𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗚𝗨𝗦𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗠𝗔𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗢𝗦𝗧𝗔𝗗 𝗣𝗔$ 𝗞𝗔𝗞𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗢𝗬𝗔𝗡 𝗡𝗜??


Ostad jin kuboq tu meroyan kunun MAIS agen gerakan liberal lah, sekularlah....ironinya puak dia iaitu lebai PA$ yg angkat Atok TKT jadi PM tepi SG4 yg ternyata org tua itu mcm mana? 


Bukankah lebai PA$ pernah kata Atok tu liberal dan sekular bila dia hina janggut Nabi dan hina wanita era Rasulullah yg pakai purdah dan jubah? Lihat gaya hidup anak cucu Atok, ada dalam TikTok dan Instagram.


𝗚𝗘𝗥𝗘𝗡𝗧𝗜 𝘁𝗲𝗿𝗷𝗼𝗷𝗼𝗹 𝗯𝗶𝗷𝗶𝗸 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗣𝗔$ kalau tengok geng berbikini atas "Yacht" mewah tu sambil berdansa dgn air seropa kencing SETAN di tangan.


Sekarang siapa agen 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝘂𝗹𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗟𝗶𝗯𝗲𝗿𝗮𝗹 bila PA$ angkat bukan bapak...tapi Atok punya liberal dan sekular, dah tua nak mampos bini tutup aurat pun tak sempurna?


- Zus Din 

09102023

********************

𝗠𝗮𝗶𝘀 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 𝗗𝘂𝘀𝘂𝗸𝗶

Ruwaida Md Zain

am@hmetro.com.my


Shah Alam: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyelar kenyataan penceramah, Dusuki Abdul Rani yang mendakwa MAIS berbohong dan menjadi pemecah umat Islam serta ejen kepada gerakan liberal.


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kenyataan terbabit berunsur fitnah dan dibuat tanpa memahami maksud serta hikmah larangan pembabitan aktivis politik sebagai pemegang tauliah mengajar agama Islam yang dikuatkuasakan di Selangor.


"Masyarakat Islam dinasihatkan supaya cakna dan memahami maksud dan tujuan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak perkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada aktivis politik.


"Aktivis politik yang dimaksudkan dalam larangan ini tidak terhad kepada orang yang memegang jawatan dalam mana-mana parti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan yang dimuat naik oleh Dusuki menerusi akaun Facebook dan Instagram miliknya semalam.


Abdul Aziz berkata, larangan itu merangkumi mereka yang menjalankan aktiviti yang secara jelas mengajak dan mempengaruhi masyarakat untuk menyokong atau memihak kepada parti politik tertentu secara terbuka sehingga melahirkan sikap partisan dan fanatik terhadap sesuatu parti politik serta berpuak-puak di kalangan masyarakat Islam


"Daripada siasatan yang dibuat dan pengesahan tapisan keselamatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mais mendapati Dusuki tergolong dalam aktivis politik yang dimaksudkan itu.


"Larangan pembabitan aktivis politik sebagai pemegang tauliah mengajar agama Islam ini dibuat bagi menghalang mana-mana pihak menyalahgunakan medan dakwah dan pengajaran agama Islam sebagai gelanggang politik.


"Larangan ini juga bertujuan mengelak berlakunya penyebaran propaganda politik yang berunsur fitnah dan kebencian kerana ia menjadi punca perselisihan dan perpecahan dalam masyarakat Islam.


"Ini adalah suatu langkah preventif untuk mencegah sebarang mafsadah atau kerosakan daripada berlaku berdasarkan dalil sadd al-zara'i'," katanya.


Beliau berkata, Mais juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa larangan ini sebagai suatu sekatan terhadap dakwah dan pengajaran agama Islam di Selangor.


"Larangan ini adalah langkah preventif bagi memastikan dakwah agama Islam yang disampaikan oleh aktivis politik yang bersikap partisan digantikan dengan pemegang tauliah lain yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam agama Islam yang tidak bersikap partisan.


"Pada masa ini terdapat seramai 5,682 pemegang tauliah yang aktif di Selangor dan penarikan balik tauliah terhadap aktivis politik bermula tahun lalu hanya membabitkan sejumlah 26 orang iaitu 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pemegang tauliah," katanya.


Justeru itu katanya, larangan ini tidak sama sekali menjejaskan aktiviti dakwah dan pengajaran agama Islam di Selangor.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1018144/mais-selar-dakwaan-dusuki?fbclid=IwAR0qEURpDK7RdMqHWOtq3yXyClRCX_ZSglAkYho7aldatjhWErhzFkyqnk4_aem_AV2KvBlqr34zjPutsujar_VsCoLh-HLmjZY1cuuXwSfBpy5sR-5KvhPgcaMAXlXOkV0&mibextid=Zxz2cZ



ANTARA DUA DARJAT.

 

Jamzuri Ardani






Antara dua darjat.  Dia kata  Lembaga Pengampunan tak berhak ampun kesalahan.  Yang berhak parti dia 😂😂😂



SUSAH LE NIM..SUSAH CARI MAKAN ...

 

Mukhlis Eddie.


Apabila "mata pencarian utama" melalui penjualan air liur sudah tersekat, maka d tuduh semua pihak dgn tuduhan yg hina. Takkan x ada tindakan dri MAIS ?




KAH..KAH..HANCING...

 

Jamal Markii


Pulak dah... Dah hancing ajak gotong-royong. Masa kutip derma duit salur ke mana?




LABAI KAKI FITNAH BERAKSI LAGI

 

Mukhlis Eddie


DAP tak bunyik pun utk kempen Pelangai. X jadi calon, x ceramah dalam kempen. Lebai kaki fitnah  ni tetap dengki dgn DAP kan ...



3 LABU LABI BAKAL KENA...KEH..KEH


 


PULAK GITU YE.



Che Ibrahim


 Alhamdulillah... terima kasih Pesuruhjaya Pas Pahang kerana telah menafikan status yang ambo kongsi sebagai bukan status yang beliau tulis. Ambo pun tarik balik posting ambo dan pohon maaf atas kekhilafan tersebut. 


Dengan penafian status tersebut sebagai bukan darinya, sekaligus Pesuruhjaya Pas itu turut menafikan dakwaan tidak mengundi Pas sebagai satu dosa dan masuk neraka. Maknanya politik ghuluw dan takfiri bukan menjadi amalan Pas. Pengundi bebas mengundi mana mana parti pilihan mereka..... terima kasih Pas kerana telah kembali kepada politik matang dan sejahtera.



Kerajaan setuju laksana semula PLKN, latihan di kem tentera, Pulapol


Hilmi Malik
Kerajaan setuju laksana semula PLKN, latihan di kem tentera, Pulapol
Mohamad berkata, langkah itu mampu jimatkan perbelanjaan kerajaan yang sebelum ini menelan belanja lebih RM8 bilion. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kerajaan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan melalui modul berbeza berbanding sebelum ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, program berkenaan akan dijalankan di 13 kem Rejimen Askar Wataniah serta Pusat Latihan Polis (Pulapol) di seluruh negara.
Ujarnya, langkah itu juga antara lain bagi menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan berbanding sebelum ini yang menelan belanja lebih RM8 bilion.
“Langkah ini mampu jimatkan perbelanjaan kerajaan dan dalam masa sama dia akan dapat situasi ketenteraan dan kepolisan itu dalam masa 45 hari 90 peratus modulnya untuk melatih mereka sebagai anggota tentera dan selebihnya tertumpu kepada latihan kewarganegaraan.
“Sebelum ini kerajaan membelanjakan lebih RM8 bilion bersamaan dengan perbelanjaan seorang pelatih sebanyak RM9,800... dan tumpuan jawatankuasa yang dilantik untuk menilai juga keberhasilan PLKN sebelum ini,” katanya ketika sidang media di Parlimen pada Isnin.
Tambahnya lagi, PLKN 3.0 akan melalui tiga fasa iaitu bermula di peringkat sekolah sehingga mereka mula diserap oleh kesemua agensi beruniform kerajaan.
"Selepas itu, mereka yang selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilatih dan diambil (dalam) apa yang disebut sebagai latihan fasa kedua. Ini lebih kepada latihan disiplin dan ketenteraan.
"Itu sebab, dia punya cadangan supaya pusat latihan ini diadakan di kem tentera. Kita ada Pusat Latihan Rejimen Askar Wataniah sebanyak 13 di seluruh negara serta Pulapol yang dapat menampung latihan untuk satu tahun sekurang-kurangnya 4,000 orang," katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Hassan juga turut mengalu-alukan penglibatan veteran tentera bagi menjadi jurulatih untuk membantu menampung keperluan kumpulan itu.

SPRM bongkar penipuan pembekalan beras bernilai RM100 juta


Astro Awani
SPRM bongkar penipuan pembekalan beras bernilai RM100 juta
Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan penipuan oleh sebuah syarikat pembekalan di Kedah yang dipercayai menyebabkan kepincangan pengedaran dan penjualan beras di negara ini.
Menurut sumber, syarikat terbabit telah mendapat kontrak pembekalan beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bernilai lebih RM100 juta setahun kira-kira tujuh tahun lalu bagi pembekalan beras di Semenanjung Malaysia.
Kata sumber itu, berdasarkan kontrak tersebut, syarikat terbabit telah membuat pinjaman bank kira-kira RM30 juta bagi membiayai projek itu beberapa tahun lalu.
"Pengarah syarikat tersebut dipercayai telah berpakat dengan seorang ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan negeri terbabit untuk mengesahkan pembelian dan penghantaran sebanyak 28,000 tan beras setahun bernilai lebih RM100 juta namun pembekalan tersebut tidak dibuat.
"Syarikat tersebut dipercayai telahpun menerima amaun kira-kira RM30 juta itu menerusi beberapa transaksi," katanya.
Kata sumber itu lagi, suspek terbabit juga dikatakan telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan palsu kepada pihak bank untuk proses permohonan pembiayaan pinjaman.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

[dewan rakyat] TIDAK HABIS HABIS MENGGANGU DEWAN! MARUAH KONON, MP PN BU...

Tonton wawancara lengkap, bukan yang disunting - PM



Isu wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) bersama Christiane Amanpour dari CNN sebelum ini yang dikatakan mengandungi jawapan 'kurang jelas' dalam pertanyaan tambahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudidn (PN - Larut) menjadi tumpuan di Dewan Rakyat sesi pagi.


Pertanyaan Hamzah dalam nada menyindir itu segera mendapat jawapan tuntas dari Ahli Parlimen Tambun bahawa yang beliau tonton itu bukanlah wawancara penuh, sehingga jawapan yang diberikan singkat atau terputus putus.


"Saya syorkan YB lihat keseluruhan temubual itu dan tidak melihat cut and paste yang dibuat. Kita telah pun menunjukkkan yang dikeluarkan oleh CNN International dan CNN America yang menunjukkan liputan sepenuhnya jawapan. Tetapi ada unsur khianat yang sengaja memotong dan menunjukkan tidak ada jawapan yang lengkap.


"Kemudian ada juga dialog dengan Council of Foreign Relations yang juga memberikan penjelasan yang sama. Tetapi saya harap Yb jangan baca cut and paste, baca yang sebenarnya," kata PM dalam menjawab soalan Hamzah.


Berkenaan soalan tambahan adakah cara untuk mengawal kenaikan kos hidup dalam Dasar Ekonomi Madani, PM menjelaskan hal itu wujud dalam beberapa pelan ekonomi yang dilancarkan dan akan ditambah dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober ini.


"Saya setuju soalan YB Larut, perlu ada keterangan lebih detail sebab itu saya syorkan supaya dibaca Ekonomi Madani bersama Kajian Separuh Penggal RMK dan juga transisi tenaga, pelan perindustrian yang mencerakin secara detail pelan pelaksanaan program selain daripada yang saya usahakan pada 13 Oktober ini dalam membentangkan Belanjawan Madani kedua," katanya.


Mengenai perbezaan dasar kemakmuran bersama dan Ekonomi Madani yang ditanya oleh Ahli Parlimen Suhaizan Kayat (PH - Pulai) pula PM berkata, dasar yang dicadangkan oleh Bank Dunia tidak mempunyai nilai dan kekuatan tempatan yang diperlukan untuk memantapkan ekonomi Malaysia.


"Dalam wawasan kemakmuran bersama tidak ditekankan persoalan nilai, tidak ditekan kuat tentang permasalahan tempatan umpamanya apa yang berlaku di Malaysia. Itu kerangka global, tidak memberi penekanan tentang permasalahan semasa.


"Ini termasuk isu kos sara hidup. Ia tidak termasuk apa yang kita warisi, hutang, defisit. Jadi perancangan sekarang mesti ambil kira masalah tersebut.


"Maka sebab itu saya menekankan bagi Malaysia sekarang dan masa depan bila merangka apa saja dasar, jangan hanya puas hati dengan istilah memukau dari acuan Barat tetapi perlu memberi takrifan nilai tempatan yang berakar daripada faham agama dan akhlak di negara kita," katanya lagi.


 

Watch full CNN interview, not 'cut and paste' version, Anwar tells Hamzah


Prime Minister Anwar Ibrahim has told opposition leader Hamzah Zainudin to watch his full interview with CNN's Christiane Amanpour instead of the 'cut and paste' version. Anwar said this after Hamzah made a comment about his response to a question on Malaysia’s economy during the interview with CNN.



[dewan rakyat] HAMZAH SOAL & SELITKAN SINDIRAN! AKHIRNYA KENA BALUN KAW ...

[dewan rakyat] BERDEGAR DEGAR TAKIYUDDIN SOAL! INI JAWAPAN MANTAP YB AZA...

WOOOIIIII.....DAH TAK LAKU DAH WOIIII....TUKAR CERITA LAIN. KISAHKU AKAN TERPENJARA PULAK

 

CERITA TUKAR KERAJAAN TERBUKTI SUDAH TAK JALAN



Sejak Mahiaddin Md Yasin gagal mengejar impian menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua, semua pilihan raya yang diadakan selepas PRU15 sentiasa dikaitkan dengan pertukaran kerajaan.

Ketika PRN enam negeri diadakan tidak lama selepas PRU15 berakhir, walaupun pilihan raya itu hanya melibatkan kerusi Dun dan tidak sama sekali terkait Parlimen, ia tetap dikaitkan dengan propaganda menukar kerajaan.

Digembar-gemburkan secara meluas bahawa kononnya jika tiga negeri tadbiran PH – Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan – berjaya ditawan, ia didakwa akan menyebabkan kerajaan perpaduan di peringkat pusat yang dipimpin Anwar Ibrahim akan turut tumbang.

Meski ternampak tidak logik dan sukar diterima akal, tetapi sepanjang kempen PRN tersebut, itulah naratif yang paling banyak diperkatakan oleh para pendokong PN.

Syukur akhirnya, PH/BN berjaya mempertahankan tiga negerinya dan begitu juga dengan PN yang berjaya mengekalkan tiga negeri dikuasainya, maka cerita tukar kerajaan senyap dengan sendirinya.

Kemudian, apabila berlaku PRK di Pulai dan Simpang Jeram berikutan kematian Allahyarham Salahuddin Ayub, cerita tukar kerajaan sekali lagi dimainkan.

Kali ini, harapan untuk menembusi Johor dikaitkan dengan kemungkinan negeri itu jatuh ke tangan gelombang hijau pada PRU akan datang.

Bagi kerusi Parlimen Pulai pula, keghairahan PN mahu menawan kawasan itu kerana ia akan menyebabkan kerajaan perpaduan hilang majoriti dua pertiga, seterusnya didakwa akan meletakkan kedudukan Anwar tidak stabil serta memungkinkan kejatuhannya.


Syukur sekali lagi, Pulai dan Simpang Jeram turut tidak berjaya ditawan oleh PN.

Buat seketika selepas itu, cerita-cerita tukar kerajaan tersenyap dengan sendirinya.

Dalam kempen PRK Pelangai yang keputusannya kini sudah pun diketahui, ketika peringkat awal kempen diadakan lagi PN sudah mula menjaja cerita kejatuhan kerajaan negeri Pahang akan berlaku jika mereka berjaya memenangi kerusi itu.

Bahkan, Mahiaddin secara terbuka menyebut Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengangkat sumpah dalam waktu terdekat sebaik saja PRK Pelangai berakhir jika kemenangan diperolehi.

Dalam konteks Pahang, untuk PN menjadi kerajaan, ia sudah tentu memerlukan beberapa Adun BN kena melompat parti.

Bagi meteka yang arif dalam perkiraan untung rugi berpolitik, untuk Adun BN melompat menyertai PN pada ketika ini adalah suatu yang tampak. mustahil dan merugikan buat mereka kerana gabungan pimpinan Mahiaddin itu adalah pembangkang di peringkat pusat.

Lebih bermanfaat dan menguntungkan untuk mereka kekal bersama BN lantaran UMNO adalah kerajaan di peringkat negeri dan juga pusat.

Apa pun, dengan gagalnya PN menang di Pelangai, bererti sembang serta gormal untuk menukar langsung tidak jalan dan tidak melekat di hati pengundi.

Sembang dan gormal itu bahkan sudah tidak laku sejak PRN enam negeri lagi, kemudian di PRK Pulai dan Simpang Jeram serta yang terbaru di Pelangai.

Sudah tentu sebab utama kenapa ia tidak jalan ialah kerana PN ketika jadi kerajaan dan Mahiaddin menjsdi Perdana Menteri, ia terbukti sebuah kerajaan yang sangat gagal dan membuatkan ramai kecewa, kecuali yang berjaya hanyalah Program Jana Wibawa.

Lalu, apa agaknya modal yang akan dijana PN dalam PRK yang berikutnya nanti – yang terdekat di Kemaman dan dengar-dengarnya di Masjid Tanah pun hampir pasti bakal ada PRK juga selepas ini? – ShahbudinHusin 09/10/2023.


PENGARUH KHAWARIJ SEMASA PILIHANRAYA SANGAT JELAS. MEMBAIKINYA ADALAH TANGGUNGJAWAB AGAMA






1. Barangkali pihak yang laksana kempen Takfiri semasa pilihanraya dan berjaya memenangi dengan cara itu anggap perbuatan mereka akan tamat disitu.


2. Sebenarnya itu mengesahkan lagi elemen Khawarij yang telah diingatkan oleh Nabi s.a.w. akan terus wujud bahkan Dajjal muncul dikalangan mereka.


3. Fikrah Takfiri Khawarij itu telah 'menawan' fikiran ramai orang Melayu, anak2 muda dan asatizah.


4. Yang timbul di Whatsapp dan Media Sosial hanya 'tips of iceberg'.


5. Asatizah yang telah terpedaya dengan kempen Takfiri Khawarij wajar mengkaji semula terlalu banyak hadith2 Nabi s.a.w berkaitan ancaman Khawarij ini.


6. Taubat dan Islah adalah jalan kedepan. Perbaiki semula fikrah masyarakat yang telah dirosakkan dengan ceramah, hujah dan bayan.


Ahmad Mursi



INILAH BAHAYA KESAN KHAWARIJ PRU15. ANGGAP PMX MURTAD




Nabi saw susah payah ajak manusia masuk Islam, puak Khawarij Takfiri mudah keluarkan manusia dari Islam. Khawarij tak habis sampai PRU15, selepas itu pun pemimpin mereka anggap pihak lain 'Lawan Perjuangan Isalam'. Sebab itu pengikut di bawah ini mudah panggil pemimpin negara 'Murtad'.


Kalau kita tak lawan pengaruh Khawarij, sapa lagi kita nak harapkan? Walhal nabi kata Jika kamu jumpa mereka, Lawan! di sana ada Pahala. 


Mereka akan terus wujud berganti generasi sampai munculnya Dajjal dikalangan mereka. Sebab itu Nabi sebut Khawarij anjing-anjingnya Neraka.




BANYAK TU JA PENDAPATAN YANG KERAJAAN TERENGGANU CARI ? LEMAH...MP MACHANG KATA TERROR EKONOMI ?


 

PADAN MUKA HANGPA


 

SANUSI TAK BOLEH MENANG LA DEMGAN SAMAN DARI VINCENT TAN. BELJM LAGI DENGAN MB SELANGOR


 

Hantaran Langgar 3R: Umno buat laporan polis terhadap Pesuruhjaya PAS Pahang









Oleh : Lokman Noor Adam 


LAPORAN polis telah dibuat ke atas Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar berikutan kenyataan provokasi dan menghina yang membabitkan elemen 3R di media sosial.


Laporan polis itu telah dilakukan oleh Pengarah Komunikasi Umno Datuk Lokman Noor Adam di Balai Polis Sabak Bernam kira-kira pukul 2.30 petang hari ini selepas terbaca kenyataan penghinaan Rosli itu dalam satu hantaran di akaun Facebook yang dikenali Che Ibrahim Mohamed.


"Hantaran Rosli itu ternyata bersifat provokasi, memfitnah dan melanggar 3R yang ditegah pihak berkuasa, beliau menyebut terima kasihlah pengundi Pelangai kerana Pelangai di lembah kemaksiatan, nerakalah tempat kalian wahai pengundi BN," kata Lokman kepada Media Perpaduan, hari ini.


Hantaran jelik Rosli itu susulan tidak dapat menerima kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai semalam yang dimenangi calon BN Datuk Amizar Abu Adam.


Mengulas lanjut, Lokman berkata, tindakan Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Tanjung Lumpur adalah sangat tidak wajar dan telah memburukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan.


"Saya merasakan kandungan hantaran ini adalah tidak wajar dan mencerminkan Rosli Abdul Jabar sebagai seorang ustaz serta memburukkan imej agama Islam sebagai agama Persekutuan.


"Saya membuat laporan polis ini adalah untuk mempertahankan maruah Umno dan Kerajaan Perpaduan serta menegakkan prinsip keadilan dalam politik.


Lokman turut menggesa pihak polis menyiasat kenyataan Rosli tersebut yang telah dinafikan beliau dengan mendakwa ada pihak lain telah melakukan hantaran untuk memfitnah beliau.


"Ustaz (Rosli) juga menuduh pihak lain memuat naik tangkap layar yang diedit seakan memfitnah beliau. Sehubungan dengan itu laporan polis ini dibuat bagi membolehkan pihak polis menyiasat sama ada beliau benar-benar telah membuat hantaran tersebut atau telah difitnah," katanya.


Semalam, PRK Pelangai menyaksikan kemenangan kepada Amizar dengan majoriti 2,949 undi menewaskan 

calon PN Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni yang hanya meraih 47 undi.


 - Media Perpaduan

https://www.facebook.com/100076354482544/posts/352889020599578/?mibextid=cr9u03



PILIH SAMPAH ..DAPAT SAMPAH

 

Sendiri yang pilih sendiri yang ngundi, jadi sendiri la kena hadap....pilih sampah memang dapat sampah la kan...nak buat macam mana laagi 🙄





YELLEK


 Lawatan kerja 2 hari dapat bawak balik 40 bilion.. jadi duta timur tengah 33 bulan dapat bawak balik berapa bilion?





𝗣𝗔$ 𝗣𝗣𝗕𝗠 𝗣𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗜 𝗥𝗠𝟭.𝟬𝟭𝟴 𝗕𝗜𝗟𝗟𝗜𝗢𝗡

 

𝗣𝗔$ 𝗣𝗣𝗕𝗠 𝗣𝗡𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗜 𝗥𝗠𝟭.𝟬𝟭𝟴 𝗕𝗜𝗟𝗟𝗜𝗢𝗡





𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗜𝗦 𝗺𝗲𝗿𝗮𝘂𝗻𝗴, 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗽𝗼𝗾 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗡 apabila PA$ PNyakau tewas di Pelangai dan Tuituman tak cukop tinggi..eh... jomBlah nak jd MB Pahang. PNipuan PA$ kunun ada ADUN PHBN nak lompat sudah 𝗞𝗔𝗡𝗧𝗢𝗜. 𝗣𝗡𝗶𝗽𝘂...!!


Hari ni MB Pahang YAB DS Wan Rosdy Wan Ismail umumkan kutipan hasil negeri Pahang adalah 𝗥𝗠𝟭.𝟬𝟭𝟴 𝗯𝗶𝗹𝗹𝗶𝗼𝗻. 𝗧𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵..!! 𝗛𝗲𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴. Jauh meninggalkan Terengganu dan Kelantan yg ditadbir lebai.


Maka sekaligus ini menunjukkan 𝗣𝗔$ 𝗣𝗡𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗵𝗷 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗺𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 yg mereka dgn bongkak dan angkuh pernah canang kunun mereka akan tawan negeri2 maju dan kaya itu selepas PRN6 negeri, 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗴 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗸𝗮𝘆𝗮.


𝗧𝗘𝗥𝗟𝗜𝗢𝗤𝗻𝘆𝗮, 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗹𝗲𝗵 𝗮𝘆𝗮𝗾 𝗹𝗶𝗼𝗾 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 terpaksa berpuashati dgn 3 negeri miskin yakni Kedah, Perlis dan Kelantan. Tak heranlah kalau lebai, walaun & untit terus meroyan dan meracau.


Kerajaan Negeri Terengganu kaya disebabkan Kerajaan Persekutuan sejak 2018-2023 dok salurkan sejumlah 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗥𝗠𝟱 𝗯𝗶𝗹𝗹𝗶𝗼𝗻 meskipun sewaktu kempen PRN lebai tipu kunun PMX zalim dan tak bg peruntukan pd negeri PEMBANGANG. Tapi kita tidak tahu apa pendapatan sendiri yg Kerajaan Terenggani JANA. Rakyat Terengganu juga masih ramai miskin tegar. 

Kini, kita faham yg 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗥𝗠𝟱 𝗯𝗶𝗹𝗹𝗶𝗼𝗻 itu tidak beri IMPAK POSITIF pun kpd kehidupan Rakyat Terengganu. Rata2 mereka adalah walaun & untit so lantak depa lah nak bg lebai PA$ kaya depa naik gerek pun takpa dah, janji Isley.


Wallahualam.


Zusdin




- Zus Din 

08102023