itu, Faizal berkata, ini hanya salah faham kerana beliau sentiasa berhubung dengan polis.

Terdahulu dilaporkan Wahab mendakwa beliau didesak oleh seorang individu bergelar “Mr H” untuk merakam panggilan videonya dengan Agus. Bagaimanapun, kata Wahab, video itu kemudiannya disunting dan disebarkan dalam talian.


Susulan itu, polis merakam keterangan beberapa individu, termasuk Agus dan seorang lelaki dikatakan sebagai “Mr H”. Bagaimanapun, pihak polis memerlukan Wahab untuk mengesahkan identiti lelaki tersebut.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/11/27/wahab-murung-melampau-tangguh-beri-keterangan-kata-peguam/



JAWAPANNYA BUKIT......


 

NAK DENGAR TAKIYUDDIN KENA BANTAI , NAK DENGAR BUKIT GANTANG ISTIHAR DALAM DEWAN-SILA GERAK CURSOR KE HADAPAN UNTUK SIARAN - Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (Parlimen 28.11.2023)

RENTASAN 1494 | KINI TIADA LAGI 'PM TEPI', HANYA GELARAN 'BEKAS BANDUAN'...







MENARIK DALAM RENTASAN 1494

1. MENGAPA PEMBANGKANG BENCI BEKAS BANDUAN? 2. BUKU BERTEMU RUAS 3. PEMBANGKANG ALERGI DENGAN ‘TATA KELOLA’ DAN ‘RASUAH’ 4. ‘TEST MARKET’ MAHIADDIN TAK MENJADI



PDRM MUNGKIN MUDAH KENAL DUA EKOQ NI.

 


ADA MP DARI SEBUAH BUKIT AKAN SERTAI KERAJAAN PERPADUAN

 


            BUKIT MANA 

                     ?

KENAPA MUSUH ISLE RIMAS.

 




Sembang bala lah...

Runtuh stadium lah..

Sambar petir lah..

Banjir lah...


Dengan izin Allah kat tempat dia lagi teruk..

Dah dia cakap khas untuk orang bukan Islam.. 


Ada pulak geng siam buat video bagi tahu...

Memang dapat permit..tertutup dalam kawasan wat siam...


Tapi....

Geng siam tu cakap terbuka kepada penduduk setempat situ...

Maksudnya...ada budak-budak Melayu isley yang join...


Halal...atas nama kebudayaan siam..

PBT yang keluar permit tak cek pun orang Melayu masuk situ....


Sebab tu dalam isu lagha macam ni...bukan doakan keburukan.


Tapi tingkatkan dakwah dan kawalan diri.

Ada penguatkuasaan lagi bagus lah...


Sebab tu Dr Maza ada komen...sebagai kerajaan dia kena layan semua rakyat...selagi tak buat maksiat berat..


Kena ada garis panduan yang perlu dipatuhi..

Contoh macam kedai judi, tulis dah situ orang Islam dilarang masuk.


Jadi bila buat konsert atas nama kebudayaan siam, walhal bukan budaya pun tu..serupa macam kelab malam je tu.


Mestilah ada garis panduan, untuk halang orang Islam masuk. Sebab konsert dia 10x teruk dari Coldplay tu.



DOSA DAN BALA


Dari kecil kita dipajakkan otak mengenai hukum hakam agama. Kita diajar dosa yang jijik dan perlu dielak. Contohnya: 


❌ Makan babi itu lagi jijik dari makan rasuah. 


❌ Pegang anjing itu lagi jijik dari meraba pelacur atau GRO. 


❌ Dosa perempuan tidak bertudung itu lagi teruk dari dosa memfitnah. 


Itu yang ditanam pada kita, walau kalau amatikan hukumnya, ia terbalik pula. Takde la saya buat perbandingan. Supaya kita boleh buat dosa lebih ringan. Jangan dipusing posting saya. Ya, kita sedar semua dosa pun perlu dielakkan. 


Cuma saya perhatikan. Masyarakat kita menilai dosa jijik dan besar ini apa yang nampak depan mata. Bukan kesannya kepada masyarakat dan negara. 


Contoh, pegang anjing itu boleh disamak. Tapi menunggang GRO samak macam mana pun dosa takkan hilang. Tapi kita benci anjing seperti dia bukan makhluk Allah. GRO pula set2 abam menggeletis mencari. 


Pergi konsert pula dihentam seperti terbalik dunia. Siap buat fitnah pula. Sebar video propaganda. Walhal dosa fitnah itu adalah lagi teruk dari membunuh. 


Masyarakat kita penuh orang hollier than thou. Pemegang kunci syurga neraka. Bigot agama yang rasa dia orang kanan tuhan. 


Mereka nampak dosa, sampai mintak Allah turunkan bala. Adakah itu dakwah yang kita nak tunjukkan kepada yang bukan Islam? 


Depa dok mintak turun bala, alih2 kena di negeri sendiri. Konsert separa bogel dipertonton di khayalak ramai di Bachok dan Pendang. Selang 2-3 hari depa mengecam konsert di KL. Itu bala mana pula yang mendatang? 


Dari doa turunkan bala, lagi afdal kita doakan diberikan hidayah dan rahmah Allah. Itu lagi sedap dipandang dan didengar. Itu pada saya ajaran Islam sebenar. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki 


PS- Terima kasih yang doakan saya untuk berhijrah dan berhijab. Saya hargai setiap doa. In sya allah…



KELUAR DULU BARU DIANGGAP BERJAYA...



Rekod sebelum2 ni membuktikan lebai2 ketayap di Kelate hanya tahu SEMBANG TIN KOSONG! 


Buka mulut je KENCING sambil berdiri!

😆😆😆

...............................................

Kelantan keluar beras jenama sendiri tahun depan - Kosmo Digital


https://www.kosmo.com.my/2023/11/27/kelantan-keluar-beras-jenama-sendiri-tahun-depan/?fbclid=IwAR0GfXve1mFDKrsqrVq4GX-zds4fVNNzVn5By-85E3JepmdvcVR-VBzUMro




Benda lagho buat apa nak dipertahankan?


Lor... Bila masa aku pertahankan benda lagho? Aku tak ada pun pertahankan konsert Coldplay macam walaun pertahankan konsert gelek yang dikatakan berlaku di Kelantan tu.


Aku cuma jelaskan fitnah yang dibawa. Sebab apa? Sebab fitnah itu ditujukan tak hanya pada Coldplay tapi juga kepada kerajaan dan yang terpaling teruk kena, muslimin yang hadir.


Nak kata konsert tu maksiat, aku tak bantah. Tapi tak bererti kerana ianya maksiat, maka kita boleh fitnah sesuka hati untuk kata Coldplay puja Dajjal,  Kerajaan Madani gadai Islam dan pengujung yang muslim tak sayang akidah.


Sebenarnya ada sesetengah pihak yang berharap ada aksi tak senonoh masa konsert tu berlangsung. Ada acara bercium mulut sama lelaki ke contohnya, itu yang mereka nak.


Sebab mereka nak salahkan kerajaan. Supaya boleh nanti kata Islam terancam. Boleh dia dapat mileage politik. Malangnya perkara itu tak berlaku. Itu yang mereka tak puas hati.


Nasib baiklah ada lagu yang ahli kumpulan tu pakai topeng mata satu. Bolehlah dijadikan isu. Tapi tak cukup kuat. Maka nak diperkuatkan, terpaksa ubah makna lirik lagu tu.


Jelas tujuannya nak menghasut rakyat agar timbul rasa gusar sekali gus membenci kerajaan. Nampak sangat ianya bermotif politik. Maka sebab itu kena fitnah ini mesti dilawan.


Dalam setiap posting aku, tak ada pun aku katakan konsert tu halal macam walau punya dalih kata di Kelantan tu semua bukan muslim, dalam kuil dan entah apa lagi jadi is tak salah.


Walaun kena tengok diri sendiri. Sebab yang sibuk pertahankan benda lagho ni walaun. Yang halalkan konsert gelek dan berpakaian tak cukup kain tu pun walaun. Bukannya aku.


Kesian aku tengok walaun. Niat asalnya cuma nak tunjuk kerajaan pusat abaikan Islam. Sampai buat fitnah. Sekali terbongkar cerita di Kelantan ada dua yang konsert lebih jelik.


Sekarang ni walaun terdesak. Fitnah yang dibuat tu perlu dijaga supaya boleh terus burukkan kerajaan tapi dalam masa sama kena juga pertahan konsert maksiat di Kelantan.


Jadi walaun dah bersekongkol dengan dua perkara mungkar. Fitnah dan hiburan lagho. Kesian walaun. Terpaksa tempah neraka sebab nakan syurga yang lebai janji. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BERANI PULAK DIA BERI AMARAN PADA BADAN PEGUATKUASA NEGARA. HEBAT SANGAT GAYANYA.